Ketika Shooting Drama di Bangi

Assalamualaikum. Hi semua. Firstly thank you so much FS sudi kongsikan cerita saya. Saya Shafaren Hamid, yang mana dah baca cerita saya pasal Sekolah Sg Buloh tu tahu la. Kalau tak tahu boleh follow saya di media social. Ok kali ni saya nak cerita sewaktu saya shoot untuk drama episod di bangi.

Lokasi ini di asrama. Time tu kami pelakon dan crew semua kena stay sana sepanjang shooting, tak silap saya selama sebulan. Ok cerita bermula ketika magrib, selepas sehari suntuk kami shoot dari pagi sampai ke petang. Memang badan pun penat tak yah cakap. Then salah seorang pelakon perempuan (ER) baring dibangku tepi hallway otw ke bilik. Saya dan 2 orang lagi pelakon lelaki (EL & NN) tegur dia ” ER dah magrib ni, tak elok tidur sini. Penat penat ni.

Baring kat bilik” ER buat tak tahu je, senyap tak bersuara. Kami pelik then we keep asking dia suruh bangun. Tak lama tu dia bangun then terus jalan ke bilik tanpa kata kata. Kami pun pulang ke bilik pelakon lelaki. Selepas je selesai mandi solat. Pelakon perempuan EH datang ke bilik kami panggil kami ke bilik perempuan kerana ER berkelakuan pelik. So kami pun bergegas ke seberang block, bilik pelakon perempuan.

Sampai sana, kami nampak semua pelakon dan crew berkumpul then Production Manager (PM) tanya kami, ” tadi ER dia gi mana? ” kami jawab ” tak ada gi mana pun. Just dia baring kat bangku luar surau kata penat”. Riaksi muka PM mmg berubah time tu, saya pun menjenguk ke dalam bilik. Saya nampak ER dah baring atas katil, berselimut kesejukkan. Tiba tiba bulu roma saya naik. Meremang. Saya rasa memang ada something tak kena.

Time tu salah seorang pelakon lelaki adalah iman muda yang memegang watak ustaz. Sy pun cakap la kat dia ” cuba ustaz gi tgk, ada something tak kena ni” . Ustaz pun masuk bilik perempuan bersama sy crew lain. Time tu dalam bilik ada pelakon perempuan lain, Bonda EH & ESL. Bila je sy jejak kaki dalam bilik, mata dia besar dan terus halau kami keluar. ” ER ok, Bonda suruh la diorg keluar” berulang ulang ayat tu. Ustaz mula baca doa, then saya terasa something bergerak di kaki. Tapi bila tengok tak ada apa apa. Tiba tiba saya secara tetiba berfikir benda ada kat kaki dia. Saya cakap kat ustaz ” ustaz tolong pegang saya” saya minta izin bonda dan dua orang pelakon perempuan untuk pegang kaki ER.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim. Saya pegang je kaki dia, terus dia menangis kecil ” sakit, sakit, lepaskan lah” sambil menendang saya. Saya minta ustaz pegang kaki sambil baca ayat 3 kul. Dengan ustaz sekali kena. Benda ni dah control sepenuhnya. Then tetiba dia senyap, kami ingat dah ok la. Then dia bangun cakap nak keluar bilik. Nak jalan jalan kat luar bilik ambil udara. Lalu ESL peluk dia cakap ” tak apa, kita suruh diorg keluar. Awak stay dalam bilik” dia jeling ESL sampai ESL sendiri pun rasa takut. Then semua keluar dari bilik kecuali saya, Ustaz, PM dan pelakon perempuan. Crew production standby kat pintu dan sliding door sebab takut dia lari lompat keluar. Kat sini dia dah start, dia menari ala ala makyong, dia mengilai then dia duduk di tepi tingkap nak cari point untuk keluar bilik. Then ESL pun pegang dia ” awak nak gi mana?” then dia pandang ESL senyum dan kata ” awak nyanyi untuk saya” .

Time tu memang masing masing takut, saya suruh ESL baca surah kat telinga dia. Then dia buat apa? ER ajuk balik ayat ayat yang di baca. Ajuk bebetul macam main main. Time tu, ada production crew panggil guard tempat tu. Dia ada belajar silat. Then saya keluar dari bilik. Sy minta izin dengan PM nak ambil someone yang saya kenal yang pandai bab bab ni. Saya pun terus ambil kereta gerak ke pj. Then patah balik ke bangi. Memang tak fikir apa dah time tu. Fikir keselamatan ER je time tu. Then bila sampai di situ. Ingat ke dah selesai sebab orang silat tu ada. Rupanya tak, makin teruk. ER boleh berlawan dgn dia then nari nari macam main main.

Pakcik yg saya ambil tu masuk je bilik, ER terus jeling then memang dia focus ke pakcik tu je. Pada mulanya pakcik tu just cakap elok elok ” kesian budak ni kau buat macam tu, dia penat kerja. Kau buat kacau.” dia senyum gelak cakap ” aku suka dia” pakcik tu cakap elok elok lagi ” keluar dah. Aku tak nak kau duduk dalam tu dah. ” then ER dah berubah muka, muka Marah. Then time tu pula saya kena gi set sebab ada scene nak shoot.

So tinggal PM, pakcik tu and crew je dalam bilik. Bila saya balik dari set, semua dah selesai. Saya tanya pada pakcik tu kenapa, pakcik tu kata kawasan ni memang kawasan dia then benda tu memang suka kacau orang tengah lemah. Badan dah penat shooting, kenapa baring kat luar lagi lagi magrib. Lepas dari tu ER sedar then dia tak ingat apa apa pun pasal apa terjadi. Dia dihantar balik ke rumah untuk berehat.

Seminggu kemudian baru kami sambung shoot. Sepanjang stay kat situ, seriously tempat tu memang kosong. Ada orang stay bila sabtu ahad je time ada kursus. Kalau tak ada memang sunyi. Selain dari kena rasuk, ada juga kami pelakon lelaki kena kacau contoh macam kul2 pagi tetiba ada bunyi pintu kena ketuk bila tgk bawah pintu tak ada orang. Sliding door pun kena ketuk juga. Tapi buat tak tahu je la. So itu sahaja untuk kali ni, ada masa insyaallah saya kongsi lagi. Peace.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *