Kena marah sebab lalu “kawasan” tanpa mintak kebenaran

Haii, kat sini aku nak kongsikan satu kisah yang pernah terjadi masa aku tadika. Taktahu laa kisah nie seram ke tak. Masa tu kakak aku yang kedua berumur 8 tahun. Kami tinggal dekat ipoh. Pada satu malam tu, dekat kawasan rumah kami ada buat silap mata. So semua pergi tgk. Tinggal lah aku, 2 org kakak aku dgn kawan kawan kakak aku dekat rumah.

Kakak aku yang sulung nie dia dgn kawan dia nak buat nasi goreng. Lepastu dia surug kakak aku no2 nie dgn kawan dia pergi beli. So kami kat rumah time 5 org. Haaa. Kakak aku no.2 pun pergi kedai lalu jalan belakang rumah. Biasa laa rumah taman, jalan belakang slalunya gelap. Utk pengetahuan korg smua, dulu kawasan perumahan kami nie lombong asalnya.

Okay dah settle kakak aku no2 dgn kawan dia pergi beli barang dorg balik. Lepastu keesokkan harinya tiba tiba kakak aku takboleh bgun. Takboleh berjalan. Kaki dia berat sangat. Banyakkan kakak aku umur 8tahun tapi ayah aku taklarat nak angkat dia? So panggil la jiran jiran tolong angkat sbb nak bawak pergi hosp. Smpai hosp pihat hosp cakap takde apa. Maybe sbb kurang air. Masukkan air apa bagai. Then tetap takboleh jalan jugak. Lepastu ada sorg jiran nie suruh berubat kampung.

Mlm tu jugak kite org balik kampung. Sampai kampung je, arwah tok aku dh pandang pelik. Dia macam rasa something. Lepas dh masum rumah ada laa sorg pakcik nie dtg berubat then dia tanya kakak aku, “pergi mana semalam? Awak ada langgar tempat org tanpa minta kebenaran. So dorg marah” kakak aku cakap la dia pergi kedai ikut laluan belakang rumah. So pakcik tu berubat kan dia.

Malam tu, dalam pkol 2 pagi mcm tu arwah tok aku bermimpi, berjumpa dengan sami. Sami tu cakap bahasa dorg. Tapi entah mcm mana arwah tok aku boleh faham. Sami tu cakap kakak aku nie langgar tempat dia so dia tak maafkan kakak aku. Dia nak amik kakak aku jadikan anak angkat. Lepastu tok aku merayu. Aku taktahu laa dorg bincang apa. Lepastu tok aku terjaga. Then urut kaki kakak aku dgn minyak apa entah.

Esok pagi nya elok je kakak aku naik basikal keliling rumah. Kami smua pelik, cepatnya boleh jalan. And bdan dia dah ringan kalau tk mau 5,6 org dewasa kena angkat dia. Lepastu tok aku bagitau, semalam dia berunding dgn “org” tu. Org tu cakap dia maafkan kakak aku, tapi lepasni kena beringat. Jangan nak seronok sgt lalu tempat org tanpa mintak kebenaran. Then dia suruh buat pulut kuning sbb baikkan kakak aku. So kakak aku pun baikk. Sorry laa kalau tak seram huhuhuhuhu

Assalamualaikumm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *