AKu tak reti menulis. Tapi aku cuba karang cerita ni supaya senang faham.
Kisah ni berlaku sekitar 2010, waktu tu aku belum tukar kereta baru. Kejadian ni berlaku masa aku pakai kereta lama iaitu kereta satria kelabu. Kereta tu aku sayang, sebab first car, bak kata orang putih. Banyak kenangan kereta aku ni. Ke mana-mana, malah selalu jugak travel ke Kota Singa untuk ziarah kawan-kawan di sana. Seluruh semenanjung pun dah khatam.
Kejadian malam tu pada tahun 2010. Aku balik kampungku di Kuala Terengganu sebab rindu katanya dekat mak aku. Aku balik dalam tiga hari macam tu. Lepas hari terakhir, aku decide nak balik malam, sebab ada kerja urgent. Petang tu aku cakap dekat mak aku, nak balik KL dah malam ni. Mak aku kata, besok pagi jelah balik. Aku cakap urgent ni mak. Mak aku pun biar jelah. Aku ni jenis keras kepala.
Kemudian lepas maghrib, aku pun bersiap-siap untuk bertolak ke KL. Mak aku lagi sekali cakap, “malam-malam ni balik dok molek (tak elok, esok-esok jelah).”
Aku pun nekad sebab kerja ni tak boleh tangguh, sebab job ni penting. Aku pun bertolak dalam pukul 8:30 malam. Aku pun slow-slow drive, tak nak laju-laju malam. Aku ni pun tak suka bawak laju, penat otak nanti nak pecut.
Aku ikut jalan pantai. Aku terlepas simpang masuk tol. Dan terlajak masuk ke bandar Kuantan. Lalu aku teruskan perjalanan menghala ke tol Kuantan.
Oh, lupa nak cakap, hari tu hari Rabu, aku masih ingat lagi. Hari pertengahan minggu, so trafik taklah sibuk berbanding hari minggu. Aku sampai ke tol Kuantan dah pukul 11 malam. Malam tu baru lepas hujan, jadinya suasana agak nyaman. Masuk je highway, aku pun memandu. Tapi dalam memandu tu, aku pun rasa risau jugak, sebab kereta aku ni pernah rosak. Sebab kereta aku ni aku beli kereta display, iaitu kereta test drive. Jadi tak tahulah kenapa selalu ada masalah (lampu enjin selalu menyala). Risau tu ada, kot-kot dimatinya tengah highway gelap tu, alahai… menangis weh!
Malam tu aku redha. Apa nak jadi, jadilah. Masa mula-mula masuk highway tu, trafik ada jugaklah kereta. Sampai Gambang, kereta pun makin berkurang. Hanya lori minyak di laluan kiri dan kanan. Hanya aku sahaja yang berkereta. Aku pun macam pelik, tapi aku rasa perkara biasa, sebab “mid-week”. Rabu kan. Malam tu lepas hujan, kabus memang tebal. Dalam 20km lepas Gambang, kabus makin tebal. Dalam 10km lepas tu, bertambah tebal. Adoi… tak nampak langsung!
Bayangkan, aku drive dalam 10mph sahaja. Aku pasang high-beam semua bagai. Slow sangat aku drive. Tapi memang aku dah agak. Sebab kalau pagi-pagi siang pun area ni memang kabus tebal. Masa ni highway dah kosong, tak ada kereta, hanya sebiji dua lori tangki. Aku agak pelik. Sebab apa jalan terlampau kosong malam tu?
Perjalanan aku sebelum ke Temerloh agak seksa sebab kabus. Sampai laluan di Sri Jaya, kawasan ni kalau drive, tetiba radio tertukar radio tamil tu perkara biasa. Sebab kawasan ni aku alami frekuensi radio selalu bertukar. OK, masa tengah-tengah slow aku drive, aku terlanggar ular sawa. Berkilat hitam. Aku boleh nampak dari dekat, sebab aku bawak slow. Ular sawa besar peha melintas jalan. Tergamam jugalah, sebab pertama kali aku langgar ular besar. Aku teruskan perjalanan yang “tak enjoy” malam tu.
Kabus pun makin kurang adalah sikit-sikit dan aku nampak ada cahaya kereta jauh belakang aku. Aku pun lega. Nasib baiklah ada orang. Ingat aku je sorang diri kat highway malam tu.
Bila lama-lama kereta belakang tadi makin hampir, aku drive sebelah kiri, kereta tu laju sebelah kanan. Untuk pengetahuan kereta tu jenis Kenari warna merah (lowered sikit, modified), berkilat, baru basuh agaknya. Bawah fender dia kaler hitam. Aku pun bagi laluan kat dia. Sampai je kereta tu lalu sebelah aku, kereta tu pun bersebelahan dgn kereta aku. AKu pun buat tak tahu sambil memandu. Mungkin dia nak teman kot. Aku pun fokus mandu. Tak lama lepas tu aku perasan, lamanya dia ni duk sebelah aku, ada apa2 ke? Kemudian aku pun toleh, aku tengok lampu dalam kereta menyala, pemandu tak ada! Ya Allah berderau sekejap. Eh…tapi ada penumpang kat belakang seorang kakak bertudung. Aku nampak dalam kereta tu jelas sebab aku bawak slow, Kenari tu pulak bukak cermin. Agak jelas. Aku belum panik… Tapi muka kakak tu kurang jelas.
Aku pun pecut sedikit, dia pun ikut sama pecut. dia ikut sama kelajuan aku. Hah.. sudah! AKu pecut lagi, skali lagi kereta Kenari merah tu ikut. Ya Allah betapa nak terkencing aku masa tu. Bayangkan kat highway yang kosong bukit bukau gelap hutan kiri kanan tu hanya ada kereta aku dan kereta “dia” pukul 2 pagi pulak tu. Aku nak mintak tolong sapa? Aku azan semua bagai.. dia tetap ada bersebelahan kereta aku!!!…
Tak pernah aku rasa takut mcm ni. Kejadian ni bukan habis disini. Kereta Kenari tu pun pecut laju blah aku pun terkebil-kebil dan mengucap. Aku pun lega sekejap. Waktu tu aku takut tak tahu nak terangkan camana, tanpa pertolongan (sapa pernah rasa?) nak menjerit tak boleh apa-pun tak boleh. Sebab tak ada orang langsung sekeliling. Kereta pun tak ada. Aku pun teruskan memandu, highway masih lengang, tak ada kereta langsung. AKu pun doa supaya harap2 adalah satu dua kereta yang boleh jadi peneman. TAK ADA LANGSUNG malam tu…. Lama kelamaan Kenari tadi pun pecut laju hilang dari pengelihatan terus ke sana. AKu pun konfius. Apa dia nak sebenarnya…?
Selang beberapa minit kemudian satu lagi kereta muncul dari belakang (aku pun Alhamduliialh…alhamdulillah lar sangatttt). Lampu kereta yang ni dia bagi high-beam. Apa pulak dah ni? Ok2 aku faham, kdg2 driver jenis tak paham bahasa jenis pentingkan diri sendiri tak peduli langsung kereta depan silau lampu. Aku pun biar, at least ada peneman. Sampai je sebelah aku, Ya Allah KERETA TADI!!!!!.. Masyallah meremang rasa nak gugur jantung aku Ya Allah kenapalah ko muncul lagi…. Kenari merah ni kali ni dia dia samakan kelajuan dengan kereta aku yang agak lama, lama tau tak. Aku laju dia laju, aku slow dia slow. AKu rasa ni pengalaman paling teruk yang aku pernah rasa. Aku rela nampak hantu sekejap dari pengalaman yang menyakitkan hati ni…. Korang takleh lari kemana sebab atas highway, nak lari kemana?? Nak berhenti memang tak lah. Macam2 dah aku ngaji waktu tu memang dia tak bergerak…. Dia macam nak berlumba pun ada. Mangkuk hayun betul.
Itulah al-kisah yg rasa seram (bagi aku la). Aku ulang, aku lebih rela nampak makhluk hodoh sekejap dari hadap pengalaman aku berlaku 2 kali berturut-turut dimalam yang sama kat highway ni. Bila di total semua dalam kat sejam aku hadap Kenari merah ni… Bila ingat balik,…haha tak nak ingat dah!
Tak lama lepas tu Kenari tadi pecut sangat laju dan hilang dalam pengelihatan. Sampai tol RNR Temerloh aku pun berhenti rehat. Takut aku nak teruskan perjalanan sampailah esok pagi baru drive ke KL…. Sampai KL lepas 6 bulan baru aku cerita kat kawan. Dia cakap “memanglah”.. hai tu je ke?
Akhir kata, ikutilah nasihat orang tua. Jangan jadi degil mcm aku. Kan dah kena padan muka,, HAHA!
Bertahun jugak aku serik drive malam. Sekarang berani sikit. Tapi lately..nak tanya….pernah tak korang waktu drive malam2 kat highway, tetiba kereta korang dibaling sesuatu macam kayu. Tapi bila berhenti, tak ada kemik apa-apa pun?
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Park kenari ~
ade penumpang tak?
takde. masuk lah. nak pegi mana ni?
nk pegi cameron kak..
pernah kene dekat jalan short cut paka kemaman. kain berkibor sebelah kereta. tp pengalaman kau ni mmg dasyat. kenari modi eh ? hahaha
nampak muka x?ke nampak kain je?
