Salam… cerita ini adalah cerita yang telah saya copy and paste dari blog member. Dan ini adalah cerita sebenar dan bukan cerita rekaan. Kalau cerita ini sudah pernah di publishkan sebelum ini. harap admin tak perlu publishkan lagi. terima kasih.
****Apa yang hendak saya paparkan adalah berkenaan kejadian pelik ketika saya ditahan di wad hospital beberapa tahun lalu, akibat tersimbah minyak panas. Itulah kali pertama saya ditahan di wad.
Saya tidak pernah dengar yang hospital tempat saya ditahan itu berhantu. Yang saya tahu, hospital itu memang telah lama wujud. Ia dibina beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua lagi, tapi tidak pula saya dengar kisah-kisah pelik tentangnya.
Inilah kali pertama saya ditahan di wad, hari-hari berlalu sungguh membosankan…
Tinggal di hospital adalah hari-hari yang membosankan. Semasa tidak ada pelawat, saya akan layari Internet melalui tablet yang saya bawa. Tapi baru layan tidak sampai setengah jam, saya akan terlelap.
Kebanyakan masa siang saya habiskan dengan tidur. Bila siang dipenuhi dengan aktiviti tidur, malamnya saya sukar untuk melelapkan mata. Ketika inilah saya akan merayau di sepanjang wad.
Ada kalanya saya berborak dengan dua tiga orang jururawat yang bertugas. Ada masanya saya minta izin untuk menghirup udara di luar. Asyik terperuk di wad di tingkat tiga sahaja, sesekali hendak juga saya turun, hilangkan bosan.
Pada hari ketiga di wad, ketika jam di dinding menunjukkan pukul 3.00 pagi, saya minta izin kepada jururawat untuk turun sebentar bagi membeli air minuman di vending machine.
Itu sebenarnya adalah alasan untuk saya keluar sekejap. Agaknya kerana kesian, mereka berikan kebenaran. Tapi sekejap saja, kata mereka.
Siapakah perempuan yang mencangkung pukul 3 pagi ini?
Ketika saya berada betul-betul di pintu wad, melalui celah-celah cermin pintu, saya melihat ada seseorang sedang mencangkung di tepi longkang di bangunan yang terpisah dari blok wad saya.
Terkejut juga saya. Pukul 3.00 pagi, ada juga orang yang duduk mencangkung di tepi longkang. Mungkin dia juga bosan macam saya agaknya!
Saya turun ke bawah tidak menggunakan lif, hanya menuruni anak tangga satu persatu. Sepanjang menuruni anak-anak tangga itu, mata saya tidak lepas daripada memerhatikan perempuan tadi.
Melalui celah-celah ‘kipas-kipas’ pada batu-batu blok di dinding tangga, sepatutnya saya mampu melihat perempuan tersebut dengan jelas. Apa yang memusykilkan saya adalah, sepanjang saya menuruni anak-anak tangga itu, perempuan tadi tiada di tepi longkang.
Tapi apabila tiba di bawah, dia ada di situ. Dia tetap juga mencangkung. Perempuan itu tidak memakai pakaian hospital seperti saya, tetapi serba putih. Mungkin dia seorang doktor, saya fikir begitu.
Lama juga saya berdiri di pintu tingkat bawah berdekatan dengan seorang pengawal keselamatan berketurunan India, dan memerhatikan perempuan itu. Sepanjang berjalan menuju ke vending machine itu, saya terus memerhatikannya.
Berdasarkan posisi badan dan kepalanya, dia juga memerhatikan saya. Wajahnya tidak jelas kelihatan, terlindung oleh rambutnya yang lebat dan panjang.
Selubung
Tiba-tiba perempuan itu tubuhnya begitu tinggi…
Ketika saya memasukkan syiling di vending machine, perempuan itu tiba-tiba bangun dan saya betul-betul terkejut. Tubuhnya begitu tinggi, saya agak sekitar tujuh atau lapan meter!
Tangan saya menggeletar, hinggakan tanpa sedar beberapa keping duit syiling saya jatuh bertaburan di lantai. Saya terus berlari naik ke wad dan terus menuju ke katil. Sampai di katil saya terus baring dan tarik selimut.
Seorang jururawat datang dan bertanyakan saya, kenapa? Sejuk, jawab saya ringkas. Habis bertanya, jururawat itu pun berlalu.
Saya terus selubung muka sambil mengingat kembali apa yang saya nampak dan alami tadi. Kalau tingginya sama seperti pokok yang juga sama tinggi dengan bumbung bangunan setingkat di sebelahnya, memang sah perempuan itu bukan manusia.
Saya menarik ke bawah sedikit selimut yang menyelubungi muka bila terasa agak panas. Pesakit di katil sebelah-menyebelah sudah lama nyenyak tidur.
Dalam memerhatikan sekeliling, tiba-tiba mata saya tertumpu ke bahagian atas tingkap yang bertentangan dengan katil saya. Perempuan yang saya lihat tadi sedang memerhatikan saya!
Luluh lemah terasa segala sendi-sendi. Nasib baik ketika itu saya baring di katil, kalau sedang berdiri, tak mustahil saya jatuh terjelepok.
Apa lagi, saya menjerit sekuat hati sambil menyelubung kepala dengan selimut semula. Jeritan saya membuatkan sebahagian pesakit yang tidur nyenyak di wad itu terjaga.
Tiga orang jururawat yang bertugas bergegas lari mendapatkan saya. Pesakit yang tersedar hanya memerhatikan dari katil masing-masing dengan rasa hairan.
Apa yang saya nampak, saya beritahu kepada jururawat tersebut. Tapi mereka semacam tidak hairan langsung dengan cerita saya. Saya tidak bohong. Mungkin saya dalam keadaan masih demam ketika itu, tapi saya tidak mereka-reka cerita yang bukan-bukan.
Percaya atau tidak terpulanglah kepada mereka. Bagi yang mengalaminya sendiri, saya seratus peratus percaya apa yang saya lihat adalah benar.
Ramai orang kata itulah Hantu Galah…
Pertama, kalau manusia biasa, tidak mungkin tingginya sama dengan paras bumbung bangunan setingkat itu. Kedua, kalau dia manusia, tidak mungkin dia boleh berdiri di luar tingkap di tingkat tiga. Tiada belebas atau apa-apa lantai atau palang di luar tingkap tersebut yang membolehkannya berdiri di situ.
Saya yang masih trauma dengan kejadian itu, bertambah terperanjat apabila beberapa hari kemudian seorang kakak sepupu bercerita bahawa kejadian yang saya alami ini bukanlah kali pertama. Cerita yang sama – ternampak perempuan tinggi di sebelah bangunan setingkat di hospital itu.
Kakak sepupu saya yang bekerja tidak jauh dari hospital itu, juga bercerita bahawa bangunan tempat perempuan itu berdiri sebenarnya adalah bilik mayat! Ya-Allah… padanlah ada sesuatu di situ. Patutlah reaksi para jururawat seakan tidak hairan. Agaknya sudah ramai pesakit yang mengalaminya.
Mungkin ramai pesakit di hospital itu tidak tahu blok G yang terpisah daripada blok lain merupakan bilik mayat. Tapi mengapa tiada signboard mengatakan yang itu adalah blok yang menempatkan bilik mayat?
Banyak kisah-kisah seram dikatakan berlaku di hospital ini…
Kakak sepupu saya kata memang ada signboard, tapi terlindung di sebalik pokok-pokok di hadapannya. Tidak perlulah saya nyatakan di hospital mana kejadian itu berlaku. Cukuplah saya katakan yang ia adalah sebuah hospital lama, dan masih berfungsi sehingga hari ini.
(sumber cerita: https://alamcyber.blogspot.com/2016/12/kisah-benar-di-sebelah-bilik-mayat.html)
Terima kasih kerana sudi membaca dan harap cerita ini sedikit sebanyak menyeramkan malam anda!..
Ps: sila layari blog saya di infoje.com.
Best Regards: Pencetus Impian Terakhir
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Assalam… maknanya kat sini, tajuknya bukanlah kisah sebenar bilik mayat. sepatutnya tajuk perlulah ada kaitan dengan hospital seperti sejarah hospital ke, kisah sebenar aku demam kee.. cerita dah best, cuma agak tertipu dengan tajuk. kipidap yee..
cerita la hospital mana bodo.nk cerita sangat tu
hospital mana?sampai tingkat 3..fuh
dah la xnk bgtau hospital mana, tajuk plk misleading habis!
kalau tajuk psl bilik mayat, kena cter ksiah di bilik mayat la…
elok buat tajuk “Gangguan Hantu Galah di Hospital” lagi elok.
Dia ikut cerita asal kot.. hihi
tau xpe
aku ade kisah jugak.wad yg aku dudok mse dkt hkl sbb denggi tu la wad plg angker.dan semua org mmg tahu aku ni seorg yg penakot yarabi..mse dudok dlm wad tu mmg aku xrse ape2 tkt ke ape ke.dh la aku punye katil dpt barisan plg blkg n katil no satu.kira dkt dgn laluan nk ke toilet n btl2 dpn aku tmpt simpn baju pesakit.mmg raya sakan la aku tkr baju setiap hari we.asl mnd je tukr.nsb la nurse2 tu xpasan.hihi.denggi ni die punye sakit tu.mmg buat bdn ko lemau mmg otak ko dh xpkr ape dh.sbb berat we kepala tu bdn tu.bdn jd gatal2 perit pedih.aku ari2 mnd pkl 12 mlm.kdg 2 3 pg pegi toilet.bersyukur jugk sbb allah bg aku kekuAtan meand die bg rasa tkt tu hilng.bila pkr blk mmg xcaya la aku bole seberani tu.bila aku dh siht aku kjr mcm biasa.bru kwn aku cite psl wad yg aku dudok tu.nsb la aku xkna kacau kalau x maunya aku lari hospital we
Cerita la nanti..suka baca cerita seram kat hospital..😅
best lah citer nie. citer pasal hantu galah. saya pun ada jgk lah dgr. mk saya larang kakak saya balik sorang2 lewat mlm dri kerja sbb ada nmpk org tgh berjoging tgh2 mlm. tpi makin lama makin tinggi. sbb tu klau kakak saya nk balik, abah saya yg akan pergi mbik. kdg2 abis shif pkul 1 pgi. maybe tu lah kot hantu galah
Dia kuat minum susu Dugro lah
tue lah merayau lg malam2..
aku pun penah kena usik kat hospital..wktu tu warded sbb jgkitan pd mata.so bila jgkitan diasingkanlah dr pesakit lain.
maka aku dpt katil yg dlm bilik cermin.ada 2 katil berdepan.. dan katil kat depan aku tu kosong.wad yg aku duduk tu bila mlm agak sunyi.
malam tu aku tidur dgn selesa tanpa gangguan walaupun pd mulanya ada rasa agak seram.malam kedua,aku terjaga sbb ada dgr bunyi katil berkeriuk..smpai aku duduk berfikir katil dpn tu ke berbunyi atau aku salah dengar.
hari ketiga rasa gelisah je nak tidur..tp cuba jgk tak layan perasaan.malam tu dgr bunyi berkeriuk.aku bgn duduk n nampak katil depan ada penghuni.
aku pelik jgk sbb aku bkn jenis tidur m**i sampai ade org masuk katil depan pun aku tak perasan.
baru je baring nk lelap..aku dgr dia batuk dan lepas tu mcm2 bunyi gaya orang sakit ..
aku ignore dan teruskan tidur.
esok aku bgn katil tu kemas.bantal pun takde.
so aku tanya nurse,patient tu tukar katil ke..yela kronik sgt dgr batuk dehemnye.
nurse tu bgtau mana ade sape pun admit situ.
beberapa malam lepas tu aku tak tidur situ dah…malam masa nurse dh tutup lampu aku merayap tidur kat katil kosong kat wad terbuka sebelah akak sakit lutut. pepagi aku pindah balik katil aku hehe..
kalau aku tetap stay kat situ maunya panjang lagi citernya.takut weh
Best lak cite ko
Kenapa ko kecut wahai Senah
Yeke.. Sian akak sakit lutut tu.
Terbaikkk
Lain kali tulislah ‘cerita ini berdasarkan cerita yg benar2 tak benar dan dari cerita yg benar2 direka’.
Nampak sngt menipu….