Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian. Semoga semua dalam kerahmatan, keberkatan dan perlindungan Allah swt di bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia dan istimewa ini.
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman angker semasa saya ber’backpackers’ di Bandoeng selama 11 hari pada Januari tahun 2011 ketika kejadian. Ketika ini saya masih lagi di belenggu dan diganggu oleh jelmaan monyet putih. Kelibatnya dan keyadirannya selalu sy dapat rasai. Namun apa yang berlaku di Bandoeng adalah gangguan baru yang lain dari apa yang saya rasai sebelumnya.Begini kisahnya…
Malam itu saya sampai di airport bandoeng lebih kurang 9 malam.Hujan sebelum mendarat lagi, hanya pilot berpengalaman sahaja yang beranu mendarat di airport Bandoeng ketika hujan kerana trek pendaratan yang agak pendek dan lici . Alhamdulillah saya selamat mendarat dan selepas ambil bagasi dalam suasana yang sesak itu, terus saya chateur sebuah teksi ke Jalan Sukawening,Jatinangor di Sumedang Jawa Barat. Perjalanan dari airport mengambil masa lebih kurang hampir satu jam kerana macet(jem) ketika hujan.
Selesai sudah sampai ke rest house yang ditempah, kawan saya yang study di Universitas Padjadjaran dah siap sedia di menunggu dalam kesejukan hujan. Setelah saya di bertegur sapa, terus saya masuk ke dalam dan bersihkan diri kerana kepenatan dan bersedia utk tidur. Alhamdulillah malam itu saya tidur dengan lena tanpa apa-apa gangguan kecuali cicak tokek yang besar dan berkeliaran seperti cicak rumah di Malaysia.Terkejut juga kali pertama berhadapan dengan fenomena tu, mcm tinggal dalam hutan.
Untuk pengetahuan, kawasan sy menginap ni terkenal dengan pemandangan tepi gunung Geulis yang cantik dan suasana yang sejuk. Esoknya saya di bawa kawan untuk keluar bersiar-siar di sekitar kawasan. Menikmati makanan seperti siomai,batagor,nasi gila,molen, ayam penyet dan mcm2 lagi street food yang ada disana.
Seperti biasa, ke mana pun saya pergi akan saya pagari diri kerana di khuatiri akan terkena apa2 gangguan. Maklumlah di Indonesia bermacam orang dengan bermacam ilmu dan gelagat. Salah satu petua saya amalkan ialah dengan menyimpan beberapa biji cili api di dalam kocek baju atau seluar yang telah dibacakan dengan ayatul Qursi, Al Ikhlas, At Taubah semuanya sebanyak 7x dan niat berlindung dengan wajah Allah swt dr segala mudhorat di laut,langit dn bumi.
Bila saya disana, barulah saya terdedah dengan nilai dgn cara kehidupan masyarakat Sunda di sana.Mereka ini keras bekerja dan hiburan adalah cara utama untuk mereka melepaskan tension setelah penat bekerja. Di sana ada satu mall yang sedang2 namanya Djatos. Selama 11 hari saya disana, setiap hari ada saja mini konsert/persembahan nyanyian oleh arris local atau indie untuk hiburkan masyarakat disana.
Pada hari yang ke 6 setelah puas saya dibawa menjelajah seluruh kawasan sekitar, tiba masanya rakan saya membawa saya ke bandar Bandoeng untuk ke PVJ melihat shopping kompleks ala2 Pavillion di KL.
Semasa disana, seperti biasa saya akan food hunt. Ketika sampai di satu kedai yang menjual takoyaki cheese, sedang saya beratur tiba2 cili padi di dalam kocek baju saya meletup dan berair. Pedih dan pedas terasa kerana gunakan cili padi kampung yang di beli di kawasan rest house.
Saya yang sedang beratur terus keluar barisan dan meluru ke tempat basuh tangan untuk membersihkan bahagian yang terkena percikan cili padi. Setelah selesai basuh, saya terasa satu perasaan seperti di perhatikan. Saya melihat sekeliling dan perasaan wanita tua yang menjual takoyaki tadi merenung tepat ke arah saya dengan senyuman. Saya yang ketika itu naif hanya membalas senyuman tanpa syak wasangka. Saya kembali beratur nak membeli takoyaki, akhirnya sampai giliran saya. Ketika wanita tua itu menghulurkan makanan, dia sempat cakap begini “kamu dtg dari jauh ya, bukan orang sini”? Hati2 berlibur dan semoga ketemu lagi, ujarnya. Saya hanya tersenyum dan mengangguk terus berlalu pergi.
Berbalik pada kejadian cili padi pecah meletup. Saya mula merasai suasana yang tak tenang. Semasa saya nak menjamah takoyaki itu, saya dapati bau nya sudah menjadi busuk dan tak enak.Kawan saya juga perasan benda yang sama dan suruh saya buang saja makanan itu. Malam itu saya sampai ke rest house dan sesudah siapkan diri mandi dan solat. Jam menunjukkan dah pukul 11 malam. Tiba-tiba ada ketukan di pintu saya tanpa salam. Saya bertanya siapa itu, tapi senyap sahaja. Ketukan kedua dan ketiga semakin kuat. Jika kawan saya dtg mesti dia akan beri salam dan bersuara.Saya nekad xnak buka pintu dan biarkan ketukan berlalu. Ketukan makin kuat sehingga 7 kali pintu diketuk.
Saya jerit “aku xkenal kau,siapa kau nak masuk dalam ni?” Suara wanita membalas kata saya”kenapa dibuang makanan tadi? apa ngak enak teteh masak?” Saya dah mula rasa lain.dan terus pekik pada benda yg bersuara itu, “kau bukan manusia,mana mungkin kau tahu aku buang makanan tadi?”
Dengan pantas saya duduk bersila dan buat gerakan sambil berzikir memohon perlindungan.Al Fatihah, Yaasiin 9, Al Ikhlas, At Taubah 128-129, Al Ankabut 57. Hilaian ketawa mula kedengaran dan saya terus usaha fokus pada bacaan. Baki cili padi yang masih disimpan semuanya pecah meletup di atas meja. Saya dapat agak ini kerana ada orang yang hendak test ilmu sebab itu pecah cili2nya.
Saya terus baca ayat2 berkenaan dan dengan spontannya saya bertempik “wahai makhluk Allah,aku datang tanpa niat mengganggu, tapi jika kau menjual aku pun sudi membeli, kerana Allah dan dengan kuasa Nya aku berserah” sambil menepuk lantai. Hilaian ketawa berkumandang beberapa detik dan akhirnya hilang dalam kepekatan malam. Habis berpeluh sebadan malam itu. Saya menelefon kawan saya dan beritahu apa yang terjadi. Dia cakap tadi semasa dia ingin singgah ke rest house saya, dia nampak saya dah keluar jalan kaki ke jalan utama. Bila dipanggil saya buat tak tahu. Mungkin dia ingat saya nak ke indomaret kedai serbaneka 24jam berdekatan. Oleh itu dibiarkan saja saya jalan seorang diri. Rupanya yang dia nampak itu mungkin jelmaan makhluk astral/ghaib yang menyerupai saya. Alhamdulillah kejadian itu berhenti malam tu.Sehingga saya kembali ke Malaysia keadaan tenang2 sahaja..
sehingga bertemu di kisah yang lain.Assalamualaikum wbt dan terima kasih.
Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit
kisah terhenti kt situ je ke or ada smbungn lain?
habis sudah kisahnya, semoga berjumpa di kisah lain pula
jage2 typo bang syed… 🙂
Nak lagi..
Jika boleh saya tahu nama daerah tempat tinggal teman kamu dimana?
Jatinangor adalah termasuk daerah sumedang yang sangat kental dengan aura mistis…
Terimakasih sudah sudi mampir di Indonesia…
Saja nak bagtau, yang nak travel overseas jangan sebarangan bawa tumbuhan ye. Silap haribulan boleh kena denda berpuluh ribu, atau kena tahan atau kena hantar balik.
Semua negara tak benarkan bawa tumbuhan sesuka hati kecuali memang ada declare bawa masuk. Kalau sembunyi2 dan kena tahan itu dah kira macam seludup. Boleh menyusahkan diri sendiri dan rombongan.
Kalau tak kena tahan takpe.
rasanya dia tak bawak dari tanah air. dia beli dekat area berdekatan rest house yang dia menginap.
Ada diberitahu dia beli di kawasan resthouse.. Bkn bawak dr m’sia.. Apa pon, tq atas info diberi..
Wah… sgt hebat!!! Sgt dahsyat!! Saya sentiasa ternanti2 kisah2 hebat tuan… level kekaguman saya terhadap tuan sudah sampai ke langit ke-7… bukaan gerak sambil bersila menentang makcik takoyaki.. heh… saya sgt pasti… makcik takoyaki pasti menyesal dan mengalami kemurungan sehingga akhir hayat kerana berani menge’TEST’ ilmu tuan… itu baru cili padi… belum lagi “jurus kiraan daun 6 helai ke 7 helai ntah saya pun keliru” dikeluarkan… huhu..
terima kasih.
Best cerita en syed. Selalu tidak menghampakan
Assalamualaikum wmt,
Surah At Taubah yg dibaca pada cili padi tu ayat 128 – 129 ka? Tq
ya,cik..ikut pd niat pengguna
Begitulah kisah mutakhir perjalanan Lebai Uzumaki Naruto ke alam nusantara yg penuh dgn misteri…
dlm family sy yg bnyk amal kan mcm ni arwah atok n sepupu dia.sbb tu kalau pg mna2 dia xbg singgh mkn kedai sebrgn..tp syg ilmu dieorg kami anak cucu xsmpt beljr sbb arwah atok n sepupunya pergi menghadap ilahi waktu kami kecik2…
terbaik sungguh kisah kamu ni… mama dah lama baca tntg cirita2 kamu yg kebnykn mnjadik teladan kite semua.. teruskn yea berkarya… moga allah swt melindungi kamu dan dirahmati…