Khianat

Assalamulaikum semua. Saya Ara. Ini kali kedua saya menghantar cerita ke Fiksyen Shasha dan terima kasih kepada pihak FS kerana menyiarkan cerita saya yang bertajuk Bunian baru-baru ini.

Cerita yang bakal saya ceritakan kali ini terjadi pada saudara terdekat saya. Tak seram, tapi sekadar nak berkongsi kisah.

Cerita ni jadi pada keluarga Mak Teh saya. Semuanya bermula apabila satu malam, kawan-kawan sekerja Pak Teh bercadang nak lepak rumah Pak Teh setelah tamat waktu kerja. Pak Teh ni orangnya baik, dan dia tak syak apa-apa langsung bila kawan-kawan nak datang lepak rumah walaupun sebelum ni diorang tu tak pernah pun datang rumah Pak Teh. Tiba-tiba je malam tu diorang minta nak datang. Pak Teh pun happy je la, boleh sambung berborak kat rumah.

Cerita ni diceritakan semula oleh Mak Teh. Kata Mak Teh, waktu kawan-kawan Pak Teh tu ada di rumah, Mak Teh tengok gelagat diorang ni lain macam sikit. Sebab Mak Teh ada di dapur siapkan minuman untuk diorang. Dari dapur tu Mak Teh boleh nampak apa jadi kat ruang tamu. Dia terjenguk-jenguk jugak la apa yang diorang buat. Dan Mak Teh cakap, dia perasan ada sorang kawan Pak Teh ni asyik dok perhati je setiap sudut rumah Mak Teh. Macam dia tengah merancang sesuatu. Sebab boleh nampak lain macam. Tapi Mak Teh buat tak tahu je lah, cuma dia rasa tak sedap hati.

Bila Mak Teh pergi ke ruang tamu untuk hidangkan minuman, tiba-tiba salah sorang kawan Pak Teh yang lain macam sikit tu minta izin untuk ke tandas. Kebetulan tandas untuk tetamu letaknya dekat dengan kawasan dapur, jadi Mak Teh tunjukkan lah kat mana tandas tu. Mak Teh dah rasa tak sedap hati.

Lepas dah selesai berkemas kat dapur, Mak Teh terus naik bilik kat tingkat atas. Sambil-sambil tu Mak Teh curi-curi tengok kawan Pak Teh yang baru keluar dari tandas. Yang hairannya, Mak Teh cakap dia tak terus pergi ke ruang tamu. Dia dok mundar-mandir je dekat kawasan dapur tu. Dan belum sempat Mak Teh nak siasat dengan lebih lanjut, kawan Pak Teh tu dah terperasan Mak Teh yang tengah dok tengok dia dari atas. Terus Mak Teh hilangkan diri ke bilik cepat-cepat.

Malam tu, lepas masing-masing dah minta diri nak balik, Mak Teh perasan rumah dia rasa lain macam. Mak Teh memang tak boleh nampak benda-benda halus ni tapi dia rasa di setiap sudut rumah tu macam ada orang tengah perhatikan dia. Kejap-kejap dia rasa bulu roma dia meremang. Tapi Mak Teh buat tak tahu.

Malam tu waktu tengah siap-siap nak tidur, Mak Teh kata Pak Teh senyappp je. Tak bercakap sepatah pun. Muka pun macam orang murung. Mak Teh tanya pun dia senyap, sekadar angguk atau geleng. Mak Teh cuba berfikir positif, mungkin Pak Teh tengah serabut pikirkan hal kerja atau ada masalah lain yang mengganggu Pak Teh buat masa sekarang. Tapi satu benda yang buat Mak Teh terkejut malam tu bila dia nampak muka Pak Teh lain. Macam tu bukan suami dia.

Tapi Mak Teh malas nak pikir pelik. Dan dia pun dah mengantuk jadi dia terus tidur.

Takde apa yang pelik berlaku pada keesokan harinya tapi setelah seminggu sejak kawan Pak Teh datang tu, anak bongsu dia nama Adam satu hari tu tiba-tiba je tak boleh berjalan. Waktu tu Mak Teh kejutkan dia suruh mandi siap nak pergi sekolah. Elok dia nak bangun je terus terjelepok jatuh. Dia panik, satu rumah panik. Dia tak boleh nak bangun. Pak Teh dengan Mak Teh yang kena tolong angkat dia dan papah dia berjalan. Tu pun dia masih tak boleh nak angkat kaki, jalan pun seret je kaki tu. Macam berat sangat kaki dia.

Terus diorang bawak Adam pergi hospital. Tapi bila doktor cek, takde sakit apa pun. Normal ja. Semua pakat pelik apa dah jadi dengan Adam. Dah takde apa-apa, diorang pun bawak balik rumah la, dengan harapan esok lusa tu Adam dah okay. Tapi jangkaan diorang meleset sama sekali. Makin lama diorang perasan dua-dua belah kaki Adam tu membengkak. Macam kaki gajah atau elephantiasis. Adam kata tak sakit, tapi rasa berat. Makin hari makin teruk pulak bengkak tu. Memang Adam tak boleh berjalan sebab berat sangat kaki dia.

Pergi bawak jumpa doktor lagi sekali, doktor memang cakap dia takde sakit apa pun. Doktor memang tak dapat nak cari punca kenapa jadi macam tu sebab bila cek semuanya normal. Last sekali doktor tu sendiri yang cadangkan supaya bawak jumpa ustaz.

Bila bawak jumpa ustaz je, terus ustaz cakap ada beratus jin dok hinggap kat kaki dia. Terkejut Mak Teh dengan Pak Teh bila dengar ustaz cakap macam tu. Diorang tanya la macam mana tiba-tiba boleh jadi macam tu. Ustaz kata ada orang tinggalkan benda dekat rumah diorang. Mak Teh tiba-tiba teringat kawan Pak Teh, tapi dia tak nak cepat sangat menuduh, jadi Mak Teh diamkan je lah. Ustaz pun terus baca-baca ayat al-Quran, dan bagi air yang dah dibaca tu dekat diorang sekeluarga untuk diminum dan disapu dekat kaki Adam. Pada masa yang sama Mak Teh minta ustaz tu tolong tengokkan rumah diorang. Ustaz pun setuju je.

Pada hari ustaz tu datang rumah, terkejut ustaz tu. Katanya ada lebih dari 10 ribu ekor jin dok menghuni rumah diorang sekarang. Ustaz tu cuba baca ayat-ayat al-Quran dengan niat nak halau jin-jin tersebut tapi malangnya disebabkan terlalu banyak, ustaz tu kata dia tak dapat nak membuang kesemuanya. Walau macam mana pun, ustaz tu pesan suruh sentiasa baca ayat Qursi untuk pendinding diri.

Sejak pada tu, hari-hari siorang sekeluarga mengaji, solat sunat apa semua. Kaki Adam pun alhamdulillah dah okay dan dah boleh berjalan. Tapi gangguan yang lain pula terjadi. Anak sulung Mak Teh, kakak kepada si Adam yang namanya Hana ada cerita. Satu malam tu waktu dia tengah tidur, dia tiba-tiba terjaga sebab rasa sakit dada. Rasa sesak sangat dada tu. Nak kata kena tindih, tak jugak sebab dia kata dia boleh je gerakkan kaki tangan dia. Cuma dada dia rasa sakit dan sesak sangat and macam bunyi ‘Dung! Dung! Dung!’. Rasa macam ada benda yang cuba nak masuk dalam badan dia tapi tak boleh nak masuk. Last sekali dia baca ayat Qursi, rasa sesak tu makin lama makin kurang dan terus hilang. Berpeluh-peluh dia cakap malam tu. Yang pasti bukan mimpi, sebab dia terjaga. Cumanya nasib baik dia tak nampak benda apa yang cuba nak masuk dalam badan dia tu.

Mak Teh ada cakap, dalam rumah dia tu, area yang paling dia rasa seram dan semacam adalah kawasan dapur. Dapur tu pun nampak suram dan seram je. Tapi nasib baik Mak Teh tak pernah nampak apa-apa. Tapi sekadar bunyi-bunyian tu Mak Teh cakap memang selalu sangat datang dari arah dapur. Bunyi orang ketuk tingkap, bunyi orang baling guli, tiba-tiba lampu terbukak, air kat sink terbukak sendiri, yang tu selalu sangat jadi sejak kes Adam sakit tu. Rasa macam diperhati, memang selalu sangatlah. Anak-anak dia semua cakap rasa tak tenteram duduk dalam rumah sendiri.

Lepas sebulan duduk dalam keadaan rumah yang dipenuhi jin tu, satu hari tu macam mana entah, jiran Mak Teh ada kenalkan seorang perempuan yang berkebolehan dalam berkomunikasi dengan makhluk halus ni kepada Mak Teh. Muda lagi perempuan tu, dalam awal 30-an. Bukan ustazah tapi cuma seorang hamba Allah yang biasa yang dikurniakan kebolehan tersebut. Dapat je contact number, diorang terus berhubung dan set tarikh untuk akak tu yang dipanggil Kak Teja untuk datang tengok rumah Mak Teh.

Hari Kak Teja datang, memang dia terkejut. Sama macam apa yang ustaz tu cakap, ada terlalu banyak sangat jin dalam rumah ni. Merata-rata diorang duduk, dekat luar rumah, atas pokok, bertenggek kat bumbung, dalam rumah tu lagi lah kan. Tak terkira banyaknya. Kak Teja pun masuk rumah, perhatikan setiap inci rumah tersebut. Dari ruang tamu dia tengok perlahan-lahan sampailah ke dapur, Kak Teja tiba-tiba berhenti. Dia tunduk pandang lantai dekat kawasan dapur. Saya tak tau nak cerita macam mana. Tapi dekat satu tile dekat dapur, tile tu lain macam sikit rupa dia. Macam menggelembung sikit dan macam berbukit dan ada empat bulat hitam dekat atas tile tu. Mak Teh kata memang sejak dua menjak tu dia perasan tile tu ada benda hitam, tapi ingatkan fenomena biasa ja. Kak Teja cakap dekat tile tu lah jin-jin tersebut dikunci. Patutlah kawan Pak Teh tu asyik mundar-mandir dekat area situ, sebab dekat situ dia simpan jin-jin tu semua. Tapi Mak Teh masih diamkan diri, tak bukak cerita pada sesiapa even Kak Teja sekalipun.

Kak Teja pun mulakan kerja dia. Dia cuba berkomunikasi dengan jin-jin tersebut. Memang betul, ada orang yang menhantar jin tu ke rumah ni. Kak Teja minta diorang supaya jangan ganggu keluarga Mak Teh, minta diorang keluar dari rumah tu secara baik tapi diorang degil. Diorang tak nak sebab diorang dah ditinggalkan di situ. Jadi rumah tu rumah diorang. Last sekali Kak Teja buat satu deal dengan semua jin tu. Diorang akan berlawan. Kalau Kak Teja menang, jin tersebut akan keluar dari rumah tu, tapi sekiranya jin tu memang, sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku dekat Kak Teja sebab Kak Teja yang akan berlawan dengan jin-jin tersebut. Kak Teja minta tempoh seminggu untuk dia persiapkan diri dia, dan jin semua setuju.

Lepas dia dah deal dengan diorang tu, Kak Teja pesan dekat Mak Teh sekeluarga. Dia kata main dengan jin ni kadang-kadang memang boleh bawa mati. Mak Teh pun terus jadi risau bila Kak Teja cakap macam tu. Sebab yang nak lawannya Kak Teja. Kak Teja pulak yang ambil risiko semata-mata nak tolong Mak Teh sekeluarga. Tapi Kak Teja cakap, semuanya berlaku dengan izin Allah. Niat dia nak tolong. Tu je. Kak Teja pesan supaya perbanyakkan solat hajat, baca al-Quran banyak-banyak dan minta doa banyak-banyak.

Dalam masa seminggu tu, selama tujuh hari tujuh malam Kak Teja solat hajat dan bangun solat tahajjud, minta pertolongan dari Allah. Pada hari yang dijanjikan, kebetulan hari tu hari Jumaat, Kak Teja telefon Mak Teh dan pesan suruh semua anak beranak diorang tu baca ayat Qursi sampai rumah tu bau hangit manakala Kak Teja akan berlawan dengan jin tu dari jauh. Berlawan macam mana, tu Wallahua’lam. Mak Teh pun sampaikan pesanan tersebut pada Pak Teh dan anak-anak diorang. Tak henti-henti dari pagi sampailah tak silap saya hari dah menjelang petang kot, memang Mak Teh kata rumah diorang tiba-tiba bau hangit yang amat. Bau benda terbakar. Mak Teh cek dekat dapur kot-kot dia masak something dan terlupa tutup api ke, tapi memang dapur kosong. Bila Mak Teh nak pergi ke ruang tamu semula, mata dia terpandangkan tile yang katanya tempat jin-jin tersebut dikunci. Tile tersebut sudah kembali normal. Tiada lagi empat bulat hitam, dan dah tak menggelembung. Serentak tu jugak Kak Teja telefon Mak Teh dan sampaikan berita bahawa Kak Teja menang dan kesemua jin tersebut dah mati. Bersyukur tak terkata Mak Teh sekeluarga sebab apa yang lebih dirisaukan mereka adalah keselamatan Kak Teja.

Selepas pada tu, rumah mereka kembali aman. Dah tiada lagi gangguan-gangguan di rumah tersebut. Sekian saja cerita saya. Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca cerita biasa saya.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Ara

13 comments

  1. Menarik cerita Ara. Ada elemen seram. Meremang juga bila membayangkan 10 ribu lebih jin dalam rumah, MasyaAllah. Nak tahu juga apa jadi dengan kawan2 Pak Teh? Maksudnya lepas jin diorang yang 10 ribu lebih tu mati. Mana diorg kutip byk2 jin tu…dah tu tak boleh nak tanggung lepaskan kat rumah org pulak. Teraniaya orang.

    1. Saya rasa dia cuma tinggalkan sejumlah jin. Tapi jin kan beranak-pinak dan lebih cepat dari manusia. jadi dalam tempoh berikut benda tu bersarang lah dalam rumah tu sampai beribu2 lemon. Nauzubillah.

  2. Geram pulak hati kite membacanya… ada kwn x berhati perut cmni mmg patut kena humban gaung je.. bawa sekali jin² dia semua tu.. hanatt!!

  3. Baca kisah ni buat saye tertarik untuk kongsi kisah saye tp xtau la admin akn publish ke x n xtau la awak semua berminat untuk baca atau x. Dengkinya makhluk bergelar manusia..

  4. camne dgn kawan pak teh ? apa jd dgn dorg ? sampai skrg mak teh tak bgtau pak teh ke yg kawan dia yg bt semua tu ? apa motif kawan dia bt camtu ? dengki ke ?
    hahaha . dah mcm polis pencen pulakk .

  5. kira cerita dia lani, mmg mkteh sorang jelaa yg tau keja manusia xbertanggung jwab tu~
    awat xcerita dkt pteh adoii~ kena elak berkwan dngn org2 yg dok beramal amalan2 syirik ni~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *