KERIS PUAKA

Keris Puaka

Tahun 1999, waktu tu aku berumur 13 tahun. Aku telah diterima masuk ke sebuah sekolah asrama penuh di Kuala Lumpur. Aku budak nerd, ulat buku, memang tak ramai kawan la. Nak dijadikan cerita, aku ada 3 orang roommate iaitu malik, rahim dan iqbal. Kami ditempatkan di sebelah bilik store asrama putra. Atas permintaan kami berempat kepada pihak sekolah,  kami meminta untuk bilik sebelah di jadikan bilik prep, bilik study group. Kami mengemas dengan penuh tekun. Iqbal ni memang suka dengan benda – benda pelik. Nak dijadikan cerita, dia jumpa satu keris kecil di satu sudut bilik tu, dengan keadaan agak lusuh keris tu.

“Wei. Keris lama la. Ayah aku ada jugak ni. Orang kata buat menurun nombor ekor pun ok ni hahaha”, kata iqbal.

“Wepala bana ko. Cari pasal je ko ni. Nanti apa – apa jadi aku x tanggung ye”, tegas aku.

“Wei, hang letak balik. Nanti tak pasal pasal apa pulak jadi, “malik menyampuk.

Tapi iqbal berdegil di sorok keris kecil di dalam poket. Kami masa tu pun dah malas nk tegur, bukannya dengar kata. Pada malam itu aku tak boleh tido.

TIBA – TIBA!!

Iqbal ketawa terkekeh kekeh, sesekali mengerang. Mungkin mengigau aku rasa. Aku usha dari katil, aku terkejut nampak sesusuk tubuh di tepi katil iqbal. Aku nampak tangan iqbal terjuntai. kepala makhluk tu macam pandang tangan iqbal. Aku tak boleh tahan, terus selubung diri dengan selimut. Esoknya aku lihat iqbal seolah tak bermaya. Di hujung jarinya, aku lihat ada dua luka kecil. Aku jadi pelik. Aku pun menegur iqbal,

“Iqbal , ko dah buang belum keris tu?”.

“Belum, aku nak bawa balik bagi ayah aku hujung minggu ni, ” Iqbal tersenyum.

“Wei!! Buang la keris ko tu. Aku nampak semalam ada apa entah dok gigit tangan ko tu semalam. Bodoh la, dah la sekarang ni kita berempat dalam bilik. Ko kalau kena sendiri aku tak kisah tak ada benda bagi aku, kalau yg lain kena macam mana?”, aku menyergahnya dengan kasar.

Iqbal diam dan melihat tangannya. Jelas kelihatan luka kecil. Iqbal berlari meninggalkan aku.
Malam tu iqbal tak balik bilik. Aku dan yang lain mula risau.

TIBA – TIBA …

Aku terdengar suara halus, suara budak memanggil, “ayah, ayah, ayah kat mana?”. Terus bulu roma meremang. Kami terdiam, terus selubung selimut sehingga kami tertidur. Keesokannya, sekolah kami riuh. Jumpa budak m**i belakang asrama, di tangannya nampak macam ada sesuatu. Aku bergegas mencari iqbal. Risau sebagai kawan. Aku jumpa iqbal dalam surau menangis, ketakutan. Aku bertanya,

“eh ko kenapa ni iqbal?? Muka takut je?”, aku cemas.

“Aku.. aku.. takut.. semalam.. ada benda.. ikut aku..”, jelas iqbal.

“Tapi dia tak dapat masuk dalam surau. Kebetulan budak yang m**i tu lalu depan surau, dia serang budak tu dan heret belakang asrama”, sambung iqbal.

Aku terdiam. Kejadian itu mmbuat sekolah kami ditutup untuk siasatan kes itu. Selepas 3 minggu, aku dapat khabar iqbal dan keluarganya m**i dalam eksiden. Hanya kakaknya saja terselamat tapi sekarang berada di wad. Aku sekeluarga datang melawat. Kelihatan kakak iqbal kaku, koma. Kami kasihan padanya.

Selangkah aku keluar,

TIBA – TIBA!!

angin kuat singgah di pipi, membuatku berpaling. Aku lihat di sudut gelap malik di situ, menggenggam keris kecil. Tersenyum puas. Aku pelik, lantas aku memanggil ayahku. Kelibat malik tidak kelihatan lagi. Aku rimas malam tu, apa kaitan antara malik dengan iqbal. Puas aku berfikir. Dan aku terpikir mungkinkah giliran malik selepas ini.

Esoknya, sesudah sarapan aku bertolak ke rumah malik. Tapi aku lihat ramai orang dirumahnya, aku pun pergi menjenguk. Dan aku terus menegur pak hamid, ayah si malik.

“Assalammualaikum pak hamid, kenapa ni? Malik ada x?”, tanyaku kehairanan.

“Waalaikummussalam, malik? Malik dah meninggal. Malam tadi meracau lepas tu terjun dari bumbung rumah”, keluh pak hamid.

“Innalillah. Pak hamid ada nampak tak apa apa yang pelik dekat arwah sebelum dia jadi macam tu?”, soalku.

“Ada. Nampak ada benda kuning dia selalu bawa. Pi mana mana pulak tu. Tak tau pulak apa dalam kain kuning tu”, jawab pak hamid.

Aku pun mengikuti sehingga ke kubur dan jenazah malik selamat dikebumikan. Aku perasan, di sebelah kubur ada sebuah rumah kosong. Aku nampk kelibat manusia, yang aku kenal iaitu RAHIM!!
Aku terangkan pada pak hamid. Dengan bantuan imam shafie, kami terus memasuki rumah itu. Ternyata yang kami jumpa adalah sekujur tubuh iaitu rahim, dengan isi perut terburai. Aku menangis ketakutan dan berlari pulang.

TIBA – TIBA ..

ada sesuatu yg bergerak dalam poket seluarku. Au lihat ia adalah,

KERIS KECIL!!!

Giliran aku pulak kah???

Disebabkan kami yang mengemas bilik tu, ketiga tiga sahabatku temui ajal. Aku katakan tidak, aku mendapatkn ayahku, dan meminta dia untuk membawaku berjumpa ustaz takiudin. Akhirnya, keris itu dibuang di lautan. Lalu ayahku kata bahawa keris tu berpuaka dan ada semangat. Jin dari kaum majusi, jin kafir penghuninya. Mujur benda tu hanya sempat singgah sahaja tanpa melakukan apa apa pada ku. Tapi sayangnya dan menyedihkan, aku telah kehilangan teman – teman baik ku..

Faiz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

14 thoughts on “KERIS PUAKA”

  1. Serius ke ni wei????!!
    Kisah benar ke ni?????
    Senang bebenor plak benda tu nk memudaratkan korg satu persatu???
    Uiisshhh…
    Sila penulis confess ni fiksyen atau nyata…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  2. okay jugak ceritamu..tak kiralah fiksyen atau based on true story gitew.tulisan sekurangnya tak lah gaya short short.teruskan berkarya..

    TIBA-TIBA…!!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.