[2/21, 23:34] Bernadette 🦋: Selamat sejahtera dan salam seram kepada semua pembaca FS. Sebelum tu nak ucapkan thanks pada admin FS kalau cerita aku ni diuploadkan. Kisah yang aku nak cerita kan semua nya tentang kenangan masa duduk asrama smk dulu dengan geng.
Kalau semua nak tahu, lokasi asrama yang aku duduk ni terletak di kaki gunung permandangan setiap pagi memang wau gtue eheks. Tapi keras juga la dan seram waktu malam sebab dikelilingi hutan. Yang aku nak cerita ni tentang kes histeria. Biasala tu kalau takda histeria setiap tahun, bukan asrama la nama nya tu.
Histeria tu berlaku pada malam khamis. Aku dengan kawan aku sorang ni nak tido gi bilik sepupu kat asrama sebelah. Kami pun angkut la segala selimut, bantal pa semua. Fyi, bilik kami kat bawah sekali sebab kami ni berjawatan la hehe. Jam masa tu dah masuk angka 10 atau 11 la macam tu. Masih awal kan tu tapi benda nak jadi masa tu juga hmmm. Tapi yang paling dahsyat nya, malam tu juga sesco nak off elektrik kejap sebab diaorang nak alih pokok besar tumbang lam sklah. Aku pendekkan cerita la.
Kisah 1
Masa semua dah nak masuk tidur ni, tetiba jer bunyi sorang budak menjerit, entah anak sapa la tu. Tak lama lepas tu, banyak pula yg berbunyi hmmm. Malam tu juga emergency kumpul kat area ampaian terbuka. Kami pun berdoa ikut kepercayaan masing². Serious aaa, masa tu first time aku tengok orang meracau, menjerit dan nangis terok giler macam m**i husband gtue. Group aku tenangkan salah sorang geng kami yg terkena masa tu, cuba kau bayangkan kami terpaksa angkat dia dari tingkat atas ke bawah. Masa nak angkat tu astaga berat nya Tuhan yang tau, seakan ada yang menumpang. Kaki dan tangan dia keras macam batu, tapi seram nya mata dia terbeliak tengok atas siling masa nak turun tu. Lahanat betul.
Masa dah turun tu perangai dia berubah jadi budak², lepastu bisik kat aku sambil senyum² lebar cakap benda tu banyak kat sekeliling setiap orang yg kena histeria. Aku buat muka takde perasaan la masa tu sebab tak peduli sangat, benda halus ni jangan layankan sangat, nnty menjadi² pula. Aku dan geng yang lain pun cuci mata tengok keadaan, manatau jumpa satu sambil kami locked tangan dan kaki kawan takut dia lari pula. Ada yang rebah juga masa tu. Kawan kami ni tak lama lepas tu okey sikit lepas baca² air pulihkan semangat dia.
[2/22, 00:11] Bernadette 🦋: Tak lama lepas tu, ada sekumpulan pelajar lelaki datang sebab warden arahkan dan mereka dibagikan. Datangla sorang abang f6 ni ajak beberapa orang daripada kami ke salah satu bilik hal tu berlaku. Kami naik la atas, masa nak masuk bilik tu, tercium bau bangkai busuk yang lama. Bulu roma pun meremang. Seminggu sebelum kes histeria, kat bilik ni ada kisah nya yang dahsyat tapi next cerita aku bagitau yer. Kami pun berkumpul dan baca apa yang patut dalam bilik tu, habis baca tiber pula asap atau kabus la tebal dalam tu plus bau bunga melur. Benda tu macam mainkan kami. Laki f6 ni ajak kami keluar, benda tu kuat sangat katanya takut ada yang tersampuk nanty pula. Lepas kuar, bunyi loker jatuh pappp. Kami jalan jer la.
Kisah 2
Masa ni semua dah selamat kat bawah dan habis menjalankan misi masing² kecuali budak muslim yang terkandas dalam bilik atas bersama ustaz la masa tu. Taklama lepas tu ada bunyi orang tarik katil, baling kerusi dan jatuhkan loker dari asrama sebelah di tingkat atas. Warden pun tanya la team laki yang ditugaskan untuk cek setiap bilik ada yang tertinggal tak tapi mereka jawap clear semua. Warden and kami yang mendengar pun speechless masa tu. Benda tu mengamuk kat atas lepaskan amarah la.
Then, warden arahkan semua budak masuk dan tidur beramai² dalam bilik riadah sebelum bergelap jap. Kami yang jadi tukang tolong ni berkumpul di ampaian terbuka dan ada yang guard setiap pintu keluar masuk bilik riadah. Kawan aku ni pun muncul entah dari mana suruh aku pantau budak² dengan ketat. Dia bagitau yang dia ni jenis yang tak dapat tengok benda halus tapi malam tu dia dapat tengok benda secara mata kasar memerhatikan kami semua di ampaian tertutup, jarak pun bukan nya jauh sangat. Benda tu encik “gula-gula bungkus” , muka dia hitam macam terbakar, mata nya merah katanya. Aku pun seram giler masa tu. Jibake betul. Syukur masa tu, sesco tak jadi nak off elektrik.
Lepastu, kami yang berjaga kumpul dalam bulatan dengan warden. Aku masa ni bosan sangat, mata pun melilau tengok asrama. Mata pun tajam sangat, cepat detect benda tak patut. Ku tertangkap rambut “miss ponti” mengurai dari atap asrama. Panjang betul rambut dia tapi tak nampak badan la. Benda tu tarik rambut dia² slow by slow. Aku pun bisik kat yang lain dan kami semua dapat tengok. Kami cuma diam jak. Kami habis berjaga pukul 3 pagi, dahla tido baru beberapa jam, pukul 7 dah sekolah.
On morning tu, bersekolah macam biasa tapi yang pelik nya cerita pasal hantu duduk kat bahu aku tersebar di kalangan students dan guru yang harian. Femes sangat. Serius la, aku taktau apa² sampaila guru sejarah kami masuk kelas dan tanya aku. Barula aku tau kenapa malam tu ada yang pelik tengok aku. Sempat pula guru tu tanya tak terasa ka benda tu berat tapi aku tak rasa apa². Ini jer dari aku, tapi pengalaman yang lain akan ku cerita next time. Salam sampai jumpa lagi dilain cerita..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit