Kesunyian Tika Weekend

Kesunyian Tika Weekend

Hi dan Assalamualaikum semua pembaca FS .Aku ni boleh dikatakan selalu bersendirian .Yelah first masuk belajar memang aku susah sikit nak rapat dengan orang .

Aku Shane dan ni kisah aku.

Benda ni berlaku waktu aku belajar dulu .Awal2 sem memang wajib duduk asrama kan .Ketika kejadian ni berlaku, aku duduk sorang2 dalam bilik aku dan waktu tu weekend jadi kebanyakkan takda kat asrama .Roomate aku keluar dengan member dorang .Aku ni duduk sebilik dengan bebudak yang tak sama kos dengan aku .Dah lah tak sama kos ,tak rapat pulak tu .Huhu sedih hidup aku tika itu .

Jadi nak menghilangkan kesunyian yang melanda ,aku ambik buku yang baru je aku pinjam dari member di atas meja belajar .Buku seram fixi okay .Bila aku pikir balik berani giler dohh aku baca buku seram sorang2 .Sumpah aku rasa macam giler juga lah .Disebabkan sunyi n bosan pulak, aku pun bacalah buku seram fixi tu .Aku tak ingat dah tajuk dia apa .Tapi sumpah seram giler siot!! .Boleh dikatakan sepanjang baca naik bulu roma .

Bilik aku ni sunyi dan suram sikit .Agak terkebelakang dari bilik lain .Memang nak lalu bilik aku ni malam2 kena ada teman lah .Kalau tak mau tercirit kau . Hahaha .Dalam bilik aku pulak kawasan dia takda lah besar sangat .Cukup muat tiga katil ,tiga almari ,tiga meja belajar dan ruang yg sikit untuk solat .Satu bilik 3 org .Begitu juga bilik jiran aku .Kita org berkongsi bilik air .Nak masuk bilik jiran aku ,lintas toilet je .Yelah dah toilet berkongsi kan .Okay cukup aku citer pasal keadaan bilik aku.

Sambung part aku baca buku seram fixi .Waktu aku mula-mula baca tu takda benda pelik berlaku dan bulu roma aku dalam keadaan yang stabil .Masuk pertengahan citer seram tu ,part yang mana aku ingat lagi .Watak utama dalam citer tu terdengar suara perempuan dekat bilik air ladies .Dia pergi check sapa sebab pasaraya dah nak tutup .Kot ada pelangan tak balik lagi .Time dia jejak kat bilik air ,dia dengar suara perempuan mengilai .Dan yang lagi seramnya masa aku baca part tu ,aku dengar pintu jiran sebelah (toiletmate aku) hempas2 pintu .Aku waktu ni buat dek lagi .Acah berani ,dalam hati dah menangis beb .Bukan tu je tau ,aku rasa dalam bilik tu macam ada orang lain selain aku .

Sumpah aku rasa macam diperhatikan .Aku rasa katil roommate aku macam ada orang duduk .Aku tak tunggu dah ,aku whatapps member classmate aku .Tanya dia ada bilik tak .Tengok dia tengah online tapi tak reply .Takpa aku sabar lagi .Aku duduk baca lagi buku seram fixi tu. Mungkin tadi telinga aku salah dengar kot .Dan mungkin ni perasaan aku je .Ceh klisenya .

Aku sambung baca dan kemuncaknya aku kena nganggu bila aku baca part buku seram fixi yang ada kepala keluar dari bilik air .Ketika aku baca tu ,pintu bilik air aku diketuk .Shitt (aku menyumpah dalam hati) .Terus aku tutup buku .Aku tahu yang benda ketuk2 tu bukan jiran sebelah aku .Dorang takda nak ketuk2 ,dorang terjah terus .Aku waktu ni dah duduk statik dah .Aku berkira nak blah ke tak .Nak pegi bilik classmate aku atau tak .

Sebelum aku angkat kaki nak blah ,aku dengar suara org nangis dalam bilik air .Bukan bilik jiran sebelah tau .Tapi bilik air .Kenapa aku yakin suara tu dalam bilik air ? Sebab bilik air kan gema dia lain macam .Bila kita cakap dalam bilik air ,melantun suara. Sebab tu org suka menyanyi dalam bilik air .Dorang rasa suara dorang sedap .

Aku terus keluar dari bilik tu terus menuju ke bilik classmate aku .Setibanya aku di bilik classmate .Aku ketuk pintu bilik classmate aku .Dan ya dia sendiri yang bukak . Classmate aku ni ceria orang nya .Bila dia sambut aku waktu tu ,dia suram je wei .Seram sejuk aku nak tegur tapi aku tegur je lah .Aku tanya dia “wei kim asal kau tak balas whatapps aku” .Dia tunduk je ,tak pandang pun aku .Pelik? Baru lepas gaduh dengan kekasih ke apa ni .Aku pun cakap lah lagi “Aku tumpang bilik kau kejap leh? Bosan ah duduk sorang2” sengih aku dekat dia .Lalu laju je aku masuk bilik dia .Aku tengok dia macam sorang je dalam bilik .Mungkin roommate dia keluar kot .Dia duduk kat kerusi tempat belajar ,mengadap aku .Aku rasa creepy doh nak pandang muka dia .Aku buat rilek2 jelah .Sambil belek buku seram fixi .Aku tak baca pun .Aku rasa duduk dengan Kim dah rasa seram dah .Lain macam aura dia .

Dia tanya “weekend ni kau tak balik ke? Berani kau baca buku seram sorang2 ” .Dia pandang aku dengan muka seram yang tak leh aku describe .Allahu aku rasa nak tercabut jantung aku tatkala dia senyum menyeringai kat aku .Aku nak cabut lari tapi rasa macam berat je kaki aku ni .Rasa alahai apa lah bala aku dapat ! .Segala surah yang aku hafal semua jadi kelu .

Aku cuba juga ingat ayat2 dan bila aku rasa kaki aku dah ringan melangkah ,aku terus cabut lari keluar dari bilik classmate aku tu .Destinasi terakhir aku ,aku duduk surau. Nasib waktu tu surau ada juga orang study kat situ .Jadi takda lah sunyi .

Aku call classmate aku .Tanya dia kat mana .Dia kata dia keluar dengan roommate dia semua .Pastu aku bising2 lah kat dia ,napa tak balas whatapps aku .Dia tanya aku balik whatapps apa ,takda pun dia dapat whatapps dari aku .Allahu aku check balik whatapps yang aku hantar tadi ,memang betul takda whatapps yang aku hantar kat kawan aku .Habis tadi aku mamai ke whatapps dia? .Seingat aku memang betul aku ada whatapps dia tadi tapi kenapa takda pulak. Seram bila pikir kan balik .

Sudahnya aku duduk terperuk dekat surau sampai roommate aku balik .Lepas kejadian tu ,aku dah semakin kurang duduk bilik aku .Aku lebih suka duduk bilik classmate aku .Aku rasa benda alah tu nganggu aku sebab dia nak suruh aku balik rumah tiap weekend kot .Takda lah aku kesunyian. Bijak juga benda alah ni kan .Dan selepas kejadian itu setiap weekend aku balik rumah .Padan muka hantu tu tak dapat kacau aku lagi .

Selamat berpuasa semua .Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku .Terima kasih juga baca citer aku dan mintak maaf kalau citer ni tak best. Di masa akan datang ,aku citer benda2 seram yang berlaku waktu aku belajar dulu. Okay .Sehingga berjumpa lagi. #shane

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Shane

4 thoughts on “Kesunyian Tika Weekend”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 1
    Total : 8/10
    Comment : Cerita yang menarik, walaupun tak nampak bentuk hantu tu, walaupun berubah mcm rupa kawan dia sahaja. Tapi mcm tu, sometimes, lagi scary. Boleh bagi pembaca lain pun terasa seram. Bila baca cerita ni dalam bilik. Boleh bayangkan perkara sama berlaku kepada pembaca. Terus kan mengarang. Ayat pun sempoi. Best. 8 markah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.