Assalamualaikum pembaca dan admin FS. Aku pernah hantar 2-3 kali juga la kisah kat sini tapi kena rijek nampaknya. Huhuhu mungkin cerita aku tak seram mana tapi tu pengalaman aku la kan.
Tapi takpe. Effort aku untuk share kisah di sini kental kot, sekental effort aku nak mengorat seorang jejaka idaman hati. Haha korang doakan yang baik-baik jelah untuk aku ye?
Cerita yang pernah aku karang untuk FS sebelum ni menceritakan tentang permulaan aku sakit. Masa tu aku sedang buat diploma di UiTM Permatang Pauh. Zaman aku tu kampus tu best gilaaaa sebab tak ramai sangat student. Apa yang jadi ialah, aku demam dan demam aku akan start teruk bila azan maghrib berkumandang dan kebah tepat jam 3 pagi setiap hari selama sebulan. Mula-mula aku tak syak apa-apa la. So selepas sebulan mak ayah aku ambil aku balik KL. Terpaksa la aku ditahan di wad sebab dehydration, anemia, limpa aku ada infection dan bernanah, paru-paru aku pecah sikit kat bahagian bawah, buah pinggang aku bengkak dan pundi kencing aku pun ada jangkitan. Lima minggu juga aku lepak kat HKL.
Lepas aku discharged, mak ayah aku bawa aku berubat merata. Sebabnya, mak aku pelik dengan keadaan aku. Bila aku tidur, mata aku tak tertutup. Mak aku kata, mata aku terbeliak dan melilau tengok merata. Masa dia jaga aku di hospital pun dia kata ada asap hitam yang mendekati aku tengah-tengah malam.
1. BOMOH HULU LANGAT
Satu malam ni, mak ayah aku bawa la aku pi berubat ke Hulu Langat. Entah dari mana mak ayah aku dapat idea nak bawak aku ke sana entah. Kami masuk ikut Ampang dan ikut jalan bukit bengkang-bengkok serta gelap tu ke rumah sorang bomoh ni. Bomoh ni aku namakan dia Pak Dol jela ye. Aku pun bukan tahu nama dia sangat. Haha! Rumah dia kat flat, jangan imejin rumah dalam hutan jauh dari tamadun manusia pulak.
Bila sampai di rumah Pak Dol ni, ada dia, wife dan anak-anak. So borak-borak kejap, perbomohan pun bermula. Pak Dol ni menurun rupanya. Benda yang masuk dalam badan dia dipanggil Tok Ayah. So ‘Tok Ayah’ ni bercakap dalam slang Indonesia. ‘Tok Ayah’ ni panggil anak lelaki Pak Dol dan disuruh menurun juga. Benda yang masuk dalam tubuh anak lelakinya dipanggil ‘Panglima’ pulak. Adoi. Kat sini takde la episod aku meracau ke, aku bersilat ke. Cuma diorang jampikan limau dan bagi satu cendawan susu harimau. Limau tu guna untuk mandi dan cendawan susu harimau ni kena kikis, serbuk dia masuk dalam air untuk aku minum.
On the way balik dari rumah Pak Dol tu entah kenapa kami bertiga rasa penat dan mengantuk. Nasib baik la ayah aku kental drive balik sampai Gombak.
Balik je rumah, aku lepak dengan nenek (sekarang dah arwah). Buat pengetahuan korang, nenek aku ni guru Al-Quran dan dulu ahli tarekat. Banyak benda mistik dia dah lalu. Tengah lepak borak tu dia cerita…
“Tadi masa korang takde, ada dua beranak datang jumpa aku. Seorang perempuan dengan anak dia. Dia datang depan aku.”
“Diorang merayu suruh aku hantar dia balik. Aku tanya, mana rumah kau? Dia tunjuk arah barat. Aku pun lempang dia. Melayang ke arah yang dia tunjuk tu.”
Mak aku tak fikir apa-apa la, ingat nenek aku mimpi ke apa. Malam esoknya, mak ayah aku bawa aku ke rumah Pak Dol lagi, nak follow up la, ingat ahli MLM je ke kena follow up?
Pak Dol cerita, lepas kami balik tu, muncul seorang lelaki berjubah putih di tingkap rumah dia. Lelaki tu pesan tolong tengok-tengokkan kami yang dalam perjalanan pulang ni sebab ada satu kuasa yang sedang menyerang kami. Aku pun teringat la kes kami bertiga mengantuk gilos tu. Pak Dol kata, lelaki tu penjaga either mak or ayah aku.
Mak aku dok syak ayah aku punya sebab ayah aku kerabat. Pak Dol cakap tak, mak aku punya ekceli.
So lepas berubat kali kedua dan terakhir tu, menurur mak aku, aku dah boleh tidur macam manusia normal. Mata dah pejam dah.
2. BOMOH TERENGGANU
Setelah itu, mak ayah aku ada juga minta seorang kenalan ayah aku untuk berubat. Kenalan ayah aku ni belajar berubat dari arwah atok sebelah ayah aku. Walaupun dulu arwah atok jadi perawat tapi tak sorang pun anak cucu arwah yang mewarisi kehandalam arwah. Huhu! Okey aku namakan bomoh terengganu ni sebagai Pak Ram. Macam arwah atok, dia gunakan ayat Al-Quran dan doa-doa. Salah satu yang aku dapat tangkap ialah doa Nabi Sulaiman.
Aaaaany way, lepas Pak Ram rawat aku tu dia ada cakap yang aku ni terkena ilmu hitam. Ilmu hitam ni bukan nak aku m**i ke apa tapi nak suruh aku sekeluarga sayang kepada si penghantar dan kalau dia nak apa-apa pertolongan kononnya nanti keluarga aku senang la nak tolong di, gituh.
Si penghantar ni ialah keluarga kawan officemate mak aku. Kawan mak aku ni okey, cuma keluarga besar dia tu ada puja benda. Dan kebetulan arah rumah keluarga dia tu memang sama dengan arah perempuan yang nenek aku lempang tu melayang.
So aku stop sini dulu, geng. Aku ngantuk nak tido dulu ni. Thanks sebab baca. Nanti aku sambung lagi pengalaman keluarga aku disantau pula.
Bye!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
lol.ok sambung
naseb xde pasal karipap.. kuih peberet aku tu~
mana kaitan dengan karipap nya?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Akubpun tercarik2.. mana karipap y menjadi tajuk utama dlm citer ni??? Ni lari tajuk ni… tp nseb bek citer ok..
apa kena mengena karipap dengan cte ni….
Apa punya cerita ni weh!!!
Adalah tu kaitan pas dia smabung kot
officemate mak ko curi karipap ke weh
Pelik jgk dgn karipap ni???
takyah sambung la..merepek karut jer kau….baik kau g jogging,makeup lawa pastu ngorat laki yg kau nak tu..daripada kau mengarut kat sini..
Menyesal pulak baca cite yg sambung2 ny. Lepas ny sebelum baca tgk perenggan last dulu. Kalo nak bajet cite bersambung2 better next!
“Aku tanya, mana rumah kau? Dia tunjuk arah barat. Aku pun lempang dia. Melayang ke arah yang dia tunjuk tu.” – Part ni yang paling seram aku baca…Power gila nenek dia…
“Buat pengetahuan korang, nenek aku ni guru Al-Quran dan dulu ahli tarekat. Banyak benda mistik dia dah lalu.”
– Tapi percaya pada Bomoh…Peliknya…Kenapa x minta nenek dia jee yg tolong ubatkan???
hahahaha.. terfikir jugak tuuu..
hahaah..kan..pastu bomoh dia pegi jmp tu sah2 menurun n amal ilmu x btl..brani plak ko amal apa dia suh ko buat..baik suh nenenk ko jer..ni x..nenek ko citer dia lempang hantu korang leh pikir dia mimpi plak..sengal btl..pastu mana karipap ko??
karipap enko pg mana?? xdo pun
Dah habis jual kot..?
Aq rase office mate mak die nie bagi family writer nie karipap. N karipap tu dh di sihir…. itu kaitan nyer…. kot…
Keluar tajuk .. ?
aku stress sbb xjumpe pekataan karipap tu.. kalo ko cite psl antu karipap pon aku xstress mcmni..
patutla admin tak keluarkan cite kau sebab cite kau xde kene mangena ngn tajuk
“Buat pengetahuan korang, nenek aku ni guru Al-Quran dan dulu ahli tarekat. Banyak benda mistik dia dah lalu.”
Baik nenek ko je sambung citer ni mst lagi banyak citer mistik yg dia ada atau cari la kuih lain plak, semperit ke tempeyek ke
KOMEN SEMUA WIN.. HAHA TULAH MASALAHNYA.. APA KENA MENGENA KARIPAP..
ape kene mengena dgn karipap nie ?? punya tekun aku bace .. aptb
ntah pape cite..x yah cite lah aih
Aku terkekek kekek ketawa..dah macam apa dah ketawa sebab baca komen2 korang ni..lawak gila..
Bace cerita tajuk karipap…
Sekali karipap takde…
Hahahahahah…
Beria akk berdebar lepas ni takot2 dh nk mkn karipap…
Nampak gaya karipap masih selamat dimakan…
mane karipapnye….apehei kluar tajuk plk ni..adoyaiii
Takpayah sambung lah kot, patutnya cerita lah sampai ada kena mengena dgn karipap tu. Nie ngantuk lah apa lah, kalau ngantuk baik kau save je dulu cite kau nie kat note pastu esok sambung lagi, takpayah lah submit dulu. Adoiiiiiiii lah -.-
baru nk bgtau..da ade org bgtau plk..
Karipap tu dimakan oleh nenek ke?
Punya focus aku baca sebab naktau pasal karipap wehh! Last sekali dia mengantuk HAHAHAHAHA. Mana karipap kau?
Mybe dia nk kata nenek dia tmpar melambong smpai laut selat melaka sbb mkn karipap kot..
karipap betul la kau ni!cite xabis
Adehhhh deq… tajuk ko psl karipap… tp xde sebut karipap pn dlm citer ko.. ke smbl mengarang ni ko mkn karipap n pastu dh nk hbs karang citer ko ngantuk sbb karipap ko dh hbs…??
Esok g beli karipap lebih ye… n smbg citer ko balik
“Kerana sebiji karipap”….aduihh…celah mna karipapnya??hahaha….ntah2 dalang semua nii sbb mkn sbji keripap tu kot.Hahahaha
Cerita yg sangkut macam ni menyampah betol rasa. Entah pape lah… Next time x payah submit lagi…Sengal..
ni buat lawak ke ? adoiiiiiiiii