Kisah Ayah: Jawapan Pengakhiran

#MHB Untuk Ayah : Jawapan Pengakhiran
Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kesayangan kita, Rasullulah saw serta sahabat sahabat baginda. Al Fatihah kepada diri sendiri,ibu bapa kita, guru guru serta mukminin dan mukminat sama ada yg maseh hidup ataupun yang telah pergi menghadap PenciptaNya terlebih dulu.
baca dahulu part sebelum ini: AYAH: SAAT PEMERGIAN
Pertama kali aku nk mintak maaf andai cerita aku selama ni mengganggu emosi saudara dan saudari sekalian. Cerita aku hanyalah untuk memberi pengajaran kpd diri sendiri semestinya dan juga untuk kalian saudara seislam ku. InsyaAllah apa yang baik kita ambik dan kita jadikan sempadan dan tauladan dalam hidup. Moga kita sentiasa dihindari dari niat yang tidak baik lebih-lebih lagi niat utk menyakiti sesama manusia semata-mata nak capai kepuasan dalam hidup..InsyaALLAH.

Cerita aku seterusnya ni tentang jawapan yang aku cari dan tunggu daripada seorang hamba Allah yang kita percaya diberi kelebihan tersendiri. Aku tahu ramai sebenarnya manusia yang diberi kelebihan seperti ini, tapi tak semua yang mahu menonjolkan diri. Ada yang diam-diam, ada yang jenis berkongsi pengalaman dan cerita (yg ni aku suka baca) dan jenis hanya dapat melihat tapi tak mampu merawat, yang jenis terbuka tapi dia anggap biasa saja dan tak memberi apa-apa makna dlm kehidupan dia.. Hmm,bermacam- macam lagi la.Tapi kakak ni aku rasa antara yang aku jumpa istimewa.Mungkin ada yang berpendapat dia ni mempunyai khadam atau menggunakan mata jin, menggunakan mata – mata lain untuk melihat sesuatu tu..Seperti cerita arwah #kucingkelabu jugak di mana mata ‘telus’dia adalah dari mata yg dpinjamkan daripada lelaki misteri dari dalam mimpi arwah.

Wallahualam hanya Allah yang mampu menjawabnya. Cuma aku percaya dengan dia kerana apa yang dia simpulkan adalah gabungan ke semua jawapan yang ustaz- ustaz beri semasa dan dalam rawatan arwah bapak aku dulu. Dia ibarat penyimpul segala kesudahan yang aku tunggu selama ni. Seperti yang aku tulis pada entry sebelum. Mungkin tahap hijab seseorang itu berbeza.. seperti penulis #Carlitocker dan arwah #kucingkelabu..Yang menentukannya tiada lain, Hanya Allah yang berhak ke atas hamba-hambaNya dan jika Dia mengkehendakinya, maka jadilah ia.

Kakak aku ni aku gelar Kak Suri je lah ya. Tentu bukan nama sebenar. Sebenarnya selama ni kami memang friends dalam FB. Tapi tak pernah bersua muka bagai. Just bercomment, like hinggalah kami ber chat..Aku tertarik dengan perkongsian statusnya ada yang berunsur ‘sesuatu’ sedikit. Perkiraan aku, dia ni seolah – olah seorang yang ‘telus’ hijabnya. Tapi dia tak menggambarkan dirinya sebegitu. Kami mula ber message dan dari situlah bermula. Dari gambar – gambar makanan, kedai menggunakan pelaris, kisah dirinya serba sedikit bagaimana dia menjadi sebegitu.. Ya, dia juga ada menjalani rawatan untuk menutup hijapnya atas faktor tak tahan.

Terlalu jelas kata kak suri. Aku rasa syg jugak.. ada aku cadangkan guna kelebihan tu untuk bantu orang sekeliling yang mana tau kan.. macam kes bapak aku. Mungkin melalui orang sebegini, kita dapat cari dan cadangkan rawatan bagaimana hendak diusahakan untuk bapak aku dulu.. Itu fikir aku. Lalu terdetiklah hasrat aku nak bagi dia tgk gbr arwah bapak.. Mana tau dia dapat tengok apa yang kita tak nampak. Sebab kak suri jenis tengok sesuatu tu macam flashback yang bertalu – talu. Itu yang dia gambarkan bila aku ada mention dia untuk tengok gbr seorang budak kecik yg menurutku terkena gangguan..tapi kata Kak suri punca budak tu menjadi sakit begitu adalah dari ibu bapanya sendiri. Selebihnya dia tak nak cerita kerana melibatkan aib kedua ibu bapanya. Ya, part ni aku faham.

Kembali dgn kesah gbr bapak aku. Aku belum berani nak bagi mula- mula. Sebahagian dalam diri ni maseh ada rasa menghalang, kerana aku tak nak luka berdarah kembali. Kira 3 tahun tu aku belajar untuk redha dan memaafkan orang-orang yang melakukan kekejaman terhadap bapak.3 tahun tu aku belajar untuk melupakan kesakitan yang arwah bapak rasa sengsaranya setiap hari. Kesengsaraan bapak memang takkan dpt aku lupakan.Bagaimana dia mengerang dalam tidur, demam yang hilang datang antara selepas maghrib, gelisah, tak tidur malam,dubur nya sakit kadang-kadang tanpa tau punca,perut bapak mengembung (bukan busung) dan macam -macam lagi mata aku ni menajdi saksi azab penderitaan bapak..

Tapi jauhh di sudut hati, aku terlalu teringin nak tahu dengan apa dan bagaimana org durjana ni menjahanamkan organ-organ dalam badan bapak aku. Memang setahu aku, jika melibatkan organ-organ dalam, si penghantar ni memang menggunakan benda yang ampuh, kotor dan jijik.Sesuatu yang sukar untuk didapatkan. Tapi aku tak mampu untuk menghuraikan kerana aku bukanlah arif.

Lalu malam tu, aku pm dia di FB, aku memberi salam pada kak suri dan aku attached kan terus gambar arwah bapak yang sedang duduk . Sangat kurus dan cengkung. Perut bapak kembung ckit ke hadapan mcm bunting 4 bulan. Gambar tu dr posisi depan dan dari tepi. Aku tidak pernah dan tidak akan bagi gbr bapak aku yg tgh sakit dengan sembarangan org. Pendek kata, gbr sebegitu hanya utk tatapan kaum keluarga saja dan dalam hal ni, gerak hati aku mempercayai kak suri. Sebab tu aku bagi dia gambar tu. Mula-mula,aku memang tak bagi taupun yang dia bapak aku.
Aku kongsikan chat kami berdua ya.

“Siapa tu M..Ya Allah kesian dia dik..Ya Allahh..” tanya kak suri dan terus respon dia mcm tu. Bila aku cakap yg tu arwah bapak. Dia ckp patutla macam kenal and pernah nampak. Mungkin dia teringat sebab aku ada post gbr kami sefamily di FB. Mungkin pernah terscroll dan tengok time bapak maseh sehat.

“Kesian tengok arwak bapak awak dik..kenapa org buat dia mcmtu.Kejam sgt dik..MasyaAllah dikk”, mcmtula respon kak suri bertalu talu setelah tgk gbr bapak. Aku reply mengiyakan tekaannya.Ya kak,bapak saya mmg kenak buat dgn org kak..
Dan kak suri jawab..
“Nangis akak tengok gbr ni..Bapak awak mmg sengsara dik.Ya Allah kesian dengan bapak.Org yang buat dia ni mmg sakit hati sgt-sgt dekat bapak adik. Tapi akak tau bapak adik mmg xberapa nak luahkan betapa sakit dang sengsaranya dia ni..dia lebih byk berdiam..”

“Ya kak.. mmg dia xbyk ckp sgt.Dia hanya solat dan zikir masa dia mampu. Tu je yg termampu dia buat,” Part ni aku mmg dh berendam air mata kerana kenangan itu datang lagi. Terbayang di mataku bapak dalam sakit-sakitnya tak pernah tinggalkan solat kecuali 3 malam dia on morfin dan minggu sebelum dia meninggal.Time tu mmg dia sengsara sgt menanggung. Sampai bapak mntk tlng aku tiarapkan dia sebab perut bapak sakit sgt..YaAllah basah lagi pipi aku tgh menaip ni..

“Bapak adik dh terlepas dr sengsara dunia dik.. Mmg org ni buat kaw-kaw dekat bapak..dia guna air mayat ni dik,” Lama dia terhenti sini dan tengah typing.
“Kenapa dgn bapak saya kak..saya dh 3 tahun mencari jawapan. Mungkin akak dpt tengok apa yg mata kasar kami ni xdpt tengok..” laju aku utarakan soalan.
Ya, mmg 3 taun tu dalam taun pertama aku buat solat hajat solat istikharah mintak petunjuk mana yang kabur untuk dijelaskan. Sampai aku mintak abg ,mak n kakak time mereka ke Mekkah haritu untuk doakan mana tau kita sekeluarga dberi petanda atau petunjuk kat sana. Kira ni hajat aku yg aku sampaikan dengan mereka sbb aku tak dpt pergi kan. Tapi masih tiada apa-apa mimpi atau petunjuk ke arah itu..Sampailah 3 tahun ni berlalu dan aku jumpa kak suri. Aku akui mmg kita tidak boleh bergantung nasib atau menaruh sepenuh kepercayaan kpd manusia, tetap aku anggap kak suri hamba Allah yang diberi kelebihan yg mmg untuk membantu sesama manusia yang teraniaya. Aku yakin pertemuan dan persahabatan kami dalam diam -diam di FB ada hikmah yang tersembunyi yang mungkin Allah dh aturkan cantik utk kami.
Kak su type lagii..

“Ada benda yang sentiasa mengekori,menyakitinya dan menghantui bapak awak dik..Mmg jahat sungguh hati org yg buat ni.Akak dpt tengok bapak adik xde buat jahat dgn org.Sgt baik orgnyaa.Cuma adakalanya sedikit tegas terutama ya hal-hal agama. Mungkin org ni pernah berdebat dengan bapak adik tentang dosa dan pahala..Ya Allah..nangis lagi akak ni. Akak dpt rasa kesengsaraannya dik sbb tu akak nangis..”

Part ni aku dh tak tahan..time aku baca msg ni mak n kakak ada dlm bilik aku. Aku tersedu sedan di depan mereka. Pecah tahanan empangan ku yang selama ni berjaya ku pertahankan.. Sebab lukaku berdarah kembali. Hatiku hancur lagi dengar penjelasan kak suri sedikit demi sedikit.Walaupun sakit, aku nak dengar lagi dan lagi wlpn aku ibarat mengunyah hati ku sendiri.

Segala puzzle yang bercelaru dalam fikiranku mula bercantum. Patutla pak cik hud tak keruan ketika merawat bapak dan macam ketakutan nak lari. Mungkin yang dikatakan kak suri mengantui mengekori bapak aku adalah jin. Jin yg dihantar tu terpacak kat situ tgh marah mungkin masa pak cik hud nak keluarkan ‘benda dr perut bapak.Mungkin itu yang menyebabkán kesengsaraan bapak aku sehingga menahan bapak aku untuk berlepas ‘pergi’. Sebab habis je pak cik hud buang ‘benda’tu, dalam 2 jam lebih kurang mcm tu.. bapak pergi mnghadap Ilahi. Itu andaian ku saja. Dan aku teringat jugak bapak selalu tengok kat satu sudut tu dalam seminit 2 seolah-olah melihat sesuatu, tapi bila aku tanyakan, bapak akan jawab takde apa dan jangan tanya. Buatkan bapak air baca surah tertentu dalam Quran dan renjiskan di sekeliling katil bapak d icu. Itu yg dia pinta sebab ada yg mengganggu bapak. Setakat itu saja yang bapak pernah cakap kat aku.
Puzzle tu bercantum lagi bila aku teringat bapak mmg susah nk tido malam malam. Gelisah terbangun. Aku selalu tengok di ruang tamu terang benderang dn bila aku amati dia tgh mengaji. Ataupun dia solat. Sebab bila aku jengok dan bertanya, dia baring di atas sejadah maseh berkopiah dan membalas dia sukar untuk tidur dan gelisah. Mungkin itu saja cara yang bapak ada untuk menghilang rasa gelisah diekori disakiti benda tu.Kesian bapak…Kita sedia tahu memang bagi penghantar sihir, jam 3-4 pagi adalah masa untuk menguji/menembusi sihir kpd org yang nk ditujui itu..Wallahualam.

Kak suri sambung lagi.
“Mmg banyak benda yang dihantar ni. Dia gunakan mayat baby dan tulang anjing hitam ni. Dia hantar melalui makanan. Ya Allah.. Kalau kena dekat orang lain..memang tak lama hayat orang tu dik. Tapi bapak adik kuat. Hanya kuasa Allah saja yang membuatkan bapak adik ni tabah dan bertahan. Kakak doakan semoga org yang buat tu sempat bertaubat. Sebab akak tengok bapak adik dah redha dengan takdirnya. Baiknya hati bapak adik. Dia dah maafkan orang-orang yang buat dia ni..Sebak akak..” Runtun hati aku membaca msg dr kak suri .

