Ketika Shooting Telefilem Astro di Sebuah Sekolah di Sg Buloh

Assalamualaikum semua. Thank you FS sudi kongsikan cerita saya. Nama saya Shafaren Hamid. Kepada yang mengenali saya tahu la perkerjaan saya, kepada yang tak kenal boleh follow saya di media social. Cerita ni berlaku ketika pengambaran sebuah telefilem untuk astro ria dan di bulan ramadhan.

Lokasi kami untuk hari pertama shooting sebuah sekolah di sungai buloh. Jam menunjukkan pukul 5 petang, saya dan beberapa rakan artis lain di tempatkan disebuah bilik di blok lama sekolah tu. Di sebab kan waktu persekolahan. So kami terpaksa gunakan tempat yang tak ada orang. Bilik persalinan dan rehat kami betul betul sebelah dgn bilik stor yang penuh dgn barang yang tak digunakan.

Cerita ni bermula bila selepas magrib, kami ada scene yang sebelah malam. So selapas selesai berbuka puasa, saya dan d berjalan berdua ke blok lama belakang sekolah. Sewaktu saya berjalan, saya memang nampak satu kelibat orang tengah berdiri di tingkat 3 tangga berhadapan dengan saya. Lalu saya bertanyakan kepada d ” wey kau nampak tak? ” time tu pula bebetul sebelah bilik stor tu. D pandang saya, terus jalan laju. Kami pun diam je la. Then bila jam dah pukul 10 lebih macam, setelah selesai a few scene.

Then salah sorang pelakon perempuan S ni tak jumpa, time tu pula dia tgh red flag so memang risau la. Salah sorang dari crew production nampak dia didalam satu bilik kelas. Berseorangan tengah charge phone. Sebelum tu dah ada yang tanya dia, ” awak ok tak? “S jawab” ok ” dengan mata memandang terus ke arah crew tu tanpa senyum. Then bila dia masuk ke bilik rehat, dia tak bercakap satu apa pun

. Terus keluar untuk get ready on set. Tiba tiba dia menjerit bila dia, semua terkejut and meremang bulu roma time tu. Ada yang ingat dia berlakon rupanya tidak. Tuan director bergegas bangun lalu memegang dia dan terus azan disebelah telinga dia. Slepas azan, dia terus jatuh pengsan. Kami mengakat dia dan baringkan di ruang kosong dalam bilik. Tetiba sorang lagi pelakon tetiba menjerit ” panas… Panas… Aku panas.. ” semua berlari keluar dari bilik dan memerhati dari luar.

Dua orang crew dan sorang pelakon lelaki melaungkan azan di dalam dan luar bilik. Lalu senyap selepas habis azan, dan S pula menjerit kembali, ketawa, mengilai, dan mengajuk bacaan surah yang di bacakan. Time tu memang tak tahu nak buat apa sampai la ada orang kawasan tu membawa cikgu silat yang pandai bab mistik ni. Then baru la S senyap tapi saya dapat rasakan bnda tu still ada. Jam tepat kul 12, mereka menghantar S pulang dan kami pun wrap untuk hari itu. Tapi sebelum S pulang, dia duduk dalam kereta dan matanya besar memandang tepat kearah saya. Memang pelik lama pandang tak berkelip.

Then saya pun pulang bersama D, selpas saya menghantar D pulang sewaktu perjalanan pulang ke rumah dari damansara. Memang tak jauh pun tapi malam terasa jauh ya amat. Sampai je terowong di damansara uptown, terasa ada orang tarik rambut saya seperti menggunankan jari je. Then saya tegur ” haih, jangan kacau aku. Aku nak balik ni. Kau blah la” then senyap buat 5 min, DIA boleh pula pegang bahu saya.

Memang rasa kuku tajam tu kena kulit. Tahan je la sampai je luar rumah. Saya call ayah saya untuk tolong bawakan air yassin keluar cuci kereta. Ayah saya bising shooting kat tempat apa sampai benda ikut. Then memang tak thu nak jawab apa la. Then mandi dulu sebelum tidur solat sunat then baru tidur. Lepas dari tu, kami semua berehat selama 3 hari, bermacam lagi gangguan yang terkena pada director sampai demam. Banyak lagi cerita yang berlaku sebalik tabir sepanjang saya berlakon. Saya masa saya share lagi. Insyaallah. Thanks everyone. Btw tajuk telefilem tu ” NENEK BONGKOK TIGA”

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Shafaren

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.4]

7 thoughts on “Ketika Shooting Telefilem Astro di Sebuah Sekolah di Sg Buloh”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.