Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca FS.
Sebelum ni aku ada share cerita dalam FS juga yang bertajuk Satu Hitam,Satu Putih. Yang mana belum membaca boleh cari dan baca. Semoga perkongsian aku ini dapat meriahkan lagi FS ini. Dah lama sangat tak share cerita. Kali ini aku dapat kesempatan ini untuk kongsikan bersama.
Okay, Mari kita mulakan
Tahun 2013 dulu, aku menuntut di salah satu pusat pengajian tinggi di salah satu negeri di Pantai Timur Malaysia. Maaf, aku tak dapat detailkan tempat kerana untuk keselesaan bersama. Masa ini aku di semester 4 dan tinggal di rumah sewa berhampiran dengan kolej atau pusat pengajian. Di sebabkan aku tiada kenderaan ulang alik jadi aku buat keputusan untuk tinggal bersama senior di rumah sewa. Jadi dapat la aku menaiki dua kaki aku ni saja ulang alik kolej ke rumah sewa. Kawan-kawan batch aku semua tinggal di rumah sewa yang agak jauh. Tak apa lah, mereka semua ada pengangkutan sendiri. Nasib baik juga lah senior aku ni jemput aku join sekali tinggal di rumah sewa mereka. Kebetulan pula, rumah sewa kawan-kawan perempuan classmate aku cuma berhadapan dengan rumah sewa aku masa tu. Jadi, senang juga lah aku nak siap kan kerja dengan minta tolong perempuan ni. Yela, mereka kan lebih bijak dari aku.
Okay, satu hari tu aku ada kelas petang dan kelas tamat pada jam 5 petang. Jadi kawan-kawan aku yang lain dah gerak balik ke rumah sewa dorang. Tinggal lah aku sendiri nak jalan balik ke rumah sewa aku, ni la nasib sebab tinggal berasingan. Jadi lepas aku keluar kelas, aku ajak bestie aku seorang classmate perempuan aku ni jalan balik sekali sebab rumah sewa dia cuma berhadapan rumah sewa aku. Aku sempat la tanya dia, “Mana roommate kau?”. “Oh!, dorang keluar beli barang. Jadi aku balik sekali dengan kau je la”.Jawab dia. Ok lah, ada kawan borak masa balik. Tapi, dia ajak aku singgah café makan dulu sebab nanti malam dia tak dapat nak keluar dinner sebab ada assignment patut dia siapkan. Bestie aku ni memang selalu ja dengan aku, sampai satu kolej ingat kami bercouple dah.
Lepas di siap makan minum di café, aku tengok jam dah hampir pukul 7 petang dah. Jadi kami pon jalan balik sekali. Masing-masing dah letih jadi tak banyak la borak sangat. Dah dari pagi sampai ke petang hadap kelas dan quiz lagi. Memang mood nak borak tu tak kena sangat. Kami pon decide untuk ikut jalan belakang kolej, memang dekat lah cuma dalam 10 minit saja perjalanan daripada nak ikut laluan jalan besar lebih kurang 20 minit berjalan kaki. Jalan belakang kolej ini agak seram lah dengan kiri dan kanan belukar dan ada satu pokok besar setinggi tiga tingkat bangunan. Macam mana aku tau pokok setinggi tu? Di hujung jalan tu ada satu bangunan kedai lama yang tinggi tiga tingkat. Jadi pokok tu dan bangunan tu sama tinggi ja.
Dalam perjalanan kami tak borak sangat. Jadi lepas keluar dari jalan belukar tu, kami lalu di depan bangunan lama. Dari jauh aku perasan ada sebiji kereta proton wira berwarna merah di situ. Makin lama aku makin dekat dengan kereta tu. Dalam masa yang sama ada daun-daun kecil yang jatuh di atas kepala aku ni dan terlekat di celah-celah rambut. Jadi, aku berhenti sekejap di kereta wira tu untuk pinjam cermin untuk aku buang semua daun-daun tu. Bila sampai di kereta, aku tengok kereta tu ada cermin gelap dan pantul balik reflek muka aku. Senang la aku tak payah nk tunduk sangat guna cermin sisi kereta tu. Bestie perempuan aku ni dia jalan dulu dan dia tak perasan aku berhenti sekejap di kereta wira tu.
Masa aku tengah buang daun tu. Aku terkejut enjin kereta wira merah tu tiba-tiba hidup. Okay, masa tu muka aku memang dekat sangat lah di cermin kereta sebab aku nak teliti betul daun-daun yang melekat di rambut. Pelik, bila aku perhatikan betul-betul kereta ni macam tak ada orang di dalam. Sifat pelik ni aku ni makin menjadi. Nak juga aku intai untuk pastikan ada orang atau tidak. Jadi, aku pon tekup muka di cermin kereta tu dengan dua belah tangan tutup bahagian tepi muka supaya halang cahaya supaya aku dapat tengok jelas ke dalam kereta. Eh, ada orang rupanya di tempat duduk pemandu. Aku pon di cermin pemandu. Orang itu adalah seorang perempuan, bertudung dan hanya pandang tegak ke depan. Aku baru nak minta maaf sebab kacau dia macam tu. Baru nak buka mulut bercakap. Dengan hanya 0.01 saat saja kepala perempuan tu toleh mengadap aku.
AllahuAkbar !!!!!
Perempuan tu tak berwajah. Terkejut aku. Terus aku rasa semua d***h yang ada dalam badan aku ni melonjak naik ke kepala dah. Kaki, tangan, badan terus rasa berat yang amat. Ya !! masa tu aku betul-betul bersemuka dan bertentang mata walaupon perempuan tu tak bermata. (korang bayangkan je la). Muka aku dan muka perempuan tu kalau lah aku buat kiraan fisik aku ni cumalah panjang tiga butir beras sahaja. ( Korang try ukur sendiri ).. Perasaan takut yang teramat sangat aku pernah rasa.
Aku rasa adalah dalam 10 saat juga kami main “Lawan Tak Kedip Mata”. Lepas tu aku dah rasa badan aku ringan kembali. Terus aku buka langkah lari balik kerumah. Bestie aku tu dah jauh ke depan, dia cuma tinggal lagi 10-20 tapak ja lagi nak masuk ke rumah nya. Aku lari terus ke rumah sewa aku dan terus duduk di sebelah senior aku. Tak lama lepas tu senior aku ni tengok aku semacam ja. Dia terus bangun dan ambil segelas air minum. Sebelum dia bagi aku air ada la aku perasan mulut dia terkumat kamit macam orang baca sesuatu. Aku capai dan terus minum. Dia bagitau muka aku pucat dan mata merah. Jadi, dia rasa macam ada something yang tak kena kat kau. Sebab tu la dia suruh aku minum air.
Alhamdulillah. Aku taka da apa-apa, cuma badan aku lepas tu agak panas sedikit. Lepas kejadian tu baru aku cerita pada bestie aku tu. Dia agak terkejut, dan dia cakap masa tu tiada satu kereta pon di situ dan tak ada dengar bunyi kereta hidupkan enjin pon. Cuma bangunan kedai lama dan kosong sahaja.
Jadi itu lah pengalaman aku serba sedikit untuk aku kongsikan. Jangan ambil serious tentang cerita aku ni. Anggap lah cuma sekadar hiburan untuk semua. Sampai sini sahaja aku dapat kongsikan. InsyaAllah di masa hadapan aku akan kongsikan lagi. Assalamualaikum..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Ringkas, padat dan sangat menyeramkan. Dapat sya bayangkan situasi penulis
FUhhhhh dpt ku bayangkn…. serammmm
So, kereta tu kembali tak? Uber driver dulu kot…
seyes seram