Kerana Sebidang Tanah, Polong dihantar Sepupu Sendiri

Aku berpenyakit pelik
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada admin. Mula2 aku nk ucapkan terima kasih kalau cerita aku ni di publish kan. Okeh huuu.. Aku gelar diri aku sebagai Aliya. skrg ni umo aku dah 22 tahun. Dah berumahtangga pada usia 19 tahun..mudakan??hehehe….ni cerita tentang diri aku.

Aku ni ada penyakit pelik sikit.mula-mula aku malu nk bercerita tp untuk sesetengah pihak mereka akan faham apa yang aku alami sepanjang hidup aku. Penyakit aku mula nampak semasa aku berumur 16 tahun. Kawan-kawan aku semua hairan tengok perangai aku berubah. Tiba-tiba menjerit, selalunya mengejutkan orang sekeliling.

Kadang-kadang orang akan cakap aku melatah kadang-kadang orang akan tertawakan aku respon aku Cuma diam. Aku pun tertanya-tanya apa yang berlaku kat aku? Sampaikan mak bapak aku pun hairan tengok aku jadi macam tu.

Pada umur aku 17 tahun aku mengikuti program smart solat anjuran JAKIM. Dalam satu permainan yang dimainkan, aku tetiba melepaskan jeritan aku, dijadikan ustaz yang handle permainan tu pun terkejut. Lepas tu dia terus menanyakan kenapa aku menjerit tiba2. Satu sorang school mate aku pun menceritakan kesah aku. Lepas tu ustaz tu pun meneruskan permainan macam biasa.

Untuk slot malam pulak, ada ceramah yang disampaikan oleh ustaz lain. Aku lupa namanya. Sepanjang slot itu berlangsung ustaz tu dari awal hingga ke akhir asyik terpandang aku jer. Sehingga tamatnya slot itu, aku didatangi oleh ustaz dan beberapa pembantunya mengelilingi aku. Aku berasa hairan, kesemua peserta diarah keluar dewan cepat. Tinggallah aku dengan mereka. Mulut ustaz terkumat kamit membaca ayat Al Quran.

Aku merasa badanku ringan dan terus pengsan. Itulah kali pertama aku kena rasuk. Semua anggota badan aku di kawal oleh si Jin di dalam tubuh aku. Ustaz pulak tanya macam2 kat benda yang merasuk tubuh aku tu. Benda yang ada dalam tubuh aku tu pulak pandai pulak berlakon. Disuroh keluar dia nk keluar tapi dia datang balik bila aku dah tak dengan ustaz tu. Keadaan menjadi makin kelam kabut bila salah seorang peserta kena rasuk. Dalam keadaan lemah aku dijaga oleh peserta yang lain, aku senyum sinis bila melihat peserta lain kena rasuk.Pandaikan benda dalam badan aku tu menyorok. Ustaz tu pula terus mengubat peserta yang lain.

Setelah beberapa jam, keadaan pun reda seperti asal. Kami diarahkan untuk tidur sama dalam bilik. Sepanjang malam ayat ruqyah dimainkan dalam speaker besar sehingga subuh. Keesokan harinya aktiviti berlangsung seperti biasa. Oh lupa, selepas aku diubat malam tu, ustaz tu pesan untuk datang berubat semula bawa bersama ibu bapa aku.

Seminggu lepas tu, aku datang berubat kat masjid kem penrissen batu 8. Terletak di Sarawak. Yee aku orang Sarawak, hehehe… aku ditemani oleh bapa dan datuk aku. Mak aku xdapat ikut sebab kerja shift malam. So lepas isyak, semua Jemaah beredar pulang. Ustaz tu pun datang bersama pembantunya yang lain. Kali ni pembantu ustaz tu lebih kurang dekat 10 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Aku pun disuruh duduk melunjur kaki, pejam mata dan tenang fikiran biarkan kosong. Kedua- dua ustazah membaca ayat ruqyah.

Tidak sampai sesaat badan aku menjadi lemah dan pengsan dan baringkan diri aku sedikit demi sedikit dibantu oleh ustazah.tiba2 aku pun meracau secara kasar sehinggakan pembantu lelaki memegang kaki tangan aku. Memang2 dari luar aku dikawal oleh makhluk yang merasuk aku tu, aku hanya terperangkap di dalam hati dan sedar apa yang berlaku sepanjang proses mengubati aku. Macam2 yang aku buat kadang2 menangis, ketawa, senyum, merangkak, berjalan seperti harimau, bercakar seperti harimau, muntah dan lain2.

Dalam tempoh aku berubat macam2 soalan ditanya oleh ustaz rupa2 nya aku mempunyai saka keturunan. Selain tu bercampur dengan perbuatan orang. Secara kebetulan saka keturunan sebelah mak aku itu memilih aku untuk didampingi kerana keluarga sebelah ayah aku mempunyai niat yang jahat terhadap keluarga kami.

Ceritanya bermula bila kazen aku meinginkan tanah belakang rumah kami untuk dijadikan rumah sebab nak membesarkan lagi rumah dia. Tapi ayah aku taknak bagi sebab nk buat tanaman di tanah belakang rumah.sampaikan kazen ayah aku tu memanggil ketua kampung untuk berurusan dengan ayah aku. Ayah aku taknak bagi sebab ayah aku nak renovate semula rumah kami. Hanya kami sahaja islam kat kawasan tu. Jiran yang lain semua kristian iaitu kazen ayah aku juga. Maksudnya kat sini ayah aku mualaf la.

Sebabkan sakit hati kat ayah aku, dia hantarkan benda yang kotor kat mak aku. Sampaikan kami adik beradik turut kena. Seolah-olah mak yang menghasut ayah supaya xnak bagi. Tapi ayah sendiri yang xnak bagi. Ayah cakap kalau bagi kat dia kita xdapat nak buat rumah, xdapat nk bercucuk tanam. Dah puas dah keluarga uncle aku dibantu oleh arwah nenek aku dibagi sama rata tanah untuk buat rumah. Ayah aku bercerita, dulu sewaktu arwah nenek aku masih hidup ada kolam ikan arwah nenek aku punya kat belakang rumah.

Tapi atas dasar keprihatian arwah nenek aku, dia bagi area tanah kolam itu untuk mak kepada kazen aku tu dijadikan rumah mereka yang mereka duduk sekarang. Kalau ditengokkan sekarang kawasan rumah aku memang sempit. Oleh itu, ayah aku xnak mengalah dalam menegakkan hak dia sendiri.
Oleh sebab itu lah aku dan keluarga selalu dijadikan sasaran. Boleh dikatakan setiap minggu mak aku pergi berubat untuk mengambil ‘polong’ yang dihantar oleh kazen ayah aku tu.

Secara kebetulan pula saka yang datang kat aku ni datang sendiri dengan alasan untuk melindungi aku dan yang lain. Selepas aku mengetahui yang aku mempunyai saka keturunan, perangai aku berubah 100% menjadi cepat marah, tidak ceria. Aku cuti selama smggu tidak turun sekolah. Sepanjang cuti aku hanya duduk dirumah tidak dibenarkan keluar, bersendirian dan melakukan pekerjaan dikhuartiri akan mencederakan diri sendiri.

Penyakit aku semakin hari semakin ketara dengan menjerit secara tiba2. Untuk orang yang pertama kali melihat aku begitu akan mentertawakan aku. tapi untuk segelintir manusia akan faham dengan masalah aku. aku amat tertekan kerana dalam kehidupan semestinya akan berhadapan dengan orang awam. Bagaimana aku nak bertahan.

Sebab klau aku tahan untuk tidak menjerit dada aku seolah2 ada benda yang yang mencucuk. Tetapi, kalau aku berada dalam keadaan tidak sedar, tekun melakukan sesuatu secara tidak langsung aku akan menjadi lupa untuk menjerit. Kalau aku sedar balik penyakit menjerit aku akan datang. Aku menjadi begitu disebabkan benda yang berada dalam tubuh aku tu seorang orang tua yang berumur beratus2 tahun.

Namanya Ahmad. Aku panggil dia PAK MAT. Perangai dia memang suka menjerit. Memang penyakit jin tu kot aku pun xtau. Secara kasar seolah2 aku yang menjerit tetapi sebenarnya Pak Mat tula menjerit. Sampai sekarang, usia aku dh 22 tahun dan sudah berkeluarga dan dikurniakan cahaya mata sorang taun lepas hehe… Aku masih berpenyakit seperti itu. Aku bersyukur kerana suami aku terima aku dengan seadanya. Tidak malu untuk mendirikan rumahtangga dengan aku. sayang aku macam biasa. Yang aku sangat terharu dari kami menjadi pasangan kekasih,aku dah pun menjadi seperti ini sehingga kini suami aku masih setia dengan aku. syukur kepada Allah SWT. Banyak yang aku tempuhi sepanjang aku berpenyakit seperti ini.

Sekarang baru aku sedar, bukan bersahaja Allah bagi penyakit ni kat aku tapi, Allah mahu aku menjadi seorang yang sabar menempuh hidup. Sentiasa ingat dekat Allah. Sentiasa bersyukur dengan nikmat lain yang Allah bagi. So aku nak bagi nasihat kat orang diluar sana kalau ditimpa sesuatu musibah ingat pada yang Satu. Jangan berputus asa untuk berdoa.

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]
NATASHA

3 thoughts on “Kerana Sebidang Tanah, Polong dihantar Sepupu Sendiri”

  1. So apa jadi sekarang? Polong yang dihantar kazen tu dah dibuang ke? adik sekarang tak berubat ke? Takkan nak biar je pak mat tu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.