Kisah 3 Malam Yang Seram Boleh Membuatkan Jantungku Gugur

Hai warga FS.
Nama aku El. Aku dikurniakan kelebihan untuk nampak makhluk halus sejak kecil lagi. Ia merupakan kelebihan yang turun dari atuk aku yang menuntut ilmu silat gayong. Beliau yang membesarkan aku sejak lahir. Jadi memang banyak pengalaman mistik yang telah aku lalui. Hari ini terdetik nak kongsi pengalaman yang baru saja terjadi awal tahun ni.

Aku merupakan seorang pelajar IPTS di sebuah bandar yang tak berapa ramai lagi populasinya. So kalau malam tu memang selalu sunyi je. Pada suatu malam, aku dan dua orang lagi roommate aku, Tengku dan Neena, pergi makan dekat sebuah food complex yang agak jauh sikit dari hostel. Parking lot tempat ni bertingkat dan di bahagian belakang bangunan. Tempatnya terbuka tapi gelap sebab tiang dia bercantum dengan bukit yang ada di bahagian belakang (hmmm tak reti nak explain. Harap faham la ye).

Nak dijadikan cerita, malam tu parking bahagain depan, tepi2 jalan tu semua penuh jadi kami terpaksa pergi ke parking lot bahagian belakang. As expected, parking lot belah belakang memang tak banyak kereta dan suasana agak malap.

Dari jauh boleh nampak ada pokok buluh di kawasan bukit yang bercantum dengan tiang tu dan terdapat sebuah tokong cina kecil berwarna merah diantara buluh2. Kami park dekat sikit dengan entrance, tak nak masuk ke dalam sangat sebab sunyi. Mula dari situ, hati dah rasa tak kena. Aku dan Tengku saling berpandangan seakan hati dia pun terasa ada sesuatu akan terjadi malam ni. Tengku pun ada kelebihan sama seperti aku tetapi dia dah pergi berubat untuk tutup hijab sebab tak tahan. Namun, sixth sense dia masih kuat dan selalu tetap.

Usai makan, kami bertiga berjalan balik ke kereta. Time tu tinggal lebih kurang 4 biji kereta je termasuk kereta kami. Giliran aku pula untuk memandu. Mengikut arah anak panah keluar, memang akan lalu di depan pokok buluh tu like it or not. Elok kereta kami nak pusing ke kanan, tiba2 enjin berhenti dengan sendirinya. Betul2 menghadap tokong cina tadi. Aku cuba start kereta balik berkali-kali tapi tak boleh! Masing-masing keluarkan handphone untuk call member nak mintak tolong tapi line ada satu bar je. Tu pun kejap ada kejap takde. Maklumla dekat kawasan berbukit, deep inside a parking lot pulak tu. Diantara kami bertiga, Neena ni yang lemah semangat sikit.

 

Dia dah mula merapu pasal siapa m**i dulu kalau ada zombie apocalypse.
Tengku nak keluar kereta konon nak cek bateri acah tau je. Padahal tiga2 anak dara ilmu kereta zero. Tapi aku halang sebab hati tak sedap sangat time tu. Bila aku toleh kanan, ada ‘sesuatu’ berdiri betul2 kat tingkap aku. Tingginya lebih kurang budak darjah empat,kulitnya hitam hangus dan tak berkepala. Terkejut jugak la aku. Terkeluar barang dua patah mencarut diikuti dengan istighfar huhu. Tengku dan Neena pun dah faham sangat. Neena di seat belakang dah tutup mata pasang yasiin dekat phone. Tengku pegang tangan aku kuat2 while aku cuba untuk start enjin berulang kali. ‘Benda’ tu main lari pusing2 kereta aku.

 

Dengan tangan menggelabah pusing ignition, aku baca ayat kursi tiga kali baru akhirnya enjin start balik alhamdulillah! Apa lagi, kami pun terus pecut dari situ. Aku tak toleh dah side mirror ke apa mirror dah. Jalan je.

Waktu dah lebih kurang 10:30 malam. Senior kami pesan, kalau dah lebih pukul 9 tu, traffic light merah ke biru ke, jalan je. Dekat bandar kami tu pulak, traffic light punya la banyak and lamaaaa. Aku yang mendengar nasihat ni pun redah je la. Tapi aku perasan kereta rasa berat sikit. Tengku tanya aku, “weh, kau rasa dia ikut tak?”. Aku senyum. “Hati aku rasa ada lebih dari satu kat tempat tadi tu. Sebab ‘budak’ yang pusing2 kereta tu energy dia rasa lain. Sekarang aku rasa lain” aku jawab.

