Kisah abang Zul

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Kisah ni dikisahkan oleh jiran aku abang Zul. Semasa di ceritakan, abang Zul dah pun ditukarkan ke balai bomba Melaka, dan insiden ni terjadi pada supervisor (kita namakan dia ‘boss’ lah, sebab aku pun tak tau nama dia! Haha) abang Zul sendiri semasa bertugas bersama sebagai pasukan bomba, dan insiden ni jugak berlaku di sebuah taman tema air di selatan tanah air.

Selama 10 tahun boss dia bertugas sebagai anggota bomba dan penyelamat, dia dah lalui banyak kes. Kehilangan jiwa? Hampir meragut nyawa? Ada diantara kes yang tak terjangkau dek akal kita sebagai mahluk yang kerdil yang hidup dalam alam ciptaan Allah ni.

Maha suci Allah!

Dan dalam banyak-banyak kes yang pernah beliau lalui. Ini adalah sebuah kes yang telah mengubah hidupnya selama-lamanya.

Insiden malang berlaku pertengahan 80’an, dan team dia adalah dari balai bomba terhampir dengan kawasan kemalangan.

Ya.

Kemalangan jiwa!

Seorang remaja cina (takziah untuk beliau) telah di laporkan lemas dan hilang dalam tasik buatan di taman tema air semasa mengayuh duck paddle boat.

Laporan diterima jam 2 petang, dan cuaca sangat baik haritu. Seramai 4 anggota dengan kepakaran 2 juru selam termasuk abang zul dan boss beliau telah dikerah kan dengan satu jentera ke lokasi kejadian.

Apabila sampai, abang Zul cakap, dia nampak 2-3 orang awam dah pun menyelam cari mangsa dan ramai orang awam disekeliling sedang berikhtiar untuk mencari sebab mangsa masih belum ditemui.

Aneh dia kata! kerana air ni adalah tasik buatan, bukan air mengalir yang berarus yang boleh menyebabkan mangsa hanyut dan sukar dicari!

Selesai kelengkapan carian diturunkan, boss abang Zul cuba dapatkan laporan penuh insiden kejadian, berbincang dengan pengurus taman tema air bersama anggota polis di tempat kejadian dan…

Bismillah, mereka turun ke dalam air untuk mengusahakan mecari mangsa…. Carian pertama dibuat tanpa alat bantu selam kata abang Zul, sebab dia jangka air tak dalam…

20 meter kedalam…

Masih takde apa2, air keruh dan berlumut menyukarkan penglihatan di dalam air. Dan masih tak kelihatan tanda akan menemui dasar tasik. Maklumat awal yang diterima, tasik ini bekas lombong tinggal, barangkali kedalaman tasik ni akan menyukarkan lagi kerja.

Satu jam dah pun berlalu…

Untuk kawasan seluas lebih 5 ekar dan digenangi air, misi mencari perlu diteruskan dengan alat bantu selam! Dan sehabis baik mesti diselesaikan sebelum gelap! Kalo dah gelap akan jadi lebih sukar!

Korang bayangkanlah air hijau keruh, lampu harapkan lampu jalan je, tak ke bunyinya diorang nak kena pasang generator untuk terangkan kawasan tu? Jadi satu kerja tambahan pulak!

Usai memakai pakaian selam, mereka kembali turun teruskan misi, dan abang zul kata supervisor dia dah roger dia supaya minta kerjasama dari anggota lain untuk kerahkan beberapa penduduk kampung supaya dilaungkan azan. Sebab perasaan pelik dah ganggu fikiran.

Azan pun berkumandang, azan ni bagus sebagai satu ikhtiar dalam kesulitan! Api sedang marak kita azan, ribut mengganas pun kita azan. Kena insiden macam ni, air tak berarus tapi mangsa still hilang, memang kena azan laa…

Kata bang Zul, kali kedua supervisor dia naik, jam tangan dah meletup sebab tekanan air, dia pakai jam tangan water ressitant 50M! (150 kaki dalam!) Maknanya dasar tasik ni lebih dalam lagi! Dan gegendang telinga dia dah berdesing!

Tapi disebabkan ‘tanggungjawab’, diorang pun turun lagi! Thank you frontliner!!! Eh! Tiber!!

Cari punya cari jam dah pun menunjukkan pukul 5 petang, diorang dah start pelik dah, memang kawasan ni luas, tapi sepatutnya usaha carian ni lebih singkat sebab tempat ni terjaga, kata dia.

Sampailah supervisor dia terus kedalam lagi dan….

Kata abang Zul, benda pertama boss dia nampak adalah reflect cahaya dalam air. Macam cermin yang pantulkan silau.

Bila semakin dekat dan semakin dekat lagi, taulah dia tu tapak kaki mangsa! Mangsa masa terjatuh, memakai selipar, dan selipar dah terapung lebih awal!

Memori yang dia ‘frame’ dalam kepala dia sampai dia m**i, kata dia…

Seorang budak lelaki usia belasan tahun..

Baju putih tanpa corak.

Seluar jeans,

Rambut nipis dan anggota badan dalam keadaan separuh terangkat (mintak maaf cakap macam seolah orang yang sedang baring dan dalam posisi cuba untuk bangun) sedang berbaring….
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Atas ‘kain batik lepas’!!!!!!

Kata bang Zul, bergelut boss dia dengan tangki oksigen nak hadam apa yang dia tengah nampak! Corak batik kain jawa warna coklat gelap dan berlumut!

Kain batik lepas gais!

Hujung kepala dan hujung ekor tak kelihatan!!

Aku yang taip ni pun meremang!!

Boss dia pasangkan belon kat tangan mangsa, dan dengan sekali tarik je, picu kembang dan mangsa naik permukaan dengan segera! Mangsa kiranya selamat dibawa naik 6.45 petang kata abang Zul.

Now abang Zul kata, tinggallah boss dia dengan kain batik lepas tersebut.

Korang boleh bayangkan tak, air keruh hijau macam mana? Dan dalam air, bunyi yang korang boleh dengar, hanya bunyi tangki oksigen korang je…

Sunyi….

Suram…

Seram…

Abang Zul kata, disebabkan curiousity boss dia ni terlalu tinggi, dia cuit kain batik lepas tu!

Takde respon!

Dia cuit lagi, pun takde respon…

Dia ambik pisau emergency (memang diorang bawak, incase mangsa terikat atau terbelit pada akar pokok kata abang Zul)

Dan dia toreh sikit benda tu…

Berdarah!!!

Dan kain batik yang tadi statik lepas dicuit2, sekarang ni dah meliut-liut (macam pergerakkan ular!)

Disebabkan panik, boss dia pun naik!

Bang Zul kata, masa naik muka boss dia pucat! Bila di tanya, taknak bercakap atau menjawab!

Seminggu boss dia demam tak kebah! Dan kemurungan yang dia alami mungkin terlalu hebat sampai dia jadi bisu! Kalo tipu abang Zul, tipulah aku! Tapi itulah yang diceritakan

Aku ada tanya jugak, macam mana cerita ni disampaikan pada dia?

Abang Zul jawab ‘dia tulis tangan’

Kata abang Zul lagi, lepas bawak pegi beberapa perawat, perawat kata keteguran, ‘benda’ tu marah, barang dia di ambik, dah la ambik, badan dia kena cucuk pulak. Dan bila di tanya apa kebenda nya ‘kain batik lepas’ tu?

Perawat kata ‘ULAR BERTAPA!!’

Wallahu alam…..

Pengajaran nya yang aku kutip dari cerita ni, takde apa pun yang mustahil selagi Allah ‘berkehendak!’ Jadi kata Allah, maka jadi lah dia! Dan kalo kita nak persoalkan tentang keajaiban alam, alam ni je dah cukup ajaib, ingatlah kawan2 langit tu didirikan tanpa tiang! Dan bumi ni tergantung tanpa tali!! Takbirrr!!!!!!

Sekian cerita aku kali ni, moga terhibur!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 5]
Arif Yahya

12 thoughts on “Kisah abang Zul”

  1. harap kc champion dapat ketengahkan kisah nie dalam malam seram.. meremang aku baca.. posisi mangsa nak lepaskan dari sesuatu yang membelit..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.