Kenapa Menangis?

Assalamualaikum.

Harini aku nak kongsikan pengalaman aku semasa berkerja di Shah Alam. Masa mula-mula bekerja, aku menyewa di sebuah apartment belakang MSU. Makanya housemate aku semua student MSU cuma aku saje yang bekerja dalam rumah tu. tapi bukanlah rumah tu yang berhantunya walaupon keadaan apartment agak seram, tapi xpernah pulak aku kena kacau kat situ.

Kisahnya bermula apabila setelah sebulan menjalankan tugas di sebuah company yang terletak di Shah Alam tu, aku dapat duduk dekat rumah yang company sediakan untuk staff. Aku pon memang tak nak la lepaskan peluang sebab dapat duduk free kan. Sanggup aku burn kan deposit aku semata-mata nk duduk free kat tempat yang company sediakan.

Rumah sewa company ni adalah sebuah apartment ditingkat paling atas. Aku tak ingat tingkat berapa. Terletak di hujung banggunan. Kiranya, Keluar dari lif, rumah kami ke kiri paling hujung (Lif terletak di tengah-tengah bangunan). Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Bilik 1 ada 2 katil double decker, Bilik 2 ada 1 katil daoble decker dan bilik 3 pon ada 1 katil double decker. Tapi masa aku masuk, semua katil tu ada staff yang duduk. So aku tidur kat ruang tamu. Ruang tamu memang dah disediakan tilam untuk katil single. so boleh la sorang tidur kat luar. Disebabkan masa tu semua bujang-bujang lagi. So kami tak kisah pon. Asalkan duduk free. kekekeke.

Satu malam, tengah aku cuba nak lelap mata untuk tidur dan jam pun dah menunjukkan 1 pagi. Tiba-tiba aku terdengar sayup-sayup suara budak perempuan menangis. Mendayu sahaja bunyinya. PELIK. Pelik sebab dua rumah depan kami memang kosong. Tiada penghuni. Nak cakap anak jiran sebelah, tak mungkin. Sebab suara tu bukan datang dari sebelah. Tapi didepan pintu rumah. Masa tu aku macam in denial stage. “Ah, bunyi kucing kot” . Tiba-tiba ada notifikasi dari group whatsapp geng rumah. Aku namakan kawan aku ni Aminah.

— Perbualan group whatsapp —-
Aminah : Sape belum tidur lagi?
Aku : Aku!
Aminah : Kau dengar tak apa yang aku dengar?
Aku : Dengar budak nangis ke?
Aminah : Ha’a

AHHHH SUDAH! Aku ingat aku sorg dengar. Rupanya ada juga budak lain yang dengar. Tapi masa tu rasa takut aku berkurang sikit, sebab atleast bukan aku sorang yang kena kacau malam tu. Hahaha. Lepastu aku terus tekup telinga aku denganbantal dan paksa juga mata aku lelap. Risau jugak aku kot2 dia muncul menangis depan aku. Tak pasal2 histeria kat situ. haih

Tapi tu semua baru permulaan.
Lepas Kejadian malam tu, maka kawan-kawan aku yang duduk kat bilik no 1 ni, pelawa aku tidur sekali dalam bilik dengan dorang. Tapi disebabkan aku tak selesa nak share 1 katil 2 orang. Maka, aku angkut la tilam aku letak kat lantai bilik tu. Kiranya tilam aku duduk kat tengah2 antara 2 katil double decker. Korang dapat bayangkan tak? Dan kedudukan katil dorang mengahadap tingkap. Kiranya 1 katil duduk sebelah kiri tingkap dan yang lagi satu berada di sebelah kanan tingkap. Lepas kejadian aku dengar suara menangis masa tidur sorang dekat ruang tamu tu, memag setiap malam aku tumpang bilik 1. Hehe.

Satu Malam, tengah aku tidur kat lantai bilik 1 tu. Aku terdengar si Nana macam mengigau. Nana ni dia duduk kat katil bawah belah kanan, manakala Bibah duduk katil bawah sebelah kiri. Bibah ni tak da apa yang mencurigakan la. Masa aku terdengar si Nana mengigau ni, aku pun bangun dan jengah la kat katil si Nana ni. Tapi masa tu aku Nampak muka Nana ni mcm bukan muka dia. Lain sangat. Muka dia macam muka budak yang aku Nampak eksiden kena langgar lori masa bulan pertama aku kerja.

Budak eksiden kena langgar lori? Hah meh aku cerita sikit.ni selingan je lah ye. Tak da kena mengena pon dengan cerita mistik aku ni. Huhu. Masa bulan pertama aku bekerja, masa ni aku masih duduk di apartment belakang MSU tu. Aku masih ingat, masa tu hari jumaat dalam pukul 12 tengah hari. Jumaat kan rehat lama sikit, so kami decide nak pergi lunch kat aeon Shah Alam. Sambil tu ada la dorang plan nak pergi karoke la. Itu lah. Ini lah. Saja nak isi masa rehat tu selain aktiviti makan. Tengah seronok-seronok bincang. Tiba-tiba lori depan kami belok ke kiri. Dia nak masuk laluan kecik untuk kebawah jambatan. Tak silap aku kat bawah tu memang orang angkut pasir kot. Entah la. Permasalahannya sekarang adalah, masa dia belok ke kiri, di sebeleh kiri lori ada penunggang motosikal macam nak memotong lori tu la. Pada hemat aku, budak yang bawak motor tu mesti tak jangka yang lori ni tiba-tiba nak belok kiri. Keadaan jalan masa tu tenang je. Tiada kesesakan langsung. Ada beberapa biji kereta saja atas jalan masa tu. Yang kami dibelakang ni dah terjerit bila Nampak lori dah nak belok ke kiri dan menghimpit penunggang motosikal tadi. Kejadian tu sangat slow. Budak jatuh pon slow je. Tapi dia tak sempat nak elak, terus tayar belakang lori langgar kepala dia. Allahuakhbar. Mengucap kami masa tu. Helmet budak tu kemek. Tak la sampai terlenyek tapi berubah bentuknya, dan kepala budak t upon mengikut acuan helmet tu. Mulutnya kedepan singgit dan menampakkan giginya terkeluar sedikit. Mungkin kesan perubahan bentuk tengkorak. D***h dah penuh atas jalan masa tu. Allah.. Masa tu kami terus berhenti dekat petronas yang berada dihadapan tempat kejadian dan call talian kecemasan. Tapi kami memang tak berani nak patah balik. Sebab perempuan kan, ramai yang lemah semangat. Apa yang kami boleh buat Cuma call pihak2 tertentu sebelum terlambat. Dan sejam kemudian, kami dapat makluman daripada facebook dimana mereka sedang mencari waris budak tu. Budak tu umur 17tahun dan meninggal ditempat kejadian. Dan mereka minta saksi ditempat kejadian dapat buat report kat balai polis yang bedekatan. Al-fatihah untuk beliau. Akak doakan awk tenang disana ye dik. Oh habis office hour petang tu, aku, Aminah dan Afiqah pergi ke balai polis untuk jadi saksi kejadian. Tapi kami salah pergi balai polis. Polis tu kata kena buat dekat balai polis lain, sebab kawasan kemalangan tu luar kawasan balai polis yang kami pergi. Tapi kami tak teruskan niat untuk cari balai polis sebab hari dah gelap masa tu.

Okay back to our main story, aku Nampak muka si Nana ni sebijik macam keadaan muka budak tu after kena langgar lori. Jelas begitu. Aku siap tenung. Aku silap tengok ke ni? Tapi muka tu still tak berubah. Aku terus baring dan berselubung. Takut. Huhu

Esoknya, si Nana ni cerita malam tadi ada sesuatu yang aneh berlaku kat dia. Nana ni rabun orangnya. Masa malam sebelum dia tidur, dia caj handfon di extension yang berada di bawah katil. Tiba-tiba dia tersedar ditengah malam dan nak tengok jam. Dia pon meraba la ke bawah nak ambil fon dia. Sedang dia struggle meraba kat bawah katil, mata dia tertangkap satu susuk tengah duduk kat katil atas dengan kaki terjuntai kebawah sambil merenung ke luar tingkap. Dannnn… susuk itu sedang menangis. Menangis sedih sungguh bunyinya. Dengar sedu sedan dalam tangisan tu. Si Nana ni ingat, yang sedang menangis tu adalah Latipah yang duduk kat katil atas. Tapi dia tak nak la tegur orang tengah sedih meratap kan. Dia pon sambung la tidur. Bila si Nana ni bangun pagi tu nak solat subuh, dia Tanya si Latipah “ Wei Latipah, asal kau sedih sangat malam tadi. Tersedu2 kau menangis aku tengok”. Nak tau apa si Latipah jawab? “Kepala otak kau, bila masa aku menangis. Punya lena aku tidur malam tadi. Ni baru sedar ni”. Terkedu la si Nana ni dengar jawapan si Latipah. Hmm persoalannya, siapa yang duduk kat atas katil dengan kaki terjuntai tu??? Heeehehhehe

Tak lama lepas kejadian aneh tu, salah seorang yang berada di bilik no 2 dah habis contract. Maka aku pon berpindah la tidur kat katil kosong tu. Katil tingkat atas, kawan sebilik katil bawah aku ni, every weekend memang dia balik. Sebab rumah mak dia kat sungai buloh je pon. Sekangkang kera je dengan Shah Alam. Port katil aku ni memang terbaik, katil sebelah tingkap. Dan bila malam, kau boleh buka tingkap dan amik angin malam sambil tengok suasana Shah Alam. Cantik.

Satu malam, tengah aku struggle nak lelap. Dalam pukul 12 lebih mcm tu. Malam weekend kan, so tido lambat la sikit. Lepas settle movie baru la tidur. Kekeke. Tengah aku cuba nak lelap mata tu. Aku terdengar ada budak menangis betul2 kat tepi tingkap tu. Bayangkan, rumah kiteorg kat tingkat atas sekali. Macam mana boleh ada orang menangis kat luar tingkap bilik aku ni. Musykil kan? Aku masa tu dah ketar kepala lutut terus call tunang aku (sekarang dah jadi yang halal). Asal dengar suara orang lain pon okay la. Tak de la aku rasa sorang2. Suara orang menangis tu bunyi dari mula aku nak tidur sampai la subuh. Bunyi je azan, suara tu slow-slow hilang. Masa tu aku paksa tunang aku jangan tidur. Kena bercakap je. HAHAHAHA. Kesian dia. Aku kat bilik tu dah siap selubung berpeluh-peluh. Tak tidur satu malam sebab suara tu sangat menganggau. Sampai harini jadi tanda Tanya, kenapa mahluk halus tu asyik menangis je. Masalahnya xsemua dengar. Hanya aku, nana dan Aminah je. Yang lain x dengar apa. Tapi yang paling banyak kena aku la kot. Huhu

Sekian cerita aku. Maaf kalau panjang sangat dan susah nak faham cerita aku. Al maklumlah baru first time aku cuba mengarang ni. Hehe. Thank sudi baca semua.

Terima Kasih

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
Kepci

19 thoughts on “Kenapa Menangis?”

  1. Mungkin terkena badi orang m**i.. Wallahu’alam.. Atau mungkin si m**i sedih sebab korang tak jadi menjadi saksi kejadian (ni aku melawak je)..

    Reply
  2. mungkin roh arwah budak tu tak tenang..sebab satu2 saksi kejadian tak bekerjasama dan kematian dia tak dapat pembelaan..better korang pegi balai polis jadi saksi kejadian.lepastu sedekahlah sikit untuk arwah.semoga dia tenang disana,dia datang bukan mengacau cuma nak bagi pentanda,fikir lah baik2..

    Reply
  3. but still x bertanggung jawab. boleh pula smpai skrg x tampil jadi saksi. hahahaha. saje nak batu api. xde apelah tu. mgkn rmh tu memang berpenghuni and kebetulan rasa bersalah sb tu nmpk muka mangsa kemalangan tu. sedih juga sebab teringat member baru hilang adik dia mcm kes ni. sedih tgk member sedih haritu. i just wish you guys tampil as a saksi supaya xde salah paham berlaku and benda pun x tergantung for both side. tapi maybe saksi2 lain dah tampil kehadapan kan. husnuzon. hehe. nice story and writing though 🙂

    Reply
  4. Kes langgar lari ke camna?..kalo tak kuat semangat mmg digalakkn cari penawar org tua2 pesan..bila berlaku sesuatu y boleh buat kita trauma..tapi adik ni kira kuat semgt tu y pulih cambiasa..walopn tak da mintak air tawar

    Reply
  5. Aq x leh bace😂tau x sbb ape sbb tgh dgr kpop kalo dgr kpop trus nyanyi & dance😔ssah nk bace

    Reply
  6. Xleh bace aq😑tau x sbb ape tgh dgr kpop😂so ssah nk bace asal kpop je automatically sing & dance trus…haha😆nk bace pn cari paragraph ssah pastu

    Reply
  7. apartment Brunsfield memang keras pun. adik aku study MSU dulu tahun 2014 selalu takut nk duk situ sesorang bila midterm or inbetween classes. aura tak syok katanya. wallahualam

    Reply
  8. Al-Fatihah pada mangsa kemalangan. Pastu, apartment Brunsfield yg dia duk awal2 tu, yg company punya bukan apartment Brunsfield la. Tapi apartment Brunsfield tu memang ghetto laa heheh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.