Kisah Abang Bagaimana Terbuka ‘Hijabnya’

Assalamulaikum sy ucapkan kepada semua pembaca fs. Terima kasih admin kerana memberi saya peluang berkongsi cerita dan pengalaman disini. Saya perkenalkan diri saya sebagai Shakir dan berumur 30 tahun. Berasal dari Kuala Lumpur. Masih bujang (setelah dikecewakan). Sebelum ni saya banyak membaca kisah yang dikongsikan oleh kawan-kawan di fs sehingga saya tertarik untuk berkongsi kisah saya pula. Tidak meminta untuk medapat beribu likers, niat hanya ingin berkongsi.

Tahun 2012 saya terlibat dengan kemalangan. Teruk tak teruk sangatlah tapi saya mengalami patah kaki dan tangan. Sebulan lebih juga saya terlantar dihospital. Sejak dari itu saya sedar semacam ada sesuatu yang lain dari kehidupan saya sebelum ni. Kisahnya sewaktu saya kemalangan dengan sebuah kereta, saya menaiki motosikal. Waktu tu dah nak masuk maghrib dan saya nak balik kampung. Boleh kata dah dekat nak sampai rumah lehih kurang 10 minit lagi. Benda terakhir yang saya ingat sebelum saya pengsan, kereta tu memotong saya dan tiba-tiba masuk di laluan saya tanpa saya sempat brek. Saya jatuh dalam longkang, tulang peha saya tembus dari seluar. Saya ingat lagi abang yang melanggar saya tu bersusah payah mengeluarkan saya dari longkang tersebut. Berkali-kali ucapan maaf dia ucapkan. Kemudian saya dah tak ingat apa-apa.

Saya sedar pon waktu dihospital, ahli keluarga dah ramai kat sekeliling katil. Saya tanyakan apa yg telah terjadi, mereka kata saya kemalangan dan menyuruh saya berehat saja. Waktu tu saya macam khayal, saya hanya melihat kaki saya berbalut, tangan dah bersimen. Saya lelapkan mata namun setiap setengah jam saya terlelap, saya akan tiba-tiba terkejut dan terjaga. Kemudian saya akan tertidur balik. Waktu tu adik perempuan saya; cicik yang jaga saya. Esoknya saya macam dah ok sikit. Cicik cakap sy kemalangan. Sebelum tu, saya nak bagitau saya hanya ada dua beradik. Saya yang sulung, cikik yang bongsu. Masa ni cicik belajar lagi kat Serdang.

Cerita cicik:
Pukul 7.30 petang kejadian cicik dapat call dari mama bagitau abang accident. Cicik terkejut, cicik menangis sungguh-sungguh. Cicik bagitau mama cicik nak balik sebab cicik pon takda kelas. Sepanjang cicik drive, airmata tak pernah kering. Cicik takut benda yang tak elok jadi kat abang. Cicik dah fikir jauh, kalau cicik hilang abang cicik tak tau camana keadaan cicik lepas tu. Abang segalanya buat cicik. Abang tak malu bila cicik ajak keluar lepak dengan kawan-kawan cicik biarpun masa tu ada kawan-kawan perempuan cicik je. Abang selalu ikut kehendak cicik, tengah malam cicik terasa nak makan coklat pun abang sanggup hantar kat Serdang sedangkan abang esok keje pagi.

Cicik taknak hilang abang. Jauh betol cicik fikir. Sampai kat hospital, cicik terus call babah. Cicik peluk babah lepas jumpa babah. Cicik nampak mata babah merah maybe babah nangis teruk kot lagi la cicik takut. Mama sambil nangis-nangis terduduk kat kerusi peluk cicik. Cicik tanya dekat babah, abang camana? Babah kata abang kat dalam emergency lagi. Abang tengah mamai-mamai n doktor tengah buat apa yang patut kat abang. Cicik nak masuk jumpa abang tapi babah kata nanti dulu. Cicik tunggu je la kat luar dengan hati tak tenteram. Lepas tu nurse panggil babah. Babah sorang je. Lepas babah masuk bila babah keluar muka babah macam lega walaupun cicik nampak babah kesat airmata. Babah kata abang ok, cuma patah tangan dan kaki. Kaki je yang teruk sebab kena operate dan abang pun masuk operation theatre malam tu.

Babah cakap ada saksi seorang pakcik tadi ikut pergi hospital. Sebab pakcik tu kawan babah so dia kenal abang dan dia jugak yang call babah bagitau. Yang lagi sadisnya orang yang kemalangan sekali dengan abang tu meninggal kat tempat kejadian. Beliau tercampak keluar sebab kereta dia kuat menghentam pembahagi jalan. Cedera parah kat bahagian kepala. Kesian. Abang dah selamat kena operate. Masuk besi n ada banyak skru kat kaki. Ngeri cicik tengok. Abang jangan hisap rokok kuat sangat lepas ni tau? Cicik sayang abang…

Saya tersenyum dengar cerita cicik yang fikir jauh sangat. Tapi saya jadi tak faham kenapa dia cakap abang yang terlibat dalam kemalangan tu meninggal on the spot. Sedangkan semalam dia yang tolong angkat saya keluar dari longkang. Yang berkali-kali minta maaf. Saya ingat-ingat lupa wajah abang tu tapi saya sangat yakin dia yang bantu angkat saya keluar dari longkang. Saya tanya cicik bukan abang tu yang angkat saya dan tolong saya masa accident tu? Cicik keep on cakap saya masa tu mamai kot tapi saya yakin memang abang tu yang tolong saya.

Kalau bukan dia kenapa dia yang bersungguh minta maaf dan mengaku silap dia yang menyebabkan kemalangan tu terjadi? Walaupun saya tertanya-tanya sehingga sekarang pun, alhamdulilah saya sihat sepenuhnya selepas setahun lebih kemudian. Saya dah kembali melakukan semua aktiviti harian. Cuma ada penambahan bila hijab saya dah terbuka sedikit. Masa mula-mula saya tahu kelebihan saya ni, agak sukar jugak nak terima. Tapi lama kelamaan saya dah terbiasa. Ni pengalaman pertama saya waktu mula-mula dapat tau kebolehan saya ni.

Masa tempoh cuti sakit tu, saya stay kat kampung. Mama ngan abah yang jaga. Cicik boleh kata setiap minggu balik sebab nak jaga saya. Dia yang selalu bawak saya jalan-jalan atas wheelchair kat kampung. Yang tolong suapkan makan minum semua. Mungkin sebab time saya sakit ni saya tak solat sebab tu selalu nampak benda bukan-bukan lagi-lagi time maghrib n tengah malam. Satu hari tu mama Ngah datang rumah nak melawat saya. Dia datang dengan dua anaknya yang masing-masing masih remaja. Salah seorangnya masih belajar dan lagi sorang dah keje. Mama Ngah sampai lewat jugak dah nak masuk maghrib sebab hari tu cuti hari buruh. Jalan mestilah sibuk.

Waktu mama Ngah masuk rumah tu saya tengah duduk kat sofa sambil hisap rokok. Lepas mama Ngah masuk Adip ngn Alif menyusur kat belakang. Kat sebelah Adip ada sorang perempuan maybe gf Adip kot kat tempat belajar. Boleh tahan rupa dia. Budak-budak zaman sekarang kan? Bisik saya dalam hati. Saya salam dia orang semua n jemput dia orang duduk sambil jerit mama bagitau dia orang dah sampai. Mama salam-salam dan saya bangun nak pergi mandi. Masa tu jalan bertongkat lepas bukak simen kat tangan. Bagi peluang kat dia orang nak berbual- bual dulu.

Lepas mandi, saya tengok mama n mama Ngah ada kat dapur maybe tengah siapkan makan malam ke apa tak tau la. Saya duduk sambil capai rokok kat sebelah Alif. Saja tanya Alif keje camana semua n Adip masa tu tengah sibuk dengan hp dia. Saja saya tanya kat Alif pasal Adip.

Saya : “Alif, Adip dah ada gf ea?”
Alif : “Abang tau je kan? Haah hari tu dia ada bawak sekali time pergi makan dengan family. Dia kenal-kenalkan kat ibu ngan ayah. Nampak macam special je bang..!”
Saya : “Pandai Adip pilih bakal adik ipar kau kan Alif? Cun pun cun. Kau bila lagi Lif?”
Alif : (tergelak besar) “Alif lambat lagi bang. Baru 3 bulan keje fokus dulu bang mana yang penting. Nanti- nanti ada la tu.. Eh tapi abang jumpa kat mana pulak gf Adip? Mana tau gf dier cun?”
Saya : ” Laaa yang tadi datang sekali tu bukan gf Adip ke? Ni dia takda di pegi dapur ke tolong mama ngn mama Ngah masak?”
Alif : “ishhh abang jangan la mengarut bang. Mana kite org bawak sape-sape. Td datang dengan ibu ngan Adip je la. Mana ada orang lain dah.”

Saya terkejut la. Yelah waktu ni waktu baru-baru dapat deria keenam kan, so macam tak boleh nak beza lagi mana yang real ngan jelmaan. Saya dengan susah payahnya nak bangun pegi check kat dapur. Mana tau dia tengah tolong mama masak ke kan? Time ni cicik ngn babah keluar pegi setelkan barang-barang belajar cicik dari petang tu. Bila saya pergi dapur, tengok ada mama ngan mama Ngah je kat dapur. Lagilah saya hairan. Saya tanyakan dekat mama Ngah, mana gf Adip tadi? Mama Ngah mengucap panjang. Kata dia mana adanya dia orang pun baru sekali jumpa masa Adip bawak pergi makan.

Mama dah peluk lengan saya sebab mama ni penakut sikit. Mama Ngah tanya masa bila saya nampak n macam mana rupa dia. Saya pon cerita la masa tadi dia orang sampai masuk sekali dengan dia orang. Rupa dia macam chinese look sket, rambut panjang bahu n comel jugak. Mama Ngah ambil telefon n tunjuk kat saya gambar masa dia orang pergi makan dan bila dia tunjuk tu yesss! Memang perempuan tu yang saya nampak tadi. Tiba-tiba dengar Alif jerit panggil mama Ngah n mama. Dia orang laju ke depan hall tinggal la saya yang terhegeh- hegeh nak jalan dengan tongkat.

Sampai kat hall saya nampak Alif tengah peluk Adip dari belakang, Adip seolah-olah nak menerpa ke arah saya sambil jerit, “aku tak suka kau!! Sial kau!!” Sambil jari telunjuk dia tunjuk ke arah saya. Mama Ngah berdiri kat depan Adip sambil cuba halang Adip dari pergi dekat dengan saya. Saya takut jugak la kan dibuatnya dia datang n tolak saya memang tak tau apa jadi kat kaki saya nanti. Mama tanya sambil blur-blur apa semua ni? Alif tak dapat nak halang Adip, sampai Adip betol-betol kat depan saya.

Saya tau Adip ni bukan Adip yang betol sebab saya nampak kat bahu dia bertenggek makhluk buruk berambut panjang sambil usap-usap kepala Adip. Gerun jugak bila nampak muka buruk tu dengan air liur menjejes menyeringai pandang muka saya. Saya baca ayat qursi, alfatihah, 3 qul dan sepotong ayat yang diajar oleh office mate dulu kalau berdepan situasi macam ni. Lepas saya baca saya tiup kan ke arah Adip. Adip mundur 2-3 langkah ke belakang. Saya jerit kat mama suruh call babah n toklang sebab dia orang ni agak pakar dalam bab-bab ni. Then saya cuba borak dengan Adip aka makhluk buruk tu.

Saya tanya dia sapa. Kenapa ikut Adip. Dia dari mana semua saya tanya sebab nak bagi masa berjalan tuk tunggu babah ngn toklang sampai. Kata dia, dia sayang Adip, dia nak jaga Adip sebab tu dia ada je ngan Adip. Dia kata Adip baik, tak pernah sakitkan hati dia tak macam orang- orang sebelum ni. Sebab tu dia x nak hilang Adip. Sebab tu dia nak Adip ada dengan dia selalu. Masa borak-borak ni babah ngan cicik smpai. Babah bertempik sambil baca ayat terus Adip rebah. Saya ni masa tu tak boleh berdiri lama sangat sebab sakit n nanti dekat kaki jadi bengkak. Si penyelamat saya; Cicik cepat-cepat ambilkan kerusi nak bagi saya duduk.

Tak lama lepas dia orang angkat Adip kat sofa, toklang sampai. Cicik ngan mama dok berkepit ngan saya sebab both of them memang penakut gile. Tiba-tiba kepala saya jadi sakit sangat. Sakit yang memang tak pernah rasa. Saya mengadu kat cicik. Saya cakap saya nak baring kepala saya sakit sangat. Cicik hantar saya kat bilik. Dia cakap dia tak nak keluar sebab takut. Dia picit kepala saya dan lepas tu saya tertidur. Saya tak tau apa jadi sampai saya terbangun pukul 2 pagi tengok cicik tido kat tepi katil kat atas karpet. Saya kejut dia sebab saya nak bangun nak tengok apa yang jadi. Saya suruh dia tidur atas katil saya. Kesian budak penakut ni.

Masa tu rumah sunyi je cuma ada babah dengan toklang kat meja makan tengah borak sambil minum. Yang lain tak tau la pegi mana. Babah panggil saya duduk sekali sambil tuang air kat cawan. Dia tanya kepala sakit lagi ke? Saya kata dah ok.

Babah : “abang sejak bila ada ilmu-ilmu nampak benda-benda halus ni? Tak cerita kat babah pon?”
Saya : “mana ada ilmu bah! Abang pon tak tau macam mana abang boleh nampak sebab sebelum-sebelum ni abang tak pernah face benda-benda ni. Lepas accident hari tu ada lah nampak kelibat-kelibat tapi abang rasa benda biasa je.
Toklang : “Akir ni aku rasa baru dapat ni Man. Kot masa dia accident hari tu ke. Masa accident tu ada ke jadi benda pelik kat Akir yang Akir ingat?”

Saya pon cerita kat babah ngan toklang kes abang yang accident tu tolong angkat saya n minta maaf semua sedangkan apa yang saya tau dia meninggal kat tempat kejadian on the spot. Lepas cerita babah ngan toklang senyum je. Babah pesan bila kita diberi anugerah macam ni gunakan untuk bantu orang. Tolong orang yang dalam kesusahan jangan riak dengan kelebihan yang ada. Toklang cakap bila dipilih dari golongan yang terpilih jangan lupa Allah. Solat jangan tinggal. Ada sebab kenapa saya diberi kelebihan ni. Saya hadam benda ni dengan positif. Kes Adip kata toklang, kes sayang salah cara.

Budak perempuan tu sayang sangat kat Adip sampai buat cara tak betol supaya Adip tak tinggalkan dia. Asalnye dia buat benda tu nak jaga Adip, jaga dari segala segi kata toklang. Jaga mata tak tengok perempuan lain, jaga keselamatan Adip supaya tak dicederakan.. So dia pon letak pendamping kat Adip. Tapi itulah bak kata babah niat tak menghalalkan cara. Bila semua dah setel malam tu, babah tak bagi dia orang balik. Takut jadi apa-apa. Adip pulak lepas toklang dah ubatkan jadi macam orang hilang punca. Babah kata mama ngah dah plan nak jumpa budak tu bila dia balik JB nanti. Toklang suruh mama ngah cerita elok-elok, jangan dimaki budak tu nanti.

Esoknya dia orang balik ke JB. Adip ngan Alif macam biasa je. Adip nampak senyap sikit maybe badan dia sakit-sakit. Cerita last pasal gf Adip yang saya tau lepas mama ngah jumpa budak tu tukar ke kolej lain. Adip ambik masa lama jugak nak lupakan gf dia tu dengar cerita sebab yelah masa remaja ni kalau dah sayang tu lain macam sikit. Tulah orang suruh belajar nak bercinta pulak kan dah mendapat.
Sekarang ni saya masih lagi diberi kelebihan tu. Mama n babah serta cicik tau tentang ni. Cicik ngan mama yang selalu jadi mangsa sakat saya sebab dia orang ni penakut. Ni kisah pertama saya. Nanti saya kongsikan kisah yang lain di masa akan datang jika ada keizinan.

p/s: cerita cicik kat atas tu dia yang taip sendiri sebab tu bunyi macam gedik-gedik sikit. Yelah cikkk, abang sayang cicik jugak!!!

Shakir

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

36 thoughts on “Kisah Abang Bagaimana Terbuka ‘Hijabnya’”

  1. best citer kau bang. hahaha.. smbung la lg nnti.
    cmne la perasaan aku kalau tetiba nampak.. fikir je pon aku dh rse seram..

    Reply
  2. haha cicit yang tulis comel2 pasal dia ye . Patut la nampak caring sangat cerita pasal cicit jaga abg dia hehe comel la cicit. Semoga dapat gunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain.

    Reply
  3. alo comelnye nye cicik ni..manje nauu..bertuah ko dik dpt abg cmni…abg zaman skrg tow nk jerkah adk jeee..hahahhaha

    Reply
  4. Tahniah bro. Ayat sedap tak guna shortform dan bahasa Wechat, flow senang follow takde melompat lompat jalan cerita.

    Teruskan menulis 🙂

    Reply
  5. Best..best..jln citer xde la meleret..mudah faham..kalu ada byk kisah2 slps terbuka hijab tu, mgkin writer blh letak # utk senang kami cari nnti..keep it up!

    Reply
  6. Best!! I like!! Siblings bonding abang cicik korang memang comey..

    Teringat the popular cousins bonding #MJerryPul.. mana hilang daaa lama bangat ?

    Reply
  7. Haishh…kenapa la dh bercinta pn nk selit gak la ngan benda2 khurafat tu… student kot..cam ne lah diorg ni leh blajar wat benda2 tu..bukan ada ajar pn kt kolej.

    Reply
  8. kepada abangg terima kasih lah yeee hahaha rasa macam diperli pulak ‘BERCINTA MASA BELAJAR KAN DAH MENDAPAT’ ? pape pun terrrrbaek ,

    Reply
  9. Shakir dan berumur 30 tahun. Berasal dari Kuala Lumpur. Masih bujang (setelah dikecewakan).
    p/s: hahahah sy single gak hikhikhik

    btw sweetnya bonding korg jeles lak ngan cicik …. Kaki dh elok dh Shakir? 5 tahun dah kan lebih kurg ade tips x tok penjagaan kaki? sbb dulu sy injured gak tp xde la tulang koyakkan peha… just dia tersembul dr lutut… sy masukkan sendiri.. n refused tok buat surgery sbb nak habiskan pengajian.

    Bab hijab terbuka ni…. sama mcm story teller jangan tanya…. mesti byk gile cerita nak cerita… pls shakir update lagi story ok! Chill

    Reply
  10. “Saya baca ayat qursi, alfatihah, 3 qul dan sepotong ayat yang diajar oleh office mate dulu kalau berdepan situasi macam ni.”

    Apa ayat dia. Mohon share ?

    Reply
  11. sama, baru nak komen tapi dah ada yang komen dulu, bila baca cerita ni automatik kat mr. m dan sepupu2nya, mana la dia menghilang agaknya kan?

    Reply
  12. Huhu takut bab anugerah mcm nie..sbb anugerah mcm nie mental mmg kena kuat..btw korang adik bradik mmg suweettt sgt2 hihi..ksian kt abg tu..moga roh dy dtempatkan dikalangan org beriman..

    Reply
  13. abang cerita ni sangat best.. saya pun single..???
    cicik akak (terus akak) harap cicik jaga bang long dengan baik k..smntara kaka kumpul duit tuk masuk minang ..

    p/s: saya iklas bang

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.