Kenapa ikut aku?

Hai Assalamualaikum nama aku Zue. Nampak ramai dah post pengalaman and cerita seram kat FS ni. So aku pun rasa terpanggil nak share satu story. Okay cerita ni terjadi kat kandang kerbau hospital. Bukan kandang ye. Hospital. Nama dia je macamtu. Haha. Hospital ni kat little india, singapore. Sekarang hospital ni cantik dah dia renovate nampak modern lah.

Dulu, design hospital ni macam hospital kat malaysia jugak sebelum dia maju. Pernah kan tengok kekuda kat bumbung tu. Takde ceiling. Direct bumbung. Then kipas pulak style yang batang panjang. Bukan macam sekarang yang rapat ke ceiling. Haa macam tu la keadaan dalam hospital tu masa tu.okay nak dijadikan cerita aku bagi nama watak ni hasnah. Satu hari ni Hasnah admitted ke hospital. Appendix. Awal2 tu memang da doa sangat lah taknak stay hospital sebab dia ni penakut gila kene tinggal sorang. Lagi2 hospital sebab dengar cerita macam2. Tapi Dr cakap kene stay jugak. Dr tak benarkan dia balik.

Nak taknak kene ikut cakap Dr la kan. Malam tu dia terjaga. Dia bukak mata. Gelap. Ward lights off. Pusing kiri pusing kanan. Golek2 takboleh tido. Last2 dia terlentang atas katil tu. Taktahu la kenapa mata gedik meliar tengok keadaan ward tu. Tengok tingkap, ceiling, patients dalam ward. Tiba2 teringat mak ada pesan. Malam2 jangan meliar mata. Takut nampak yang bukan2. Then masa tu la mata dia terpandang something betenggek kat kekuda kipas tu.

Tekebil2 dia cuba nak fokus kat objek tu. Bila tengok betul2, nampak perempuan baju putih rambut panjang menutupi muka becangkung kat situ tengah hadap straight ke arah dia . Dia da gelabah ayam terus jerit nurse and tekan butang kecemasan yang ada kat kepala katil tu. Then Nampak nurse bergegas datang masuk ward sambil bawak (troli ke apa nama dia yg selalu nurse bawak ubat or makanan tu) . Kebetulan masa tu phone dia ni tejatuh katil. So dia bongkok la nak amik phone tu.

Masa tu dia perasan nurse yang datang bawak troli tu tak jejak tanah. Takde kaki! Ah sudah. Muka rasa takda d***h dah. Pelan2 dia pandang atas, tengok nurse tu tengah menyengih and cakap ” hehe dah tahu ke ” . Nurse gelak. Terus dia pengsan. Esoknya nurse jumpa dia meringkuk bawah katil. Lepas operation, Dr bagi dia discharge. So dia pun balik rumah. Hasnah ni kaya. Rumah dua tingkat. Sejak beli rumah tu memang dia ajak mak duduk sekali.

Tak berani duk sorang.Nak2 pulak rumah besar kan. Tapi hari tu dia tinggal sorang je. Kebetulan haritu mak dia pegi rumah abang jaga akak ipar tengah berpantang. Kalau nak tahu, singapore ni semua rumah pangsa. Jarang la nak jumpa rumah seketul2 mcm kat Malaysia. Ada tapi takbanyak. Kat Singapore kalau mampu beli rumah dua tingkat tu da kira elit dah. Kos hidup kat sana mahal.

Malam tu dia terjaga. Sebab haus. So turun tingkat bawah nak g dapur. Masa tengah minum tu dia dengar budak main lari2 kat tingkat atas. Tengok jam dinding pukul 3. Dia duk geram jela dalam hati anak siapa la malam2 taktido lagi. Mak ayah depa tak reti marah ke. Then dia terdiam. Memang rumah dia rumah pangsa tapi rumah dia tingkat paling atas! Mana ada rumah jiran tingkat atas lagi dah. Masa tu la dia dengar bunyi guli jatuh ikut tangga dari tingkat atas.

Ktak! Ktak! Ktak! Bunyi tu memang jelas sebab suasana memang sunyi tambah pulak bunyi guli jatuh atas tile. Hasnah pusing. Elok je guli tu meleret ke kaki dia. Sapp! Lampu terpadam. Satu rumah gelap. Hasnah mula meraba2 cari suis . Belum sempat dia tekan suis, lampu menyala semula dan dia dengar suara budak belari2 dari tangga ke tingkat atas. Hasnah cuak. Terus call mak menangis2 , decide drive terus ke rumah abang malam tu jugak. Mujur kunci kereta memang letak atas cabinet depan pintu. Tak sanggup nak naik tingkat atas dah. –TAMAT –

———————————————- Rasa macam tergantung kan cerita ni. Nak tahu lebih lanjut boleh Tanya Hasnah sendiri apa jadi lepas tu. Tapi tu lah. Too bad. Hasnah meninggal 5 tahun lepas. Kut la korang ada rezeki jumpa dia ke malam ni. Tolong tanyakan ye. Aku nak tau jugak 😉
Note: Tak boleh nak takut sangat dengan benda² macam ni. Lagi kita takut, lagi dia suka. Allah adalah sebaik² pelindung.

 

Zue

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

24 thoughts on “Kenapa ikut aku?”

    • aku tak nk komen pasal citer pn. Cume nk komen typical malaysian minded yg rase diri sendiri jer betul. Even xde knowledge pn sibuk duk nk judge and bash org. Bak kate mat lutfi sherlock laq.

      Dekat malaysia nie pun bersepah rumah pangsa /flat (apartment) yang 2 tingkat/double storey. Die pangil “Duplex Apartment” rajin2 lah Google ye. Nah dahh dapat ilmu baru. Mane tau ko nk beli nanti.

      Reply
  1. Umah die penthouse kot…
    Sbb tu wpon pangsa, tapi 2tgkt, umah atas sekali…

    Cumenye pd akk xde isu tergantung pon cerita ni…
    Gangguan yg die alami tu agak lumrah utk umah yg bertingkat2…
    Lelagi umah tu x ramai yg stay…

    Reply
    • bukan penthouse, townhouse..penthouse tu yg paling atas condominium atau apartment..townhouse yang rumah dia asing2, atas pintu masuk lain, bawah pintu masuk lain

      Reply
    • “Memang rumah dia rumah pangsa tapi rumah dia tingkat paling atas! Mana ada rumah jiran tingkat atas lagi dah…”

      Haah…
      Klu yg mcm teres tu mmg townhouse…
      Tp yg citer ni mmg penthouse ar kan sbb die mention umah tu umah pangsa…

      Reply
  2. ” Nak tahu lebih lanjut boleh Tanya Hasnah sendiri apa jadi lepas tu. Tapi tu lah. Too bad. Hasnah meninggal 5 tahun lepas. Kut la korang ada rezeki jumpa dia ke malam ni. Tolong tanyakan ye. Aku nak tau jugak ?”

    cuma tak suka penulis cakap macam ni.. seolah – olah main main je hal m**i ni..
    jangan bergurau begini ye dik..
    nasihat je, bukan membenci.. ^_^
    AL-FATIHAH untuk arwah..

    Reply
  3. {Hasnah meninggal 5 tahun lepas. Kut la korang ada rezeki jumpa dia ke malam ni. Tolong tanyakan ye. Aku nak tau jugak ?}
    ***MOTIF??**

    Reply
  4. “Dulu, design hospital ni macam hospital kat malaysia jugak sebelum dia maju.” *clearly an insult*
    “Kat Singapore kalau mampu beli rumah dua tingkat tu da kira elit dah. Kos hidup kat sana mahal.” *kalo Singaporean tulis mesti bunyi die, “kos hidup kat sini mahal”… So a Malaysian insulting Malaysia?!…

    Reply
  5. Rumah arwah Hasnah di Spura tu rumah pangsa tp 2 tkt 2 tkt setinggi 6 @ 8 @ 10 @ 12 dan seterusnya semana tinggi dibina dan dipanggil maisonette dan di Msia dipanggil duplex. Yg townhouse tu hanya 2 @ 3 tkt. Yg penthouse tu ialah rumah yg 2 @ 3 tkt paling atas sekali di kondominium dan penthouse tiada di rumah pangsa. So x payah jumpa siapa2 lg. Kos hidup di Spura mmg lebih jauh mahal dr di Msia. Tiada niat menghina sesiapa. Sila bnyk membaca jika x mahu pergi menyiasat/melancong. Komen mahu nk kecam sj. X pun suka mencarut maki2. Apa faedahnya menunjukkan kecetekan berfikiran @ kedaifan bersosial. Ch Mak Lampir baca x betul2 faham dh menyalahkan penulis yg mengatakan rumah seketul 2 tkt tu juga dgn kata2 makiannya mcm Mozai. Apalah ertinya jika kita berpelajaran tp pendek fikiran dan tindakan.

    Reply
  6. Jangan la suruh jumpa. Biar lah dia dgn dunia dia sndiri skrg ni. huhu…
    Lagi pun dunia kita dan dia berbeza. Moga tenang di sana

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.