Khadam misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Nama aku Fizow dan ini adalah kisah ke tiga aku kongsikan di ruangan Fiksyen shasha. Kali ini aku nak kongsikan satu kisah misteri yang pernah berlaku dalam hidup aku dulu. Aku tidak pasti ini seram atau tidak , tapi misteri ini pernah membelenggu minda dan hidupku sampai satu tahap aku pilih untuk melupakan dari mempercayainya. Ok jom mulakan.

Tahun 2012, ayahku ada sebuah kedai makan di tepi pantai terkenal di sebuah negeri pantai timur. Kedai ayahku seperti medan selera dengan lapan lot kedai di situ. Empat lot di kiri, empat lot di depan berbentuk seakan huruf L. Di tepi medan selera itu ada sebuah motel desa.

Di kawasan itu makanan yang terkenal adalah makanan laut celup tepung dan air kelapa. Rata2 yang menjual semuanya menjual menu yang sama cuma mungkin lain rasa acuan tepungnya.

Tahun 2012 aku baru sahaja tamat STPM. Ayahku mengajak aku untuk bekerja dengannya. Sebenarnya ayah aku ada dua kedai makan. Satu kat kawasan lain, satu lagi kat tepi pantai tu la. Jadi kedai yang tepi pantai ni kira macam akulah yang jaga. Ayah aku jaga kedai satu lagi. Rutin harian aku adalah membeli barang2 basah dan membuat air. Ada 2 orang lagi pekerja, sepasang suami isteri melayu siam. Kisah ini bermula apabila kami bertiga diuji dengan owner kedai sebelah. Aku memanggilnya dengan gelaran ‘akak’.

Aku pernah terdengar cerita akak pernah bergaduh dengan owner kedai sebelah kanan kedai dia.. Sepertinya persaingan kami di sini, kami menjual menu sama dan perlu membuat marketing untuk tarik pelanggan seperti memasang banner dan menambah menu bagi lagi menarik. Tapi aku tidak menyangka dia sanggup menggunakan cara ‘halus’ untuk menjatuhkan pesaingnya.

Awalnya semasa ayah aku mula mula membuka kedai makan si situ, dia menyambut ayah dan pekerja- pekerja ayah dengan senyuman siap bertegur sapa. Tapi entah kenapa, bila aku tengok mukanya, aku rasakan dia bukan senyum ikhlas, macam senyuman sinis , tersembunyi niat di sebalik bibir.

3 bulan pertama aku menjaga kedai tu, semuanya berjalan lancar. Kadang kadang tak menang tangan melayan pelanggan dari pukul 3 sampai 10 malam. Lama kelamaan kedai kami mula kurang pelanggan sampai ada harinya kedai kami langsung tiada pelanggan. sedangkan kedua2 belah kedai kami penuh sesak dengan pelanggan. Menu sama, rasa lebih kurang sama kenapa orang tak nak datang. Termanggu manggu aku memikirkan. Aneh.

Owner sebelah yang kami panggil ‘akak’, dah tidak bertegur sapa dengan kami, jeling pon tidak. Kadang pekerja ayah aku tertanya tanya jugak apa silap dorang. Kami bertiga je yang kerja kedai tu. Aku biasanya masuk kerja pukul 5. Lagi dua orang pekerja M dan N (bukan nama sebenar) yang juga suami isteri tu masuk pukul 3, mereka tinggal di rumah sewa belakang kedai. M merupakan isteri kepada N.

Setelah beberapa bulan kedai ayah tidak laku, ketika aku baru sampai ke kedai, M ade menceritakan dia tidak boleh tengok muka Akak sebelah tu sebab bila dia tengok, mata akak tu bewarna putih dan nampak menyeramkan. Suaminya N pon nampak benda yang sama. Mata putih tanpa anak mata. Kadang kadang selepas dorang tengok mata akak tu, dorang naik seram, secara tiba2 akak tu ketawa seakan mengilai. Jangan kata korang, aku yang dengar ni pon macam tak percaya. Mane ade orang nak mengilai siang siang. hehe.

Keesokan harinya, waktu M dan N mula buka kedai, akak tu tiba tiba senyum dan bertegur sapa pada dorang. Dia hulurkan kerepek pisang pada M, saje je katenya. M pun tak fikir bukan bukan, dia pun amik je la. Alah macam jiran jiran rumah pulak bagi buah tangan. Aku sampai je kedai, awalnya semuanya nampak ok je.

Selepas 5 minit aku bersembang dengan dorang, M tetiba mengadu sakit kepala. Dia meletakkan muka dia di meja dan menutup dengan tangan. N bertanya ok ke tak, kot kot demam nak penadol tapi M cakap tak nak. Tiba tiba M menangis kuat. Aku pulak naik cuak , Aishh kenapa pulak dia ni. M mengatakan dia rasa macam ade sesuatu mengigit bahu dia, sakit sangat. Menangis nangis hampir nak meraung. N naik pelik dengan bini dia. Haritu M rehat je kat kedai, duduk saje je, lagipun kedai kami takde orang datang. Kedai sebelah macam biasa , penuh.

Aku balik rumah, aku cerita kat ayah. Ayah kata mungkin dia tak sihat kot. Aku pon cakap mungkin la. Esok harinya, waktu sama aku datang kedai. Skrip yang sama, aku duduk bersembang dengan M dan N. M dah ok, tak sakit dah, boleh je datang kerja. lepas setengah jam, N kata lapar nak masak nasik goreng jap. So aku dan M pun pergi siapkan barang barang kedai. Dah siap letak semua barang, aku pun lepaklah kat meja dalam kedai tu. M pun dah siap letak barang, duduk kat meja sekali. Aku ni tukang buat air kat luar, M pulak tukang kemas meja dan buat ABC. N tu tukang masak.

Aku tanya M, mana N? takkan lama benor masak nasi goreng. Peliknya, dari tadi takde dengar bunyi pon. Mana ade orang goreng nasi senyap senyap. Mesti tang tung tang jugak bunyinya. Aku terus pergi check kat dapur, aku tengok M duduk mencangkung depan tong gas sambil tangan kiri dia pegang bahu sebelah kanan sambil tunduk kepala. Aku tanya N, “Kau ok tak? kata nak masak nasi goreng? kenapa mencangkung pulak.. N angkat kepala sambil menangis , “fizow, aku takleh keje la harini, bahu aku sakit, macam kena gigit. Sakit sangattt.. Menangis nangis N menahan sakit. Ahh sudah, aku call ayah aku dan ceritakan semuanya. Ayah aku arahkan tutup kedai, dan ayah aku datang nanti tutup akaun kedai. Macam kira duit hasil dan tolak kos, gitulah.

Ayah aku sampai je, M dan N terus balik. Ayah aku suruh rehat dulu harini. waktu tu baru pukul 5 lebih. 2jam je buka kedai. Sampai kat rumah, aku spontan cakap dekat ayah, “kalau M kena semalam, N kena hari ni so esok mesti Angah pulak yang kena kan ayah?”. Ayah aku terdiam. M**i kutu nak jawab soalan aku. Lepas tu ayah kata ” malam ni ayah pergi cuba jumpa ustaz mintak berubat, esok angah pegi je keje macam biasa, kita tengok macam mana esok”. Aku pun iyakan je. Tak tau nak percaya ke tak benda mistik ni. sebab ni first time jaga kedai makan. Mana la tau orang berniaga sanggup guna cara ni. Muda lagi la katakan.

Tapi aku tak rase seram pulak. Lama dah aku target akak tu. Sebab instinct aku rase dia ni macam ada niat tak baik kat kedai ayah. Dia senyum pun lain macam. Mase M dan N balik petang tadi, aku tengok akak tu senyum sinis je tapi tak tegur pape. lepas tu dia tengok aku. Aku tengok dia ,dalam hati rasa macam membara nak marah. D***h muda la katakan. Jadi aku kuatkan semangat, nak tengok esok bahu aku sakit tak, rase macam kena ‘gigit’ tak. Aku tak rase seram dah, aku nak tengok sejauh mana permainan akak tu.

Keesokkan harinya, macam biasa aku datang kerja. M dan N dah ok. Takde sakit sakit, muka bersemangat je duk persiapkan barang barang kedai. Jadi aku cakap dalam hati, “pukul berapa la nak kena gigit ni”. “Menatang apa la yang datang gigit tu”. Aku nk selesaikan perkara ni hari ni. Jadi kami buat kerja macam biasa. Ade jugak pelanggan datang tapi tak ramai. Kedai sebelah? hmm macam biasa.

Masuk waktu maghrib aku pergi solat. Sudah solat, aku masuk kedai, akak tu perhatikan aku. Muka dia macam hairan. Aku perasan tapi aku buat dunno je. Agaknya dia hairan kenapa aku tak rase sakit bahu lagi. Aku pun tertanya tanya jugak bila akan kena ni. Eh, macam telepati pulak dengan akak tu. Rase lucu, sebab hari tu kami keje macam biasa sampai tutup kedai 10malam. Eh takda apa apa pun jadi kat aku.

Habis kerja, aku tak balik rumah, aku pergi kedai makan ayah yang satu lagi. Saje nak lepak lepak. Kedai ni macam restoran la sebab besar sikit dari kedai tepi pantai tu. Sampai kat kedai aku disapa oleh makcik Y dan abang Z. Abang Z ni selalu datang minum kat kedai aku, siap lepak semeja dengan family aku. Makcik Y pulak selalu jugak datang dengan suami dia. Datang minum bersembang dengan mak ayah aku. Kira dua orang ni agak baik juga dengan mak ayah aku.

Makcik Y ni sebenarnya ade deria keenam. Mata tanpa hijab la orang kata. Aku pun datang ke meja dorang. Waktu tu cuma ada makcik Y dan abang Z je kat meja. Makcik Y tegur aku “angah, dengar kata kedai sana kena kacau tiga hari dah?” .Aku iyakan je. “Entah la makcik, sepatutnya harini bahu saya kena gigit, sebab M dan N dah kena dulu”. Tiba tiba muka makcik Y berkerut . “Eh kejap, macam ade sesuatu kat bahu angah” Makcik Y membaca sesuatu lalu dihembus ke bahu aku dan menadah sebelah tangan seolah olah ada benda yang diambilnya di bahu aku.

“Haaa memang ada benda ni, benda ni ada tuan dia” spontan makcik Y bersuara. Dia pun bawak ‘benda’ tu atas tangan dan pergi tiup luar kedai. ” Ok makcik Y dah buang. Benda ni la yang gigit M dan N. ” ‘Benda suruhan’ dia la ni , tapi kenapa benda ni tak gigit angah?”. Kami bertiga diam. Tiada jawapan. Last last aku tengok Tv kat restoran tu, layan movie kat tv3. Restoran ayah aku tu ade skrin besar .

Abang Z yang duk melayan tv dari tadi tiba tiba bersuara. “Fizow, kau ni sedar tak pasal keturunan kau? Aku dah lama nak tanya.. kau ade keturunan wali ke?”. aku bertanya apa benda tu wali . Abang Z menjawab “hari tu lagi aku perasan masa kau lalu depan aku, rasa panas je . kau sebenarnya keturunan wali 7. Aku keturunan wali 9. Keturunan wali ni datang dari kerabat diraja”.

Berdekah aku gelak. haha. Tiba tiba keturunan diraja pulak. Tapi muka abang Z serius, dia tanya aku ade keturunan diraja tak. Pastilah aku jawab tak. Kalau tak aku dah lama kaya. Mase ayah aku nak join datang semeja, terus abang Z tanya kat ayah aku. Ayah aku diam sekejap, cuba mengingati sejarah nenek moyang kot. Pastu ayah aku jawab ” kalau ikutkan dulu moyang bekas tukang urut diraja”. “Hah, betulah ade keturunan diraja ” spontan abang Z berkata.

Aku tanya balik ” apa kaitan keturunan diraja dengan harini tidak di ‘gigit’ oleh suruhan akak tu?”.. Makcik Y terus mencelah “sebab angah ade pelindung, ada khadam yang menjaga. Sebab tu benda tu tak berani kacau. Kebingunan aku. Khadam mana pulak ni. Makcik Y berkata moyang aku dulu ada amanahkan dua khadam untuk menjaga keturunan aku. Orang tua tua kata, orang pandai mengurut zaman dulu ramai yang ada ‘isi’. Maksudnya ade ilmu atau khadam suruhan.

Makcik Y kata sebelah kiri dan kanan aku ada khadam . Berupa seperti hulubalang ,memakai tanjak, pakaian persis pendekar dan mempuyai keris. Cara nak jumpa atau tengok dorang tanpa hijab, aku kena cari 10jenis bunga dan ada bacaan zikir yang aku kena baca pada hari dan waktu yang ditetapkan. Makcik Y ni selain dari mata tak berhijab, dia sebenarnya ade gaya macam bomoh bomoh sikit. Cincin hampir penuh jari kedua belah tangan. Gelang kristal 2 3 utas di tangan. Cuma dia hanya boleh nampak tapi tak boleh berubat. Aku tak percaya sangat makcik Y ni tapi aku percaya dia boleh nampak benda benda ghaib sebab dia pernah tolong ayah aku cari barang sihir orang tanam depan restoran.

Kebingunan aku malam tu. Antara nak percaya atau tidak. Tapi aku bukan jenis pentaksub atau syirik. Aku percaya adanya makhluk ghaib iaitu jin dan syaitan. Aku taknak taksub sebab aku percaya syaitan dan Iblis selalu mencari jalan untuk menyesatkan kaum adam hingga kiamat. Walaupun persoalan aku terjawab sebab apa aku tak digigit oleh benda tu, tapi peristiwa malam tu memberi seribu satu persoalan lain berkenaan keturunan aku.

Betul atau tidak, cukuplah kita belajar ilmu tauhid. Sedar yang kita hanya hamba Allah di dunia yang fana ini. Maaf cerita kali ni terlalu panjang dan tidak seram, setiap apa yang aku kongsikan adalah kisah benar hidup aku tanpa rekaan.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.4]
Fizow

9 thoughts on “Khadam misteri”

  1. Eh kedai mkn tepi pantai tu kt mana rasa mcm pernah baca kat novel menu celup tepung dengan air kelapa tu dlm novel “Saat Mata Berbicara” apa apa pun best cerita πŸ‘πŸ»

    Reply
  2. Kadang2 orang singgah kedai makan tengok dulu ramai pelanggan atau tak. kalau ramai mungkin sedap. Sebab tu je. Sihir tu semua takde pengaruh sangat pun. So lepas ni ko jemput bunian singgah bagi ramai haha Aku harap kau tak putus asa. Rezeki Allah ada di mana2. Sampai masa rezeki kau sampai, tetap sampai. Takde sapa boleh nafikan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.