Kisah Angah

Assalammualaikum untuk semua pembaca FS. Jutaan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah kedua aku kali ni. Kisah pertama aku adalah: Kisah Seramkah? Hahaha. Disebabkan aku tak pernah lagi ada kisah seram, aku cilok adik aku punya. Untuk kedua kalinya, kisah ini dialami sendiri oleh adik aku, angah semasa dia di salah sebuah pusat tahfiz. Tahfiz mana? Biarlah rahsia. Hehe.

Satu hari ini, adik aku mengadu sakit lutut. Sakit yang amat sangat sampai dia tak boleh bangun dan berdiri. Sampai nenek aku pelik dan risau, bawak dia pergi X-ray. Tapi keputusan doktor tetap mengatakan tiada apa penyakit. Kami semua dah rasa lain, terus bawak dia pergi jumpa ustaz. Kata angah, sebelum dia sakit lutut, dia ada bermimpi, seekor anjing datang dan bergesel pada lutut dia. Bawak jumpa ustaz, ustaz kata angah kena hati-hati. Sebab benda tu nak datang kacau angah dan lutut sahaja tempat yang dikira tak selamat. Pernah juga angah cerita, semasa dia nak tidur atas katil waktu malam, tengah nak selimut ni, sekali ternampak kepala berguling guling atas lantai menuju ke katil dia. Waktu dia di tahfiz, hijab dia terbuka secara tiba-tiba. Lepas nampak kepala tu, baca ayat kursi, kepala tu menyinggah ke katil lain.

Next, semasa dia di Poly, tahun lepas rasanya. Kata angah, satu malam ni, ada kawan dia yang dirasuk. Dia cuba untuk tolong kawan dia since dia dah ada pengalaman handle benda alah tu. Jin yang merasuk kawan angah tu adalah jin kafir dan ada dua ekor. Satu mak, satu anak. Jin tu marah sebab depa tinggal dekat rumah dia. Sebenarnya, bangunan asrama angah baru lagi, so kiranya tempat dia dicerobohi manusia. Tambah-tambah pulak waktu tu, kawan angah tengah depressed. Senang nak kena. Lepas daripada dia tolong kawan dia yang kerasukan, benda tu cari dia balik. Masa angah nak tidur, dia mimpi yang dia ditarik. Roh angah serasa macam nak dibawa lari. Part ni, aku terkejut giler. Kata angah, semasa dalam mimpi, benda tu ugut dia dan benda tu cuba nak ambil aku, tapi angah selamatkan aku. Hish, meremang pulak aku. Tak pasal-pasal aku yang tak dek kena mengena terlibat sekali. Berguling-guling angah melawan benda tu. Dengan bacaan ayat kursi tak putus-putus di bibir, terus dia bangun dalam keadaan peluh yang lencun di baju. Sejak daripada tu, dia tak terlibat lagi untuk menjadi pasukan penyelamat orang yang kerasukan. Hehe.

Since hijab angah terbuka waktu tu, aku suruh dia cerita kat aku lagi benda mistik yang dia nampak, tapi dia tak nak sambung memandangkan kami berbual di waktu tengah malam. Dia rasa meremang tiba-tiba sebab dengar ada ketukan di dinding. So, aku terpaksa stop sampai di sini je untuk kisah angah.Ada satu part aku nak cerita sikit kat korang sebagai penutup. Kekeke. And minta maaf kalau cerita aku tak memenuhi expectation korang. Satu je aku pesan, korang akan rasa biasa-biasa je benda ini selagi korang tak kena sendiri. Kalau ada yang berminat untuk baca kisah aku lagi, aku akan teruskan dengan cerita semasa hijab angah terbuka, okay. Kalau tak ada yang berminat, aku akan stop sampai sini saja. Bunyi macam merajuk je ? Eh, mana ada, hakak jiwa kental, tak main merajuk rajuk ni. Hehe.

Kisah Aku
Perhatian, kisah ini tak seram! Kalau tak suka, boleh skip bukan kecam. Huhu. Sewaktu aku sem 2, masa tu aku tengah paranoid nak kuruskan badan. Waktu tu pula, cuti mid sem. Kolej sangat sunyi memandangkan ramai yang balik ke kampung. Kira-kira satu floor aku tu, ada dua, tiga bilik je yang ada orang. Okay, aku start.

Satu malam, ada seorang akak datang ketuk bilik aku. Dia kata orang floor bawah mengadu ada bunyi orang lompat-lompat atas rumah dia. Oh ya, bilik aku aras dua. Aku masa tu, cakap la, eh, tak dek orang pun yang lompat-lompat. Aku tengok muka kawan tu dah cuak. Aku lagi cuak. Cuak pasaipa ? Sat lagi hampa tau. Kekeke. Lepas tu, aku cakap lah, hrmm, tu la kak, sebenarnya, saya ada dengar juga kat tingkat 3, atas ni ada bunyi guli jatuh la padia la. Muka akak tu lagi cuak. Adik, boleh teman akak pergi naik aras atas tak ? Aku terus mengangguk kata boleh.

Kami pun beria check kat aras atas tu. Ketuk bilik yang ada orang. Tanya depa ada dengar bunyi ni dak ? bunyi tu dak ? Aku ni dah nak tergelak pun ada. Pada masa yang sama kesian kat kak tu. Aduh. Kesian pasaipa ? Bagi habis dulu baca nah. Lepas dah tinjau kawasan, dan rasa tak dak apa, akak tu blah.

Aku duduk atas kerusi melepaskan keluhan yang panjang sebab terselamat daripada kantoi. Kikiki. Sebenarnya, aku yang dok lompat-lompat main skipping malam tu. Apa yang bodoh sangat aku ni, aku pun tak tau. Aku tak terfikir, orang bawah aku boleh rasa gegaran tu. Syiok gila bak hang dapat keluarkan peluh. Nasib aku baik sangat-sangat, waktu akak tu mai, aku dah abis skipping dan peluh aku dah kering. Kalau peluh ada dok menitik lagi, tak ka terkantoi menipu. Korang jangan salah faham, aku bukan jenis budak-budak nakal tu, aku tak tau la pasaipa malam tu nak menipu. Maybe aku segan dengan kak tu. And sampai arini, aku rasa bersalah sikit ah, sebab buat dia takut. Pasal guli kat floor atas tu, aku reka jah. Hihihi. Minta maaf, minta ampun kak, kalau akak terbaca kisah ini. Adik insan yang lemah waktu itu. Okay, tu saja dari aku, terima kasih guys sebab baca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#LadyGhost

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

77 thoughts on “Kisah Angah”

  1. aku rasa better ko letak tajuk story ni ‘kisah seramkah 2?’..sbb aku nk jawab x seram..kelaka ade la..hihi
    yg ko skipping mlm2 buta tu watpe..kalo aku pun seram..haha

    story ko ok..aku sbgai pembaca boleh accept lg..teruskan menulis..6/10

    Reply
    • Haha..amboi kau demand..dia takut nak bercerita, sbb masa dia kena, seminggu dia demam..takpe aku balik umah mggu ni, aku korek smp ke lubang cacing..thankss for your kritikan 🙂

      Reply
  2. jiran mengadu ade org lompat2..
    tengah paranoid nak kuruskan badan..

    ~xabes bace lg aku da taw ape writer buat..

    #GOODLUCK!!
    SEMOGA TERCAPAI HASRAT NK KURUS TU..

    Reply
  3. Agak2 pe akak tu wat lepas blk bilik:
    1. Solat+bc doa+pasang mp3 bacaan Quran
    2.pagar bilik
    3.cal ustaz
    4. pack brg terus bllk umah

    hehe…nakal ko dik…,,

    Reply
  4. Kan akk dh kate…
    Antu suke kaco sbb org suke kaco org…
    Harey btoooiii…!!!

    Ko untung kena skipping br kuor peloh…
    Akk ni asal bergerak jer peloh, wpon hakikatnye bergerak tu semata sbb nk makan…
    Hahahahhaha…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.