Kerana Perebutan Harta?

Assalammualaikum warga FS, aku nak berkongsi pengalaman yang aku alami selama 22 tahun aku hidup. Aku ni tinggal dipulau yang ada di kawasan pahang.

Cerita ni berlaku pada pertengahan tahun 2018 ,aku tinggal sorang dekat rumah sebab mak aku balik rumah mak cik aku dekat mersing johor. Ayah aku pula sudah 3 tahun meninggal dunia. Satu malam tu aku tunggu suami aku pulang kerja. Suami aku nie kerja dengan family dia jadi nk tunggu dia tutup kedai lebih kul pukul 12.

Sedang aku tunggu dekat ruang tamu tiba-tiba aku ternampak pintu bilik menjahit mak aku bergerak-gerak macam orang tengah buka tutup tapi waktu tu angin tak kuat pun. Waktu tu dalam pukul 12.30 malam aku terdengar pintu rumah aku diketut dengan perlahan tanpa ada orang beri salam. Aku tak fikir itu suamiku. Ini kerana, jika suamiku, dia akan beri salam dari bawah rumah lagi dan panggil namaku untuk membuka pintu.

Aku yang dalam keadaan takut dalam terus pasang ayat al quran dalam phone. Tapi macam tak ada apa-apa kesan pun. Biarpun aku cuba kuatkan ‘volume’ bacaan berkenaan. Malah, aku terdengar pula ‘benda’ tu seakan membalas dan mengejekku¬† dengan tertawa mengilai…

Waktu tu bulu romaku semuanya naik. Nak lari, tapi nak lari kemana. Nak panggil siapa?Jiran-jiranpun jauh dari rumahku.

Memang jelas aku dengar bunyi itu datangnya disebalik dinding rumah.

Sepuluh minit lepas tu baru aku terdengar bunyi motor suami aku balik. Macam mana aku tahu tu motor suami aku? Suami aku akan menjerit panggil aku suruh buka pintu walaupun motor tu belum m**i lagi.

Suamiku naik ke rumah macam biasa, aku buatkan air sementara dia bersihkan diri mandi.

Masa aku pergi ke dapur untuk membuat air, bunyi mencakar-cakar pula muncul dibalik dinding dapur. Aku percepatkan proses membuat air, dan lekas-lekas kembali ke ruang tamu.

Aku lihat suami baru sahaja selesai mandi.

‘Bang, ada air sikit ni”. Kataku untuk memecah kesunyian malam itu.
“Okay sayang” Balas suamiku.

Sedang duduk-duduk di ruang tamu, suamiku membuka topik yang sudah lama dibincangkan sebelum ini.

“Yang, angah bagithu tadi, tanah yang kita dapat tu sepatutnya separuh daripada yang sepatutnya. Katanya sebab sayang anak bongsu dan kita pun tak ada anak.”kata suamiku.

“Kenapa pulak macam tu?Kan memang dah dibahagi-bahagikan sebelum ni.”kataku.

“Entahlah, tadi pun angah tu macam nak gaduh je.”Balas suamiku.

‘Tak apalah, nanti kita fikirlah macam mana jalan penyelesaiannya.”Tambahnya.

Perbincangan kami terhenti disitu. Kami pun masuk ke bilik untuk tidur.

Malam itu suamiku terjaga pukul 2 pagi kerana hendak ke tandas. Selesai menunaikan hajat, dia kembali ke bilik. Allahuakbar!Alangkah terkejutnya dia terlihat satu susuk tubuh putih berada di luar tingkap.Ya itu pocong!

Suamiku memang seorang yang berani, dia tidak endahkan sahaja kehadiran pocong berkenaan. Akibat tidak ingin aku lebih rasa takut, dia tidak memberitahuku perihal berkenaan.

Malam itu, suamiku pergi ke tandas sebanyak 3 kali, kali yang seterunsya adalah pada pukul 4 dan 6. Tapi makhluk berkenaan masih lagi tercegat di sana.

Sampailah waktu subuh ketika hendak ke tandas mengambil wudhuk, barulah makluk itu hilang.

Keesoka harinya, tanpa membuang waktu, suami bawa aku balik ke rumah mertua. Hampir seminggu juga aku berada di rumah mertua.

Apabila aku kembali ke rumah, jiranku memberitahu;

“Ida, rumah ko ni walaupun jauh dari rumah aku, tapi setiap malam mesti bunyi bising datang dari sana. Bunyi berketuk la, periuk belanga la, bunyi macam mengilai pun ada”

“Oo, mungkin agaknya tikus dan kucing kot.” Aku cuba menyedapkan hati.

Malam itu, aku sekali lagi berseorangan. Sekitar jam 10:30 malam. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk bagai nak roboh!. Tak ada suara bagi salam ataupun apa. Tapi ianya diketuk dengan kuat.

Aku menangis teresak-esak kerana ketakutan. Selepas 10 minit, bunyi tadi pun hilang..

Suamiku baik, aku menceritakan semuanya padanya. Suami ambil keputusan untuk berjumpa ustaz esok.

Keesokan harinya, kami pun berjumpa ustaz.

Semasa proses berubat, ustaz bagitahu tidak ada apa-apa yang kena pada aku dan suami. Tapi ada benda yang tak kena berada di rumah.

Ustaz tu cakap rumah aku tu ada orang hantar benda untuk suruh aku dengan keluarga aku keluar dalam rumah tu. Ada 3 barang dia tanam di kawasan rumah menjadikan rumah aku tu panas. Dan ustaz tu bagitau yang orang yang buat tu orang terdekat dan atas niat perebutan sesuatu. Aku tahu siapa punya angkara tapi tak mahu menuduh. Biarlah Allah yang balas semua tu.

Balik dari berjumpa ustaz, suami berusaha mencari benda-benda yang ditanam disekitar rumah. Setelah puas mencari, suami terjumpa, paku yang amat panjang dibalut kain putih, ianya diletak tersembunyi di tepi tiang tangga. Satu lagi benda ialah sekaan-akan ‘pocong kecil’ yang terbuat daripada jerami ditanam berhampiran rumah. Itu sahaja yang dijumpai.

Dan jika benar ada 3 benda yang ditanam, maksudnya masih ada lagi benda yang tertanam.

Suamiku membawa semua benda tadi dan memberinya pada ustaz. Kerana, tahulah ustaz uruskannya bagaimana..

Selepas sahaja peristiwa berkenaan, semakin kurang gangguan yang ada di rumahku. Walaupun sekali-sekala ada, tapi tidak menakutkan seperti yang berlaku sebelum ini.

Sampai disini sahaja cerita aku kalau tak seram maaf lah. Tapi bagi aku yang merasai buat pertama kali memang seram. Jangan lah kita berbuat jahat semata-mata berebut harta. Harta tak boleh bawa m**i pun.

Atul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]

9 thoughts on “Kerana Perebutan Harta?”

  1. Psl harta ni berbunuh pon sanggup…teman pon minta dijauhkanlah dr perkara mcm ni…kita pon tak tau nasib kita mcm mn nnt ..jgn dok buat benda syirik mcm tu cukuplah ..sbb tu dlm Islam ada hukum faraid…hukum ni adil utk pembahagian harta pusaka…allahualam

    Reply
  2. Kalau dah begitu katanya bagi je la.. Apa sampai mengantar bagai2. Silap boleh berbunuh pasal harta je.
    Macam mak saya sendiri sampai bawa diri. Pakcik makcik jual tanah pusaka senyap-senyap je.

    Reply
  3. Saya pun tolak pemberian umah pusaka mak krn ada yg tak puas hati.. Dari gaduh adik beradik baik bagi je pada yg nak Sgt tu.. Bukan bwk m**i pun.. Penulis diatas jika dah tau si angah tu nak bg separuh tanah tak perlu lah nak bising2 dan provok suami.. Ambik je walau separuh atau kurang separuh dari takde langsung dpt.. Tak la kena ganggu dgn hantu kiriman Angah tambah2 awak tu duk sorang sampai tgh mlm.. Mcm2 boleh berlaku..

    Reply
  4. Atul… Harta dunia kita akan tinggalkan jugak sampai masa nanti. Lagi pon sekira rezeki itu hak kita maka Allah akan permudahkannya. Tiada keperluan untuk berebut… let it go… que sera sera… what will be, will be..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.