Kisah Benar Jemi: Memanggil Hantu

Assalamualaikum para pembaca. Ini kisah benar berlaku pada aku ketika aku di tingkatan 6 bawah, tahun 1995 di Melaka. Aku akan gunakan nama panggilan rakan-rakan aku yang sebenar dan setakat saat ini mereka masih hidup serta berjaya.

Seperti para pemuda ketika itu yang berumur belasan tahun yang lain. Aku dan beberapa rakan tertarik dengan ilmu persilatan dan aktiviti-aktiviti diluar pemikiran normal. Ketika di tingkatan 6 itu juga, aku dan beberapa rakan kononnya buat study setiap malam sampai pukul 2 – 3 pagi. Kadang-kadang siap tidur rumah rakan. Sebelum-sebelum itu kami biasa dengan topik cara memanggil hantu. Setahun aku hasil perbualan terutamanya daripada sharin yang merupakan rakan paling rapat dengan ilmu-ilmu paranormal ini.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memanggil hantu (entah ya atau tidak, wallahualam). Jangan cuba buat, ya. Aku takkan bagi details untuk elakkan ada yang percaya, lepas tu try sendiri pulak. Haru.

1) potong anak pisang emas dan balut seperti kain kafan (dan beberapa lagi ritual).

2) guna telur mentah dan lada hitam.

3) ambil bunga kemboja di waktu maghrib dan buat beberapa ritual lain.

Entah macam mana, satu malam tu ditakdirkan aku berlima sahaja yang berkumpul untuk study group, iaitu aku, Am, Zam, Ateng dan tentunya si sharin. Malam itu kami memilih rumah si Am.

Details aku ceritakan keadaan rumah si Am. Bapa Am telah berhijarah ke luar negara dan rumah papan dia ni bersebelahan dengan rumah nenek dia. Dia pula duduk bersama nenek dia. Jadi rumah ini telah kosong bertahun-tahun lamanya. Cuma keadaannya agak baik kerana masih ada orang tengok-tengokkan. Rumah ini berdaun pintu empat yang kecil-kecil. Ia memang dianggap daun pintu moden ketika itu. Macam rumah Melayu Melaka lain, bahagian depan dan bilik berada di atas dan dapur serta bilik air nun di bahagian bawah belakang rumah. Sekeliling rumah Am ada banyak pokok cempedak, dan sebatang dua pokok besar. Jadi rumahnya nampak suram. Tambahan pula, punyalah pemalas si Am ni. Kemaslah daun-daun sekeliling rumah ni. Dah nampak semak betul.

Ok balik semula kepada situasi kami, bila ada si Sharin, kami boleh agak kepala otak dia. Dia pun suarakan nak buat upacara memanggil hantu. Aku sebenarnya bukanlah berani sangat. Nak ditolak cadangan karang, disingkir dari keturunan Kasturi. Dalam berkira-kira nak mengiyakan atau bagi alasan, rupanya diaorang macam dah sebulat suara bersetuju. Dan paling mengujakan, si Sharin dah siap bawa bunga kemboja dari kubur. “Patutlah datang lambat si hawau ni” bisik hati aku. Siap dia bawa tongkat buluh tumpat. Katanya buat perlindung. Alahai.. macam caya tak caya je aku.

Sebelum mulakan acara dalam jam 10 malam. Sharin bagi beberapa syarat dan petanda ‘dia’ datang.
Syarat untuk sepanjang tempoh itu:

1) tiada sebarang bunyi bising.

2) tiada cahaya.

3) tidak boleh memakai awal-awal pelindung diri.

Tanda-tanda ‘dia’ nak datang:

1) ada bunyi burung apa entah namanya, aku lupa.

2) bunyi cicak bersambung-sambung. contohnya, bunyi seekor, disambung yang lain, kemudian disambung yang lain lagi.

3) akan ada bunyi ketukan / cakaran dan lain-lain di sekitar kita.

Maka bermulalah acara yang diketuai oleh sharin di bahagian ruang tamu. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Dari pukul 10 menginjak ke pukul 11. tiada apa-apa yang berlaku. kemudian mengijak ke pukul 12. Jeng jeng jeng.. pundi kencing aku dah penuh. Sharin tak bagi aku bukak api. Cakap pun macam pengantin baru nak bersenggama kali pertama. Dapur belakang… punyalah gelap. “Gilo agaknya si sharin ni nak suruh aku meraba sampai ke belakang. buatnya aku terpegang rambut?” bisik hati aku. Tapi sebab dah plan dari awal, akupun tak nak jadi punca plan gagal. Aku ajak si Am teman. Diapun ikut. Tapi aku suruh juga dia bukak lampu suluh kecil. jalan ke dapur melintas dua bilik umah am. aiii bunyi papan lantai yang aku pijak berkeriut-keriut menambah pengecutan pundi kecing aku. Sampai dapaur masuk bilik air.. aku sorang je memancut. Aku ajak Am beregu, dia tak mahu. Apa nak ditakutkannya entah. Bukannya aku nak suluh ehem dia.

Masa aku kencing, aku pejam mata. Takut ‘benda’ tu pulak yang beregu dengan aku.

Selesai balik semula di ruang tamu, sharin memberi isyarat. Rupanya, semasa aku dan Am berjalan ke bilik air, ada bayang-bayang di tingkap nakoh turut mengikuti aku ke dapur.

Kami terus menunggu dan menunggu. Seketika terdengar sayup-sayup bunyi burung yang sharin katakan tadi dan sesekali cicak berbunyi. Tapi tak ada tanda-tanda kewujudan fizikal ‘si dia’. Aku rasa disekitar jam 1 pagi, ketika itu aku dengar dengkuran si Am, Ateng dan Zam. Aku pulak tak boleh tidur. tiba-tiba bunyi burung tadi kembali dengan lebih kuat diikuti deretan bunyi cicak sama seperti Sharin katakan. Kemudian dinding papan diruang tamu seperti dijentik-jentik hampir sekeliling. Beberapa minit kemudian. Diikuti goncangan yang sangat kuat di daun pintu empat diruang tamu tempat kami buat upacara. Aku yang sedang baring. Tutup la mata seketat-ketatnya… membayangkan daun pintu itu diketuk dengan kepala oleh ‘benda’ berbungkus. selama beberapa minit gocangan itu di selang seli dengan dengkuran rakan aku yang bertiga. Sharin? Aku tak tau. Aku bukak mata kecil tengok dia, tangan atas perut. Entah jadi jenazah ke, entah sembahyang baring, aku pun tak tahu. Aku plan, kalau pintu pecah, aku capai buluh tumpat sharin. Pada masa yang sama aku baca juga ayat pelindung. Iyelah buatnya aku seorang je layan benda tu.. tak boleh jadi juga. Setelah habis aku baca ayat-ayat pelindung diri tiba-tiba keadaan jadi sunyi sesunyinya… bunyi burung ke.. cicak ke.. cengkerik ke.. tak ada. Yang ada bunyi dengkuran kawan aku yang bertiga tu. Mata aku jadi sangat berat dan tertidur.

Pagi esoknya aku tanya sharin. Dia kata dia pun sedar sama macam aku… dan dia pun terus baca doa pelindung macam aku. Cilakak.. aku ingatkan berani sangat! Rakan aku yang tertidur teruja la dengan cerita kitaorang dan beria-ia nak laluinya. Jimbit punya budak… sedap kau tidur nak ajak aku lalui sekali lagi.

Esok malamnya aku tak keluar sebab ada urusan dengan keluarga. Diaorang berempat buat sekali lagi tapi guna kaedah telur mentah dan lada hitam. Agaknya tak puas hati semalam tak merasa. Ada la cerita-cerita diaorang tapi tak merasai seperti aku rasai. Aku jangka. kalau diaorang tak tidur tentu sebab sharin buat pelindung siap-siap. Itu sebab kesan takde. Almaklumlah kononnya kitaorang darah pahlawan Melaka. Takkan nak tolak depan-depan.

Ada sekali tu kisah Sharin buat histeria di sekolah malam-malam, semata-mata nak tolong pegang budak perempuan. Kejadah sungguh… nak tengok siapa budak perempuan paling cantik yang terjaga dari tidur.

Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

29 thoughts on “Kisah Benar Jemi: Memanggil Hantu”

  1. Jap clear..jap.blur akak bc..kau xabis taip ker ap.mcm tergantung.xper2tulis lg klau ada pengalaman.cerita da best da.kena olah sharp2 lg k..meh akak rate

    4????

    Reply
  2. Cerita best.
    Cuma budak2 macam korang nilah kadang2 buat onar kat sekolah. Konkn berani. Tapi pecaya buluh tumpat. Setupid tol.

    Tak payahla panggil hantu. Baik meraga sukma, panggil hang tuah ke, tun sri lanang ke, belajar sejarah. Baru sejarah dapat A. Mengong.

    Rate:5/10

    Reply
    • hehehe betul bro. percaya pada buluh tumpat masa umur belasan thn. memang perkara yang bodoh tapi alhamdulillah.. sekarang tidak lagi.

      Reply
    • kalau dah penakot ko tengok je la cerita hantu kak limah kat tivi tu. tade la ko kene geget dgn antu nanti.
      cuti2 sekolah ni banyak gile cerita antu kat Astro. Halloween pun dah abis cerita hantu tak habis2 lagi.

      Reply

Leave a Comment