Hi admin n pembaca FS. Kalau admin FS sudi siarkan cerita saya ni, makna nya ni penulisan saya yang kedua untuk FS. Yang pertama dah lupa tajuk, dalam tahun 2020, sory😅N of coz tyvm diucapkan kepada admin FS sebab sudi siarkan cerita saya. Ini kisah nyata, berlaku d sebuah kilang elektronik tahun 2007, Kuching, Sarawak…jeng jeng jeng😁(admin hide kan nama saya ok😅)
Sebenarnya saya try nk explain macam mana rupa dalam kilang tu tapi tak pandai🤭ok macam ni, masa tu saya kerja shift malam 7pm-7am. Saya dalam team QC, tempat saya dalam 1 bilik khas untuk kami check barang-barang before despatch ke bahagian operation. Kalau nak ke tandas, kena lalu beberapa biji mesin(besar-besar punya mesin haha) then kena keluar ke luar n akan melalui 1 ruangan. Yang mana sebelah kiri adalah bilik operation kilang, lurus ke depan lagi pintu keluar masuk kilang. Haaa tandas kat belah kanan. Sebelah tandas, ada 1 ruang kerja, takde pintu, cuma dinding yang memisahkan dengan bilik sebelah. Bilik sebelah nya pula bilik team QC yang lain, which is dekat dengan pintu keluar masuk kilang. Depan bilik tu ada bilik stor, tempat simpan komponen elektrik yang dah siap dan esoknya akan despatch ke bahagian export. Stor tu ada CCTV ye, boleh nampak sampai dalam bilik QC.
So cerita saya bermula. Kawan saya ni saya beri nama Kak Ros, dia ajak saya ke tandas, saya pun on jak. Jarak dari pintu bahagian kami nak ke tandas tu lebih kurang 10-15 langkah camtu. Settle buang hajat, Kak Ros ajak saya jumpa geng-geng kat bilik QC depan pintu keluar masuk tu. Malam tu dorang ramai, dalam 6-8 orang. Selalu nya 2-3 orang je, mungkin masing-masing kejar OT la agak nya. Depan bilik ada troli yang penuh dengan barang-barang. Besar troli tu 3 kali ganda dari troli kat pasaraya.
Baru ja nak sampai depan pintu, Kak Ros datang idea nak menyakat dorang. Saya yang masih budak-budak lagi masatu, tak fikir apa pun, iya-iya aja. Kitorang pergi bilik depan tandas tu, cari-cari kain putih kecil yang memang siap d p****g untuk kegunaan pembersihan bila dah habis kerja. Ambil dalam 2 helai. Before tu, nak explain jap, setiap bilik dalam kilang tu, dinding dia, bahagian bawah buat dari playwood ke asbestos hahaha, atas dia cermin la, so kalau orang lalu-lalu depan bilik, kita boleh nampak. Ok, saya dan KakRos jalan itik bersembunyi d sebalik dinding playwood tu, sambil intai-intai geng yang tengah kusyuk buat kerja sambil bergosip, ahgituu..
KakRos mula ketuk dinding 3 kali, masatu dorang semua terus senyap. Kitorang tahan gelak, pastu intai lagi, muka dorang masing-masing macam, eh kau dengar tak bunyi tu? Haaa pastu, KakRos ketuk-ketuk lagi sambil dia layangkan kain putih yang kitorang ambil tadi. Kitorang sakit perut dah tahan gelak. Intai balik, kali ni dorang dh duduk rapat-rapat sambil berpelukan. Masa ni saya da bagitau KakRos, jom kita terjah dorang, tapi KakRos masih nak teruskan misi menakutkan dorang. Bukan apa, salah sorang geng tu jenis kasar-kasar sikit, tapi bukan tomboy la, saya takut dengan dia la, sebab tu nak KakRos stop kacau dorang, silap-silap kena tumbuk kang😅.
KakRos tak puas lagi, dia tolak-tolak pulak troli depan bilik tu, sampai tutup half pintu bilik dorang. Dapat dengar teriakan kecil dan dorang dah start nangis-nangis. Saya dah rasa bersalah, lagi skali suruh KakRos stop tapi lahaiiii degil. Saya tarik-tarik tangan KakRos, dahla jom masuk bilik kita balik. KakRos jawap, Ok-ok kalini last sambil tahan ketawa. Masa tu baru saya perasan ada CCTV kat bilik stor. Saya tunjuk-tunjuk KakRos, dia bisik, CCTV tu lama dah rosak, jadi saya pun oooo ok, rasa selamat la kan.
Part last KakRos usik tu, dia buat nampak paling real punya! Dia siap suruh saya siap-siap untuk lari dari situ, saya angguk-angguk tanda faham. Dia layang-layangkan 2 helai kain putih tu, dia g lempar atas troli, ketuk kuat-kuat dinding pakai siku pastu dia tolak troli tu sampai langgar pintu keluar masuk, BAM!!! Saya apalagi, tak tunggu lama saya pecut d ikuti KakRos. Tapi rasa tak sempat sampai kat pintu masuk bahagian kami, kami pun cepat-cepat masuk tandas, sembunyikan diri. Aaaaa masa troli tu g langgar pintu tu, dorang semua berteriakkan, dah macam orang histeria. Saya dan KakRos cuba tenangkan diri masing-masing, KakRos dengan rasa tak bersalah nya, masih lagi ketawa-ketawa. Saya pun ajak dia terus terang je la dengan dorang sebab dah kacau kan, kesian. Tapi KaRos halang saya dengan alasan silap-silap kitorang kena penyepak penendang penumbuk dan segalanya lah! Dan saya pun terpaksa setuju sebab takut kan.
Masa dalam tandas tu, kami dengar lah dorang semua bertempiaran lari keluar dari bilik. Masa ni la KakRos ajak saya pura-pura baru keluar dari tandas. Macam yang d sangka, dorang lari mendapatkan kami. Yang sorang tu, sampai-sampai terus jatuh pengsan, sempat yang 2 lagi tangkap badan dia dari terjatuh atas lantai. Sorang yang saya takut tu, datang-datang terus tumbuk dinding depan tandas, sambil nangis-nangis menyumpah. Saya dah kecut perut, tapi KakRos kan, dia macam takde urat takut, urat gentar, urat rasa bersalah, semua takde!😌
KakRos pun, eh eh, korang semua dah kenapa? Apa bunyi bising tadi tu? Ada sorang lagi dalam group tu, kakak yang paling senior, dia g cerita yang diorang baru lepas kena kacau dengan hantu. Saya pun terpaksa berlakon la, pura-pura takut juga.
Pastu datang geng-geng lelaki dari luar, baru balik merokok, hairan tengok troli ada depan pintu sebab hampir-hampir pintu tak dapat d buka. Dorang pun tolong-tolong la, ada yang baca surah-surah untuk pulihkan semangat dorang. Kami pulak d suruh balik semula ke bahagian kami. On the way tu KakRos pun cakap dia dah rasa bersalah sebab usik dorang keterlaluan sangat. Dalam hati saya kata, aih baru ada hati perut ka? Saya pun tanya la, kenapa tak terjah je dorang cakap kami saja nak usik, nak lepak-lepak kejap, mesti benda tak jadi. KakRos pun jawap, entahla mungkin sebab seronok sangat sampai tak terfikir apa-apa. Kami pun berjanji, rahsia tu hanya kami ja tau!
Ok, yang ni part seram nak masuk. Keesokkan harinya, 1 kilang kecoh pasal kejadian malam tadi. Macam-macam versi cerita keluar. Saya yang walaupun dalam keadaan serba salah, bila terdengar je versi yang pelik-pelik tu, geli hati ada juga, yela cerita sebenar hanya saya dan KakRos yang tau. Beberapa hari selepas tu, kami berdua masuk shift siang, 7am-7pm. Time rehat makan tengahari, kami nampak ada ramai pergi berkumpul sama-sama dengan pak guard dan geng-geng lelaki, kat tempat merokok. Disebabkan perasaan ingin tahu, saya dan KakRos pun join dorang.
Rupanya pak guard tu tengah cerita pasal kejadian malam tu. Kami pun senyum2 dalam diam, yela kalini cerita versi apa pulak. Menurut kata pak guard, dia ada skali tengok video CCTV kat stor tu. Masa tu saya dah cuak! Saya bisik KakRos, bukan dia kata CCTV tu rosak ke? KakRos pun tanya la pak guard tu, bila masa pulak CCTV tu berfungsi? Bukan lama dah rosak ke? Pak guard pun jawap, 2 minggu yang lepas technician datang betulkan. Saya dah start menggigil, takut kantoi, peluh dingin mula membasahi dahi dan ketiak!😅
Ok sambung nya lagi, dalam video tu memang nampak troli tu bergerak sendiri dan bunyi ketukkan kami tu pun ada kedengaran. Saya dan KakRos pun, aih kalau betul takkan kami tak kelihatan dalam video tu kan? Tambah pak guard lagi, kain putih yang dorang jumpa (yang KakRos lempar kat troli tu), ada kesan tompokkan tanah merah kuning. KakRos boleh-boleh gelak kat situ, saya cubit lengan dia sambil jeling, nanti tak pasal-pasal kantoi. Pastu KakRos menyampuk la, yeke pakcik? Ke pakcik buat-buat cerita untuk nampak lebih real dan menakutkan? Saya mampu geleng kepala saja. Pak guard tu tenung muka KakRos sekejap dan tarik nafas sedikit, kemudian dia keluarkan handphone dari poket seluarnya. Nampak dia tekan-tekan keypad mencari sesuatu (masatu hp nokia 3310, butterfly, sony ericson yang main tolak atas tu, touch screen belum ada lagi).
Dah jumpa apa yang d cari, dia tunjukkan kepada semua yang ada di situ. Gambar kain putih yang memang jelas kotor dengan kesan tanah. Saya dah start meremang tapi KakRos still nak menafikan, siap kata, jangan-jangan pakcik n the geng sengaja g kotorkan kain tu, saja nak menakutkan semua. Pak guard tu diam, skali lagi dia tekan-tekan keypad handphone cari sesuatu. Kalini dia tunjuk video yang kawan dia rakam masa mula-mula dorang pergi tempat kejadian. Video tu membuktikan memang kain tu dah kotor masa first time dorang jumpa. Barulah KakRos dah tak kata apa-apa lagi.
Habis rehat tu, kami masuk semula ke bahagian kami tapi sebelum tu sempat singgah jumpa geng2 yang kami usik pada malam itu. Kami pura2 la tanya-tanya itu ini. Kakak yang paling senior tu kata dia pun ada tengok video tu bersama pihak pengurusan, cerita nya sebiji macam cerita pak guard tu. Geng yang sorang lagi cerita, diaorang tak tengok pun kain kecil tu (kain yang KakRos layang-layangkan depan dorang), yang dorang tengok kain putih sebesar selimut melayang dari atas, kain nya jelas nampak koyak dan kotor. Sebab tu masa kami intai, dorang masing2 dah berpelukan. Masing2 dalam hati dorang, jangan sampai hantu tu pergi tunjuk muka sudah. Saya pun meremang semula, dalam hati, eh lain macam sangat dah ni. KakRos cuba dapatkan kesahihan cerita, dia tanya lagi kakak senior tu, memang tak nampak sesiapa ke dalam video tu? Troli tu memang bergerak sendiri ke? Kakak senior tu angguk-angguk dan kata, ya betul. Bunyi ketuk-ketuk tu pun ada. Saya dah tak mampu nak kata apa, saya pun minta izin balik ke bahagian kami.
On the way tu, kami masing2 diam dan berfikir kelogikkan cerita itu. Sebab sepatutnya kami nampak dalam video tu dan kalau betul CCTV tu berfungsi, kami berdua sepatutnya sudah d panggil oleh ketua kami kerana tertangkap melakukan hal tersebut, tetapi tidak. Apa sebenar nya terjadi??? Jadi kesimpulan yang dapat saya buat, malam kejadian kami mengusik tu, bukan hanya ada saya dan KakRos, tapi “bertiga”! Hantu tu mungkin dah sembunyikan kami berdua sampai tak nampak dalam video, sama macam dia la…ghaib!!
Emmm tak pandai sangat bercerita dan sori tau kalau tak seram tapi bagi saya seram sebabkan niat nak menyakat, ada makhluk tuhan yang “lain” pun ikut join. Dah tu memang perangai dan kerja hantu kan. Kita manusia ni sibuk nak amik kerja dorang buat apa?😅
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit