Assalamualaikum semua pembaca fiksyen shasha. Saya kenalkan diri saya sebagai Dhia, ini kisah pertama saya yang ingin saya kongsikan kepada semua pembaca, maaf jika kisah saya tidak seram tapi ini adalah kisah yang benar-benar terjadi kepada keluarga saya…kisah ini telah diceritakan oleh mak saya sendiri.
Kisah bermula apabila makcik sepupu saya iaitu sepupu kepada mak saya (saya gelarkan acik inah), Acik Inah seorang yang cantik dalam adik beradik Acik Inah nie yang paling cantik. Suatu hari ada satu rombongan datang untuk meminang Acik Inah tapi ditolak oleh keluarga Acik inah disebabkan acik inah dah ada pilihan dia sendiri. Jadi kisah pinangan ditolak tu berlalu macam tu sahaja.
Seminggu selepas Acik Inah menolak pinangan mak kepada Acik Inah tetiba jatuh sakit, bawa pegi hospital pon doktor tak dapat mengesahkan penyakit mak acik inah sampailah berubat cara kampung semua ustaz, bomoh cakap ney penyakit hasad dengki dekat sebulan mak acik inah sakit dan akhirnya mak acik inah menghembuskan nafas terakhir, seluruh keluaraga bersedih atas permergian arwah mak acik inah.
Dua minggu selepas permergian mak acik inah tetiba kami semua dapat berita yang nenek saudara kami ( gelaran nek nab) jatuh sakit, macam biasa jawapan yang kami dapat selepas dari bawak nek nab ke hospital nak nab tak ada sakit ap-apa, tekanan d***h, jantung semua okey..kami jadi buntu, bawak pulak pergi jumpa ustaz pon kami dapat macam arwah mak acik inah dulu. Nek Nab abis umur lepas seminggu sakit tenat.
Sebulan lepas Nek nab meninggal turn arwah atok aku pulak yang kena penyakit sama macam arwah nek nab. Atok aku bekas pencen polis jadi atok aku memang tak boleh duduk diam ada je kerja yang dia nak buat. Pagi tu atok aku baru lepas mesin rumput keliling rumah lepas siap mesin atok aku duduk rehat atas kerusi dekat ruang tamu, makcik aku (gelaran ateh) tegur atok aku “ehh bah kenapa bahu bah senget sebelah?”senget bahu atok aku tue macam ade benda yang duduk bertenggek.Atok aku cuma jawab tak ada apa-apa mungkin sakit bahu sebab gendong mesin rumput tadi, abislah kejadian pagi tue.
Gangguan bermula malam tu tetiba nenek aku tengah tidur, bunyi macam kena cekik dan bunyi orang berlari dekat dinding luar rumah atok aku, dalam rumah atok aku tu cuma ada ayah aku, mak, makcik aku 2orang (ateh dan busu), nenek, atok dan aku yang masa tue belum sampai setahun umur menurut mak akulah, ok sambung semula lepas bunyi orang berlari kat dinding dengan bumbung rumah, bingkas bangunlah atok aku sebab fikir orang nak mencuri sambil tarik pedang panjang yang memang standby kat belakang kepala katil atok aku sambil atok jerit-jerit “siapa tu?csiapa tu?”tapi benda tu dah senyap. Last2 semua tidur dekat ruang tamu sebab semua dah takut. Esok paginya atok aku da start sakit bahu sebelah kiri dah senget sebelah,makan pon dah tak nak asyik tidur je, gangguan tue berlanjutan sehingga 3,4 hari.
Satu petang panas terik ada satu pokok tembesu yang batang pokok tue memang besar kena panah dengan petir dan tumbang, pokok tue berdekatan dengan pintu pagar rumah atok aku. Sebenarnya malam pakcik saudara aku dah berjanji nak datang berubat atok aku kat rumah. Selepas isyak pakcik saudara aku dalam perjalanan ke rumah atok aku, rumah dia dengan rumah atok taklah jauh pun lebih kurang 10minit je, sebelum pakcik aku sampai dekat pokok tembesu yang tumbang petang tadi, pakcik aku nampak ade orang duduk atas pokok tembesu rupa-rupanya benda tua halang pakcik aku dari datang untuk berubat atok aku. Macam-macam jugak usaha pakcik aku buat untuk lawan iblis tue tapi pakcik aku tak mampu sampai dia balik rumah dia semula dan call rumah tok aku dan pesan supaya jangan keluar rumah atau bukak pintu sebab benda tua tunggu peluang nak masok rumah jew..
kejadian tue buat kami sekeluarga macam dikuarantin,keluar waktu siang je masuk magrib memang semua tak berani nak keluar.Petang tu ateh pergi rumah sepupu dia sebelah rumah, korang mesti tau kan rumah kampung cmna rumah bukanlah dekat-dekat pastu dekat-dekat situ pon rumah saudara mara korang jugak, balik dari rumah sepupu ateh aku cakap dekat mak aku.
Ateh : kak tadi ada nampak keranda kecik tak tepi pagar?
Mak : tak ada pulak nampak masa bawak dhia keluar td.
Ateh : ehh ada la kite nampak tadi.
Malam lepas cerita petang tadi punya hal ateh aku nampak benda sebesar besen melekat dekat cermin pintu rumah sebenarnya rumah atok aku rumah batu dan pintu rumah jenis ada cermin,bila ateh panggil nenek aku dan tunjuk benda yang meekat kat cermin tue benda tu makin lama makin kecik sampai lah benda tue hilang dan ateh dan nenek aku nampak ada orang mendepa melambai tangan2 dekat pintu pagar rumah.
Bila benda yang berlaku semakin teruk dengan keadaan atok aku pon semakin teruk, Ayah Ngah aku panggil seorang ustaz dari Kemaman untuk datang berubat atok aku.Rupanya orang tu dan hantar santau melalui angin,dia hantar dekat 4 penjuru rumah.Ustaz tue berjaya keluarkan 3 yang dah tertanam kt tanah dekat penjuru rumah dan yang last tertanam betul-betul dekat bilik atok aku. Masa proses nak keluarkan benda tue bunyi dia macam bunyi sinki tersumbat glurpp, glurpp tu, banyak kali jugak ustaz tue terpaksa berhenti proses nak mengeluarkan banda alah tu. Last2 Ustaz tu bagi tahu family kami jika dalam proses berubat ney apa-apa terjadi pada atok aku, dia tak nak nanti family aku buat apa aduan terhadap dia dan kami semua bersetuju.
Alhamdulilah proses mengeluarkan santau angin yang terakhir berjaya dan dalam tanah tu jugak ada satu kotak kecik dalam kotak tue terdapat rambut, jarum dah berkarat dan dah patah serta tulang tp tak pasti tulang apa, ustaz tue juga bgitahu santau ni dihantar oleh orang yang sakit hati dgn keluarga kami dan nak seluruh keluarga kami terseksa macam mana dia rasa sakit apabila pinangan dia ditolak. Ustaz jugak pesan benda tu dia akan buang dekat laut,family aku pon taknak la balas2 biarlah tue jadi urusan dia dengan Allah.
Maaflah jika cerita aku membosankan tapi ambilah pengajaran dari cerita ini jangan terlalu mengikut nafsu dan membuat perkara-perkara syirik dan janganlah kita sengaja sakitkan hati orang-orang sekeliling kita..insyaAllah ada kelapangan aku share lagi kisah seterusnya..Assalamualaikum.
Hantar kisah and : fiksyenshasha.com/submit
Citer best tp tanda koma, noktah tak keruan. Kdg2 kena ulang2 baca paragraph yg sama.
x berapa paham dgn watak..then penggunaan titik n koma tu mesti la kene pade tempatnye
kepada penulis,lain kali taip “tu” elok-eloklah. sakit mata aku nak baca kau punya “tue”. dasar perosak bahasa !
Cerita dah ok…tapi..tue..jew..taik betul!!!
penulisan out