Kenakalan Remaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua . Nama aku muhammad Hazrul atau lebih dikenali dengan Acik .. Kisah yang aku nak smpaikan ni lebih kepada pengalaman dan niat kita dalam sesuatu hal . Untuk pengetahuan korang aku berasal daripada pantai timur. Sama seperti semua, sebelum ni aku hanya seorang silent readers dan beberapa hari lepas aku ada terbaca tentang kisah bertajuk “NIAT” dan aku pon terasa macam nak share jgak pengalaman aku masa mula2 meningkat remaja dulu . Macaam dh terlampau panjang pulak intro aku ni . Hehe okay back to the topic aku mempunyai 3orang kawan (Apik, Hakim dan Tengku)
Dan si apik ni mempunyai kelebihan yang tiada dekat orang lain a.k.a “hijab terbuka” okay . Cukup utk intro . Jadi kite terus kepada ceritanya sahaja

1/3/16 11.00pm
Hakim mencadangkn kitaorang untuk pergi mencari hantu di atas bukit yang agak keras di kawasan perumahan aku ini. Apik, Tengku dan aku mula2 tak nak setuju dengan idea si Hakim tetapi lepas dipujuk rayu oleh si Hakim akhirnya kami akur . Kami sebenarnya bukan takut tetapi hanya risau akan kemudaratan yang akan berlaku . Tepat jam 11.50 kami sampai di bukit tersebut dan masing-masing bersetuju akan mula mendaki tepat jam 12 tengah malam .

Sebelum mendaki kami membaca surah2 tertentu dan meminum air”tawar” yang dibekalkan oleh ayah Apik sebagai pelindung daripada apa2 yang memudaratkan . Mesti nanti korang akan tanya kenapa ayah si apik ni bagi kitaorang naik bukit tu kan ? Sebab masatu kitaorang menipu ayah dia cakap nak berkhemah atas bukit sana . Okay back to the topic selepas hampir 15 minit kami mendaki akhirnya si Hakim sampai di atas dahulu sementara kami bertiga lambat sedikit maklum lah baru kali pertama daki bukit .

Sesampai nya kami bertiga di atas si Tengku menyatakan bahawa si Hakim tiada di atas dan kami semua mula cuak dengan hal tu . Selepas beberapa minit menyuluh ke kiri dan kanan dengan tiba2 kami mendengar si Tengku mengalunkan azan . Aku dan apik terus ke arah Tengku dan bertanya apa yang dah jadi dan si Tengku terus cakap cuba korang tgok atas pokok tu ada apa . Aku dan Apik mendongak ke atas dan kami lihat ada sepasang kaki menjulur daripada dahan pokok tersebut .

Aku masa ni dah mmg cuak tetapi aku tengok si apik dengan rilek panjat pokok dan hempuk kepala benda tu dan tak semena2 Hakim jatuh dari dahan dan ketawa terbahak2 melihat aku dan Tengku yang ketakutan . Dia nak pedajal kitorang rupanya . Dan Apik turun semula kebawah dan aku bertanya kepada Apik asal dia rilek je sedangkan kitorang dh takut mcm apa tah . Dengan selambanya dia bagitahu korang lupa ke yang aku ni boleh tengok menatang tu ? Haha dan kesilapan kitorang bermula daripada kerja si Hakim yang hendak menyakat kitorang.

Sesudah mengangkat Hakim yang jatuh kitorang teruskan perjalanan macam biasa melintasi pokok2 besar . Oh guys sebelum terlupa aku nk cakap kenapa kitorang tak sesat adalah disebabkan si Tengku . Dia keturunan orang asli dan memang selok belok hutan ni dia dah hafal . Kami melintasi banyak pokok2 besar sambil menyuluh keatas dengan harapan dapat melihat apa yang dicari tetapi semua nya sia sia dan langkah kami terhenti apabila si apik menyuruh kami berhenti . Kenapa kami berhenti ? Disebabkan dihadapan kami ada satu pokok yang besar sebesar 5 pemeluk org dewasa dan di hadapan pokok tersebut terdapat 2 batu nisan . Aku yang melihat batu nisan tersebut terus mengigil dan memberi cadangan utk turun semula kebawah dan semua menyetujui nya . Kami berpatah balik dan terhenti di pohon yang berbatu nisan tadi sebanyak 3 kali dan semuanya dalam keadaan cuak .

Akhirnya si Apik melaungkan azan dan berpandu kepada si Tengku untuk mengetuai jalan . Dan akhirnya kami jumpa jalan untuk daki turun dari bukit itu . Position kami semasa turun ialah Tengku yang pertama kemudian Apik , aku dan last sekali si Hakim . Tetapi apabila Hakim turun ke bawah dia teperanjat melihat si Tengku sudah ada dibawah dan dia bertanya kepada Tengku “aik bukan mu last sekali ke turun tadi ? Mu duduk belakang aku kan tadi ? ” dan kami menafikan apa yang dikatakan oleh si Hakim . Dan dengan tidak semena2 kami mendengar ada orang ketawa dan kami bertempiaran lari ke arah pondok menunggu bas di kaki bukit itu .

Sesampai kami disana kami membakar seputung rokok . Dan menenangkan fikiran sejenak . Sesudah kami bertenang dan menceritakan kembali kisah tadi sambil bergelak tawa kami mendengar si apik seperti memarahi sesuatu . Dan kami bertanya kepada dia kenapa dan dia kata cube korang lihat di hadapan sana dan kami lihat ada seorang perempuan berbaju merah berkain batik tetapi tidak nampak muka disebabkan rambutnya yang panjang sehingga ke kaki sedang dukung bayi . Dan akhirnya si Apik membaca surah al jin dan menghemuskan kepada benda tersebut dan akhirnya benda tu hilang . Kami semua diam tidak terkata .

Perjalalan pulang di dalam kereta hanya terdengar alunan surah2 yang dipasang melalui radio . Kami diam sehingga sampai di port lepak kami iaitu kedai nasi lemak dihujung taman dan disitu barulah kami semua buka cerita tentang hal tadi dan si Apik cakap perempuan berambut panjang tadi hanya memberi amaran . Disebabkan kitorang terlalu bising semasa di pondok bas tadi .. sampai disini sahaja cerita kali ini dan sedekahkan al-fatihah kepada arwah Hakim yg meninggal tahun lepas .kalau cerita ni dipublish aku akan ceritakan kisah arwah Hakim sebulan sebelum dia meninggal . Terima kasih kepada admin Fiksyen Shasa jika cerita ni dipublish . Dan aku akhiri kisah ni dengan Assalamualaikum dan jumpa lagi jika masih ada kesempatan..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
Acik

5 thoughts on “Kenakalan Remaja”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.