Kepala Berguling!

Terima kasih kepada team FS dan jemaah pembaca FS. Kali ini aku nak kongsikan cerita pengalaman salah seorang sahabat aku…..

Mengimbau kembali detik seram kami sekeluarga sewaktu dalam perjalanan pulang dari majlis bertandang sepupu di pantai timur. Waktu itu aku berusia 12 tahun iaitu kira-kira 28 tahun yang lalu. Rombongan kami terdiri dari empat buah kenderaan. Sebaik saja sampai di sempadan Kemaman-Kuantan kami berpisah menuju hala masing-masing. Tiga buah menuju ke barat manakala sebuah lagi menuju ke selatan. Yang menuju ke selatan itu lah kereta abah yang memuatkan kami berempat. Abah, emak, aku dan seorang adik abah, Cik Su. Oleh kerana terlampau banyak singgah membeli belah. Kereta abah umpama nak berniaga di pasar malam, nampat sendat. Perjalanan kami menuju ke Johor Bahru terpaksa tambah extra masa pula. Ini bermakna selepas aku congak lebih kurang jam 12 malam baru sampai rumah.

Lepas berhenti makan malam dan solat maghrib, perjalanan kami diteruskan beserta amaran dari abah. Supaya tidak boleh singgah mana-mana tempat kecuali tandas. Emak dan Cik Su akur saja. Jalan waktu malam sudah tentu membosankan lebih-lebih lagi di kawasan hutan dan ladang. Tak menarik dan gelap. Ketika abah sudah pun jauh melewati bandar. Sekali lagi kami perlu melalui laluan berselekoh. Kereta abah sedikit melompat seperti terlanggar benggol dengan kadar kelajuan sederhana. Aku yang sudah pun terlelap serta merta terjaga. Terkejut dan bimbang jika kami kemalangan. Aku tengok abah rasa cemas. Abah kata mungkin dia terlanggar sesuatu. Kami berhenti di bahu jalan. Dari cermin pandang belakang abah tak nampak apa-apa kemudian dia suruh aku dan Cik Su tengokkan ke belakang. Nak turun ditempat begitu mungkin kena berhati-hati. Kami tak nampak apa-apa disebabkan kegelapan malam bahkan disuluh dengan lampu picit pun memang kosong jalan tersebut.

Tiba-tiba saja Cik Su jadi kaget. Dia nampak ada benda berguling menyeberangi jalan beberapa kali. Pantas namun penglihatan Cik Su dapat tangkap lalu dia menjerit. “Kepala berguling!”. Berderau d***h aku serta merta. Kepala berguling ke kiri ke kanan tadi berhenti tepat pada suluhan lampu picit. Kepala manusia dengan kesan d***h basah melekit melekat di kepala dan muka. Mata terjojol sedikit tekeluar dari lohong. Hidung rompong dan lidah terjelir hingga ke atas jalan. Ponnnnn! Sebuah bas ekspress yang turut menuju ke selatan membuka lampu tinggi dan membunyikan hon lalu melenyek kepala tadi. Ketika itu, aku tak tahu nak ungkapkan bagaimana rasanya berhadapan dengan situasi begitu.

Terkejut, takut, seram sejuk, menggigil, geli semua aku rasa. Aku saksi kemalangan atau apa. Bas ekspress tadi tak berhenti langsung, kembali meneruskan perjalanan. Aku dan Cik Su beritahu abah kami nampak kepala dilanggar bas. Lalu meminta abah teruskan perjalanan tapi sebaliknya abah dengan berani keluar dari kereta dan menyuluh semula ke jalan. Hatinya bimbang jika benar dia dan bas tadi melanggar sesuatu. Aku, Cik Su dan emak resah gelisah dalam kereta. Tak lama kemudian abah masuk dalam keadaan tergesa-gesa namun nampak lega. Tak ada apa-apa katanya. Bertambah lega apabila ada kenderaan lain dilaluan sama menemani kami sehingga ke simpang felda-felda berhampiran sahaja.

Tak jauh kemudiannya kami terserempak dengan bas ekspress tadi dengan kelajuan perlahan. Abah terpaksa memotong bas tersebut sebaik memasuki jalan lurus. Lampu tinggi dari bas berkelip-kelip ketika kereta abah di hadapan. Abah tak pasti tanda isyarat apa. Memandangkan dalam kereta abah ada tiga orang perempuan dalam ketakutan, abah hanya meneruskan perjalanan. Kereta abah pandu tak laju mana bimbang binatang liar melintas namun mampu meninggalkan bas tersebut jauh di belakang. Membuktikan bas tersebut sangat perlahan. Aku nampak abah kerap menoleh cermin. Abah beristighfar kuat. Namun tak ada sesiapa pun yang berani tanya apa yang abah nampak. Abah diam dan tak menoleh kebelakang macam sebelumnya. Sehinggalah kami melewati kawasan bandar. Sebelum memasuki perkarangan rumah

. Abah pesan suruh kami membaca ayat-ayat yang sepatutnya. Kami masuk rumah tanpa memunggah barang. Malam itu aku tak mampu nak redakan bayangan kejadian tadi. Entah jam berapa baru aku terlelap setelah beberapa kali membaca doa.

Beberapa hari selepas itu, kami menghantar Cik Su ke UTM. Ketika itu aku terpandang bas ekspress serupa bas tempohari. Warna dan rupa bentuk sama. Nombor plat aku tak hafal. Serta merta aku tunjuk pada abah. Tanpa disangka abah cerita pada aku dan emak, dia nampak ada seekor jembalang bertenggek atas bas pada malam tersebut. Mujurlah kami tak disakat teruk dan diekori. Tamat.
Scasper.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
Scasper

5 thoughts on “Kepala Berguling!”

  1. aku kalo balik kmpg jalan mlm kene ade kenderaan dok kelip2 lampu mmg aku cuak…kalo naik kereta tape lagi kalo naik moto mau nak nngis..hahahhha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.