Mmg aku hairan mcm mana dia tahu bapak dh redha dan maafkan org tu. Sebab dari lahiriah, perkara tu terlalu sulit utk kitorang adik beradik tahu. Itu antara dia dengan Tuhan. Mungkin dia tak zahirkan dengn kita adik beradik. Mungkin bapak maafkan org-org tu dalam solat-solat nya yang terakhir. Tapi aku percaya bila kak suri cakap bapak dh redha. Sebab yg ni bapak selalu sgt sebut depan aku. Bapak dah redha M..Bapak dah redha.Aku lihat jaoh ke dalam mata bapak masa bapak ucapkan redha tu.Hati dia hancur sebenarnya tp tiada pilihan yang dia ada melainkan redha dengan takdir Allah yang telah ditetapkan untuknya. Bapak tau dia akan pergi jugak. Sebab mmg doctor Will dah slow talk dgn kita sefamily. Ur father has no chance to live. What we can do now is only to ease his pain and make him feel comfortable. Itu yang aku ingat. Sekarang baru aku faham..Mungkin bapak redha kpd orang tu yang dia maksudkan. Dan mungkin dia redha dgn takdirnya sebegitu.
Berbalik kpd chat kami.

“Kak,kenapa sihir mcmtu tak dpt dipatahkan?Memang susah sgt ke nak patahkan sihir yang dihantar kat bapak?Macam-macam cara dan usaha dah kami buat kak,” ni soalan selalu aku utarakan pada sesiapun yg pernah merawat bapak. Kebanyakkan cakap insyaAllah mohonlah pertolongan daripada Allah dan berusahalah untuk berpantang makan sbab sihir bapak ni melalui makanan katanya. Tapi jwpn kak suri lain.
“Susah nak patahkan sihir ni dik sebab sihir yang digunakan utk arwah memang sihir syaitan.Macam kes ni, org ni berhabis habisan dia hantar brg tu sebab dia tahu susah sangat nak menembusi ‘benteng’ arwah.Jadi dia gunakan makanan. Berkali-kali dia hantar dan beri kepada arwah,” terang kak suri.

Terdiam sekejap aku baca. Ligat kepalaku cuba untuk mengingati.
Di sini aku akui walaupun bapak jenis yang makan apabila ada sahabat yang menjamu, dia tak sewenang-wenangnya terus makan. Pasti dia ada baca dulu doa dan ayat tertentu untuk pertahanan dirinya sendiri. Ini amalannya sejak dulu lagi. Tapi mcm mana org ni boleh berkali-kali bagi kat bapak?Mungkinkah org berhati syaitan ni dalam kalangan keluarga ku sendiri,lalu terus saja bapak menikmati makanan yang diberi tanpa megesyaki apa-apa. Bila aku ingatkan balik, kisah arwah #kuchingkelabu, kisah tentang Pak Ngah dia yg handal jugak dalam rawatan islam. Juga seorang yang menjaga rapi solat tahjud dan amalan sekitarnya, pun ditembusi oleh sihir jugak. Jadi, jelas lah disini ,kita tidaklah semestinya sentiasa dalam keadaan yang berjaga-jaga setiap masa, sifat hamba Allah kan ada ketikanya kita lalai maka ketika itulah sihir itu tembus dan berhasil. Nabi Muhammad saw juga tidak terkecuali daripada terkena sihir.Jadi aku kembali rasional dan mula tenang.
Aku menyoal kak su lagi.

“Benteng apa yang kak su maksudkan ni?”
“Setiap org islam yg ada amalan, badannya akan bercahaya tahu tak dik. Terutamanya yg mengamalkan Al-Quran. Ianya tidak dpt dilihat dari mata kasar. Cahaya nilah yang menjadi benteng daripada gangguan iblis dan syaitan. Semakin terang cahayanya, makin kebal lah org tu daripada gangguan. Macam arwah,walaupun tubuhnya luarannya ‘hancur’,tapi masih tampak bercahaya dik. Tak kusam..” jelasnya lagi.
Allahu..demi membaca kata-kata kak suri ni, air mataku tumpah lagi dr empangan. Teresak-esak sekejap sebab apa yang dipesan bapak aku adalah benar.Memang kita semua tahu ttg firman Allah supaya mencintai dan beramal dengan Al-Quran. Kerana ia adalah cahaya penyuluh kpd kehidupan. Aku bandingkan dengan diriku yang lemah dan hina ini.Yang hanya membaca Quran ketika malam sahaja. Baca Yassin ketika malam jumaat. Yang hanya insaf sekejap lepas tu lalai balik..Ya Allah.Dipandangkah aku nanti di akhirat. Mahukah Al-Quran membela ku nanti?Menjadi penghujah ku di padang masyar nanti ? Sedangkan aku nk bukak Al-Quran pun rasa berat dan ekot mood..
Aku tanya soalan keramat dengan kak suri .Soalan yang kebanyakkan ustaz atau sesiapa yang pernah merawat bapak aku akan bagi jawapan yang sama.

