KERANA HARTA ANAK YATIM PART 2

( Hari ini aku akan jawab pertanyaan yang ada didalam komen pembaca FS. )

Kalau menaip.. panjang berjelar-jelar, tak akan abis story ini. Semua kang aku bedal berkait-kait cerita nya lagi. Pening kepalo pembaca FS kang..hahaha. Aku ringkaskan CERITA PREVIEW yang berlaku..

Ok, Modus Operandinya mudah, aku bagi contoh:

Gee selalu jatuh sakit sejak dipaksa telan pil dadah. Bila lama kesan diambil dan berterusan dadah didalam badan..Mulalah Gee halusinasi, berasa khayal, mudah pengsan dan pernah aku melihat Gee kena sawan sampai mulut berbuih2 terbaring di sekolah..ish..ish.

Lagi satu, yang aku hairan UMI takkan benarkan sesiapa hantar Gee ke Hospital. Bila Gee jatuh sakit, Umi start meroyan..salahkan Gee sendiri akibat tekanan dari kematian ibubapanya.

UMI lah cakap Gee.. ‘ Gila ‘ suruh pelajar lain pulaukan dia. Senang bukan.??!. Upah lagi berbudak bodoh piang buat cerita jadi sedappp mulut ke mulut cakap..’ Gee Gila ‘ dan Gee sentiasa dipantau dari pergerakan bebas ke mana sahaja Gee pergi.

Bila Gee tak sihat, diorang hantar pergi klinik. Ubat seringgit resit doc keluarkan, claim sehingga pembelanjaan RM 500.00 hingga RM 1000.00.. itupun guna duit Gee. MAKAN BESARR WOO..

Duit.??! Bukan datang dari pak mak sedara ini keluar sesen pun. Mereka paksa Gee keluarkan WANG simpanan dari akaun bank miliknya. Mereka rembat sikit2.. lama2 jadi bukit. Bijak tak?? Hahaha.

Aku dapat tahu, semasa aku pegang buku simpanan Gee, duit dia sudah lesap lebih dari jumlah RM 10K. Tergamak betul.. Itu yang direkodkan. Ada duit yang datang dari sumber derma orang ramai atau duit sumbangan semasa Gee sakit lagi..Duit pampasan dan insuran lagi. ( duit cash atas tangan ). Banyak weii lesapp begitu je. Aku dengan kawan2 ku beberapa k***t yang tahu rahsia Gee turut bersimpati sehingga menagis kami semua.

_______________________________________________________________________

[ Aku adalah aku dalam cerita ini..]

Masa sekolah disini, aku suka bual hal sendiri. Ye lah..aku datang dari keluarga bermasalah. Aku seorang pemalu dan pediam. Jenis orang panggil anti sosial la gaiss. Paling lambat datang, paling awal balik sekolah. Aku memang taknak pindah ke sekolah sini..aku nak sekolah di KL tapi bila dipaksa àku buat sekolah sesuka hatiku.

Aktiviti ke..sukan ke..kelas tambahan ke.. aku buat dunt No takkan pernah join kehadiran selepas waktu persekolahan. Sampaikan ada bebudak tegur dekat aku.. “Tak pernah bersua denganku, sepanjang dia berada belajar disini..” Hahaha.

Aku bertemu Gee.??

Ada satu kes ini..dimana ada pelajar perempuan mahu b***h diri. Dia panjat bangunan tingkat 2 nak terjun dari tembok. Itu lah Gee.. riuh rendah  satu sekolahku. Aku ada masatu, kerana kelasku satu bangunan ini. Kes pujuk memujuk berjaya.

Murid2 cakap dia sudah naik ‘GILA..’
Aku tersentak lah jugak..aku balas balik:

” Orang gila mana boleh berada disekolah kita. Kang aniaya pelajar lain.??!. B***h diri kott. Bodoh! aperr pihak sekolah benarkan pelajar gila belajar disini..Pergi lahh hantar ke tempat lain. ” Aku geram.

Tindakan pihak sekolah memang bangang, elok je selepas 2 minggu ada je Gee study di sekolah ini. Aku pelik dan hairan, macamtu je pihak sekolah jatuhkan hukuman sedangkan semua pelajar bising dan membantah..mahu Gee blahh dari sekolah.

Aku pilih bersemuka dengan Gee..Gila! tak Gila.!! aku cepukk. Aku nak tahu Mak Bapak dia siapa?? Pengasas sekolah ke?? Sampaikan pihak atasan sekolah kerajaan ini tak mahu ambik tindakan keatasnya. Ini kes b***h diri.. kes berat.!! Takkan sudah m**i anak orang, mahu jadi ikutan pelajar disini.

Tapi itulah ada saje bodyguard..3 pelajar perempuan mengawal Gee. Siap halau aku bila mahu berhampiran Gee. Aku balas balik dengan cara keras..
” Aku datang cara baik just talk to her.., Siapa berani halang.??!. Trylahh, Aku rembat dengan batang kayu. Aku bagi last amaran, aku buat..

Baru diorang ada akai dan berasa takut. Aku slow talk dengan Gee, aku nak tahu permasalahannya kau.. dari A to Z. Gee diam je. Aku hentak kayu disebelahnya, baru Gee tergagap-gagap menangis cerita segalanya..hahaha.

Gee bagitau..

* Pelajar perempuan ala2 bodyguard itu diupah.

* Ada sebab, Gee takkan dibuang sekolah..

* Mak pak sedara dia, guru mengajar disini.

* Gee anak tunggal dan anak yatim piatu.

* Mak bapak Gee meninggal dunia kemalangan jalanraya, setahun lepas.

Aku..” WHATT..!! ” terus minta maaf pada Gee.

Aku blahh.

Selepas dari itu.. Aku buat siasatan secara peribadi. Memang betul Gee katakan, Arwah mak ayah dia, seorang ahli perniagaan yang baru meningkat berjaya. Memang Gee dulu anak orang kaya..mewah dan senang.

Yang lain2, urusan dari keluarga Gee aku tak mahu campur. Aku anggap Gee sebagai kawan biasa. Aku jumpa Gee time aku perlukan sahaja. Rekod aku mana pernah baik dengan sikap panas baran.. tiada orang berani hampiri aku. Itu yang aku jauhi Gee.

Panas baran aku boleh dikawal, macam main bola.. kena takik kaki, tolak kiri kanan, kena maki2..marah2.. aku boleh terima lagi. Sebab budak2 lelaki kan..biasalah. Cuba kau belasah orang lepastu kau pau.. peras ugut orang minta duit! Memang aku berani matilah bergaduh..hahaha.

Bila sampai ke tahap Gee kena dera secara fizikal paling teruk dan melampaui batas. Itu yang aku tak boleh terima dek akal yang waras. Girl from 2 kot., satu badan dia dirotan.. melecet dan melekat kulit pada baju sekolah kesan dari dirotan.. Gee menangis meraung nak b***h diri balik. Aku cari UMI walaupun aku cuba dihalang Gee.

Aku terus jumpa UMI disurau minta perjelasan. UMI buat pelbagai alasan. Aku blahh, sebelum bergerak, aku cakap..aku minta izin UMI bawa Gee bagi rawatan doc dan buat report Polis. UMI menangis teresak-esak..suruh aku jangan libatkan pihak polis. UMI janji akan berubah. UMI try sogok aku, siap campak duitnya..beratus2 hinggit di tanah. Semua duit dikeluarkan dari dompet beg duit UMI. Aku tak layan, kau campakk..kau kutip!.

UMI mengaku, Pil diberi itu Pil Dadah.. Dia nak lunas dendam dekat Arwah mak ayah Gee dulu. Memang dia nak bagi Gee terseksa. Tapi kes pukul dan paksa Gee telan dadah bukan UMI. Orang lain, UMI rahsiakan suaminya itu.

Sebelum aku beredar, aku bagi warning terakhir.. kalau aku jumpa walau sedikit pun kecederaan pada tubuh badan Gee. Aku takkan teragak-agak ambil tindakan report polis tanpa perlu minta kebenaran UMI. Gee aku bawa ke klinik berdekatan.

Sejak aku gertak UMI diSurau tempoh hari dan akan aku ambil tindakan membuat report polis pada penderaan Gee. UMI berjanji akan melayan baik pada Gee. Aku nampaklah perubahan Gee sangat ketara dari hari ke hari.

UMI mula mengaji orang gaji, so Gee bagitau dia tidak lagi dipaksa membuat kerja dirumah mereka. Ubat pil yang dipaksa Gee makan, tidak lagi diberikan makan lagi. Elok je Gee, beransur pulih sedia kala. Sihat dan ceria. UMI melayan baik pada Gee tapi padaku tidak pernah berubah. Aku tak kisah yang penting Gee sihat sediakala.

Semuanya, pendekatan diambil sebagai sandiwara. Mereka cuba berhati-hati dari dihidu aku untuk mendakwa mereka report pada pihak berwajib. Aku lega, UMI berpegang pada janjinya.

Episod penderaan Gee, kembali..

Hampir 2 bulan lebih, Gee kena dera balik. Sebagai kawan aku ambik tindakan pantas. Tapi bukan secara terburu-buru, aku minta bantuan seorang guru perempuan.. Cikgu Rose ( CR ).

CR sudi membantu disebabkan CR sudah terima notis permindahan mengajar ke sekolah lain lagi 2 minggu untuk berhenti dari sekolah ini. CR bertindak sebagai pendorong, guard kitaorang untuk buat report polis dan bagaimana membuat aduan kes ini ke pihak pendakwaan di mahkamah kelak, memohon kes sebagai kes penderaan. Bagi kes pecah amanah dan lain2..boleh diberitau pada pendakwaraya kelak. Aku dan Gee sebagai saksi.

CR berterus terang pada kami berdua perlu tekad sebulat suara di dalam membuat tindakan memandangkan ia melibatkan urusan dalaman kepada family Gee. Kena berfikir panjang lah.. Jangan nak tarik diri pula last minit. Aku setuju tapi Gee meminta sehari buat keputusan. Esoknya, aku lega dari berita Gee sepakat. Kami terus membuat report polis dan polis datang menangkap CS dan UMI disekolah. UMI dibebaskan keesokkanya, disebabkan Gee tidak mahu mak sedaranya, UMI didakwa dan dikenakan tindakan walaupun mereka partner subahat.

CR meminta aku berjumpa dengannya selepas report polis. CR cakap :

” Kamu memang kenal ke Gee??. “

” Maksud cikgu?? ” Aku mahu kepastian.

” Gee..saya lihat ada ramai sedara maranya tinggal di kampung ini. Kamu tak rasa kenapa Gee rahsiakan pada kamu dan saya. Itupun saya dapat tahu dari pelajar lain. ” CR berasa kecewa.

” Entah! cikgu. Mungkin dia ada sebab2 peribadi..” Aku mencelah.

” Kamu mudah percayakan orang, Botakk. Bukan, salah kamu yang lurus dan memang naif. Ini urusan dalaman family Gee..Air dicincang tak akan putus..kamu juga yang susah nanti dan saya tak rasa Gee akan teruskan… Cikgu mahu kamu berhati2 pada Gee kelak.” CR menasihatku.

Memang benar dan tepat ramalan CR..
Selepas 2 hari dari report polis, Gee menemuiku dalam keadaan menangis. Gee mahu tarik report polis. Aku mula berang.

Gee bagitahu, sejak CS direman polis..UMI tidak menjamah satu makanan pun dan menangis tidak henti2 sehingga menitis airmata keluar d***h.

Allahuakbar! Aku cakap Gee kau aniaya aku macam ini Gee. Kenapa sekarang.??! Matilah aku Gee. CS terlepas lagi teruk kita berdua kena serang. Ini peluang kita Gee..ramai yang mahu bangkit bersama kita Gee. Kalau kau undur,hilang kepercayaan orang ramai terhadap kita kelak.

Gee takpeduli..Gee salahkan aku masuk campur hal urusan family dia, Gee kesian dekat UMI. Walaupun UMI jahat, tapi UMI tetap mak sedara Gee yang ada..CS yang jahat! Gee sambung menangis.

Aku cakap Gee..kau ramai sedara mara disini. Kenapa rahsia padaku. Ini kan kampung arwah mak ayah kau Gee. Kenapa pilih diorang seksa kau.??!.

Gee benci sedara mara Gee yang lain. Bila Gee senang, semua mahu dekat Gee..mahu harta Gee. Diorang mana ambik peduli hidup Gee sejak dari dahulu. UMI sahaja yang mahu menjaga kebajikan Gee sehingga kini.

Aku cakap.. Tak adil Gee menilai sedara mara Gee macamtu. Semasa arwah mak ayah Gee meninggal, siapa yang datang membantu dan solatkan si m**i. Tergamak kau Gee buang sedara mara yang lain. Bila kita mampu..bantulah.. jangan kita salah sangka. Kelak, merekalah tempat kita mengadu.. dan membantu jadi wali Gee berkahwin.

Gee benci mereka semua, kau pun sama berpakat dengan sedara mara Gee yang lain. Gee berlalu pergi ke balai polis.. terus tarik balik laporan polis yang dikenakan ke atas CS.

Keesok harinya, CS keluar dari balai balik ke rumah mengamuk pukul UMI. Sejak itu, Aku dan Gee buat haluan masing2.

Aku nak salahkan Gee, takboleh.. Gee lindungi mak sedaranya. Kawan2ku tidak mahu terlibat lagi dengan Gee. Diberikan kepercayaan, tapi Gee ibarat kawan makan kawan.. Sanggup berkerjasama dengan CS dan UMI dalam mengenakan aku. CR sudah berpindah sekolah.

Ibarat, aku melepaskan anjing tersepit, aku kena gigit dek anjing. Menangis aku fight satu family mengila ini bergabung, pelajar diupah mereka lagi dan semua guru disitu. Itu yang aku cakap aku disekolah digelar penjenayah.

Salah sikit..PANGGG.!!
Bersuara je..PANGGG.!!
Even diam pun..PANGGG.!!

Kena rotan dan lempang je. Aku setiap hari naik turun ke Bilik Guru Penyelia petang memerangkap Guru disiplin 1 sampai ke tahap dia naik bosan beri hukuman pada aku. Tapi aku tak pernah minta tukar sekolah.

CS pernah paksa aku isi borang berhenti sekolah. Hari2 dia provoke dan paksa aku hantar borang. Aku layan aje permainan dia. Aku buat apa dekat borang tu. Aku tulis nama CS penuh dan letak ayat:

“CS PAKSA SAYA ISI BORANG BERHENTI SEKOLAH..SAYA SETUJU.. ” Aku kembalikan borang kepada CS. Bukan main happy muka dia, senyum lebar, siap bermaafan bagai hari raya bagai dan langsung dia tidak baca isi kandungan dihantar terus ke pejabat. Last2 pihak kerani sekolah reject. Nama CS  dipanggil Pengetua dan CS yang kena marah dengan Tuan Pengetua sekolah..hahaha.

_______________________________________________________________________

[ GEE.. cerita ini untuk Gee ]

Aku bukan berkahwin dengan Gee la.

Niat aku dekat Gee sentiasa baik lah.. Suci..Murni. Korang tak percaye??.. taye Gee..Hahaha.

Aku just berani bertindak di atas apa yang aku rasa benar dan membantu Gee sahaja. Tidak pernah aku berubah, Gee sebagai kawan baik disekolah. Even Gee buat sesuatu buruk kepadaku tapi aku tidak pernah ambik pusing dan membalas apa yang Gee lakukan terhadapku. Gaisss! Rahsia ini antara aku dengan Gee ye, haha.

TINGKATAN 3 BERMULA

Pengaruh rakan sebaya memang kuat..padu. Terutama dari pelajar perempuan semua tekad bersatu suara. Kalau tingkatan 2, ada senior dari tingkatan 3 boleh backup Gee. Sekarang from 3, Gee aku sudah tak mampu nak lindungi dia. Hari2 Gee kena aim, buli dan dibelasah oleh pelajar perempuan sebaya kami.

Aku bantu Gee pun aku kena tibai. Ganas sungguh perangai perempuan. CS dan UMI kejam kot, ramai pelajar menaruh dendam dan teraniaya.

Banyak kali aku meminta maaf dari pihak Gee. Merayu aku melutut, Gee tak bersalah..salah pilih side.. CS dan UMI yang paksa dia. Diorang semua tak hirau kata2 aku.. Ciss!!

Di dalam pertemuan terakhir kami, dipertengahan sekolah from 3. Gee datang menemuiku memohon maaf padaku. Gee akui, dia memang tidak mampu membendung amarah pelajar lain yang tersangat ramai menaruh dendam pada makpak sedara dia itu.

Dia menyesal dan kecewa, Gee ingat dapat ubah sikap Mak sedara dia itu, tapi sebaliknya jadi lagi teruk. Tiada siapa ambik peduli akan hidup Gee disini. Datang sekolah dibenci, balik sekolah pun dibenci. Hari2 Gee menangis terseksa.

Aku.. ” Allahuakbar.!!. Aku takpernah menaruh dendam dekat kau Gee, aku tahu semuanya, kau pun kena teraniaya jugak. Aku minta maaf Gee.. Nak kahwin pun tak cukup umur.. 15 tahun..hahaha. Nak ajak kau, tidur dirumah orangtua aku kang.. CS dan UMI mengadu pada pihak polis, bawa lari anak dara orang disebabkan mereka penjaga kau yang Sah. Kesian, kau Gee. Banyak2 lah bersabar dan berdoa pada Allah. Janji padaku jangan mahu b***h diri lagi.. Aku dapat tahu, siap kau..” Aku menahan Nages.

Gee janji, Gee bagitahu aku..dia planning mahu lari dari rumah, pergi ke rumah mak angkat dia dilokasi dirahsiakan pada malam ini naik bas. Aku ingatkan Gee bergurau, sekali betul2 dari tindakan dia itu. Itu kali terakhir aku bersua Gee disekolah ini.

Start Gee menghilangkan diri, aku dituduh sembunyikan anak dara orang. Itu yang hari2 aku diserang hendap oleh samseng upahan dan diugut b***h oleh CS, mencari di mana kedudukan Gee berada. CS salahkan aku pasal lombong emas sudah lari..

Tamat sekolah tingkatan 5, aku bertemu Gee semula semasa beraya rumah sepupu sepapat dia jugak, Amin. Gee ceritakan padaku semuanya sambil meminta maaf padaku. Gee kesal jugak tak ikut cakap aku dari awal pasal laporan polis itu. Sehingga kini Gee tidak pernah melaporkan kesnya ke pihak polis diatas perbuatan tindakan pak mak sedara dia mencuri harta milik Gee.

Gee meluahkan cerita sebenar pada sedara mara dia yang hadir beraya disini. Menangis semua. Last, aku cakap Gee dan sedara mara dia. Kalau CS cari Gee.. cakap gee ikut aku. Aku just nak mengkaburi CS dari cari lokasi rahsia ke tempat tinggal Gee sebenar.. No. Telefon Gee pon Gee tak bagi aku. Aku tak kesahh.. Hahaha! Sehinggi kini aku tidak bertemu Gee. Aku harap Gee hidup berbahagia bersama orang yang tersayang. Amin.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.