?…hantu kenari merah tu ajak awak race tengah² malam .. Part takut kereta rosak tengah jalan memang terasa sangat
ada persamaan sikit mcm cerita volkswagen kuning. tapi aku pun pernah kena macamni dekat bukit tunku. kereta merc hitam.
Eh, kereta kenari merah tu kereta sayalah!!
Hahaha tapi awal thn ni saya dh tukar jadi warna kuning dgn garisan hitam.
Cerita awak mmg seram.. Ya Allah kalau saya kat tmpt awak pun mesti panik dan seram gila. Alhamdulillah awak tak panik dan selamat sampai ke destinasi.
.
Seram..
5 ?????
dia ajak berlumba tu ..nak tengok kereta siapa lagi kuat ~
hahahaha
btw, cerita best !
berani nye.. kalau sy mesti dok membayangkan pempuan tu terbang masuk kete saya tp dok sebelahhhh…..huuuuuu
Dik…
Life akk ni mmg gemok atas jalan…
Kebiasannye asben suke drive malam-pagi…
Maybe x byk keta, pastu boleh speed, eerrkkk…
Alhamdulillah blom ade teguran atau sapaan pepelik…
Ke sebab sepnjg jln akk tdo???
Hahahahahha…
Cume ade sekali jalan Gemas-Bahau…
Dlm kol 2.30pagi…
Akk nampak sorg lembaga bogel dan comot kt tepi jalan…
Kwsn situ mmg xde penempatan pon…
Ckp kat asben, tp die kate x nmpk sesape…
Pastu…
Wpon bbrpa kali dh pki keta baru fresh dr kilang, perasaan takot keta problem memalam buta sgt akk khuatiri…
Keta rosak ni kdg x kenal keta baru ke lame…
Ikot rezeki…
Huhuhuhuuu…
7/10
Keep on writing!
Aaaaaa…. Seramnyaa.. Ntah2 highway takde orang sebab ko dah dalam alam dia kot…. Nasiblah ko selamat.. Kadang mende2 mistik ni boleh jadi punca accident jugak kan.. T_T
Seramm
%
Kg ko kt Kuala Terengganu?? bestnyer.. suke terengganu. bru last month holiday kt Terengganu
Awak perempuan ke lelaki? Saje curious…
Okey, cerita awak okey.. Seram.. Selalu macam tu kan? Kalau kena kacau atas highway, mesti rasa highway kosong.. Alhamdulillah meiyo tak pernah kena lagi kereta tanpa pemandu ajak race. Tapi betul ke awak lebih rela nampak makhluk hodoh? Kalau nampak dari jauh, sekilas je, mungkin okey,, tapi cuba kalau dia tunjuk muka dia kat seat belakang atau cermin depan ??. Nauzubillah!
dulu je waktu kecik kecik, akak meiyo yang bawak kereta,malam jugak ni,, lalu satu tempat, bau kapur barus kuat gilaa, tak lama lepas tu kereta rosak..lepas tu meiyo tak berapa ingat dah, sama ada bapak meiyo datang atau kereta okey sendiri..haha..
Semoga awak berada dalam lindungan Allah sentiasa.
Laluan lpt antara simpang sri jaya ke rnr gambang (dari kl) mmg mencabar kalau waktu malam. Kalau perasan, divider tgh/tepi jln byk yg kemek dirempuh kereta terbabas.
Seram gak la kalo malam2 drive sorang kena macam ni..
Sebijik pulak mcm cite volkswagen kuning..
haaaa kan bong? aku baca pun terus teringat kat cite tu jugak. huhu
Nasib baik bkn kelisa.. Kalo kelisa org tu mungkin aku.. Hahahaa
alooo comel nya pakai kelisa. hikhik. aku pun ada kereta comel gak. kancil. hahahahaha
comel nye keta kancil ko..aku pun ade jgk..tp bkn keta yg comel..aku yg comel..huhuhu
Bamm.. Nak pinjam ko yg comel tu.. Aku nak tunggang.. Hahaa
bawak aku pi cameron patt ?
ko sanggup ke tunggang aku yg comel ni??hahah..
**jom cameron..ngidam stobeli..nyumm..
nak ikuttttt..aku x pernah lagi pegi sana. huhu
ko comel tang mana bam? hahahhaha
jom ff..ko dtg sini aku bawak nnt..
aku comel tang gigi rabbit..hihihik
nanti kita plan vacay sama sama wehhhh!
Nah rabbit ?
jom..bgtau je bile..aku teruja sikit bab2 vacay ni..hahaha
erm..rabbit tu xde gigi punnn..huhu
tggu tiket murah hahhhahahhahahahaha
?
Aku pun bab2 vacay ni sronok je dgr.. Tp pitis x berapa nak sronok sgt.. Hahaha
g dekat2 je la..haha..tgu ff dtg sini..
dlm msia je beb. luar tak leh. ptptn sangkut. hahhhahhahhha
bayar la oii..hahah
dlm msia je la..g cameron..genting?melaka?sg.buloh?ehh..
nak duit sikit kak~ haahahaahahahah melampau pulak banyak tempat ko nak bawak aku pg ?
hahaha..aku lanje sorg 10 ringgit je..yg lain kua duit sendri..hahaha
ko da kenape letak gmbr rabbit je dr td..hahahaha
alahhh ko sendiri yg ckp ko mccm rabbit hahhhhah
Nkk itotttt
delu nk ikot eh?da sunat ke blm ni?
**tanya je..jgn kecam..
Mak ckp da sunat..haha..
alhamdulillah dah sunat..okey..da boleh geng ngn kami..hahaha
jom delu? ko tggal kt mana? senang nak jumpa nanti huhu
Mn boLe bitau kat sini FF..Haha..bile nak getaway nye..hjg tahun aku bz..
hujung tahun xleh..aku da abes kn cuti..hahaha..
nak bagitau kat mana ni? tggu lah 2 3 tahun lagi. Hahahaha tahun ni cuti aku dah habis hahahaha
Cehhh..beriye nak vacay sekali xde cuti..
ko nak vacay ape dah nak habis tahun ni. ko jugak yg bz huhu
Jd… apa sebabnya… saya selalu gak blk kl dr kemaman dgn family… seram jugak la bila blk malam, tp lg seram highway ajil… pernah blk dr besut ke chukai, lalu highway… memang seram tp alhamdulillah xde ape2. Bila cerita ngan geng2 petronas diorang ckp bahaya tu lalu situ pg2…
Sy selalu drive malam2 jauh2.. tp Alhamdulillah tak pernah lg kena ganggu. paling mencabar jln grik utara ke kelantan tu pun malam2 buta selalu lalu. kabus tebal. peliknya asal langgar je kabus rase ngantuk yg amat.
Siapa berani berhenti malam-malam kat R&R Persing, pergi mandi, rehat tidur kat situ aku respek.. Laluan masuk kesitu pun seram
best..seram setori ko ni..aku xtau camne ko blh rilex lg drive dlm keadaan camtu..kalo aku da jerit x hingat donia da agaknye..berani ko bro..syabas..aku bg 8/10..
**aku baru nk balik kmpung ikut lekas jap lagi..nyesal plk baca cite ko ni..haihhh..
Lalu federal je..lekas scary hokay mlm2
lekas je yg exit dekat dgn umah aku..betul2 blkg umah..haha..aritu lalu lekas tibe2 tayar pecah..pukul 10 lebih plk tu..
Kalau ramai takpe..sorang2 apa2 jadi susah..
Yg penting safety first.
hehehe..baik kak delu..
**erm..serius plk delu komen arini..takut plk titew..huhu
Keh2.
Terminum kopi pahit terus titewww jd siyesss.
skeati jew pgl titew kakak..titew mude lagik ??
BEST!TERUSKAN BERKARYA!?
Kawdu
Pernah drive malam2 around pukul 10 then tiba2 dgr bunyi mcm tyar pecah.. turun tgok tayar smue ok.. bile tgok sekeliling.. betul2 benti depan kawasan kubur.. bagi salam terus masuk kete balik umah sewa ~ >_<
Aku ade pengalaman, tapi merempit lah. Tengah steam layan top speed dia sergah dekat sebelah. 3 minggu aku koma sebab masuk bawah lori. Hmm
haaahhh?! serius 3 minggu ko koma???
padu ahhhhh
byk kali jugak guna highway tu tp alhamdulillah takde pape.. x mo la nampak yg pelik2……
highway lpt tu mmg ade kes. ade org kampuang area tu (tak ingat nama kampung tu) ckap ade kereta excdent mybe 10 tahun lepas. kereta kenari tu hilang kawalan kot org tu cakap. menyebabkan keluarga tu maut. drive kereta kenari tu melayang keluar kereta and ade bahagian anggota yg hilang. sebab jiran saya terkena jugak mcm penulis ni cakap. masa tu jiran saye balik dari cherating. sepanjang jalan lepas keluar tol kuantan tu. dia kene ganggu. apa yang jiran saye bagi tahu same dgn bro ni cerita. ha tu je la nk share. btw cerita pasal highway lpt ni kisah benar.