Kerana Kalam Allah

Kerana Kalam Allah. Itulah kesimpulan yang dapat aku nyatakan disini. Bila bercakap mengenai alam ghaib atau mistik. Seringkali terdengar atau terbaca cerita mengenai histeria di asrama, disihir, disantau dan sebagainya. Sampaikan ada sesetengah manusia yang mulai bosan bila mendengarnya sehingga ada yang menggelar cerita yang dah lapok dek zaman. Namun, dek kerana cerita-cerita beginilah sebenarnya membawa perubahan dalam hidup seseorang, sama ada menjadi yang lebih baik atau sebaliknya.

Milah, seorang gadis kampung yang hanya bersekolah sehingga UPSR. Terpaksa mengorbankan masa depannya demi adik-adik. Ye. Itulah aku. Ibu aku melarikan diri bersama kekasihnya ketika adik aku yang bongsu berusia tiga tahun. Rumah yang kami duduki dibina di dalam sebuah kebun getah yang telah lama terbiar. Namun disebabkan keprihatinan tok ketua, kami dibenarkan tinggal di perkampungan Felda. Alhamdulillah, kehidupan kami selesa.

Namun selepas beberapa bulan, hidup kami menjadi agak haru biru. Kejadian pertama berlaku ketika kami sekeluarga makan malam di sebuah gerai. Masa tu tak ada lagi kereta, jadi kami semua jalan kaki. Selepas selesai makan malam, tiba-tiba adik yang bongsu menjerit (histeria). Sekejap menangis sekejap gembira dan kadang kala menari. Atas bantuan beberapa orang penduduk kampung ketika itu, adik dapat dipulihkan seperti sedia kala.

Keesokan harinya, salah seorang penduduk kampung telah meninggal dunia disebabkan kemalangan. Ayah suruh aku pergi ziarah. Aku pun pergilah. Sampai rumah arwah, aku masuk lihat jenazah yang dah ada kat ruang tamu. Masa tu, muka belim ditutup, jadi sempatlah aku tengok muka arwah.

Masa tengah pandang wajah arwah, tiba-tiba mata dia terbukak pandang aku. Terjerit sekejap aku, biasalah mulut orang kampung, aku dimarahi kerana tidak menghormati jenazah katanya. Cik Yam (orang kampung) menyuruh aku membaca Yaasin, tapi malangnya satu huruf jawi pun aku tidak kenal. Aku hanya membelek Yaasin tersebut. Aku ceritakan dekat ayah, apa yang berlaku sebentar tadi. Kata ayah, aku terlalu banyak berpikir selepas apa yang terjadi pada adik aku.

Malamnya, aku duduk bersama adik-adik untuk siapkan kerja sekolah mereka. Ayahku pula keluar untuk membeli makan malam. Jam 8 lebih macam tu, ada orang ketuk pintu, pikirku ayah. Sekali bukak pintu, jenazah yang dah dikebumikan siang tadi terbaring di atas tanah. Aku menjerit sekuat hati dan memeluk adik-adik. Aku lupa tutup pintu, jadi masa tu aku nampak ‘dia’ bergolek dalam keadaan ‘slow motion’. Aku tak tahu mengaji. Jadi masa tu aku hanya boleh menjerit dan menangis sehingga ayah balik. Tapi malangnya aku tak sedarkan diri selepas tu.

Satu hari aku ke kedai Pak Samad untuk beli ayam. Aku terdengar perbualan orang kampung yang menyatakan bahawa ayah aku berguru dengan Pak Muda (seorang bomoh Siam). Malamnya, aku tunggu ayah balik untuk bertanyakan hal berkenaan. Malangnya, ayah tak pulang berhari-hari. Selama ayah tak pulang, kami adik-beradik diganggu dengan bunyi-bunyian seperi orang mengilai, menjerit, bunyi cakaran dan ketukan di pintu rumah dan sebagainya.

Tak ada pilihan lain. Aku mengadu pada ketua kampung. Sayangnya, mereka mengatakan hal ini berlaku kerana belaan ayahku. Kami adik-beradik tak tahu dah nak buat apa. Setiap malam diganggu sampailah satu hari, hati tergerak nak ke masjid.

Agak malu nak berjumpa dengan orang-orang di situ kerana mereka tidak suka kehadiran kami adik-beradik. Aku gagahkan jugak hati untuk berjumpa seorang ustaz di situ.

Ustaz Zam tidak menolak kehadiranku, malah dilayan dengan sangat sempurna. Setelah aku menceritakan pada Ustaz Zam, beliau memberitahu agar selalu membaca al-Quran dan zikir. Solat jangan tinggal. Air mata berderai apabila aku memberitahu yang sebenarnya aku tidak pandai akan semua itu. Ustaz terdiam dan tunduk. Mungkin memikirkan sesuatu. Ustaz Zam memanggil ketua kampung, kerana taraf kami adik-beradik yang rendah, beliau mencebik setelah mendapat maklumat daripada Ustaz Zam. Kami balik ke rumah seperti biasa selepas ustaz memberi kami sebotol air.

Setelah dua bulan, barulah ayah pulang ke rumah. Terlalu banyak dugaan yang kami adik-beradik hadapi bila ketiadaan ayah. Aku peluk ayah kerana rindunya aku pada dia. Perlahan aku bertanyakan apakah benar apa yang dikatakan oleh penduduk kampung? Dengan tenang ayah menjawab, “ya.”

Katanya, dia terpaksa membuat pilihan ni demi kami adik-beradik. Seperti biasa, kami keluar makan di gerai terdekat. Bayangkan bila orang kampung menjauhi kami. Ayah hanya diam dan makan seperti biasa. Duit yang ayah beri pada si peniaga, ditolaknya ke tepi. Ayah hanya diam.

Keesokkan harinya, ayah mengambil semua baju-baju dia dan diletakkan di dalam sebuah bag. Aku bertanya pada ayah, ke mana dia nak pergi dan ayah menjawab, “maaf Milah, ayah terpaksa pergi. Ayah dah salah pilih jalan. Ayah ingat bila ayah balik semua orang kampung terima keluarga kita.Tapi tidak. Ayah dah salah pilih jalan, nak. Jaga adik. Ayah tak sanggup lihat anak-anak ayah dicaci dan maki. Tapi tak apa. Selagi ayah ada, ayah akan pastikan tiada sesiapa yang akan sakiti anak ayah. Ingat Milah, pergilah belajar agama. Tiada apa yang dapat menghalang sesuatu perkara selain Tuhanmu nak. Ayah minta maaf. Ayah mintak maaf.” Ayah berlalu pergi meningalkan kami.

Aku mula belajar mengaji. Belajar solat dengan Ustaz Zam dan dibantu oleh isterinya. Memang susah nak belajar. Sangat-sangat susah. Dan yang paling aku ingat ialah kata-kata dari salah seorang jemaah masjid bila aku mengaji, “inilah dia bila mak bapak tak gheti nak ajar anak, tahu nak berseronok je. Tak pikir m**i. Sekarang mana mak bapak dia, yang sorang lari ikut jantan, yang sorang lari ikut syaitan. Sekarang orang lain pulak nak kena didik dia. Baca pun merangkak lagi!”

Mungkin masa tu aku ada tersimpan sikit perasaan marah atau sakit hati, jadi aku dimaklumkan bahawa pakcik tu sakit selepas balik dari masjid. Aku berjumpa dengan isteri beliau dan memohon maaf ke atas apa yang dah terjadi pada suaminya. Si isteri hanya memohon dan merayu pada aku agar maafkan suaminya dan ingin suaminya kembali sihat.

Kini barulah aku faham, ayah telah letakkan “seseorang” untuk menjaga kami. Sejak dari peristiwa itu, ramai yang menjauhkan diri dari aku dan adik-adik. Aku selalu nasihatkan adik-adik supaya jangan ada tersimpan satu perasaan dengki atau marah pada orang lain. Sebab aku takut jadi seperti aku. Aku berjanji pada adik-adik, aku akan bawak mereka berubat termasuk aku, agar kami dapat hidup senormal kalian.

Alhamdulillah, bila dah berubat terasa badan ringan je. Kerja pun okay. Yang paling penting, bila aku termarah orang ke atau rasa menyampah ke, orang tu tak sakit. Aku masih lagi belajar. Al-Baqarah pun tergagap-gagap lagi, tapi sekurangnya aku dah mula kenal huruf jawi.

Alhamdulillah, adik-adik dah besar dengan sempurna dan inshaAllah masing-masing akan melangsungkan perkahwinan akhir tahun ni. Buat ayah, Milah doakan semoga ayah sempat bertaubat. Terima kasih jaga kami.

Buat ibu, terima kasih kerana menghadiahkan “kenangan manis” buat kami.

Maaf kalau ada salah ejaan dan sebagainya

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]
Milah

27 thoughts on “Kerana Kalam Allah”

  1. Semoga tabah milah.. kak doakan milah dan adik adik sentiasa dilindungi Allah. Betul kata ayah.. takda siapa mampu menghalang sesuatu perkara selain dari tuhanMu. Positif.. insyaAllah

    Reply
  2. Semoga urusan akak dipermudahkan ya. Amin.. Saya tak dapat bayangkan mcm mana la kehidupan akak membesarkan adik adik tanpa ibu dan ayah. Ya Allah berat sungguh ujian mu kak hmm Tapi akak menjadi seorang akak yg baik menjaga adik adik, Alhamdulillah

    Reply
  3. Kalau betul kisah ni..mmg sedih sgt apa yg berlaku kt keluarga korang dik…pandai2 lah jaga diri masing2…selalunya bila waktu korang kecil biasa hidup susah…insyaallah bila korang dh dewasa…dh berumahtangga mesti korang akan hidup bahagia..nescaya org2 yg selalu dok menghina korang adik beradik tu lah yg hidup diorang porak poranda…ingat lps tu pulak jgn ulangi kesilapan emak bapak korang & org2 kampung tu dahulu..jdlah org yg baik…yg plg penting solat semuanya x tinggal…

    Reply
  4. so emak milah ke mana skg, ade khabar berita? ayah x dpt dijejaki?

    eh nyampah ak ngn mulut pakcik makcik bawang. yg salah ibubapa milah, kenapa nak mencemik2 hidup si anak2 pula?

    jgn kita mendabik dada sb ilmu kita lg baik dari milah yg x boleh mengajji, x reti baca quran. ingat, Allah tu Maha Pengampun Maha Penyayang. entah2 milah dlu masuk syurga dari kita.

    lbh baik kita bantu milah yg bersungguh2 nk menuntut ilmu, bukan persendakan atau pulaukan diorg. mcm ni ke ajaran ISLAM?????

    so, kalau kristian menguasai seseorang tu, nk salahkan siapa? Kristian sedia hulur bantuan, tunjuk ajar, dan tak pandang rendah kat sape. sb tu ramai yg mudah terpengarah (yg terumbang ambing cari dahan berpaut).nak salahkan siapa kalau anasir2 luar berjaya menguasai org Islam yg lemah?

    jadi, marilah kita umat ISLAM buang sikap suke rendah2kan org lain, dan kite bersatu hati membantu saudara seagama. tunjukkan cth teladan yg baik.

    Reply
  5. Boleh bayangkan kuatnya MIlah untuk harungi hidup dipulau org2 kampung. Mudah2an Allah berikan kemudahan untuk MIlah sekeluarga.

    Tak terkata apa2..cuma sedih rasa macam kalau kena kat diri sendriri tak kuat macam milah. Doa saya mudah2an Allah jaga Milah dan adik2…

    Reply
  6. Kesiannye..cerita betul ke sekadar rekaan ni?kalau cerita betul,mmg kuat dan tabah milah ni..org2 kg mmg mulut cmtu,nak2 macik pacik bawang merangkap ajk surau/masjid..sepatutnya kg tu kena bala sbb xnk tlg milah sekeluarga,biar dorg rasekn…
    Btw,tahniah milah n adik2 sbb bjaya harungi cabaran ni..semoga istiqamah selalu,dan igtlah Allah mmg sntiasa ada utk hambaNya..

    Reply
  7. Masa colleague aku cakap nak ke msia dgn group dia utk charity program, aku mcm heran gak sbb bg aku xda pun org kat msia yg miskin teruk (aku dok bayang mcm org afrika)..until dia bg aku adress kat pedalaman..huhu..milah, ku sanjung budimu yg x berdendam dgn org yg memandang jelek keluargamu..semoga Allah memberi yg terbaik atas pengorbananmu

    Reply
  8. Terus kuat ye milah.teruskan menuntut ilmu allah..moga adik2 hargai jasa milah membesarkan deorang.saya doakan yang baik2 utk kamu.moga dirahmati dunia akhirat..

    Reply
  9. Betullah org cakap, iman itu tak dpt diwarisi begitu juga dgn kemungkaran. Walaupun ibu dan ayah Milah tersesat jalan, tapi Allah kurniakan hidayah pd anak-anak mereka. Syabas Milah. Moga istiqamah dan doa kami bersama2 kalian adik beradik, in sya Allah. Amin.

    Reply
  10. Apakah ini kisah nyata/fiksi ya? Plotnya masih kurang bisa dipahami betul dari segi sudut pandang orang yang membacanya. Hmm, Milah dan adik-adiknya sungguh malang. Semoga mereka semua diberi kekuatan dan tabah menjalani kehidupannya, aamiin..

    Reply
  11. Kita rasa hidup kita dh cukup susah.. tp rupanya masih ramai lg yg lebih susah dr kita.. sesungguhya Allah memberi ujian sesuai dgn keupayaan kita.. alhamdulillah, walaupun pendedahan ilmu agama Milah kurang masa tu(masa kecil), Milah masih boleh berfikir yg mana baik dan yg mana buruk.. semoga Allah swt kurniakan Milah dan adik² kebahagiaan dunia dan akhirat.. aamiin.. hanya Allah swt saja yg dpt membalas jasa baik Ustaz Zam dlm memberi ilmu pd Milah dan adik²..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.