Kenapa Ganggu Tempat aku

Assalamualaikum… kepada yang sedang membaca ketika ini hehe. kisah ini bukan lah aku yang mengalami nya. tetapi ianya dari kisah benar yang abang aku lalui..

Pada Jumaat 21 October 2022
Jam 11 Pagi Bertolak ke Ulu Yam Menaiki Van Klinik. Van Sebanyak 4 biji bergerak ke Ulu Yam Dengan Membawa Seramai 38 Peserta

Pukul 1 Tengahari, Singgah di Masjid Selayang Untuk Solat Jumaat. Kemudian Setelah Selesai, Sambung Semula Perjalanan Dan Pada Pukul 2 Petang, Sampai Lah Di Sebuah Kem Di Ulu Yam
Kem Yang Terletak Agak Dalam Di Pendalaman, Sepanjang Perjalanan Terdapat Selekoh-selekoh Yang Tajam, Dan Menaiki Bukit. Manakala Di Kiri Dan Kanan Pula Hanya Terdapat Pokok-pokok Hutan Dan Empangan Air Ulu Yam. Di Mana Kawasan ini Terletak Di Kawasan Berbukit Dan Di Pendalaman Ada Air Terjun Dan Sungai sungai

Pada Pukul 4 Petang, Terus Di Mulakan Dengan Aktiviti Di Dalam Air Sungai Yang Terletak Di Dalam Kem Tersebut. Aktiviti Ini Dilakukan Secara Berkumpulan, Ketika lewat Senja, Awan Mendung Kelihatan Dan Dijangkakan Aktiviti Disebelah Malam Tidak Dapat Diteruskan Kerana Kemungkinan Akan Hujan

Dan Ketika Waktu Maghrib, Aku melalui Jalan Menuju Ke Sebuah Surau Yang Ada Di Sana, Di Mana Laluan Itu Sangat Gelap Dan Tiada Lampu, Hanya Ditemani Bunyi Cengkerik Dan Burung, Disekeliling Pula Ada Lah Bukit Dan Pokok-pokok Kemudian Malam Pun Menjelma, Seperti Diramal, Hujan Rintik-rintik Turun Di Kawasan Kem Tersebut

Setelah Pengurus Program Meneliti Keadaan, Maka Diputuskan Bahawa Aktiviti Pada Malam Itu Tetap Akan Diteruskan. Aktiviti Ini Diberi Nama Night Walk Ini Memberikan Perasaan Yang Tidak Enak, Kerana Cuaca Pada Ketika Itu Tidak Begitu Mengizinkan Dan Seperti Timbul Perasaan Yang Tidak Sedap. Aktiviti Pun Di Mulakan

Aktiviti Night Walk Berjalan Dengan Lancar, Hanya Ditemani Dengan Hujan Dan Lampu Suluh, Meredah Hutan Dan Air Sungai. Arus Sungai Terasa Agak Deras Dan Air Mencecah Paras Peha, Menyukarkan Pergerakan Namun Perjalanan Tetap Diteruskan

Sampai Di Satu Kawasan Berbukit, Kelihatan 3 Orang Remaja Orang asli Sedang Melepak Dan Seketika Cuba Berbuat Bising Seakan Akan Cuba Untuk Mengganggu. Dan Salah Seorang Dari Mereka Cuba Untuk Menakutkan Dengan Membuat Bunyi B**i. Namun Kehadiran Mereka Tidak Dihiraukan. Dan Aktiviti Diteruskan Sehingga Semua Peserta Pulang Semula Ke Kem.

Selesai Aktiviti Ini Pada Pukul 11 Malam, Kesemua Peserta Pulang Ke Dorm Masing-masing. Selepas Selesai Mandi Dan Bersiap Untuk Tidur, Kira kira Pukul 11 lebih, Ada Seorang Peserta Mendapat Panggilan Dan Mengatakan Terdapat Seorang Ahli Di Kalangan Pengurus Program Telah Diserang Histeria

Aku Bersama Kawan Pun Terus ikut Sorang Pakcik Ni Untuk Pergi Tengok Orang Yang Kena Histeria Tu 5 minit Menaiki Kereta ke Kem Mereka Jam Mula Menunjukkan pukul 11 Lebih Sampai Kat Situ Panggil Sorang Ustaz, Kebetulan Ustaz tu Ada Kat situ. Dan Aku Tengok Orang Tu Memang Tengah Meracau. Ustaz tu Masuk Ke Bilik Dia, Dan Melaungkan Azan, Sebanyak 6-7 kali

Sewaktu Azan, Orang Tu Menjerit Berkata ‘AKU PANAS!’  Lepas Selesai Azan, Orang Tu Diam Dan Macam Dah Tertidur, Masing-masing Menyangka Ia Telah Selesai Dan Ustaz Ini Juga Terus Pulang

Pakcik Yang Ada Tu Suruh Aku Dan Kawan Aku ni, Sama Sorang Lagi budak Untuk Tunggu Sekejap kat Situ Untuk Jaga Orang Yang Sedang Dirasuk tu, Dan Orang Lain Pun Semua Balik.. Jam Menunjukkan Jam 12 Lebih. Tiba-tiba Orang Itu Tadi Kembali Seperti Dirasuk Dia Dari Tidur, Terus Dengan Pantas Nak Bergerak Seperti mau Melompat

Dan Orang Yang Ada kat Bilik Tu Cepat-Cepat Pegang Dia, Aku Pegang Kaki Dia. Dan Terus Semua Yang Ada ketika itu Membaca Ayat Kursi Sambil Pegang Dia. Dia Ulang Lagi Pata ‘PANAS’ Lepastu dia berkata Sekali Lagi, ‘AKU TAK NAK KELUAR’  Lepas Lama Sikit Tu, Dia Pun Senyap. Dan Ayat Kursi Terus Dibaca Sampai Kering Tekak Aku Kering Dibuatnya

Sampai Pukul 1 Lebih, Keadaan Makin Sunyi Tiada langsung kelibat Manusia Disekitar Kem itu. Hanya Keadaan Gelap Dan Bunyi Cengkerik. tunggu ustaz tadi tapi Langsung Tak Datang Kembali. Tiba-tiba Orang Itu Tadi Kembali Menjerit. Dan Berkata ‘KENAPA GANGGU TEMPAT AKU!!

Sehingga Pukul 2 Pagi. Tiada Sebarang Bantuan Yang Tiba, Dan Aku Ajak Kawan Aku Tadi Untuk Cuba Keluar Cari Pak Guard. Mula mula Cari Pak Guard Takda, Lepastu Cari Lagi Baru Jumpa Pakcik Guard. Aku Tanya Pakcik Guard Tu. ada Ke Ustaz Lagi Kat Kawasan tu? Dia Kata Takda. Aku Beritahu Dia Ada Orang Kena Rasuk. Pakcik tu Kata “Aa Tu La, Kita Pun Takut Juga Kan” Dengan Muka Takut Dan Risau. Aku Tanya Dia, Sebelum ni Ada Ke Berlaku Histeria Ni?

Dia Kata, “aa tu laa.. Kita Pun Tak Berapa Tahu La. Tapi Kawasan Ni Dah Dipagar.” Dia Beritahu Sekeliling Kem Tu Dah Dipagar, Dan Makhluk Halus Tak Boleh Masuk Ke Kawasan Kem Dia Kata Di Kem Tu Ada Penunggu. Bukan Satu Je, Di Dekat Hujung setiap Penjuru Paling hujung Kem Tu Ada 4 Penunggu!

Lepas Lama Aku Berborak Baru Pakcik Guard Tu Teringat, Dia Ada Kawan Kat Situ, Orang Indonesia, Dia Kata Mungkin Orang Tu Boleh Tolong. Pukul 2 lebih waktu tu
Dia Call kawan Indonesia Dia, Nasib Baik Kawan Dia Tu Belum Tido. Lepas 3 minit, Wak Tu Pun Sampai. Dia Datang dan Pakcik Guard Tu Beri Wak Minum Air Kopi Supaya Hilang Sedikit Rasa Mengantuk

Kemudian Wak Tu Tanya “Kenapa sama dia? Apa Yang Berlaku?” Lepas dah selesai Terangkan Kat Wak, Lepastu Terus Bawak Dia Pergi Jumpa Orang Kena Rasuk tu.

Kemudian Dia Membaca Sesuatu Dan Dia Cuba Tarik Keluar Makhluk tu. Mula-mula dari kaki, Tak dapat. Lepastu Dari kepala. Menjerit Orang Kena Rasuk Tu Aku Pegang Kaki Dia. Akhirnya Dengan Izin Allah  berjaya Keluarkan Makhluk tu. Wak Membaca Sesuatu Disetiap Penjuru Bilik Tu. Wak Memberi Tahu Bahawa Makhluk Tu Dihantar Sengaja Dihantar Oleh Orang Asli, Sebab Marah

Pukul 3 Pagi, Aku Balik Dorm Ambil Wuduk Dan Mahu Melelapkan Mata Tapi Tak Dapat Tidur Dan Pada Jam 9 Pagi. Orang Yang Sama Kerasukan Sekali Lagi. Wak Tu Memberi tahu Makhluk Itu Dihantar Semula, Kemudian keluarga orang kena rasuk Tu  Datang Dan Bawak Dia Pulang Untuk Berubat. Selepas Meneliti Segala faktor Program ini Pun Di tamatkan, Kesemua Ahli Program Dan Peserta Harus Pulang Meninggalkan Tempat Ini Sebelum Malam Menjelma, ini kerana dikhuatiri Akan Ada Lagi Orang Yang Lain Terkena Gangguan Yang Sama,

Itulah kisahnya. untuk pengetahuan pembaca, abang aku sebenarnya tak mahu pergi program tersebut. malah sebelum tiba hari untuk pergi ke program itu, abang aku berdoa agar program tersebut dibatalkan. ini sebab risau akan perkara tidak diinginkan terjadi. tambah pula hujan lebat kerap melanda ketika itu, ini merupakan kali pertama aku share cerita di FS hehe terima kasih kerana sudi membaca

Bye
Assalamualaikum

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Firdaus

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 18 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.