winter_sky_stars_nature_night_86857_3840x2160

Ketuk – ketuk

Salam Admin,

Aku dulu pernah post cerita tajuk “Sleep paralysis”. First sekali nak say sorry dekat admin sebab post yang lepas aku tersend banyak kali dan menyebabkan admin pun tersiar cerita tu jadi double. Maaf la excited sangat nak post cerita huhu…

Ok back to story aku kali ini, aku nak cerita pengalaman aku masa study dulu la. Macam entry sebelum ni aku ada mentioned yang aku memang selalu kena kacau kan. Kisah bermula bila aku sambung belajar dekat IPTS. Sem 1 memang semua student di tempatkan di hostel. Aku ni dulu memang penakut ya amat.

Kena pula stay hostel , dan dengar cerita orang ramai pasal cerita hantu dekat hostel ni la yang buat aku lagi tekad tak mahu duduk hostel. Masa stay hostel ni memang la ada kena usik mengusik. Akak senior selalu kena hysteria, Ada sorang kawan same course dengan aku ni pula memang ada kelebihan nampak “benda’ tu. Selalu certa dengan aku yang dia nampak benda ni tengah malam hujung katil la, atas almari. So bila dah dengar cerita macam ni aku pun decide nak cari rumah sewa. Jadi bila dah masuk sem 2, kami berlima semua kawan yang same course tekad nak duduk luar cari rumah sendiri. Bagi aku duduk rumah selamat sikit kot dari benda alah ni. Jangkaan tu salah sama sekali..

Masuk ja sem 2 kami mula pindah, Kami cari rumah sewa flat yang harga dia pun ok dengan status student kami ni. Aku lah yang paling excited. Rumah flat ni ada 3 bilik, so Master Room aku dengan asma yang stay, lagi satu room wani dan Yana & last bilik kecik ayu stay sorang. Ok ayu ni kawan aku yang ada kelebihan tadi tu. So masa mula masuk tu memang kami ada buat bacaan doa, kami invite abg senior buat bacaan yasin. Memang ingat lepas buat bacaan doa ni memang tak kan kena ngangu la. Salah ye You all.

Benda ni kalau dia nak kacau dia kacau je tak kira tempat. Memang memori paling aku tak kan lupa la benda ni main ketuk-ketuk pintu dengan aku. Cerita nya macam ni ada satu hari tu kami semua balik dari kelas dah petang dalam pukul 5.00 ptg cam tu. So bila dah blik kelas semua letih dan masuk bilik masing-masing.

Semua housemate aku cakap diorang nak rest dan tidur kejap.. Sementara aku pulak sibuk nak sambung siapkan assgment aku. Jadi Housemate aku si ayu ni pesan dengan aku memandangkan aku sorang je tak tidur, dia suruh kejutkan dia sebelum maghrib dia cakap dia pun nak siapkan assignment dia.

So aku Ok kan je la. Aku pun sambung buat assignment sampai terlampau khusyuk tak sedar waktu dah masuk maghrib. Aku pun apa lagi cepat-cepat la bangun nak kejutkan si ayu ni. Sebelum ketuk bilik dia aku perasaan pintu rumah kami tak tutup . Ayu ni memang selalu kunci bilik dia so aku pun terus ketuk pintu bilik ayu dan aku dengar macam dia dah bangun nak buka kunci pintu so aku terus g tutup pintu depan dan masuk bilik aku semula, masa tu aku memang langsug tak pandang bilik ayu tu.

Lepas ja pada tu tengah aku sibuk menghadap laptop, Dalam pukul 8 mcm tu si Ayu ni datang bilik aku sambil marah-marah kat aku kenapa tak kejutkan dia tadi. Aku pun pelik la dah kenapa si ayu ni. Aku pun explain la aku dh kejutkkan .. aku dah ketuk bilik & dia pun dah bangun buka pintu tadi. Lagi dia marah – marah aku dia cakap dia mana tidur tutup pintu sebab dia memang ingat tak nak tidur lama. agak bertegang urat disitu sebab aku memang yakin aku ketuk bilik dia tadi.

So bila dah bising-bising, Yana & Wani pun datang la menyibuk dan diorang cakap memang Ayu tidur tak tutup pintu bilik tadi sebab bilik diorang memang bertentangan dengan bilik Ayu dan Ayu tidur dulu sebelum diorang . AKu tak endahkan aku ingat mungkin Ayu mamai dia fikir tak tutup pintu. Habis ja disitu,

Tiba malam pulak semua orang dh masuk bilik masing –masing dan kunci pintu untuk tidur. Kebiasaanya kami memang akan padam semua lampu. Aku macam biasala tetap berjaga sebab masa tu gila layan Yahoo messenger.

Aku pun ber YM la sampai pagi agak dalam pukul 2pagi cam tu kot, aku terasa nak g kencing masa aku bangun tiba-tiba pintu bilik aku kena ketuk..Aku ni naif la sikit masa tu memang nak g buka la sebab aku ingat budak2 rumah ni yang ketuk . Makin lama ketukan tu makin pelik pulak dan aku tengok dekat celah pintu lampu pun tak buka aku jadi hairan la selalunya kalau diorang ketuk diorang akan pangil nama dan buka lampu depan.

So aku diam kan ja.. Macam nk luruh pintu bilik kena ketuk. Aku dah mula cuak So aku kejutkan Asma dan bagitahu dia. Kitaorang apa lagi terus Tarik selimut tidur rapat-rapat. Aku meseg Ayu, Yana & Wani tanya diorang ke ketuk bila kami. Diaorang cakap X. memang seram habis la masa tu . Bila fikir balik nasib baik aku tak pandang masa aku ketuk pintu ayu petang tu & aku tak buka pintu masa bilik aku kena ketuk. Kalau tak tak tahu la apa yang aku nampak.

Sejak dari hari tu ada juga rentetan pintu kena ketuk ni & Ayu pun nampak banyak benda kat rumah kami. Ada sekali tu tengah2 rancak sembang Ayu diam, Malam tu dia tidur dengan kami. Sah la ada benda yang dia nampak.

Dan ada satu ketika tu tengah diorang rancak layan movie tiba-tiba rumah jadi berbau busuk macam busuk sampah Wani pergi tegur dan xsemena mena ayu nampak ada benda atas bahu dia. Actually macam2 lagi la. Tapi alhmadullah kami tetap juga stay rumah tu sampai habis belajar. Dan benda ni pun dah berlaku 5 tahun yang lepas.

Sekian. Maaf kalu cerita ni xseram mana. Dan Kalau ada Housemate aku yang terbaca ni. Aku nak cakap yang aku rindu korang sangat2..hehe
_Mas_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *