295132-horror-the-fog-wallpaper

Kisah Aku Yang Sering Diganggu .

Assalammualaikum , hai shasha.Aku Jaz , Mase aku baby , abah aku cakap aku ni pelik . Selalu je menangis . Biasa tangan baby tertutup rapat kn, tapi aku tak. Asyik terbukak je. Tak tahu lah kenapa . Pastu dalam adik beradik aku. Aku sorang je yang boleh rase kehadiran “something” yang kalau boleh tak nak pun rase. 😁 . Mungkin sebab , mak aku ni boleh nampak benda-benda halus dan yang abah aku pulak boleh rasa .

Nak dijadikan cerita, masa aku form 2 . Masa ni nenek aku tak buang lagi saka. Nenek aku cakap saka ni keturunan dan tak tahu masa mana dia terima. Dia cakap dia tak sedar pun. Jadi, dekat rumah aku selalu la kena ganggu dengan makhluk2 ni . Sampai satu tahap , abah aku pagarkan rumah tu . Yelah, aku tiap2 malam kena ganggu. Mase tu aku tidur dengan adik aku yang no 2 ni . Dia pulak jenis yang tidur mati . Kuang asam jawa betol. 😅 . Tiap2 malam aku kena tindih. Tiap2 malam jugak la , aku tidur letak yasin dekat tepi pastu pasangkan bacaan yasin letak tepi telinga.

Pernah jugak lah , “benda” tu menyamar jadi aku . Nenek aku ckp tu hantu raya. Seram oi. Kenapa lah benda tu menyamar jadi aku. Pastu pulak, pergi ketuk pintu rumah jiran pukul 3 pagi , beli maggi. Jiran aku cakap lepas anak dia tutup pintu, terus menangis anak dia yang kecik. Esok aku bangun, nenek aku tanya “along, mu g beli maggi pukul 3 pagi wat gapo” nenek aku ni orang kelantan. Aku masa tu yg tengah blur terus ternganga oi walhal Masa tu aku tengah nyenyak tidur. Mak aku pernah bagitahu yang dia pernah nampak makhluk berbulu 1 badan macam mawas , besar , hitam duduk bertenggek dkt tepi pintu dapur dan dia pernah nampak hantu yg macam mumia berlari2 dalam rumah aku.

Pastu, kisah seterusnya pulak,aku baru je nak terlelap ., “benda” tu boleh pulak main atas atap zink rumah aku. Dari ujung bilik abah aku sampai lah kedapur dia bergolek. Dalam 3x jugak la “benda” tu main golek2. Yelah, xkn musang bergolek kot. Kalau betol musang , dah lama musang tu bergoleh jatuh . Rumah aku ni rumah kampung kot, tepi pun hutan. Aku ni rasa nak nangis je. Yang adik aku ni pulak boleh tidur mati .. ada pernah sekali aku dengan adik aku ni tidur lewat . Boleh pulak lampu tu bukak tutup, bukak tutup. Aku buat tak tahu jelah. Malas nak ambik tahu.

“Benda ” tu dah kurang ganggu keluarga aku dengan nenek aku lepas nenek pergi berubat dan buang semua saka2 yang ada.

Namun begitu, sampai sekarang umur 20 pun. Aku tetap diganggu. Selalu je kena tindih. Dan aku terpaksa gagahkan diri untuk bangun sendiri. Aku kalau kena tindih ibarat nyawa dihujung tanduk kot. 😦 . Pernah sekali masa aku tidur, aku terasa macam rambut2 tajam berjurai tersentuh pipi aku dan pernah jugak pergelangan tangan aku dicengkam kuat. Bila aku tersedar ,aku dapat rasa semua tu . Sakit betol pergelangan tangan aku. Hmm, ada jugak pada satu malam , aku baru je nak terlelap , ada macam satu tiupan angin yang dihembus dekat telinga aku. Berdesing telinga aku . Rasa nak pecah gegendang telinga. Aku terpaksa gagahkan diri untuk bangun .. nak cakap aku tidur xbasuh kaki, xde pulak. Sebelum tidur aku baca doa tidur.

Hmm, tak payah nak cakap lah, tiap kali kena tindih. Mulut automatik jadi terkunci, pergerakan badan pun sama. Dalam hati ayat2 alquran sampai berteraBur aku baca sebab takut, dan sampai satu tahap aku terpaksa azan dalam hati . Sebab mulut terkunci.

Aku perasan , kalau bilik aku bersepah . Memang aku rasa kehadiran “benda” tu. Dalam bilik aku pun, cermin mesti ditutup sebelum tidur . Ada satu malam tu, aku baru je nak tutup mata, dah rasa lain. Aku bangun bukak lampu. Bila aku rasa okay, aku tutup balik lampu. Kadang2 aku malas bukak lampu, aku bukak yasin kuat2.

Aku pun tak kenapa, aku sorang je dapat rasa kehadiran “benda” tu dalam ramai2 adik beradik aku. Kadang2 jelous aku tengok adik2 aku tidur nyenyak je. Bagi aku, kisah2 aku alami ni dari pengalaman sendiri dan ia cukup seram bagi aku . Untuk korang, tak tahu pulak lah kan. ☺ .

Waallahualam. Selamat membaca guys !

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

  1. Saya suggest..awk try pegi cek ngn ustaz….kot2 ustaz ada apa2 yg boleh tlong awk…bnyk sy dgr cite mcm ni & kebanyakkannya anggap bende remeh..takyah jumpa ustaz….tpi kalu xnak xpe…it’s up to you…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *