Kenapa Kacau Aku?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi admin dan pembaca-pembaca setia FS. Aku Madam Nel, dan aku dah kembali bertugas di kantor. Dan seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal kisah-kisah seram di rumah parents aku kat Bangi. Bagi aku yang alami benda ni seramlah. Kalau tak seram bagi korang, minta maaf.

Aku mulakan dengan kejadian-kejadian yang menimpa aku. Aku share yang aku paling ingat dan paling horror (bagi aku) jelah ek.

KISAH AKU
Seingat aku, aku selalu kena kacau since sekolah menengah. Sebelum-sebelum ni aku tak ingat kena kacau ke tak, tapi yang paling aku ingat masa aku Form 3. Aku explain dulu rumah parents aku ni macam mana. Rumah Mak aku kat atas tanah lot. Depan rumah ada laman yang luas dan rumah ni setingkat je. Kat depan ada Ruang Tamu A, Ruang Makan A dan master bedroom – selalunya dijadikan bilik pengantin, tapi disebabkan aku pengantin bongsu, makanya sekarang jadi bilik aku. Bahagian tengah rumah ada Ruang Tamu B (tempat tengok TV) dan dua bilik (satu bilik parents aku dan lagi satu bilik tamu).

Dan kat belakang ada Ruang Makan B, tiga bilik air, satu bilik tidur (masa bujang, bilik belakang ni bilik aku, sekarang Abah aku buat bilik dia melepak), Dapur Kering & Basah dan setor. Belakang sekali kat luar rumah, Mak aku baru renovate 3 tahun lepas, buat tempat sidai baju dan setor luar. Belah kiri rumah, kedai makan dan semak samun, pokok pisang, pokok sirih dan segala macam pokok ada kat tepi tu. Belah kanan rumah, jalan kecik dan rumah-rumah makcik pakcik aku. Belakang rumah aku, ada rumah sepupu aku.

So, balik kepada kisah aku, masa aku Form 3, aku tidur kat bilik belakang tu sorang-sorang. Adik beradik aku yang lain semuanya dah kahwin dan yang sorang kat atas aku masa tu kat UiTM, jarang-jarang balik. Ada satu malam tu, angin kuat sangat, nak kata nak hujan, hujan tak turun-turun pun. Tapi angin memang kuat dan sejuk gila walaupun aku tak on aircond. Sesekali langsir sebelah katil aku ni terselak-selak sebab cermin tingkap kat belah atas sekali aku dah tanggalkan untuk ganti cermin yang kat belah bawah yang aku terpecahkan minggu sebelum tu. Aku pun entah kenapa gatal pandang atas, tengok cermin yang dah lopong tu. Aku intai daripada bawah selimut. Takde apa-apa.

Angin makin menggila. Langsir terselak lagi. Kali ni lebih luas ternganga. Tetiba suasana senyap, bunyi angin pun takde. Langsir tertutup balik. Aku masih tutup muka dengan selimut. Lama jugak senyap. Aku amek peluang untuk intai lebih sikit. Pelan-pelan aku selak selimut aku. Sekali bila aku bukak je selimut, angin jadi kuat balik, langsir terselak sebesar-besarnya dan tediaaaa kat tingkap lopong tu ada benda tengah intai aku balik.

Muka dia aku ingat lagi sampai sekarang – hijau, bernanah-nanah, berdarah-darah, banyak lubang-lubang macam bekas jerawat, bertaring, lidah panjang, tengah menyeringai tersengih-sengih tengok aku. Lidah dia keluar, masuk, keluar, masuk dalam mulut dia. Aku terpaku kejap. Tapi lepas tu aku bangun, lompat dari katil campak selimut, lari pi bilik Mak Abah aku kat area Ruang Tamu B tengah rumah. Aku bukak pintu secara mengejut dan kasar, tak dan nak ketuk pintu dah masa tu. Terkejut Mak aku dibuatnya sebab aku tetiba meluru masuk tidur atas lantai. Tapi dia tak tanya apa-apa, dia terus tidur balik dalam kemamaian.

Esoknya masa Subuh aku cerita kat Mak, dia kata aku mengigau je. Takdenya. Aku rasa benda tu benda yang selalu singgah kat pokok rambutan makcik aku kat sebelah rumah ni. Sebab masa anak buah aku kecik (dalam umur dia 7-8 bulan macam tu), aku pernah bawak dia gi rumah makcik aku kat sebelah tu. Masa tu lepas Maghrib, aku lalu bawah pokok rambutan tu sambil dukung dia. Malam tu anak buah aku tak boleh tidur dan asek menangis je, kena tegur agaknya. Padan muka aku kena bebel dengan kakak aku lepas tu. Aku pun masa tu budak lagi, manalah aku tau. Hahaha. Lepas tu aku pun dah tak berani bawak mana-mana anak buah aku keluar lepas Maghrib. Dan pokok rambutan yang rendang tu pun dah kono tobang dek makcik aku.

Kejadian kedua yang paling seram (seram kelakar) aku kena kacau masa aku baru graduate dan dah balik kampung. Time tu Mak Abah aku takde, dorang gi haji. So kat rumah, ada aku dengan kakak aku, serta suami dan anak-anak dia. Dorang satu family tidur kat bilik depan. Aku tidur sorang-sorang kat bilik Mak Abah aku kat tengah. Aku dah tak berani tidur bilik belakang bila Mak Abah aku takde.

Entah kenapa tengah malam tu aku terjaga sebab lapar, tapi aku malas (sebenarnya takut) nak ke dapur. Dalam hati aku cakap, “Ish, sedapnya kalau dapat makan nasi panas-panas, letak kicap manis dengan ikan selar kuning goreng garing-garing. Perghhhh.” Tak lama lepas habis berangan tu, bila aku nak terlelap, aku terdengar bunyi benda jatuh kat dapur dan terbau ikan goreng. Aik, benda tu acah-acah aku pulak time-time lapar tu.

Aku tak pikir panjang dah, aku bangun lari pi bilik depan, tidur berhimpit dengan kakak aku kat tilam bawah dengan anak-anak dia. Nasib baik laki dia tidur atas katil masa tu. Lantaklah laki dia ada ke takde aku, belasah. Aku pikir kalau tunggu lama lagi, agaknya dia bukak pintu bilik tengah tu, hidang kat aku nasi kicap dengan ikan goreng tu pulak nanti. Tak pun dia panggil aku makan kat dapur. Errr…

Esoknya kakak aku tanya kenapa aku lari masuk bilik dia. Aku ceritalah ada hantu masakkan ikan goreng untuk aku. Dia gelakkan aku, tapi dalam gelak-gelak tu, last-last dia pun sama takut nak ke dapur lepas tengah malam. Dan sampai sekarang kalau sebut pasal ikan goreng je mesti aku kena bahan.

Kejadian ketiga yang aku kena berkaitan dengan mimpi. Bukanlah kejadian sebenar in real life. But still, seram bila teringat balik. Ini aku tak taulah nak tafsirkan atau conclude macam mana. Aku terkena sihir, atau aku sendiri yang tak pandai jaga diri, maka benda tu suka datang kat aku. Mimpi-mimpi ni start lepas aku dah kahwin (dan lepas aku confront sorang makcik yang suka kacau rumahtangga parents aku). So aku memang tak tau nak point puncanya di mana. Cuma dulu ada sorang student aku ni dia pandai menengok orang. Dia kata ada orang pakai baju biru hantar benda kat aku, sebab tu aku selalu mimpi bukan-bukan. Wallahualam. But lately, mimpi-mimpi tu dah takde.

Mimpi yang aku alami selalunya berkaitan dengan ular, pontianak, baby dan mayat. Aku selalu bermimpi ngeri bila aku balik rumah Mak, ataupun bila aku period. Mimpi pertama yang aku kena, aku mimpi ada orang bagi baby kat aku. Masa ni aku innocent dan aku tak tau maksud mimpi tu. Aku amek baby tu dan aku bagi dia susu botol. Sampai kenyang. Siap sendawakan lagi budak kecik tu.

Pastu aku terjaga, aku terus Google maksud mimpi tu sebab seronok dapat baby. Tapi bila aku dah baca, aku terus off phone dan sambung tidur dalam ketakutan. Mimpi ni sampai sekarang aku tak cerita dengan sesiapa, termasuk laki aku. Masa aku gi berubat kat Darussyifa je aku cerita dengan Ustaz tu. Tapi dia tak komen apa-apa. Just bagi aku air penawar. Lepas-lepas tu dah takde mimpi apa-apa pasal baby. Aku malas nak pikir pasal black magic ni, so aku conclude sebenarnya aku mimpi baby tu sebab aku nak sangat-sangat ada baby masa tu.

Mimpi kedua aku, masa tu kat rumah parents aku ni. Dalam mimpi tu aku nampak pontianak kat luar rumah. Aku kat dalam rumah, nampak dia tepi tingkap. Rupa dia memang sebijik macam dalam movie seram buatan Melayu. Rambut panjang yang serabut, muka pucat, mata merah, taring panjang, hodoh sehodoh hodohnya, dengan kain putih lusuh, kuku hitam panjang. Dia lalu lalang dekat tingkap ruang tamu depan macam nak masuk. Sekali dia hilang. Aku menarik nafas lega, sambil intai kat tingkap. Baru nak rasa tenang, tiba-tiba dalam mimpi tu dia mengilai (aku rasa macam dia mengilai tepi telinga je masa tu), dan bila aku tengok kat luar, dia tengah terbang dari jauh dengan laju ke arah tingkap depan tu.

Aku dah angkat tangan tutup muka aku, takut cermin tingkap tu pecah kalau dia langgar dengan maximum speed macam tu (bongok betul, padahal dia boleh je tembus sana sini). Tapi bila dekat je dengan tingkap, pontianak tu melantun balik ke belakang macam ada satu unseen power yang tak bagi dia masuk. Bila dah melantun macam tu, dia marah dan cakar-cakar tingkap sebab nak masuk. Pun dia tak dapat masuk jugak. Dalam mimpi tu aku duk tercegat je pandang dia nak masuk tapi tak boleh. Aku terjaga tak lama lepas tu, sebab aku terdengar azan kat tepi telinga dalam mimpi. Bangun-bangun memang tengah azan daripada masjid kampung ni. Aku mengucap panjang. Dahlah tak boleh solat. Mimpi ni aku kena lepas seminggu aku confront makcik tu.

Mimpi ketiga yang aku selalu kena, mimpi ular besar warna hitam. Macam anaconda pun ada rupa dia. Pertama kali aku mimpi ular ni, lepas aku confront makcik tu sebab buat Mak aku menangis. Aku ni walaupun selalu bergaduh manja dengan Mak aku, tapi sape buat dia, memang aku buat orang tu balik. Tak kisahlah kau lagi tua daripada aku pun. Jangan ditiru perangai ni.

Dalam mimpi tu, aku nak masuk rumah, tapi dekat pintu grill depan ada dua ekor ular hitam tengah belit pintu tu. Mak aku kat dalam tengah tengok aku. Muka dia risau, dia cakap, “Macam mana kau nak masuk ni? Ada ular besar. Aku nak keluar pun tak boleh.” Aku dekat je ular tu acah-acah angkat kepala dia nak serang aku. Aku agak ular tu sekor jantan, sekor betina berdasarkan saiz mereka yang berbeza. Dan tengok gaya dia berbelit-belit kat pintu tu macam tengah mengawan. Last-last aku fed up, aku blah sebab tak dapat masuk rumah. Mimpi tu habis macam tu je, tapi aku nampak Mak aku pandang aku dengan pandangan yang sedih sebab tak dapat keluar rumah. Dan seolah mengharapkan aku untuk rescue dia. Aku terjaga kali ni tengok jam baru pukul 3 pagi. Sampai lepas Subuh baru aku dapat tidur balik. Dan ye masa tu aku period.

Mimpi aku jumpa mayat pulak. Kejadian dan venue dalam mimpi ni semua sama, semuanya berlaku kat rumah parents aku. Dan semuanya berlaku di luar rumah, benda ni macam nak masuk dalam tapi dihalang oleh sesuatu.

Aku mimpi aku baru nak pergi kerja. Masa bukak pintu depan, aku nampak beg IKEA warna biru yang besar bagak tu betul-betul depan pintu rumah. Beg ni in real life selalunya aku buat untuk hantar baju pi laundry. So dalam mimpi tu aku assume aku terlupa nak bawak masuk kain baju yang aku pick up daripada laundry semalam. Aku keluar rumah dan baru je nak pegang handle bag tu, aku nampak ada mayat perempuan tak berbaju dalam tu. Yang pastinya aku tak nampak muka mayat tu sebab muka dia tertutup dengan rambut dia, tapi mayatnya bogel, berdarah-darah. Aku menjerit dan terjaga. Laki aku kat sebelah tidur nyenyak. Anak aku pun sama. Aku berjaga sampai pagi sambil peluk anak aku sebab takut. Dan ye, lagi sekali masa ni aku period. Dan ye, masa tu aku baru lepas confront makcik tu lagi.

Mimpi-mimpi ni datang selalunya lepas aku confront makcik tu. Dan setiap kali, sama ada aku akan mimpi benda bukan-bukan time period atau aku akan kena cirit birit esoknya. Bukan sekali dua aku kena cirit birit lepas confront dia. Dan bila pi klinik, doctor kata takde pape, bukan food poisoning, cuma cirit birit biasa. Dia bagi ubat biasa, tapi bila aku makan ubat, tak jalan langsung. Kadang sampai seminggu lebih aku kena, macam tu jugak sakitnya, sampailah dia hilang sendiri. Tak kelakar, bila kau tengah mengajar dalam kelas tetiba rasa macam nak tercirit. Haih.

Bila aku mengadu kat Mak, Mak kata sudah-sudahlah confront orang tu. Biar Allah je yang balas. Tapi aku geram tahap maharaja. Kalau kebahagiaan parents korang kena kacau, dan korang tengok Mak korang asek sedih berendam air mata je, tak ke geram ko rasa? Tambah pulak anak-anak makcik tu pun sama biadab macam maknya. Macam tu lah aku rasa bila aku tengok Mak aku.

Paling baru aku kena kacau masa malam Maharaja Lawak Mega final week. Masa tu kakak aku (kakak dalam cerita ikan goreng tu) dengan family dia mai datang rumah parents aku nak tengok MLM 2017. Saja jelah datang dengan husband dan anak-anak dia. Masa dia nak balik tu, aku terbau bau colok kat Ruang Tamu A kat depan. Adalah dalam 2-3 minit macam tu, tapi aku tak cakap apa-apa. Esok tu baru aku message kakak aku, kotlah dia pun ada terbau sebab malam sebelum tu dia terserempak dengan Cik Chong kat jalan menuju Bangi Lama. Aku tanya Mak aku, Mak aku pun kata tak bau. Entahlah kenapa asek aku je yang kena.

Ni kisah Mak Abah aku pulak…

KISAH MAK & ABAH
Kitorang adik beradik semua dah berumahtangga. Jadi rumah Bangi ni memang tinggal Mak Abah berdua je. Kitorang selalu akan balik hujung minggu (bagi yang tinggal jauh), yang dekat-dekat kadang-kadang on weekdays balik jugak jenguk-jenguk parents kitorang.

Sebelum berubat dan sebelum ada Ustaz datang tengokkan rumah ni, Mak Abah selalu nampak kelibat hitam dalam rumah. Terutamanya lepas Asar dan waktu malam. Walaupun Mak Abah tak tinggal solat dan rajin mengaji, tetap akan nampak jugak kelibat-kelibat tu. Tengah solat pun boleh dia kacau. Apatah lagi kalau tengah tak buat apa-apa.

Ada sekali tu, Abah kat meja dapur tengah baca suratkhabar. Masa tu lepas Maghrib. Dia ternampak sorang lelaki dan sorang perempuan tengah dukung budak masuk dapur dari ruang tamu kat tengah tu. Dia ingat kakak aku balik dengan husband dan anak dia. Dia buat tak tau je sebab kitorang memasing memang ada kunci rumah sendiri. Lepas tu dia peliklah, apa pasal budak-budak ni masuk rumah tak bertegur dengan aku. Dia pun angkatlah kepala nak tegur “kakak” aku. Tengok-tengok dah tak ada. Abah aku ke depan, jenguk kat tingkap, takde pun kereta kakak aku. Dia rasa takutlah jugak masa tu. Tapi dia tak layan.

Mak aku pulak, bila dia duduk kat ruang tamu tengah ni tengok TV ke lipat kain ke, dia akan nampak kat ekor mata dia, kelibat lalu lalang ke depan, ke dapur, ke depan, ke dapur. Selalunya bila Abah takde kat rumah. Tapi biasalah, warga emas ni memang hati kental.

Tahun lepas, Mak mula sakit kaki lepas terlangkah sesuatu kat depan rumah (mengikut kata sorang nenek yang ubatkan Mak). Mula-mula lenguh-lenguh kaki je. Lama-lama naik merah-merah macam kena air panas. Lepas tu kulit kaki Mak jadi hitam merekah. Pergi klinik, pergi hospital, doctors rule out sakit saraf. Bukan sakit kulit. Tapi makan ubat pun tak baik-baik. Sampai sekarang. In between treatments kat klinik, Mak pergi jugak berubat tradisional dan perubatan Islam. Merata tempat Mak berubat. Hasilnya sama. Baik kejap, lepas tu datang balik. Ada masa kaki Mak merah sangat macam baru lepas kena bakar. Bila tergesel sikit pun sakit. Aku kesian tengok Mak sakit macam ni. *bergenang air mata*

Salah sorang nenek yang ubatkan Mak, pernah tanya Mak, “Adik, ada sesiapa yang sakit hati dengan awak ke?”. Mak aku pelik sebab yelah, dia surirumah je. Bukan ke mana-mana pun. Aku rasa sebab aku dan adik beradik yang selalu confront makcik tu, Mak yang terkena. Allahu…

Abah pulak sama macam aku. Selalu mimpi bila tidur berdua je dengan Mak. Bila ada ramai orang balik tidur kat rumah, takde pulak dia mimpi. Abah selalu mimpi ada orang perempuan kejar nak bunuh dia. Dia cakap muka perempuan tu buruk sangat-sangat. Ada masa dia mimpi hantu yang nak cekik dan bunuh dia. Tapi setiap kali mimpi, perempuan hodoh tu mesti ada dalam mimpi dia. Bila dia bangun dia memang rasa mengah dan penat macam baru lepas kena kejar. Mak cakap kadang Abah terjerit-jerit minta tolong bila mimpi macam tu. Abah dengan Mak sama-sama berubat. Tapi tu lah, baiknya kejap je. Lepas tu kena gangguan lagi.

Ustaz yang datang tengok rumah tak cakap pulak ada orang hantar atau saka atau lain-lain, dia cuma tolong usirkan dan pagar rumah. Dalam rumah sekarang dah takde gangguan. Cuma kat luar rumah masih ada kadang-kadang.

Tujuan aku share ni bukanlah nak raih like, atau raih pujian cerita aku best. Tapi, aku baca kat FS ni ramai jugak yang senasib, manalah tau korang boleh share solutions. Masyarakat kita dengan dengki dan ilmu hitam seolah tak dapat dipisahkan walaupun dah tahun 2017.

Sehingga ke saat aku menaip cerita ni, aku hari-hari berdoa agar Allah lindungi Mak Abah dan keluarga daripada gangguan yang tak sepatutnya. Tapi gangguan ni dah lama, takut dah bersarang dalam diri, sebab tu susah nak dibuang.

Plus, sambil-sambil korang baca ni, aku hargai sangat kalau ada yang arif boleh decipher mimpi-mimpi ni bagitaulah aku kat ruangan komen blog/website. Masuk keje balik ni aku dah deactivate FB, Twitter & Instagram sebab nanti keje aku banyak tak siap membuang masa kat sana. Aku cuba cari balik cerita Muaz nak contact dia, tapi tak jumpa. Muaz, kalau baca ni munculkanlah diri.

Okaylah, aku nak sambung kerja aku yang menimbun ni. Sepemergian aku, masuk-masuk je kerja dah bersusun. Semoga aku dapat balik on time. Sebab aku tak nak sampai rumah waktu Maghrib. Aminnn… Dan mohon maaf bagi yang mintak sambungan ni kalau cerita aku tak menepati ISO seram korang. 🙂

P/S: Buat masa ni aku stop sampai sini dulu. Aku berhutang cerita pasal lisan (lidah). Nantilah masa cuti semester panjang, aku karang cerita tu. Buat yang bagi komen membina, terima kasih banyak-banyak. Aku hargai. Dan jangan salah faham, aku tak sentap pun. Aku cuma sangat tak gemar bila orang komen guna bahasa kesat. Tu je. 🙂 Dan chillaxlah bila comment (amateur) writers kat sini. They write for free. They take some of their precious time off to try and write. So, relax na. 🙂 Jaga adab, jaga lisan.

To all writers (and future writers), keep on writing and don’t give up. Keep on sending your stories walaupun pernah direject. Stick to your own writing style, tak perlu tiru style orang lain. Be unique. Aku kira aku bernasib baik sebab admin publishkan semua cerita aku walaupun hambar dan tak berapa seram. Dan kalau berhadapan dengan komen-komen yang lebih seram daripada kisah yang anda kongsikan, buat tak tau je dan teruskan menulis. Remember, the readers have the right to comment, but you have the right to defend your writings too. Ala-ala defend thesis gitu. :p For now, I’ll stick to what I do best; teaching and writing academic papers. 🙂

Untuk team admin, terima kasih tak terhingga sebab bagi aku ruang untuk berkongsi kisah yang seram suam-suam kuku. You guys are awesome! Keep up the good work dan semoga team admin sentiasa dilindungiNya sebab buat kerja seram ni. 😀 Amin.

Assalamualaikum wbt…

Yang ikhlas,
Madam Nel

Madam Nel

Leave a Reply

29 Comments on "Kenapa Kacau Aku?"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
makcik gemok

Tertanya2 plk. Makcik yg Mdm Nel confront tu dah buat apa kat mak ayah mdm? Dià tu syok sendiri ka?

Mdm Nel

Dia berminat mempersuamikan ayah saya. 😅

spm victim 2k17

madam nel kuat minum ketom ek? bodoh!!!

spm victim 2k17 noob

kau yg kuat ketum ni.. mroyan xhabis-habis.

spm victim 2k17

ade kacau life ko ke? diam la babi -.-‘

makcik gemok

Sikap & kata2 negatif anda menganggu saya dan mungkin juga pembaca2 lain. Kami baca FS ni nk santai2. So pls stop spreading your negative aura here.

Kak anje

Ye setuju, boleh x suruh admin block je dia

Pak deris

Mulut kurangajar. Makbapak kau tak ajar ke.

Kahraman

Sedap mengata orang. Cakap orang bodoh takpe, orang balas balik marah. Insecure. Peh.

spm victim 2k17

sampah diam pls. shhh shhha

spm victim 2k17 bab1

ko ingat ko satu org saja boleh kecam kah babi? macam xcukup susu ibu saja ko ni, bodoh betul. harap lepas spm xlah ko jadi sampah

zach

kau yg bodohhh

ashyizz_

Sedap betul mulut awak berkata kata . Saya rasa awak lebih bodoh daripada budak PPKI . Malah perangai awak mengalahkan syaitan . Saya mungkin sedikit kurang ajar memandangkan saya lagi muda dari awak . Tapi saya rasa saya tak patut beradab sopan dengan syaitan bertopengkan manusia macam awak .

Geh

Aku rasa budak ni gila ni. Asyik nak meroyan tak habis-2 😏

Kahraman

Boooooooooooooo! Kau tu sampah ye sampah, baru SPM tapi dah buat perangai sampah😏. Budak sampah boleh pegi mati. Admin tolong la block badigol ni, takde sape suke die kat sini. Kesian, attention seeker, what a pathetic life you have la little creature.

#kesiankatkomangsaspm2017
#kesiankatkomangsaspm2017

dia pendidik. apa yang bodohnya?
celah mana pulak ketumnya?

spm victim 2k17 noob

kahkah..bdak baru nak up. crik publisiti mrahan dgn kata2 ksat. kesian….haha!

Ops sorry

Kesian awak dik kerja nak mencarut je. hmm kesian parents awak tau dapat anak mulut longkang macam awak ni :'( ke parents awak pun jenis mulut macam ni so terikut dengan anak?? kalau tak mesti dia menyesal kan dapat anak cam awak?? belajar tak pandai mana tapi mulut awak je lebih. Saya tumpang kesian to your parents in the case dia silap buat awak :'(( nak cakap english pun saya takut bukan apa taknak awak susah2 buka kamus nanti. Hmm tapi saya kesiankan awak budak. You know what? “your birth certificate is an apology letter from the condom factory” ;)) Hope you aware of that in case your parents did not tell you that :))

Anak dara tua cun

Aku perhati jee perangai si spm victim 2k17 ni..kang elok elok study untuk spm nak capai target 9A+, tetiba result jatuh kang baru hang nak menyesal haha haiyaa

jangan kecam makcik, kecuali spm victim 2k17 je yg boleh kecam makcik:p

Mdm Nel

😂 Di alam maya macam ni beranilah cakap tahpape. Kesian kamu ni. Hiding behind a username. Psychologically, in real life mesti kamu ni passive dan “nampak” macam budak baik.

Kak anje

Umah madam nel ni mcm dekat je dgn kg kak anje

IamMe

Hi Madam Nel,
Saya senasib dapat jiran macm mkcik tu..sampai sekrg tk henti2 menyihir org..betul sy pun pnah mimpi bayi..sgt kerap..ade satu mase dlm mmpi tu dia bg mayat bayi yg dah di bakar bersalut ngn kain putih…mmg tanda2 sihir dah dihantar…sy ade capture no muaz… 01129991372 – Muaz

Mdm Nel

Thank you so much! Semoga Allah permudahkan urusanmu. 😊

hantu

madam nel –

pokok pangkalnya berdoa dan bertawakal kpd Allah. Kalau Nabi Muhammad SAW pun Allah uji dgn terkena sihir, umatnya lagi la. Tapi nabi SAW ajar jgn putus harap pada Allah. Muhasabah diri dan perbetulkan mana yg tak betul. Kalau kita asyik fikir orang lain je jahat, lagi setan suka dekat & hasut. Tapi bila kita muhasabah diri, tambah nak jadi baik, setan tension, insya’Allah dia surrender. Banyakkan zikir dan baca Al-Quran. Ni sibuk cari ‘penawar’ tapi nak bukak Al-Quran sminggu 1x pun malas, caner (sindir rambang, aku tak cakap sapa2).

Mdm Nel

InsyaAllah. Thanks for your advice. 😊

spm victim 2k05

Admin tolong block/tapis komen2 yang masuk. Nak komen boleh tapi bukan dengan komen negatif yang tak ada kena mengena dengan cerita siap mencarut bagai. Orang yang puasa kat sini jadi kurang pahala disebabkan dia. Kalau satu boleh dimaafkan. tapi kalau dah banyak cerita2 lain pun nak mencarut, apa tujuan kamu ye adk spm victim 2k17?

MrShyy

madam nel –

sebak baca story madam.. sesiapa pon akan sedih bila perkara mcm nie berlaku at family kita.. lagi lagi bila perkara nie menimpa at kedua ibu bapa kita.. bnyak kan bersabar.. ingat satu jeww.. allah sentiasa ade dgn kita ..

ANTI BUDAK BAJET BARU NK UP
ANTI BUDAK BAJET BARU NK UP

hoiii spm victim acah2 bajet guna “2k17”.. mulut kau mmg mcm haprak kan..ape kau ingt kau sorang jee yg boleh mençarut smpai cmtu..klu ikutkn aku pon boleh tapi sbb bln puasa jadi aq hormat sikit..mulut kau nii mmg layak kna siat2 jee di pisau..aq dah lama perati budak nii..satu2 cerita dy nk komennye..mcm laa kau tu bgos sgt dik oiii..mohon go die org cm kau..

HK

Sy takdelah pandai sangat bab2 ni, tapi sebab family kitorg ade saka dari belah moyang, so family kami byk amalkan surah2 pilihan utk prevent diri. Utk kaki Mdm Nel tu, cuba amalkan baca surah Al-Hashr ayat 21-24 sambil pegang/picit tapak kaki yang sakit tu. Kita cuma usahakan, yang penting yakin pada Allah.

wpDiscuz