Kerja Officemate Rupanya

Hi assalamualaikum pembaca FS . Sebelum start menulis ni, aku nak bagi tau la siap-siap aku ni bukan penulis yang baik dan cerita aku ni tak seram langsung pun, harap korang boleh la faham jalan cerita aku ni. Sebab aku tau kat sini ramai kaki kondem dari suka membaca dan ambil positive side dari apa-apa cerita yang disampailan oleh penulis. Apa pun aku nak ucap terima kasih kepada admin sudi publickan cerita aku.

Nama aku Sara, aku nak tulis ni pasal aku sendiri. Okay start dari aku 1st day kerja kat office aku sekarang ni. Everything look just fine . Tak ada cacat cela . Staff kat sini semua okay . Friendly terlebih, biasa la kerja kat office ramai perempuan memang meriah kan . Lagi-lagi bila mood masing-masing ceria habis macam pasar malam la office tu.

Masuk bulan ke 9 aku bekerja kat sini, macam-macam benda pelik jadi kat aku sepanjang aku ada kat office ni . Kadang-kadang kat rumah pun ada benda yang mengganggu. Cerita dia start dari garam yang aku jumpa dalam botol air dan atas meja aku, yang aku letak kat office . The day aku nampak garam kasar tu aku serious tak fikir apa .

Aku buang air dia bersihkan garam tu macam biasa je . Yelah selalunya garam ni orang tabur untuk tujuan perubatan la kan kalau nak ikut logik akal . Lepas beberapa hari tu aku start sakit. Sakit tak teruk pun, cuma sebelum aku bersanding aku kene admit dalam hospital. Pagi aku nak pergi kerja tu aku dah bersiap nak pergi kerja siap solat semua tiba-tiba aku macam diserang macam angin tajam area peranakan . Memang time tu ingat Allah jela, ingat dosa dengan suami yang suka carut suami kan. So suami aku bawa la aku pergi klinik berdekatan . Klinik tolak aku pergi hospital . Lama juga kat hospital tu .

Macam-macam la doktor tu check, mula-mula x-ray, pastu pergi scan takut ada cyst . So bila dah habis scan segala scan doktor kata tak ada apa . So doktor decide untuk warded kan aku . Untuk bagi aku rehat je . Esok tu dah boleh keluar . Bila tengok result doktor tak ada apa yang serious . Doktor cuma kata dah okay . Specific nama penyakit tu tak jumpa .

Dan kehidupan aku mula macam biasa balik . Ada 1 malam tu aku ada mimpi pelik, aku mimpi aku menyusukan bayi, tapi bayi tu makin lama makin besar . Aku anggap mimpi tu cuma mimpi biasa jela, sebab yela perempuan ni kalau yang dah kawin ni mesti teringin ada baby kan . So aku anggap tu keinginan aku sampai terbawa ke dalam mimpi . Kadang aku mimpi kene serang dengan banyak kucing la, jatuh dari tempat tinggi tu jangan cakap la banyak kali juga . Macam mengarut kan . Aku rasa lagi tak masuk akal .

Start aku dapat mimpi-mimpi tu, setiap malam sebelum aku tido tengah nak lelapkan mata mesti dengar orang bersiul la, baby nangis la, kadang dengar suara orang menyanyi . Disebabkan aku dengan suami selalu tinggal berdua je kat rumah, aku jadi makin penakut since aku ni memang penakut orangnya, nak pergi toilet dalam rumah sendiri pun bergaduh sakan dengan suami suruh teman .

Balik kepada cerita kat office aku ni, office aku ni staff melayu tak ramai, tapi kat warehouse ramai la . Tapi ramai la mak cik yang dah lama bekerja dalam 29 tahun paling lama bekerja . Ramai yang cerita kat aku yang office aku ni macam berhantu la apa la . Aku macam tak layan sangat sebab aku ni penakut takut menyusahkan orang lain nak pergi toilet nanti . Ada cerita juga kat office tu, pernah ada staff seorang meninggal dalan toilet tingkat bawah . Lepas tu ada juga kakak-kakak kat office aku ni kene kacau dengan benda menyerupai staff lain .

Sebulan sebelum puasa ni, syok aku tengah buat kerja, aku terdengar suara macam orang bisik nyanyi lagu macam ulik mayang, suara merdu gila . Aku try nak faham lagu tu . Tapi bila aku cari suara tu kat belakang dah tak ada . Sebab belakang aku ni machine photostate . Aku dah start takut dah masa tu, sebab selalu aku pasang ayat al-quran kat meja aku sebab orang kata sini banyak gangguan. Hari tu aku mengada pasang radio sambil menyanyi-nyanyi tak tau apa yang seronok sangat ntah hari tu.

Aku ceritakan la benda yang aku lalui ni kat kakak aku . Dia banyak kali cakap try pergi berubat . Yela since aku nikah pun dah dekat setahun tapi tak mengandung lagi . Aku pun macam tak terfikir la, sebab rezeki anak semua tu dari Allah aku rasa Allah ada rancangan yang terbaik untuk aku . Dan aku dah iktihar jumpa pakar sakit puan apa semua tapi belum ada rezeki, tapi aku okay je dapat rezeki bercinta dengan suami lebih lama, dan honeymoon lama sikit . Sambung cerita tadi, setiap kali nak pergi berubat mesti ada jela halangan . Sampai aku terlupa lama la pasal benda-benda ni .

2 hari sebelum puasa aku ada iktihar pergi berubat. Pak cik tu tanya la macam biasa, borak dengan suami macam biasa, macam dah kenal lama pun ada dia punya peramah tu . Bila start nak berubat tu pak cik tu panggil suami aku dulu, sebab dia kerap sangat sakit yang merapu . Sebab sebelum ni dia pernah kene juga buatan orang yang tak ada agama ni . Bila turn aku, pak cik tu tanya aku, ” kat office okay ke” . Aku cakap la okay je tak ada apa yang lain macam .

Dia bagi tau,” hati-hati kat office tu kat office tu 90% tak suka dengan awak. Dan benda yang elok tu semua datang dari office” . Muka aku time tu memang berubah la . Sebab orang-orang kat office tu memang semua baik dengan aku, tak nampak la siapa yang tak suka aku . Bila dah habis berubat semua, aku balik cuba tenangkan diri . Dan cuba jadi rasional balik . Alhamdulillah dengan izin Allah lepas berubat dengan pak cik tu tak ada apa-apa gangguan dah . Aku buat kerja makin tenang dan aku dan hantar surat resign .

Suami kata dia tak sanggup tengok aku sakit kene buat orang, bak kata suami aku “prevent better than cure” . Dia yang suruh aku berhenti kerja sebab takut apa sakit yang akan menimpa aku lepas ni . Moral of the story berhati-hati la dalam pergaulan. Kita tak tau siapa suka kita atau iri hati dengan kita. Orang cina lain dia tak suka dia cakap dia tak suka, orang melayu kita ni dia punya iri hati bomoh dia cari . Dalam gelak tawa hari-hari makan lunch sama hari-hari hati orang kita tak tau . Semoga menjadi iktibar kepada orang lain . Aku sampai sekarang tak tau siapa punya kerja terkutuk kat office tu .

Pak cik tu tak ada bagi tau pun siapa even ciri-ciri orang tu pun dia tak bagi tau mungkin dia tak nak aku berdendam dengan siapa-siapa dan tak nak panjangkan kisah santek menyantek ni . Sampai sini je cerita aku . Kalau ada cerita best lagi aku share okay .

Terima kasih sudi membaca . Assalamualaikum

sara

Leave a Reply

27 Comments on "Kerja Officemate Rupanya"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Jangan Kecam Aku

Belum apa-apa lagi dah koyak mental…
Tak jadi aku nak baca..
Orang kecam sebab nak membina..
belum apa-apa dah pesan jangan kecam.
Kalo dah tau tak seram tak payah menulis kalau takut kena kecam..
Hormat sikit pembaca..jangan kerek..kbye

Erica

Better ambik nilai positif dpd mngecam.. Klau btol nk membina, bkn kecam. Tegur namanya.. Ada faham??

Pengkritik FS

Dah tak dapat terima teguran…kau rasa la seperti orang mengecam kau. Padahal orang menegur. Ko je yang rasa dikecam sebab ko tak dapat terima..ye idokkk??

Cja

Tak jugak. Ada readers yg mmg suka mengecam, ada yg mmg menegur. Boleh dibezakan 2-2 style tu.

#donekecam

ada jugak yg mengecam tp acah2 “eh aq menegur aje..kau cpt koyak,kau xle terima terguran…pfft”

0---0

Korang nak tahu beza orang mengecam dan orang menegur? Aku bagi contoh terdekat ada kat sini.. Kau tengok komen “Jangan Kecam Aku” & “Pengkritik FS”.. Tu contoh 2 komen orang mengecam. Pengkritik FS ni hampir setiap artikel dia ada. Kalau power, kau create la cerita kau pulak. Aku nak baca sambil tegur. Yaa betul tegur, aku tak kecam jangan risau ..

spm victim 2k17

buang mase je bace. fuck -,-‘

Dhia

Lawa bahasa. Mak tak ajar adik ni ke

ashyizz_

awak pon buang masa je komen dengan bahasa awak yang kurang ajar tu . better pergi study daripada asyik mengkritik cerita orang .

spm victim 2k17 bab1

p baca buku la babi,ko komen panjang2 cni apa hal. tau la cuti sekolah lama pui

Yhk

Org tu xsuka sbb apa ?? Segak ka ? Jawatan tinggi ka ? . Masa bersanding tup2 da kawen berbulan2 . . Cuba buat step by step xlaa teruk sgt org nk fhm . . Huhuhuhu . . Xyah kalut nk hantaq sgt baca blik sikit ejaan tu . . Jgn kecam 😚

hantu

Penakut tapi berani gaduh, carut suami. Kemudian nak kata ofismate ko yg jahat. Siap kutuk Melayu kata Cina lagi baik. Come on. Bila baca citer ni aku pulak rasa nak carut. huhu Semoga dapat hidayah.

Kris

Aq baca cerita ni ..ok je..xde apa2 masalah..faham..xde kekeliruan ..yg bnyk sgt negatif komen ni pehal

Rumorrsss

90% tak suka ko ke? Jaga2 tu..tak suka tu bukan saja2. Mesti bersebab kenapa org tak suka ko. Iye2 je ko rasa mcm dorang okay dgn ko, tapi dgn dorang ko layan mcm mana plak? Okay ke? Kikiki…kalo dh sampai tahap 90% officemate tak suka/problem dgn ko, dh sampi masanya ko teliti diri sendiri plak. Apa ko dh buat? Kenapa sampai tahap tu dorang tak suka ko? Nasib malang bila ada yg guna jalan sihir. Tapi betul ke? Mcm samar2 je tu. 😊😊😊

Su

betul tu! kalu 90% org x suka kt diri kita, xkan la suma tu yg x betul..msti ada something wrong somwhere..cuba muhasabah diri tgk blk cara bercakap, bergaul dgn kwn2. nasihat je ni..

Rumorsss

Hah..yela kan. Kena muhasabah diri la tu. 90% tu bukan calang2 dah, hampir semua org tak suka dia. Org kalo jenis dengki ni mungkin la sorang dua. Ni hampir semua org tak suka dia kot. Masalah ni kena tengok plak pada diri sendiri. Iye2 je org buat sihir ke apa kat dia. Dia sendiri pun mcm tak sure. Baca intri bab kecam mngecam pun mcm something wrong. Over terlebih. Ko kalo tak suka pembaca yg mengecam, ko jgn tulis kat Fs ni kak. Tanpa pembaca yg positif dan negatif ni maka tak hidup la FS ni tau. Kalo semu asyik nak hadap yg positif je tak seimbang la hidup. Lagipun bukannya kecam pun, lebih kepada teguran. Teguran ni jgn hadap yg positif ye, kang tak kemana pun ko kak. Asyik kat takuk yg sama je.

FerreForro

Mungkin penulis ni suka mencarut kot.. sebab dengan suami pun dicarutnya…
kadang pada kita bahasa yang selalu kita guna, kita anggap biase.. tapi pemahaman dan penerimaan orang lain… betul tak Rumorrsss ??

Fira

Ya. Mungkin kut. Cam pelik pulak bila dia tulis 90% officemate tk suka dgn dia. Biasa yg busuk hati ni sorg dua je. Tp klu dh hampir semua..lain macam kak. Kurangkan mencarutlah kak..dgn suami pun dicarutkan..inikan pula dgn org lain. Mungkin ada yg tersakit hati dgn cara akak bercakap kut..

Semut

ikhtiar..bukan iktihar

aloi

CERITA SAMPAH

Jaja

Ini contoh salah satu kecaman,bukan teguran. Instead of kecam cmni better bgtau apa yg salah, boleh writer baiki.

popo

Saya tak salahkan penulis, saya salahkan admin yang publish cerita-cerita yang kurang berkualiti & menyebabkan pembaca naik angin.

#Fizi

tak salah admin pun, memang bukan senang nak menulis dan mengolah cerita untuk difahami oleh readers tapi ada juga jenis penulis yang mana minta readers faham dia tapi cerita dia tidak memahami readers? setuju? tak semua orang boleh menulis secara berterus terang seperti Si Celupar atau M. mereka tak perlu terlalu mengolah cerita mereka sebab pencerita yang bagus cuma perlu santai saja jika mahu memberi kefahaman cerita yang mahu disampaikan. simple je jika mereka santaibercerita readers pun akan santai membaca sebab jalan cerita pun santai untuk dibaca. itu contoh la.
#maafjangankecamabam

Anak dara tua cun

Actually spm victim 2k17 tu attention seekers je. Korang lek je sbb aku tahu setiap page gerenti budak tu kasi maki kaw kaw punya. Takyah layan la budak syok sendiri tu. Lantak la dia nak kecam asalkan dia bahagia .

Joeey

Assalamualaikum .
1.mungkin deme terkena sihir tu sbb suka mencarut dekat suami . (Kifarah)
2.jangan nilai ape yang orang buat dekat kita tapi nilailah ape yang kita buat dekat orang . Sbb dari penulisan boleh nmpak cik puan ni cara bercakapnya kasar . Dalam suka2 mungkin ade yang terguris hati dengan percakapan atau perbuatan cik puan
3.berbaliklah kembali pade Allah . Mungkin ini dugaan dari Allah sebelum diberi nikmat.
4.yang terbaik dari Allah , yang terburuk dari kita sendiri. Fikir fikirkan

Hamba Allah S.W.T

yang kecam tu maybe tak matang lagi..
kalau nak menegur..
tegur dengan membina..
orang melayu kita kadang2 menegur untuk menjatuhkan orang..
bukan membantu..

nyatgajah

pengamal perubatan yg bagus takan seskali bgtaw sape yg antr walaupun org tu adk bradik kte……………sbb taknk ade dendam antra manusia……..

wpDiscuz