Kereta Baru

Hai. Saya pernah menghantar kisah Blok 10 ke FS. Kali ni saya nk berkongsi sekali lagi kisah mistik yang saya alami berkaitan kereta baru saya. Kisah ini berlaku pada hujung tahun 2007, beberapa hari selepas saya beli sebuah kereta selepas hampir setahun bekerja sebagai guru disebuah sekolah di Pahang.

Kisahnya bermula 2 hari sebelum majlis pertunangan saya. Masa itu cuti sekolah dan kakak serta makcik serta sepupu pulang ke kampung untuk turut meraikan majlis saya. Macam biasalah bila berkumpul adik beradik dan sepupu2 perempuan, ada sajalah agendanya. Kebetulan pula saya baru saja membeli kereta, jadi panjanh sikitlah langkah kaki masing2 merayau ke bandar.

Dua hari sebelum majlis pertunangan, kami keluar ke bandar dan pulang menjelang maghrib. Untuk sampai ke rumah, perlu melalui satu lorong bersebelahan sebuah asrama lama dan kawasan tu gelap tanpa sebarang lampu. Kebetulan sewaktu masuk saja lorong tu, azan maghrib berkumandang. Dan kami pula sedang bergelak ketawa sakan dalam kereta tu tak fikirkan lansung keadaan sekeliling.

Sampai dirumah, kami masih lagi galak bergelak ketawa sambil saya mencuba kasut yang baru dibeli. Bila emak menegur, baru masing2 sedar yang kami dah terlambat untuk solat maghrib. Saya terus bangun dan sewaktu nk melangkah menaiki tangga, tiba2 saya terjatuh tanpa sebab cuma terasa seakan ditolak. Tapi tiada sesiapa pun dibelakang saya masa tu.

Disebabkan jatuh tersembam dan tulang rusuk terkena bucu tangga, saya jadi tak boleh bernafas. Mak abah dan kakak meluru datang membantu. Bila tengok keadaan agak serius, mereka panik. Tapi syukur pakcik saya ada dan dia boleh nampak benda yang kita tak nampak. Dia cakap yang saya jatuh sebenarnya ditolak oleh makhluk yang tinggal di asrama lama tempat saya lalu tadi. Makhluk tu marah sebab saya lalu kawasan tu sambil bergelak ketawa dan pada masa sama mengganggu anaknya. Bila pakcik saya berinteraksi dan baca ayat2 lazim, mereka setuju untuk keluar dari rumah tapi mereka tak mahu tinggalkan kereta saya. Tapi berjanji dengan pakcik untuk tidak ganggu saya.

Selesai majlis pertunangan 2 hari kemudian, mak bawak saya ke rumah sorang ustaz yang cacat penglihatan tapi hijabnya terbuka luas. Sebaik masuk dalam rumah dia bagitau yang makhluk ibu dan anak tu masih ada dalam kereta. Mereka taknak tinggalkan kereta saya tu sebab anaknya suka bermain dengan segala patung hiasan yang saya sumbat dalam kereta tu. Ustaz tu nasihatkan supaya saya terus buang patung hiasan tu dan jangan disimpan. Dia bacakan doa dalam air dan dibasuh kereta saya dengan air tu. Kemudian diberi lebihan air tu dan beberapa ranting pokok puding untuk dijadikan mandian saya.

Balik ke Pahang beberapa hari kemudian, saya buat acara mandi tu sendiri. Syaratnya masa mandi, pintu tandas dan pintu rumah perlu dibuka, tapi takpelah sebab saya duduk dibilik utama kat kuaters tu jadi boleh buka pintu balkoni la. Masa mandian pertama sebaik saja siraman air tu lalu atas kepala, keluar bau yang sangat busuk dan hanyir dan bau semakin berkurang pada setiap siraman. Badan jadi ringan dan sakit kesan jatuh tu hilang.

Saya telefon mak dan ceritakan semua yang saya dah buat dan mak telefon ustaz tu serta ceritakan apa yang jadi. Ustaz tu kata makhluk dua beranak tu dah tak mendampingi saya lagi. Mereka tak akan ganggu saya lagi dan kereta saya pun dah takde ditumpang oleh mereka lagi. Alhamdulillah.

Itulah serba sedikit cerita saya. Kalau tak seram pun takpe, sekadar peringatan bahawa kita ni kalau gembira atau berduka, jangan keterlaluan. Jangan leka mengerjakan solat dan perlu ingat atas dunia ni makhluk halus, jin, syaitan dan iblis ada tempatnya. Sekian.

P/S – ada masa nanti saya ceritakan kisah mistik lain semasa saya mengajar dan menjadi warden di sekolah di Pahang ni, insyaAllah.

3 comments

  1. Islam pn tak mnggalakkn kita bermain, mmbeli patung2 yg mnyerupai bnda hidup. Tak kisah lah, teddy bear ke barbie ke .. semua tu mmg tak elok. Sbb ‘dorang’ tu suka benda2 mcm ni. Kepada ibu bapa, jgn lah korang galakkn anak2 dgn permainan mcm ni. Tak helokz okay.

  2. sy pon ppuan..xde la suek ltk bntal2 ke ank2 patong tedy bear ke dlm keta. tp mmg habit semua ppuan ea, dlm keta pnuh bantal.. kt cermin blkg ltk bntal munga2 ltk bntal lipan., kt seat dpn ade ank patong. kt seat blkg ade tedy bear ade bantal lg.. pastu bila drive ddk fast lane bwk kelajuan 90km/j x tgk cermin blkg sbb cermin blkg onuh gn bntal lipan gn munga2. erghhh.. ni la stgh driver yg drive x pk pmandu lain kt blkg tgh kejar masa.. sakit jiwa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *