Kenapa Harus Aku

Assalamualaikum buat semua yang membaca cerita benar dari saya. Terima kasih admin jika cerita ini tersiar dalam page fiksyen shasha.

Aku kenalkan diri sebagai Sumandak Sabahan ( perempuan atau bujang Sabah ). 
Kisah ni terjadi lebih kurang bulan 8 tahun lalu which is 2018 lepas raya.
Kisah ni agak complicated sikit sebab bercampur-campur. SAKA & SIHIR PEMISAH. 

Pertama kali aku minta maaf jika ada kesilapan dan kesalahan dalam penulisan aku.

Aku start sakit bila last aku videocall dengan bf aku sementara mahu balik kerja. Dia perasan muka ku agak lain saat itu dan tanya dia “lamanya aku tak jumpa kau” padahal tiap minggu kot jumpa. Maklumlah aku kerja di kotaraya manakala dia di Tambunan, satu daerah yang jauh. Bf aku hairan kenapa aku cakap begitu dannnnnnn….. lepastu aku off hp, ini dia cakaplah. Ini dia yang cerita selepas smua kejadianlah.
Aku sedar2 aku dirumah sewa ku sudah. Macamana boleh aku sampai disana pun aku tak tahu sebab aku langsung tak ingat dan blur betul masa tu.

Tiba-tiba abang kandung ku yang kedua sampai dengan tunangnya mengetuk pintu dengan kuat. Aku rasa nak mengamuk saja masa tu tapi aku masih buka pintu. Abangku terus sapu muka aku dengan air yang sudah dibacakan ayat2 al quran dan masa tu juga aku terus rebah. Mengikut cerita abangku, masa aku rebah aku disampuk atau di rasuk sampai abangku dan tunangnya tak dapat tahan aku. sebab aku sampai
panjat dinding dan tingkap. Nangis kot abangku masa tu tengok aku jadi macam tu. Abangku cuba buat yang termampu untuk sedarkan aku sementara bf dan keluarganya yang pandai mengubat datang untuk bantu aku. ( mak abah aku jauh di Tawau ). lepas 20 minit aku dirasuk, aku sedar tapi tak bercakap. Abangku tinggalkan aku sendiri di rumah sebab dia nampak aku macam dah ok sudah padahal itu hanya mainan syaitan.

Masa tu lepas maghrib, mataku meliar nampak di sekeliling rumahku. Terasa sangat suasana yang berbeza dari selalu. Kucing-kucingku semua takmau dekat dengan aku. semua diluar balkoni. Rumah ku ni tingkat 1 ya. Dalam jam8 lebih aku ingat, aku terasa ada orang dekat dengan aku, iaitu bf ku suda sampai dekat lobby rumah. Ntah macam mana aku boleh rasa dan aku call dia dan cakap “aku rasa kau dekat dengan aku” yaa betul “pakkk, pintu di buka dari luar. Memang betul bf ku sampai dan dia kunci pintu terus. Takut aku lari kott. Dia tanya aku ‘kenapa kau ni?” Tau tak apa aku buat, aku terus tolak dia sampai tersungkur jatuh lebih kurang 20 meter macam tulah. Besarnya badannya tu boleh terlempar.

Masa tu jug bf aku terus call bapak nya yang sedang menunggu di bawah. Sekali lagi aku di sapu dengan air yang dibaca ayat al quran. Masuk ahli keluarganya dalam 5 orang termasuk bf ku untuk pegang aku. Semua tak dapat pegang dan aku masih boleh terlepas. Macam-macam aku dibuat tapi tetap juga masih dirasuk. Akhirnya, abangku yang pertama datang dan berunding dengan benda yang masuk di badanku. Aku terus ketawa… “HAHAHAHA, LAMA TAK JUMPA. KENAPA BARU SEKARANG KAU TUNJUK KAN MUKA? AKU TAK DAPAT KAU TAPI AKU DAPAT ADIK KAU. AKU DATANG UNTUK TUNTUT JANJI” dan abgku blas “KENAPA KAU KACAU KELUARGAKU LAGI, KELUAR DARI BADAN ADIK KU DAN AKU JANJI AKU YANG AKAN BERURUSAN DENGAN KAU”

Rupa-rupanya, itu adalah SAKA dari keluargaku.. 🙁 dia datang menuntut janji nya dulu dengan arwah atok ku. Lepas kejadian tu, hidupku sangat sangat berbeza. Aku banyak berdiam. Bayangkanlah, aku boleh bercakap dengan makhlus halus yang ada disekeliling. Ada sekali masa aku lepas mandi tiba2  lampu tu m**i hidup gelap gelita. Dan fikiranku habislah dia main gelap-gelap pulak. Sudahlah aku ni penakut gelap. kena lari ke tempat abangku ni tak boleh stay sini jadi aku sempat lagi bekemas sikit, beranikan diri angkut kucing-kucingku 7 ekor tu masuk cage diorang. Lepas berkemas, masa aku nak kunci pintu, terasa sangat ada yang berdiri di belakangku. Terkena lagi rambut panjang nya tu… Ya ALLah….. mengucap aku.

Lepas saja aku mengunci pintu, tangga yang aku lalui mmasa tu seakan tiada saja aku lalui . Lajubenar aku lari dengan cage kucing tu. Dalam aku berlari tu aku boleh nampak lagi ada yang mengejar aku. Ada tiga ekor ( entah haiwan atau makhluk apa ni ) pendek-pendek yang mengejar sambil ketawa. Jarak rumah dari parking kereta lebih kurang 200 meter, masuk ja kereta terus on kereta dan lampu. Jantungku seakan ingin tercabut rasanya dengan rasa takut tu. Aku terus call bf dan dia tiba tiba marah aku. “KENAPA SUSAH BETUL CALL KAU NI DARI TADI” aikk.. aku pun jadi hairan padahal hpku tetap on ja dari tadi. Dia tanya lagi “KENAPA KAU MACAM PENAT NI MACAM DARI BERLARI” Aku terus cakap aku kena kacau lagi. Apa lagi dia pun huru hara.

Dalam perjalanan utk keluar dari tempat ku, perlu lalu lagi satu taman perumahan. Tapi yang peliknya.. sepanjang aku jalan tu semua gelap saja. Langsung tiada lampu macam biasa. Aku syak kena lagi ni. Ya Allah macam aku mau nangis ja masa tu sebab takut betul sudah.Tapi bf ku kasih tenang2 dan mintak aku baca ayat kursi (Masih adalam talian). Tiba-tiba aku jumpa seorang pakcik naik motor. Dan aku ikut dia dari belakang. Berharap dia dapat bantu aku keluar dari tempatku. Masuk saja satu simpang tu, Alhamdulillah, terang suda macam biasa. Aku apa lagi terus pecut laju ke rumah abangku. Sampai rumah abangku, muka pucat d tanya. ‘KAU OK KAH” aku pun jawap “OK APA BARU JA KENA KEPUNG DENGAN GENG JEPUN 606” HAHAHAHAHA.

Okay lah sampai disini saja cerita aku kali ini, nanti aku sambung lagi dengan kisah-kisah yang lain kiranya ini kisah sebagai pembukaan bagi kisah-kisah aku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Hafizah Tarun

3 thoughts on “Kenapa Harus Aku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.