“Kak suri, berapa org yang buat bapak saya kak. Adakah benar org tu org yang sama-sama dengan bapak dalam tilawah al quran atau staff bapak di sekolah?

“Maaf dik, itu akak tak dpt nak jwb. Bimbang nanti terfitnah dan adik menyimpan dendam. Akak hanya boleh cakap yg buat ni, 4 org yang berhati syaitan yang amat-amat benci dengan arwah dik. Yg bila di depan arwah, diorang ni amat-amat baik dan bermulut manis tapi hakikatnya hati mereka penuh dengan hasat dengki dan benci..”
“Betol ke orang yang pernah rapat dengan bapak dan ada tak diorang ni ziarah time bapak meninggal atau di hospital?” tanya ku lagi.
“Ya.. mmg rapat sgt. Org kepercayaan arwah. Memang diorang ni hadir dengan muka puas hati. Sentiasa hadir. Malah sempat ‘top-up’ lagi semasa ziarah bapak kat hospital,”

Aku cuba menajamkan ingatan..sebab aku dan mak saja yang boleh dikatakan hampir setiap masa dengan bapak. Dan puzzle mula bercantum bila aku teringat bapak pernah cakap ada yang suruh bapak makan sesuatu jika bapak nak baik..Bapak tak mkn dan kami buang benda tu. Aku mngimbas kembali jugak wajah-wajah yang sering hadir dan memberi makanan. Hanya seorang saja yang paling menepati ciri-ciri yang disebut kak suri. Paling rapat. Paling kerap menziarah dan menangis(konon).Aku tak tau nangis ikhlas ke lakonan wallahualam.Tapi aku perasan dia dtg time bapak tidur dan kerja aku memerhati dia and siapa-siapa jugak yg datang lawat bapak. Dia msti pesan jangan kejutkan bapak, biar dia tidur rehat. Dia ni mmg shbt seprjuangan bapak..Org kanan kiranya.Org kepercayaan jugak lah kan. Apa yg aku perasan setiap kali melawat, dia akan pandang bapak sampil berpeluk tubuh..merenong dan ambik sapu tgn sapu air mata atau hingus. Tapi aku cari jugak mana air mata dia ni.. Ha time tu mmg takde prasangka.. tapi puzzle aku bercantum-cantum dah ni. Yang selebihnya 3 org tu wallahualam biarlah Allah yang tunjukkan kelak.

Kak suri juga mengatakan antara sebab manusia durjana ini melakukan perbuatan syirik kepada bapak aku adalah kerana bapak aku mendapat tahu perbuatan salah/penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka. Dan mereka ada mengajak bapak untuk sama-sama bersekongkol, tapi bapak menolak. Disebabkan inilah sakit hati dan benci itu membawa kepada sihir.

Kak suri mengakhiri chat kami dengan pesanan syahdu utk aku malam tu. Bahawa ke empat-empat manusia durjana itu akan mendapat balasan nanti. Sekarang mereka masih di dalam keadaan istidraj. Bersuka ria. Dia mengingatkan aku agar melepaskan rasa dendam dan tidak lagi mengingati perbuatan durjana yang dihantar kepada bapak. Kerana katanya bapak sudah berehat dengan aman dan bahagia di alam sana terlepas dr kesengsaraan dunia..Terima kasih kak suri ,Semoga persahabatan kita berkekalan dan dirahmati Allah swt.

Ya, aku akan tahu juga nanti.. Siapa yang membuatkan aku menjadi anak yatim. Siapa yang melakukan kekejaman terhadap jasad bapak semasa di dunia ni. Aku belum ada rasa untuk memaafkan sepenuh dan seikhlasnya,kerana aku tidak layak. Allah swt saja selayak-layaknya yg mengampuni dosa-dosa menyekutukanNya ni.Aku melihat penderitaan bapak siang dan malam di depan mata aku.Bukan mudah untuk aku melupakannya. Aku anaknya yg mendengar rintihan sepi bapak dr mata dan wajah sayu nya.. serta saksi kpd ketabahan dan kesabaran hati bapak dalam melalui ujian Allah sehingga dia pergi meninggalkan kami di dunia ni. Aku bukanlah org yg alim dan berhati mulia sangat. Pintaku semoga org-org ini sempat bertaubat dan kembali kepada Allah swt.

Aku menutup kisah ini dengan rasa syukur kerana 3 tahun ni aku hidup dalam rasa serba salah kerana tidak melakukan yang terbaik untuk bapak..Tidak berjaya mencari atas apa sebab dan siapa yang melakukan ini. Allah takdirkan aku untuk bertemu dengan kak suri untuk merungkai jawapan dan kegelisahan yang aku rasa selama ni..Nampak rahmatNya dari situ.Semoga kita sama-sama dijauhkan diri daripada perkara-perkara seperti ini.Tingkatkan pertahanan diri dengan makanan rohani.Cukupkan apa wajib dulu dan barulah kita kerjakan amalan sunat yang lain. Selain menjaga Hablumminallah,kita pelihara juga Hablumminannas. Hanya Allah swt saja yang mempunyai kuasa seluas-luasnya di alam semesta ni..Kursi Allah meliputi langit dan bumi, jadi janganlah kita berasa gentar dan malu untuk meminta daripadaNya.

Terima kasih di atas kesetiaan menanti kisah aku di FS ni. Aku nak ajak pembaca sekalian juga utk sama-sama baca Tasbih Kaffarah. Tak perlu tnggu majlis baru nak baca ni tau. Mana tau time baca ni kita ada melakukan dosa dalam kita tak sedar. Semoga dengan tasbih penghapus dosa ni,kita semua mndapat keringanan drpd Allah swt.Assalamualaikum. MHB

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

MHB

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

34 thoughts on “Kisah Ayah: Jawapan Pengakhiran”

  1. Allahu… sedihnya cerita akak ni. Terima kasih berkongsi pengalaman. Banyak yang boleh dijadikan iktibar. Terus teringat abah saya di kampung.

    Reply
  2. Aslmlkm wbt, semoga Allahyarham ayah penulis ditempatkan bersama hamba Allah yang bertaqwa, dan kubur Allahyarham menjadi salah satu taman2 syurgaNya. Sedih mendengar kisah ini. Kebiasaannya perawat selalu menolak untuk memberitahu kebenarannya. Pada saya jika diberitahu pelaku/ suspek, sekurang2 nya kita dapat berjaga2. Wallahualam. Semoga penulis dan keluarga dalam Rahmat Allah swt selalu dan ditinggikan derajat di atas ketabahan dan kesabaran ujian yang dilalui.

    Reply
  3. Biar kita sama2 doakan agar si pelaku berhati binatang yg menyengutukan Allah bakal menerima balasan di dunia & akhirat….biarpon mereka bertaubat nasuha….agar Allah tunjukkan segala perbuatan jahat mereka terhadap arwah…teman baca & follow kisah ni…mmg hati teman betul2 terkesan…geram betul…kalaulah berlaku pd diri keluarga teman mmg x tahulah camner teman nk tanggung…semoga Allah tempatkN arwah di kalangan org2 beriman…amin

    Reply
    • Terima kasih krn follow dan sama sama merasai keperitan hati saya. Makasih jugak atas doa saudara utk bapak saya ya. Aminnnn yarabbalalaminn

      Reply
      • Mhb…saya doa kan semoga ayah cik, ditempatkan dikalangan org yg soleh…arwah abah saya pun sama jgk.meninggal sbb sihir..kami pun tak tahu apa yg jadi sebenarnya..harap2 cik sudi kongsi kan fb kak suri..kami pun masih lg sedang berjuang melawan sihir..jadi saya mintak sgt2, kalo boleh share fb kak suri tu…ni no tele sy 017-9106403

        Reply
      • Awk. Boleh tak sy dptkan no atau fb kak suri tu? Sy jugk salah seorg mangsa sihir. Dh 4 thun berubat. Blum jmpa yg serasi. Mohon pm sy 0163017157

        Reply
  4. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. sy baru terbaca kisah ni.. sebaknya rasa.. mohon MHB hubungi saya.. andai ada rezeki saya untuk berhubung dgn kak suri.. ada yg ingin saya tanyakan dgn kak suri.. berkenaan diri sy sendiri.. sering sakit.. tp doktor tak tahu punca.. arwah ayah sy pon baru meninggal 2bulan lepas bertahun2 sakit.. semoga roh mereka ditempatkan bersama2 para solihin.. andai penulis sudi bantu saya.. tolong hubungi email sy : [email protected]

    Reply
  5. kalo dh tau sapa yg buat kerja tu, cuba engko ambil minyak goreng dan panaskn sehingga kuali tu berasap. kemdian ko cubalh bwa berjumpa org tu.. slow talk kejap n tanpa dia tau ko siram mengajut muka dia dgn minyak tu.. jgn sdikit, biar banyak. Maka muka nya akan terpamer muka setan bertopeng manusia.. biar dia rasa mukadimah ddunia

    Reply
  6. ..Nang jaik org dakya eh..depn bukn main agik bait..mudhn stu ari lak nya mersa gney d polh org dakya..al-fatihah utk bpk ktk..,sis..sedih glak² kish ttg bpk tak tok..huhu..kmk gik rsa mok ngiz..btw..,sis..bleh xktk email fb kak Suri..meq mok nya ngga kmk..sbb meq slalu mimpi nk plek² 3ari bturut²..da org mdh saka org ninggl atok dlok mok crik wris..mun tak sudi..email kmk [email protected]

    Reply
  7. kuang aja cdak 4 ya.xpa Allah akn balas juak suma ya kat cdak 4 ya.saba k sis.moga Allah tempatkan roh arwah dlm kalangan org yg beriman aamiin..Allah akn tunjukkan juak muka2 jahanam ya kat ktk org sekeluarga.xkan cdak trlepas gia jak…akn ada balasan utk daknya klak k sis….

    Reply
  8. Sedih sangat2…alhamdulillah penulis dapat jwpan,wlaupun dah 3 tahun…in shaa allah,mereka akn dpat pembalasan dr Allah…
    Boleh email sy fb kak suri…ada benda nak tanya tentang diri sy sendiri…
    [email protected]

    Reply
  9. Hai MHB cerita kamu sangat dan terlalu sama dengan cerita ibu saya. Dan saya juga seperti kamu sebelum kamu mendapat jawapan.. Tapi beza nya kamu sudah tahu siapa di antara menganiaya ayah kamu, tapi saya masih mencari jawapan. Kalau kamu bole rasa apa saya rasa tolong share nama fb kak suri atau nombor whatsapp kak suri jika ada.. Harap MHB faham apa perasaan kehilangan orang yg kita sayang.. Tolong sent maklumat kak suri di nombor 0136263762.. Terima kasih

    Reply
  10. Assalamualaikum. Mula2 saya nak mohon seribu kemaafan ya. Sy xdpt nak sesuka hati nak bagi fb atau nombor kak suri. Sebab sy mntk tlg dgn dia atas dasar sahabat bukan dr org2 yang kak suri xkenal atau org luar. Saya menghormati privacy kak suri, saudara sekalian. Kalau saya bagi, makna saya dh melanggar privasi dia. Bukan saya xfhm perasaan kehilangan, tp kak suri jugak ad mslh tersendiri. Dia maseh dlm keadaan berubat. Dia xboleh nak tunaikan satu2 permntaan saudara kerana trlalu byk yg mntak fb dan number dia, nanti jadi tak adil. Bahaya utk dia. Dia ad family dan kehidupannya sndiri. Dan dia xtahu pun sy tulis ttg kelebihan dia ni. Suka sy ingtkan, cerita ni sya tulis utk kita jadikan pengajaran dan tauladan ya. Mntak maaf sgt2 k.

    Reply
  11. Allahu sedih saya baca cerita awak ni.. moga awak terus tabah dan kuat utk hari² mendatang.. btw boleh tak kalau saya nak contact dgn kak suri ni? Ada perkara yg ingin saya tanyakan dgn kak suri ni.. kalau awak tak keberatan, awak boleh beri contact kak suri melalui emel saya [email protected] ni.. terima kasih ☺

    Reply
  12. Sihir.
    Walau mcmana dah pulih pun tetap ada kesan jangka panjang. Jadi pada Arwah Abah sampai akhir hajat masih tersisa saki baki sihir.

    Pada yg membuat. Semoga Allah bukakan hati kalian untuk sedar dan meminta maaf pada keluarga yg kalian zalimi. Isteri kehilangan suami, anak kehilangan kasih bapa. Bayangkan kalau Allah mengizinkan benda yg sama jd pd keluarga kalian?

    Itupun kalau kalian cukup berani lah kedepan dan meminta maaflah.
    Al maklum, kalau berani takde lah buat cara belakang ni.. betul2 kalau ada tak puas hati boleh saja bawa berbincang. Ini buat belakang, diam2. Pengecut!

    Yang lg sedihnya, betapa banyak topeng2 syaitan yg bernama Haji, berkopiah, yg zahir terlihat warak dan alim. Cukuplah simpan Allah je dalam hati kita.
    Nafas kita pun ntah berapa lama diberi pinjam ni.

    Thanks saudari MHB sebab share cerita yg memberi tauladan ni. Semoga Allah menggantikan berita sedih dengan berita yg gembira untuk dunia dan akhirat.

    Reply
  13. Semoga arwah dicucuri rahmat. Baik orangnya redha dan maafkan orang anianya. Orang sakitkan hati dgn lisan pun rasa panas inikan sakit yang lama. Thanks sharing kisah. sedikit sebanyak ingatan diri yang selalu lalai.

    Reply
  14. salam hai awak.cerita awk sme mcm mak pasangan sy.tp sejauh mana sakit tu sy xpasti.sbb psgn sy xnk cerita.cuma pasangn sy slalu ckp dkt sy,awak nk bljr jd penyabar bljr la dgn mak sy.mak sy xlekang dr berzikir.sakit mcm mne pon dia sabr xdendam dgn org yg buat tu.mula2 sy pelik jugk.yela org yg xlekang dr mengamalkan segala suruhan allah xkn semudah bende2 mcm tu tembus tp bila arwah ayah awk mcm tu pon org bole buat terok2..sy harp sgt pasangan sy mak ayah dia cpt sembuh dr sakit.sbb dieirg baik sgt2..knpe la msh ade yg kejam.buat mcm tu..

    P/S : sy doakan semoga awak sihat keluarga awk terhindr dr bende2 halus.smpaikan salam sy dkt mak n kakak awak ya..wassalam

    Reply
  15. Nek baca ketiga2 cerita ko.. Mmg sebak, sedih dan luluh hati bila org tua kita pegi di hadapan mata kita sendiri.. Sama mcm nek jaga mak nek dlu masa sakit.. cuma bezanya, nek rasa lega lepas mak nek pergi sbb dia tak perlu tanggung lagi rasa sakit tu, dan mak nek sakit kerana kanser, bkn buatan org.. Kepada Cu M, nek doakan cu n family sentiasa dlm lindunganNya.. ketahuila bahawa setiap kejahatan pasti ada pembalasan.. jika tidak di dunia, diakhirat kelak.. sama ada cepat atau lambat.. tetapi pasti.. semoga di bapak cu di tempatkan dikalangan org2 yg beriman, dan dipermudahkan urusannya “disana”..

    Reply
  16. ramai yang baca ni tak faham kot level kak suri ni. dia bukan perawat. anugerah mata dia ialah melihat hakikat seseorang. bak kata orang, xray vision kot. kalau dia tengok kamu, kemungkinan dia akan tau hakikat kamu. berlakon baik, baling batu sembunyi tangan, mulut kata A hati kata B, nak ambik kesempatan, batang tak boleh naik, malas solat, kaki berzina, berbadan manusia berkepala b**i, muka takde nur, suka telan ice, etc etc etc. jadi jika tak bersedia ditelanjangkan hakikat diri, janganlah cari pasal. seperti sejarah hidup kamu jadi movie depan mata dia…
    aku pun ada kenal sorang yang camni.. sebab tu aku dapat agak apa anugerah kak suri ni.

    Reply
    • Betol. Seribu kali betol. Ramai yg x faham beza perawat dgn keistimewaan begini. Takboleh sesenang dan sewenang nya nk mntak dia tgk..susah nak jelaskan. Tq sebav tlg jelaskan

      Reply
  17. ya Allah sebak nya..rasanya kmk kenal Allahyarham tok..dalam baca sambil membayang muka nya sebak asa dada..orang nya nang x bnyk bunyi..pernah ngajar sama tempat nya jd guru besar….suara nya sentiasa d rindu especially time bulan posa..mudahan Allahyarham d tempatkan d kalangan2 ahli syurga..smoga org2 sntiasa dengki d hati ya smpei sanggup melibatkan hilangnya nyawa cpt2 lah taubat..org yang pernah terkena jak tauk rasa d sihir tok…smoga ktk sekeluarga sntiasa tabah…

    Reply
    • Assalam.. ktk penah ngaja di skolah nya kah?mun betol nak ditekak ktk ya bapak kmk, makseh sebab tlg mendoakannya. mmg kmk sekeluarga rindu dgn sora nya drumah nun. time bulan posa iboh padah..Tuhan jak tauk rasa pedih peritnya. Aminnnnn yarabbal alamiinn.

      Reply
  18. Innallillahiwainnailaihirojiun…menitis air mata saya membaca & mengenangkan penderitaan arwah…semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh..amin

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.