Kenapa Dengan Novel Itu?

Salam sejahtera FS dan seluruh warga FS. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisahku ini. Di sini aku pertama kali menulis kisah mistik yang mungkin tidak berapa menyeramkan pembaca FS namun bisa membuatkan aku terkencing tanpa sedar.

So, kisahnya berkisar pada tahun 1991ketika ayahku masih lagi berkhidmat di Port Dickson. Waktu itu aku baru darjah 6 dan ketika kejadian adalah bulan syawal yang mana kita umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Setelah seminggu aku dan keluarga beraya di kampung dan pulang semula ke PD, tiba masanya aku beraya bersama-sama sahabat-sahabatku.

Setelah aku meminta izin daripada ibu dan memesan agar jangan pulang lewat, aku berjalan ke rumah sahabatku si A lebih kurang 1km dari rumah dan kami bersama-sama menaiki bas menuju ke rumah si B yang terletak agak jauh dari rumah kami. Setelah puas menziarahi rumah sahabat handai, waktu pun beransur petang. Setibanya aku di pekan berhampiran dengan rumah, jam sudahpun menunjukkan jam 6 petang.

Si A mengajakku singgah di sebuah kedai untuk membeli minuman manakala aku pula tertarik dengan sebuah novel seram yang amat popular ketika itu. Aku membelek dan melihat harga novel yang terukir gambar tengkorak di muka hadapannya. Tak sangka harganya sangat mampu untuk aku beli. Lantas aku membayar harga novel tersebut dan aku berjalan pulang bersama si A.

Sampai di depan rumah Si A, senja sudah makin menjelma cuma belum kedengaran azan maghrib lagi. Si A memujuk aku agar bermalam di rumahnya sahaja setelah aku menyatakan kerisauan aku untuk melintasi belukar kecil dari rumahnya ke rumah aku. Dek kerana bimbangkan keluarga aku risau, aku gagahkan kaki menempuhi belukar kecil tersebut kerana di situlah jalan pintas yang paling dekat dan cepat untuk sampai ke rumah.

Di saat aku melangkah melalui sebatang pokok besar dan tidak berdaun, aku terpandangkan novel yang kupegang. Seram juga aku lihat kulit novel yang terpampang tengkorak kepala. Lantas ku tarik tudung mini yang kupakai lalu kubalut novel tersebut agar tidak terpampang lagi gambar tengkorak tersebut.

Saat aku melintasi pokok besar tersebut, terdengar riuh suara monyet melompat dari dahan ke dahan, mungkin ingin pulang ke sarang. Aku melangkah dengan tenang sehinggalah aku menyedari tiada lagi kedengaran suara-suara monyet yang riang melompat dari dahan ke dahan.Suasana begitu sunyi dan mendebarkan aku tetapi aku mengabaikan perasaan itu dan kini aku telah berada 20m ke hadapan daripada pokok besar tersebut.

Sambil aku menenangkan fikiran, tetiba aku merasakan seperti sesuatu yang tidak kena. Tiba-tiba perasaanku jadi gelisah dan tak menentu serta aku berpaling ke kiri dan ke kanan seolah-olah ada yang sedang memerhatikan aku. Ku toleh ke belakang, mula-mula di sebelah kanan, tiada apa yang dapat ku perhatikan.

Tambahan pula suasana semakin samar-samar dan kali ini ku toleh ke belakang melalui sebelah kiri pula. Kulihat jalan tetapi tiada apa yang ada di belakangku. Akan tetapi, aku tertoleh ke arah pokok besar yang mana tadi terdapat monyet-monyet melompat riang. Apa yang kunampak?? Ya, Allah, sesusuk tubuh kemas berbungkus kain putih elok duduk seolah-olah duduk sopan si anak dara di hujung julai pokok. Tidak pula julai pokok itu bergoyang atau melanjut ke bawah dek kerana beban susuk tubuh tersebut.

Aku berpaling ke depan semula dan cuba untuk membuka langkah seribu, namun kakiku terhenti dan terkaku seketika dengan sebelah kaki kanan tergantung di sebelah lutut kiri. Aku tak tahu dari mana suara itu namun jelas di telinga kananku. Kutoleh ke kanan , kulihat hanyalah belukar tetapi jelas suara itu garau kepunyaan lelaki. “ Jangan lari, kau baca jer apa yang kau tahu’.

Tidak semena-mena kuletakkan kakiku yang tergantung sebelah dan mula berjalan. Semakin lama semakin laju sambil ku menutup telinga dan mata. Kututup telinga agar aku tidak lagi dapat mendengar apa-apa, kututup mata agar aku tidak lagi nampak susuk tubuh berbalut kain putih itu lagi. Bagaimana aku nak berjalan?? Kubuka sedikit mata sambil menunduk dan mulut terkumat kamit membaca ayat-ayat suci yang kutahu sedangkan waktu itu aku belum menghafal ayatul qursi.

Tuhan sahajalah yang tahu berapa berdebarnya perasaan dan kurasakan jantungku seperti ingin meletup. Aku terasa seperti terlalu jauh perjalanan itu walhal belukar kecil itu cuma sebesar padang bola sahaja. Aku berjalan sambil menunduk dengan jariku ku terjolok ke lubang telinga dan membuka sedikit sebelah mata untuk melihat jalan berbatu kecil, risau takut tersadung.

Agak-agak sudah terlalu jauh berjalan, aku beranikan diri untuk membuka mata dan mendongak sedikit. Alhamdulillah, aku sudah nampak belakang rumah orang. Kupercepatkan lagi langkah namun masih tidak berani untuk berlari mahupun menoleh ke belakang. Kali ini aku sudah berani membuka mata dan menjatuhkan tanganku daripada menutup telinga.

Aku sudah hampir benar dengan rumah dan saat aku melintasi surau, azan maghrib berkumandang. Saat inilah kuambil peluang untuk terus berlari ke rumah sebelum azan selesai. Tujuannya, untuk memastikan susuk tubuh itu tidak mengikuti aku pulang memandangkan aku mempunyai adik yang masih bayi. Masuk sahaja rumah, kubersihkan diri dan berehat sambil membaca novel seram yang kubeli. Peliknya, aku seolah-olah melupakan kisah aku senja tadi.

Kisah itu tidak berakhir di situ sahaja dan aku tidak menyangka bahawa susuk tubuh itu benar-benar tahu di mana aku tinggal. Di suatu malam yang lain, ibu meminta aku menemani adik kecilku sementara ibu ke dapur.

Waktu itu, aku dan adikku berada di ruang tengah antara ruang tamu dan dapur. Ruang tengah dan ruang tamu dipisahkan dengan sekeping pintu dan berhampiran dengan pintu itu aku menemani adikku. Saat aku mengagah-ngagah adik, tetiba dia menoleh ke arah tingkap narco yang terbuka sedikit di ruang tamu.

Dia merenung ke arah tingkap seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik. Kutarik perhatian adik agar tidak lagi memandang ke arah tingkap namun tidak berjaya dan kali ini aku pula merenung ke arah tingkap. Hatiku seolah-olah berbisik seperti ada yang sedang duduk merenung di tingkap.

Lantas, kualihkan adikku dari muka pintu itu dan kukaitkan pintu menggunakan kaki sehingga pintu itu tertutup. Setelah itu, barulah adikku tidak lagi merenung ke arah tingkap itu. Ayahku tiada di rumah kerana bertugas malam. Mujurlah tiada yang buruk berlaku pada kami sekeluarga. Ku teruskan membaca novel itu setelah ibu membawa adik tidur.

Selang beberapa hari, jiran belakang rumahku meminta pada ibu agar aku menemaninya di rumah memandangkan giliran suaminya yang perlu bertugas malam. Jadi, aku mengajak kawanku seorang lagi untuk menemani di rumah jiran itu.

Novel seram yang masih belum habis ku baca ku bawa bersama dan ingin kuselesaikan secepat yang mungkin. Jiranku yang memerhati aku sedang khusyuk membaca novel itu bertanya adakah aku tidak takut membaca novel seram malam-malam begini. Aku cuma menggeleng dan meneruskan pembacaan novel yang sungguh tebal bagiku. Kawanku sudah lama dibuai lena dan saat aku mengantuk, aku letakkan novel itu di sisi dan aku tidur.

Jam 5.30 pagi jiranku sudah membangunkan kami untuk pulang ke rumah masing-masing kerana hari itu adalah hari sekolah. Tidak pernah ku bangun seawal 5.30 dan aku masih lagi mengantuk. Jiranku menyarankan agar lalu pintu belakang untuk ke rumah masing kerana rumah kami bertentangan pintu belakang. Jadinya dalam mamai-mamai dan terhoyang-hayang, aku berjalan dengan kawanku. Aku nampak ibu bapa kawanku sedang menunggu di pintu belakang tetapi dapur rumahku masih gelap.

Dalam keadaan mamai itu aku ingin melalui rumah kawanku dan berhasrat mengetuk pintu hadapan rumah. Saat aku berniat untuk berbuat demikian, tetiba aku ternampak seperti kain putih tersangkut di pohon kelapa. Saat itu juga jiranku sudah menutup pintu belakangnya, aku kira mungkin dia nampak. Aku ingin mencuit kawanku untuk memberitahu yang aku ingin melalui rumahnya untuk ke depan rumah, tak semena-mena kawanku laju menuju ke arah pintu dapur rumahnya. Aku tercegat seketika seperti tidak tahu apa yang ingin dilakukan.

Dalam keadaan terpinga-pinga, aku nampak ada orang buka lampu dapur rumah dan aku terus sahaja mengetuk pintu. Oh..rupanya ayahku bangun membancuh susu adik. Aku dalam keadaan masih mengantuk, terus sambung tidur dan bangun semula jam 6.30 pagi untuk ke sekolah.

Setelah selesai mengenakan uniform sekolah, aku teringatkan novel seramku yang tertinggal rumah jiran. Aku nekad nak pergi ambil sebab aku belum selesai membacanya. Aku ketuk rumah jiran dan meminta novel itu, sambil jiranku menghulur, dia hulurkan sekali kata-kata supaya aku membuang sahaja novel menyeramkan tersebut.

Aku menggumam dalam hati, dah tua pun penakut. Aku melangkah pulang dengan girang dan tiba-tiba aku teringat, apakah kain putih yang tersangkut di pohon kelapa di hadapan rumah kawanku pagi tadi? Di depan rumah, aku jengok sekali lagi pohon kelapa itu tetapi tiada apa yang aku nampk melainkan buah-buah kelapa sahaja……

Jiewan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

15 thoughts on “Kenapa Dengan Novel Itu?”

  1. bosan…tulis biasa2 sudah..tak perlu tulis macam karangan dlm novel…dah macam karangan reka sendiri bila dibaca..tulis jer pakai bahasa pasar

    Reply
  2. lancau ah balik2 mula cerita dengan “maaf, cerita tak seram” pastu tulis gaya cerpen. Admin tapis penulis tahi macam ni patutnya

    Reply
  3. perasan ade yg selalu kondem cerita2 confessors kat sini..xsuka xapa, tapi kalau bolehxyah lah nak mencarut kat tempat public ni..maaf

    Reply
  4. Mulut pabila sudah terbiasa mencarut,perbanyakkanlah baca kalam Allah supaya mulut tidak lagi biasa menyebut kalam syaitan.?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.