Tengku mengangguk tanda setuju. Kalau korang ada kelebihan sixth sense yang kuat, mungkin korang akan faham perbezaan rasa energy lain dari entiti yang berbeza. Aku pun beranikan diri pandang side mirror, ternampak macam ada kain putih seakan ‘tersangkut’ dekat boot kereta. Dalam hati dah bisik, hmm dah agak dah. Tapi aku teruskan je perjalanan.

Sampai ke hostel, sebelum masuk pintu, aku cakap dekat ‘benda’ tu, “kau jangan masuk. Ni rumah aku” . Selalu atuk aku pesan suruh buat macamtu. Tapi sesetengah makhluk ni degil, tak paham bahasa. Nak jugak jadi tetamu tak diundang. Maka terjadila pelbagai jenis gangguan selama 3 malam berturut-turut.

Malam Pertama (malam yg sama):
Dalam unit apartment kami, kami tinggal berlima. Aku, Tengku, Neena dan dua orang lagi kakak senior. Peah dan Mona. Kak Peah ni suka keluar malam pergi gym lepastu study dengan kawan2 dan boyfriend dia. Selalu pukul 3 baru balik. Kadang2 tak balik, tidur rumah kawan. Kak Mona selalu ada kat rumah tapi kadang2 dia tidur rumah kawan tingkat atas. Malam tu Kak Mona ada. Dia tengok kami bertiga lintang pukang masuk rumah, jadi dia pun tanya la kenapa? Kami cerita semuanya. Riak wajah dia pun dah nampak dia pun cuak tapi nak sedapkan hati, dia kata “ala takde pape tu.

El dah cakap kan dengan dia tak boleh masuk?”. Aku angguk. “Haa so relax je la” kata Kak Mona. Tapi tak lama lepastu, dia pergi tidur rumah kawan dia yang kat atas tu. Tinggal kitorang bertiga kah kah kah.

Lepas mandi dan solat isyak, aku spray air yang ustaz aku bagi dekat setiap penjuru bilik, atas almari, tingkap dan terutama sekali depan pintu. Kami bertiga pun cuba untuk tidur. Neena di hujung sekali sebelah tingkap. Aku di tengah2 dan Tengku di sebelah kanan aku, dekat dengan pintu. Tak tahu kenapa, tapi kitorang tidur memang biar pintu terbukak sebab kakak2 senior kitorang pun buat macamtu.

Malam tu aku macam tidur2 ayam je sebab asyik terjaga banyak kali (protip: ni tanda2 awal ada benda masuk rumah) , terdengar bunyi kerusi kat dapur kena tarik, orang jalan2 lah, dan kali terakhir aku terbangun sebelum subuh sebab terdengar macam orang mendengus. Aku pusing dan ternampak tetamu tak diundang tu nak masuk ikut pintu tapi tersangkut dek kerana air tu kot jadi dia marah.

Oh ya, rupa tetamu tu, perempuan, rambut panjang mengurai dan kulit dia especially bahagian muka dia warna pucat kelabu, mata kuning macam nak terkeluar pun ada.
The next day aku tanya Tengku, dia pun dengar semua benda yang aku dengar tu cuma dia tak berani nak bukak mata je. Si Neena tidur m**i tak sedar apa dah.

Malam Kedua :
Sebab cuak sangat, lepas habis kelas petang, balik mandi kemudian keluar balik. Lepak mamak, masjid, lepastu mamak balik. In the end, kami memutuskan untuk tidur di masjid sampai la subuh, tok imam datang pasang lampu tengok ada gelandangan.

Sebelum tidur, atuk call suruh aku buat solat sunat taubat. Dia kata sebab aku lemah, dah lama tak buat amalan sunat, dosa belambak le tu. Tu yang benda tu ikut je. Jadi aku pun buat la solat sunat dan apa yang patut. Atuk aku bagi aku beberapa ayat al-quran. Beliau kata, buat apa yg patut malam ni. Esok malam pergi bersemuka dengan dia baca ayat2 tu.

The next morning kami dapat tau kak Mona kena kacau malam tu. Dia tinggal sorang jadi dia pasang ayat2 suci dekat phone. Dia terjaga malam2 dalam pukul 3 sebab macam terdengar Kak Peah panggil. Bila dia bukak mata, dia ternampak ‘tetamu’ tu duduk bersila dekat hujung katil dengan rambut tutup muka, mengayunkan badan dia ke depan dan ke belakang macam orang berzikir. Benda tu berulang-ulang cakap “jangan tinggalkan aku Mona… aku suka kau..” selang seli dengan tangisan yang macam mengilai. Kak Mona menangis, cuba baca ayat kursi tapi asyik tersekat dan rasa badan macam kena hempap. Makin lama makin berat. Lepastu dia dah tak sedarkan diri. Siang tu jugak dia balik rumah sebab demam panas sangat sampai mak dia kena bawak berubat.
Malam Ketiga (terakhir) :
Lepas kelas kami terus balik hostel. Lepas solat maghrib aku bentang tikar dekat ruang tamu nak berunding dengan ‘tetamu’ tu. Neena nak berkurung dalam bilik je sambil pasang ayat2 ruqyah dekat laptop. Tengku duduk teman aku. Kami suruh Neena pasang full volume biar dengar satu rumah.

Lama jugak tunggu tapi ‘tetamu’ tu tak munculkan diri. Tapi aku tau yang dia ada. Menyorok. Lepas solat isyak kami tunggu lagi. Nak dekat pukul 2 pagi macamtu, dah nak terlelap baru kami terdengar suara perempuan menangis dari bilik belakang. Rumah tu ada 4 bilik. Bilik belakang dan master bedroom dah lama kosong since kakak2 yang duduk situ dulu kena buang kolej. Macam2 jugak pernah jadi kat bilik belakang tu. But that’s another story. InsyaAllah kalau ada rezeki masa lain kali aku cerita.

Aku tanya Tengku, “Teng, kau dengar tak?”. Dia angguk. Aku suruh dia baca ayat pendinding yang atuk aku bagi then aku panggil benda tu. “Keluar la kau. Kenapa kau menyorok? Aku nak bincang dengan kau ni”. Dia still tak munculkan diri tapi makin lama makin kuat pulak dia nangis. Aku putuska untuk baca satu ayat untuk turunkan hijab rumah tu. Selepas tu baru benda tu keluar dekat hujung dapur.

Ruang tamu dan dapur takde partition so memang boleh terus nampak. Dia menangis dan mendengus ke arah aku. Aku tanya dia “kenapa kau marah? Kau yang buat kacau masuk rumah aku. Sekarang aku mintak kau keluar. Kau nak cara baik atau cara kasar?”. Dia menggeleng kata “tak nak! tak nakk!! Aku suka sini! Kawan aku ramai sini!” Dia marah dengan suara garau. Aku baca ayat2 yang atuk aku bagi dan hembus dekat garam kasar kemudian baling dekat dia dan dia terus hilang tapi terbau seakan2 ada benda terbakar. Lama sikit baru benda tu hilang.

Nak cakap aku berani sangat tak jugak. Masa tengah baca2 tu pun jantung laju, lutut rasa lembik je rasa lepas dengar dia kata ‘kawan2’ dia dekat sini. Tapi aku cuba kuatkan semangat jugak. Nasib baik Tengku ada kat situ bagi support. Kalau tak, ntahla. Aku syak kawan2 dia tu suka lepak dekat bilik belakang tu. InsyaAllah kalau admin baik hati publish cerita aku ni, maybe aku akan ceritakan pengalaman2 aku yang lain pulak.

Maaflah tak pandai bercerita. Pengalaman aku kali ni mungkin macam tak seram sangat bagi yang membaca tapi bila jadi empunya badan yang kena, tak tau nak describe macammana perasaan dia. Ambillah pengajaran sedikit sebanyak dari pengalaman aku ni. Makhluk halus ni akan kacau emosi kita, buat kita rasa bercelaru, takut dan sebagainya. Bila jadi macamtu dekat korang, immediately buat solat sunat taubat. Mungkin diri ni banyak dosa jadi benda tu suka, nak bagi peringatan. Takut, takut jugak tapi jangan sampai takut lebih dari kau takut tuhan.

Another protip: setiap kali aku rasa takut, I will tell myself, buat apa aku nak takut dengan dia? Aku manusia, ciptaan paling mulia. Moga bermanfaat !

Sincerely, El.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

El

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.9]

15 thoughts on “Kisah 3 Malam Yang Seram Boleh Membuatkan Jantungku Gugur”

  1. This a very good story/shared experience. There are other stories/experiences here in FS are more “angker” than yours, but I really appreciate your protips in your story. Aku suka dgn tips yg detail tp ringkas dlm penulisan kau yg disertai dgn nasihat n peringatan kpd pembaca terutamanya pembaca Islam. Keep writing and spread those useful tips and reminders..

    Reply
  2. Dulu aku pun selalu gak amalkan protips yg last sekali tu. Tapi sayang, malang tidak berbau. Cakap dalam kasta/darjat aku lebih mulia dari dia. Tup tup! Kasta kemane, darjah kemane. Jumpe depan mate. Pengsan terus aku. Hahahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.