Ada yang komen, Fiksyen Shasha ini sesuai pengalaman cerita seram sahaja. Aku pula hantar cerita rasa luahan diri..hahaha.
Apa-apa pun aku ingin mengucap setinggi-tinggi terima kasih pada Admin FS. Dimana sanggup bersabar dan layan permintaan aku post didalam blog FS ini. Respect bro.
Takkan ada angin, pokok boleh bergoyang! Korang x rasa tak pelik ke.?? Bilal.., Orang2 surau.., pemuda2 kampung.., senang2 buat hal padaku. Aku pun ada rasa ‘ something ‘ yang tak kena pada mereka. CS ada disesuatu tempat atau CS bagi sesuatu di tangan mereka, mesti sikap mereka berubah ‘ mengGILA..’ padaku sedangkan aku tak pernah bertemu atau mengenali mereka sebelum ini. Al-Maklumlah.. orang luar baru pindah di kediaman flat ini.
Aku lihat sendiri apabila CS datang = Aku mesti bergaduh pada orang lain dan CS dari jauh gelak ketawa pandang aku. Kuajaqq.!!
Aku panggil CS, ajak bertumbok..terus dia fitnah aku, dia cakap anak perempuan dia kena rogol.. dan Aku ditunjuk sebagai ‘PEROGOL ‘ itu. SHITT!!.. Tak memasal aku kena pegang dengan orang2 kampung. Ada yang bersabar.., Terima kasih!. Ada yang kurang penyabar.. terus shoot, penumbuk aku.. Perhh! Perit.
Ini bukan kali pertama ye aku kena hentam dengan masyarakat disekeliliing aku. Korang pernah rasa tak.??!
* BILA datang ke gerai/ kedai makan kena halau..
* BILA datang ke masjid / surau kena halau..siap maki2 lagi..
* Aku suka beli makanan taupaw makan dirumah. Pengalaman aku, pernah aku beli nasi lemak bungkus RM1 satu paling sadis dikenang.
Pembantu gerai ambik duitku terus buang nasi lemak bungkus ke lantai penjalan kaki.
Aku cakap.. ” Apa salahku.. Aku bayar kot! Bukan makan free.
Dia balas.., ” Kau rogol anak orang pastu kau lari dok sinii.. Jangan buat muka kesian lah..kau blahh”..terus dia halau aku berambus.
Aku sudah bayar, so aku kutip balik nasi lemak bungkus itu. Aku baling dekat dia balik. Setel.
Esoknya, taukeh kedai cari aku terus memohon maaf dan budak itu telah dibuang kerja.
CS MENGGUNA ILMU HITAM
Dimana sahaja CS follow aku kawasan luar rumah, mesti ada masalah baru berbangkit. CS jumpa orang.. Pung..pang! Pung..pang! tunjukk aku.. tak sampai 5 minit, Orang itu datang mahu bertekak denganku.
So, dari kes yang pernah berlaku sampai sekarang. Semua simptom adalah sama.. Ia berpunca dari kehadiran CS pada individu. CS akan bagi ‘sesuatu’ dari tangannya seperti:
– Kertas kecil.
– Kad nama.
– Tisu merah.
– Biasa guna duit seringgit hingga not RM 100.
CS duit banyak.. dan orang yang tak perlu dikenakan ilmu hitamnya. CS upah bebudak jahat seperti budak hisap dadah, orang terdesak pakai duit, Samseng. Bagi duit RM 100 sehari inform pergerakkan aku pergi. Senang kan subahat kenakan aku.
Simpton2 orang yang ada terambil dan terkena ilmu hitam CS. Ini aku list dari orang yang pernah terkena sihirnya:-
– Tidak nampak dengan jelas muka Si Pemberi.
– Kena pukau.
– Terasa panas dan amarah membuak-buak.
– Teramat marah bila aku berdekatan.
-Tiba2 orang itu ada 2 pesonaliti, dia baik dekat orang lain..padaku dia naik ‘ SYEIK.. ‘
– Tak kekal lama.. esok orang yang bermasalah denganku akan datang jumpaku sendiri memohon maaf. Dia pun tak sedar kenapa dia jadi begitu. Akupun dia tak pernah kenal tapi dia akan marah2 masatu.
Apabila seseorang ini main sihir, biasa tidak kekal lama. Yang mana pernah terkena ilmu hitam sihir dia akan aim CS balik. Teruk CS kena belasah sampai takot tunjuk muka di kawasan situ lagi.
Sedara mara..Sepupu aku.. Pakcik makcik aku pun terkena sihir ilmu hitam CS ini. Penat aku bergaduh dengan semua orang. Last2 aku pun terkena. Geram betul.
CERITA KESERAMAN UNTUK ANDA SEMUA BARU BERMULA..SO AKU RINGKASKAN YE.!!
CS dengan makhluk khadam belaan dia telah banyak kali aku melihat berdekatannya. Cuma aku buat tak tahu la. CS mana mahu mengaku dan khadam dia lagilahh, aku takkan percaya kata2 dari Makhluk menyesatkan manusia ini.
Kisah 1 :
Suatu hari waktu tengahari, aku ke kedai keseorangan. Aku perasan, aku melihat ada seorang lelaki iaitu CS dari jauh datang follow aku berjalan. Aku terfikir jugak mamat bodoh ini tak ada kerja ke.?? Hari2 datang dan ganggu aku!
So, aku biarkan dia mengejarku. Aku plan perangkap CS ditempat sunyi nak fight 1 by 1 berdua.
Aku berjalan masuk ke kawasan blok lain. Tiba2, aku terlihat ada suatu sosok penampakkan Pocong muncul berhadapanku. Pocong nampak samar2. Aku terkejut la..kan.. Aku berhenti disitu.
Aku sudah biasa benda alah ini. Pocong kalau dia muncul waktu siang..kira kuat gaiss.. mesti dia ada tuan berdekatan, dan bersebab dia mahu tunjukkan rupanya padaku.
Aku panggil..Gentle.. ” Siapa Tuan kau.?? Sini lahh.! ” Makhluk tu gelak dan terus hilang.
Aku biarkan sahaja. Pocong main2 denganku hilang..muncul..hilang..muncul.. berdekatan batang pokok disebelahanku.
Malas aku layan Pocong ini. Aku tunggu CS sampai ke jarak yang dekat padaku.
” Meyh lahh sini penakut.?? Berani pukul curi je engkau, datang sinilah.?? kita tengok saper yang m**i..” Aku cabar CS.
CS mana berani. Takut! Apa yang dia membebel pun aku biarkan je. Cuma yang aku pelik.. aku nampak sosok pocong muncul disebelahnya. Sah! Milik CS. Takguna..main cara halus. Aku cakap :
” Panggil la kawan disebelah kau tu! Sini.!! Jangan ingat aku tak tahu.. Aku boleh NAMPAK..”
” Mana kau tahu.HAHAH. Iye! Ini KHADAM aku..dan aku ada banyak tentera. Aku akan pastikan kau menderita. ”
” Berapa ramai khadam kau boleh buat kerja2 PUKAU orang untuk buat fitnah kepadaku..”
” Aku pernah mencuba disini paling ramai berjaya DIPUKAU, limit sehari 5 orang, selebihnya aku masih tidak berani try lagi..”
” Sebaiklah, Malaysia ini tidak guna undang2 Islam pancung kepala penyihir macam luar negara. Engkau boleh dibajar hidup2. Kalaulah Ada.. Aku tangkap kau, terus pancung kepala kau dahulu. Menyusahkan orang. Main kotor.. Puihh! ”
Aku kejar CS, dia cabut lari menaiki motor dengan kawannya. Geram aku. Ada CS, mesti ada kawannya, STANDBY..
KISAH 2 :
Aku kerja penjawat awam..bahagian..RAHSIA. HAHAHA. CS datang ke tempat kerjaku buat kacau sehingga ada aduan dari kakitangan awam lain dan mengadu pada pihak atasan.
CS banyak kali ditangkap polis dan diberi amaran tapi kedegilannya tetap sama. Polis cakap CS Psiko. Datang disini matlamat ganggu aku tapi itulah yang jadi mangsa adalah staff disini. Aku kerja amanah mencari rezeki, tak layan provoke CS..aku masih mampu bersabar.
Balik kerja aku cari dia, tapi mesti kelibat dia langsung hilang dikesanku.
Tengahari itu, CS kena tangkap lagi. Polis kurung dia dibilik pejabat untuk disoal siasat. Polis panggil aku sekali. CS menuduh aku merogol anak perempuan dia. Bla..bla..bla.. Taktik sama naik bosan aku mendengar.
Polis kata pada CS pernah buat report. CS kata ada.. polis check dulu pada rekod polis. IC aku dan CS, polis ambil untuk check rekod2 lampau. Aku kena tunggu di tempat lain, CS disiasat dahulu. 2 jam selepas itu aku dipanggil polis.
Semasa diluar pejabat, polis jumpa aku secara peribadi. Polis cakap memang CS PSIKO. Semua butir2 pengakuan benar dari CS direkodkan dan telah terbongkar. Report polis keatasku tidak pernah wujud . Polis minta tindakan aku disebabkan pihak polis sudah dapat maklumat sebenar.
Hasil siasatan..CS mengaku :- Banyak kali cubaan b***h kepadaku.. – berbelas kali kesemua cubaan dia upah tidak pernah berjaya. Itu betul..hahaha.
Anak perempuannya seperti didakwa kena rogol adalah rekaan cerita. CS cakap, dia adalah cikgu aku..hampir 20 tahun dia kejar aku. Dia hanya mahu lihat aku menderita dan mahu membalas dendam sejak dahulu lagi dia tidak pernah berpuashati terhadapku.
Kisah lama polis takdelah masuk campur.. CS kena 3 cas kes pertuduhan iaitu:-
1) Menganggu ketenteraman awam.
2) Menceroboh bangunan pejawat awam.
3) Buat Report polis palsu.
Aku disuruh bersemuka CS disitu. Aku melangkah masuk pejabat, terus aku bagi penumbuk pada muka CS dan bergaduh dulu. Sebaik polis tenangkan aku.
Aku duduk mengadap CS. Aku lihat kondisi CS kesian gila.. teruk dia kena belasah polis.. lemah longlai tak mampu bersuara. Menangis 2 jam kot tak behenti. Aku nasihat pada CS bertaubatlah segera. Takut pada Allah.
Aku renung raut wajah airmukanya.. MENGUCAP PANJANG.. Aku dipertonton wajah lelaki bermuka hitam legam..seolah2 baru kena panggang/ dipanah petir. Main2 lagi dengan sihir.
Di pejabat ini, aku suruh CS panggil kawan dia itu. aku kena gangguan..macam bau busuk bangkai menyusuk hidungku., Ada bunyi gelak2 ditelingaku dan barang2 di dalam pejabat ini diketuk.
Aku terkena sihir CS.. Dia suruh aku call pada nombor ditangannya. Sihirnya dipindahkan kepadaku. Aku terus baik hati suruh tarik balik laporan polis terhadapnya.CS dilepaskan dari dikenakan tuduhan.
Aku pulang ke rumah jadi mengamuk selepas waktu Maghrib.
Simptom aku terkena sihir :
– Aku cepat berasa marah.
– Kuat tidur
– Suka bersendirian.
– Aku tak boleh dengar orang bercakap mesti nak marah membuak2
– Sukar tidur malam.
– Asyik terlupa ingatan.
– mudah terasa
Sebaiklah, mak ayah mertua datang menziarahiku.
HARI JUMAAT.. Aku ikut Abah ke Masjid untuk menunaikan solat jumaat. Aku paksa diri berjalan, walaupun perut sakit dan barasa mual..mahu muntah.
Abah tegur..Abah cakap rupa aku tidak bermaya. Aku teruskan juga. Sampai pintu GATE masjid, ada bebudak lelaki ini cakap nampak hantu disebelahku. So, aku abaikan..
Ramai pula yang tegur, semasa ambik wuduk pon sama. Time aku melangkah ke dalam perkarangan masjid pun sama. Menegur didalam bahasa kiasan.
” Adik! Tak sihat ini..tunggu diluar Masjid”
” Abang.! Nanti bila habis solat terus pergi berubat ye..”
“Hati2 cu.., ada orang mahu kenakan kamu..”
” Datang dengan siapa, yang lagi satu itu suruh dia balik! Faham ye dikk.!! Saya cakap bukan dengan kamu dikk.! Disebelah kamu kena hantar pulang pada tuan dia..ini bukan tempatnya..”
Aku berdiri didalam masjid terasa nak menjeritt..nak mengamuk sakan. Barulah aku dapat rasa akan kehadiran makhluk ini..Pocong. Aku lawan gangguannya.
Aku duduk di tempat yang sedikit orang ramai. Sebelah tepi bucu tembok, ada juga hamba Allah bantu dari belakangku.
Alhamdulilah, sebaik aku boleh tunaikan solat jumaat tanpa sebarang gangguan sehingga habis..Aku Bingkas bangun,lalu ditegur 3 orang anak muda tadi menyuruh aku menunggu sebentar di luar perkarangan masjid ingin berjumpaku.
Aku dan abah berlalu keluar masjid, mesti ada orang tegur suruh aku berubat. Di luar perkarangan masjid. Aku nampak pocong berada berdekatanku. Makin berani sosok penampakkan pocong samar2 muncul. Ada seorang ustaz muda memperkenalkan diri lalu menyuruh aku ke laluan yang sunyi sedikit.
Ustaz ini menaiki kereta dan berhenti berdekatanku bersama 3 permuda tadi.
” Nanti saya perkenalkan diri, Pakcik dan kamu berdiri ye. Tak perlu buat apa-apa selama 15 minit sahaja saya minta. Boleh kan..”
” Ok! ”
15 minit berlalu,
” Kamu..pergi ke tanah yang ada lalang tu kesat kaki dekat tanah..”
Setel je. Aku dipanggil Ustaz tersebut. Ustaz ini memperkenalkan dirinya. 3 permuda tadi anak muridnya, kebetulan mereka semua meminta saya membantu kamu. Saya Ustaz dari Darul Shifa di Kepong. Ustaz bagitau dia sudah hantar makhluk tersebut ke tempat asalnya. Ustaz ini dapat tahu aku kena ilmu hitam dan nasib baik dapat dipatahkan dari awal. Alhamdulilah..
.TAMAT.
PENGAJARAN
1) Hati2 kepada semua pembaca FS.. Jika orang yang tidak dikenali bagi sesuatu.. Jangan terima, tanya dulu niat dia apa dan untuk apa..
2) Bukan semua yang terkena disihir ini, ada yang lantang backup aku. CS takut dengan budak2 kecil dan Orang Alim.
3) Masyarakat yang provoke, bantai aku, marah2 aku. Aku maafkanlah semua.. Ini disebabkan kerja2 setan. Korang pon tak sedar.
4) Kalau boleh buat tuntutan di Makhamah Syariah. Sudah lama aku memohon pampasan. Sangat besar kerosakkan dan hubungan pada familyku dan masyarakat. Aku kena buang kerja, khianat harta benda, dibelasah, malu lagi difitnah, kena sihir ilmu hitam..
5) Bila bercakap terkena sihir ilmu hitam. Orang akan pandang gelakkan aje.. Betul ke tak betul budak ini..Apabila saya mengadu pada orang lain. Mana ada orang akan percaya.. Kau sihat! Tapi kena kacau cara halus.
Contoh: Kenapa aku tidak hadir bekerja.
-Aku fight pada pengurusan ditempat kerja aku katakan kena sihir. Pihak pengurusan berkata, lain kali elak macam Matrix..HAHAHA.
Takde lah ayat begitu, cuma dia kata.. Itu masalah kamu, Ini syarikat.., Sila ikut PROSEDUR.
Kang aku ikut prosedur, datang kerja mengamuk.. Tampar bos..pastu berbuihh mulut bos.. baru ada akai.!!
Ikut prosedur la sangat. Kena sihir boleh kawal ke.?? Makan ubat terus baik.?? Ia penyakit kuno..yang belum tentu sama proses penyembuhannya. Kalau nasib kau, Baik..HIDUP! Kalau nasib kau, Tak baik..M**I!
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Best…tapi teringin gak mahu tahu apa jadi kat ustazah dgn laki dia tu..kiranya what happen next to them ..dekat Gee .. dgn family botak taktahu ke pasal semua tu?
Apapun..story menarik dan beri pengajaran lh.
Hidup lg tak si CS & UMI keparat tuh…nak sgt teman nengok deme berdua tu mampos kn rodok takpon kn covid 19…si CS tu yg plg teman sakit hati…cuba miker PM teman bgtau kt mn si CS tuh…nk jer teman ludah takpon teman langgar sampai mampos…
terimakasih encik botak. kongsikan pengalaman berharga ni. akhirnya dapat tahu pengakhiran kisah ni. .
saya doakan mudah segala urusan tuan di masa akan datang.
Cerita tak tersusun rapi la botak . Aku faham tak faham . And kene fikir pnjng ii bru fhm . Btw thanks for pengalaman kamu tu . Aku ambik jadikan ikhtibar hidupku
lanjut lagi cerita ni best
Aku kenal kau botak.. Aku tahu cerita ni. Aku sekolah sama ngan kau..
Kesian kau botak! Tragis sungguh perjalanan hidup kamu.
Harap blh sambung lagi, nak tau jgk apa kisah suami isteri dari neraka tuh..