Assalammualaikum aku Ammar. Haritu aku ada post story pasal kawan aku si ‘Ika’ Sabahan. Aku post di ruang comment itu sebab dengan harapan mendapat comment2 yang memberikan aku semangat untuk mengarang cerita aku. Kalau belum baca, boleh scroll tengok di comment kisah ‘Panggil Hujan’ oleh purple yang menarik tu.
Kali ini aku muncul lagi untuk menceritakan kisah yang terjadi pada aku di rumah beberapa hari yang lalu. Untuk makluman, perumahan aku ni memang agak keras, nak masuk taman aku akan jumpa perkuburan cina-cina. Jadi taman aku ni majority chinese. Untuk memudahkan penceritaan, sebenarnya nenek aku dulu memang suka ambil barang yang orang tinggal di kebun. Kampung aku ni kat penang belah parit buntar.
Jadi disebabkan nenek aku suka ambil barang, satu hari tu mertua nenek aku iaitu ibu tokwan aku bagi satu barang memandangkan nenek aku memang suka ambil. Mertua nenek aku memang tak suka nenek aku ini sebab mertua nenek aku keturunan raja malahan orang kaya. Dia tak suka anak dia iaitu tokwan aku kahwin dengan nenek disebabkan nenek ini dari keluarga yang miskin. Adik beradik ayah aku iaitu anak-anak nenek aku jumlahnya semua 11 orang. Nenek aku sudah meninggal. (alfatihah untuk nenek aku Ramlah).
Jadi saka ni jatuh kat anak-anak lelaki dia untuk jadi tuan dan waris, dengan tak sangkanya jatuh kat ayah aku (kisah benar). Tapi ayah aku tolak, sebab tak mewarisi mahu saka itu dan dia dah berubat. Tapi lepas arwah nenek aku meninggal ni aku dah rasa lain macam, terdapat beberapa mimpi yang aku anggap bukan mimpi sepertinya aku sedar dalam sedar tetapi aku rupa-rupanya sedang tidur. Dalam tidur tu aku ke dunia lain.
Ok, sesi pengenalan dah tamat. Kali ini aku nak ceritakan tentang apa yang terjadi pada aku beberapa hari yang lalu. Ketika itu, aku sedang videocall dengan kawan-kawan aku. Dalam video call tu aku memang ‘acah’ berani habis sebab kitaorang main truth and dare. ‘TOD’. Untuk hilangkan bosan jadi memang akan aku pilih dare lah setiap kali turn aku.
Sebabnya diorang takut nak main dare ahaha. Ok ada dua dare yang mencabar iaitu kawan-kawan aku suruh aku jalan-jalan kat halaman rumah dalam masa seminit tanpa henti. Dare yang kedua, diorang suruh aku buat child’s pose yang macam cara duduk macam budak merajuk punya workout tu. Diorang suruh aku buat sehingga sampai waktu baru suruh aku stop.
Pada masa itu, memang aku penat lah. Tapi aku rasa lain macam. Lain teruk. Lain dia macam bila aku baring balik hadap phone dengan kawan-kawan, aku rasa macam tak baring. Nah kau, memang gila, badan aku terangkat, sikit ja tapi aku memang sakit belakang semua habislah. Masatu aku rilek ja, sebab nak acah berani. Sekali nampak auntie muka dia gelap macam bayang kat hujung katil ketuk tongkat ‘pok, pok, pok’ datang kat aku. Wah habis gila aku. Masa tu aku memang tak tahu, tak tahu dan tak tahu apa yang jadi kat aku sebab blank.
Tapi menurut cerita kawan-kawan aku, muka aku jadi pucat pelik dan nampak garang. Agaknya memang pelikla sebab aku berkulit gelap sikit ππ. Bila turn diorang, diorang cakap aku yang selalunya nak bagi dare. Diorang cakap aku selalu bagi dare pelik-pelik. Suruh main guli la suruh makan la merangkak la. Fuh. Pelik….Sampai sekali tu turn aku member aku ni macam melawak suruh aku yang merangkak pula. Menurut mereka, masa tu aku terima dare tu dengan ayat dan sebutan manja ja.
Sampai satu masa diorang cakap aku pegang tongkat lepsastu main ketuk-ketuk atas lantai. Tiba-tiba aku dalam keadaan merangkak. Masatu memang kitorang overnight. Masing-masing tidur lewat. Remaja kan, takde kerja lagipun dahla tengah cuti sebulan. Diorang kata lepas aku merangkak diorang terus left call punyala takut. Katanya tak tidur sebab takut. Tapi aku tahu kawan-kawan macamni memang tak boleh buat kawanla sebab tinggal aku berseorangan. Tinggal seorang je lagi tak leave sebab dia tengah tidur. Dia cakap aku kejut dia tidur. Tiba-tiba dia cakap muka aku macam nenek nenek lepastu rambut aku jadi afro kaler putih. Dia pun cakap dia memberanikan diri baca ayat al-kursi. Tapi nenek tu baca sekali tapi lagi laju dari dia. Dia takut dia leave terus. Demam seminggu.
Jadi dalam bilik memang aku sorang sorang bossku. Sedar-sedar aku kat ruang tamu. Mak aku kata, masa tu dia nak pergi kejut aku subuh walaupun aku ni liat sikit nak bangun. Mak aku cakap masuk-masuk bilik dia nampak aku berdiri atas katil dalam keadaan bongkok, muka macam muka arwah nenek aku tapi kalini berulat dengan bernanah, berkedut putih macam paksi makeup tapi kedutan jelas. Muka bergaris-garis yang mak aku tak beberapa pasti.
Lepastu mak aku cakap ‘aku’ baca ayat-ayat suci tapi aku tak takut siap ejek bacaan mak aku sambil menari lagi. Mak aku memang tak boleh lawan benda tu jadi dia panggil ayah dan abang2 aku, abang aku cakap dia pegang aku tapi aku sepak dia sampai tertungging. Katanyalah. Ayah aku baca beberapa ayat. Sampai satu masa ayah aku laungkan kalimah suci ‘Allahuakhbar’ ‘aku’ terus menjerit.
Lepastu aku terjatuh dan jadi normal balik dan badan je sejuk kecuali kaki. Ayah aku cakap kaki aku ada kesan tanah. Ayah aku masa tu pergi hasilkan air pendinding oleh seorang ustaz. Dan aku tidak dibawa untuk berubat katanya aku dah ok. Tapi sampai sekarang aku rasa lain macam sebab aku keluar rumah aku pakai selipar ke halaman.
Baiklah itu je cerita aku setakat ni. kalau cerita ni dipublish InsyaAllah aku akan mengarang beberapa cerita benar aku lagi dan beberapa kisah fiksyen semata-mata dan setakat ini aku hanya menceritakan kisah benar. Terima kasih kerana membaca =D.
Terima kasih kerana membaca,
Ammar Aka Boyunta.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
errr…anu…errrrrr….
Aku pernah baca cerita yang sama dan jalan cerita yang sama takda lengkok bengkok lurus je kat fiksyen shasha ni tajuk cerita dia iyalah ‘kerasukan akibat bermain truth or dare’ kalau tak caye pergilah cariππ
“Kampung aku ni kat penang belah parit buntar.”
Parit buntar perak.
Mcm mna plak bleh jd penang blah parit buntar?
Mencabar juga nk baca penulisan ammar ni… kena sentiasa ulangΒ² baca utk kefahaman maksimum.. lain kali sila gunakan tanda nokhtah dan koma pd tmpt yg sewajarnya.. ππ