MISTERI ASRAMA SEKOLAH – Abe Din Pantai Timur
Assalamualaikum…
Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita ini. Aku berharap para pembaca dapat menikmati pengalaman zaman muda aku. Semua nama dan watak dalam cerita ini telah ditukar.
Kisah ini berlaku ketika aku tinggal di sebuah asrama sekolah kawasan pantai timur. Hari itu merupakan hari khamis malam jumaat, seperti biasa semua pelajar lelaki dan perempuan di wajibkan solat berjemaah. Selepas selesai menunaikan solat magrib, tiba-tiba terdengar suara jeritan dari pelajar perempuan di belakang jemaah kami. Kami geng lelaki pun pergi kearah suara tersebut untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Warden yang bertugas ialah seorang cikgu yang baik dan comel iaitu Cikgu Suraya. Melihat Cikgu Suraya yang manis bertelekung terlupa pula aku pada jeritan tadi untuk seketika.
Perempuan yang menjerit bernama Farhana, salah seorang pelajar cemerlang di sekolah kami. Farhana meracau-racau seperti histeria. Farhana memaki hamun, ada juga perkataan yang tidak aku fahami. Cikgu Suraya cuba menenangkan Farhana dengan membaca ayat suci Al-Quran tetapi gagal. Cikgu Suraya mengambil senaskah Al-Quran cuba mendekati Farhana tetapi Farhana dengan selamba merampas dan membuang Al-Quran tersebut. Cikgu Suraya meminta kami melaungkan azan. Aku menolak Azlan ke depan kerana Azlan merupakan seorang anak orang alim di kampung beliau. Azlan ada sedikit ilmu bab-bab makhlus halus dan keberanian menghadapi suasana ini.
Azlan berdiri betul-betul depan Farhana dan melaungkan azan sekuat suara. Farhana bangun dan menolak Azlan sampai rebah. Dengan mata yang merah menyala, muka yang bengis, tenaga yang sangat kuat dari Farhana sehingga kami pelajar lelaki tidak berjaya untuk memegang beliau. Farhana menjeling kearah kami, aku dah seram sejuk, jantung jangan cakap la selaju kereta F1. Gaya Farhana macam nak menerkam kami, aku berundur kebelakang supaya senang untuk melarikan diri. Dalam kepala aku hanya lari menyelamatkan diri dahulu risau kalau aku pula yang dirasuk.
Azlan : Apa tengok2???
Farhana : Heheheheeeeeeeeee!!! Hahahahaaaaa!!!
Aku : Cikgu, apa kata kita panggil Ustaz Mat? Ni macam kena rasuk .
Cikgu : Boleh juga, kamu ajak beberapa pelajar ke pondok pengawal minta pengawal keselamatan sekolah panggil Ustaz.
Kami pun berlari ke Sekolah. Untuk para pembaca, jarak asrama dengan pondok pengawal keselamatan sekolah sangat dekat hanya dipisahkan dengan sebuah padang. Jadi untuk ke sekolah kami perlu melintasi padang terlebih dahulu. Semasa berada di tengah padang, aku melihat kejadian pelik yang menyebabkan kami meremang bulu roma.
Aku : Azlan, cuba tengok apa yang hitam tu?
Azlan : Tu kucing hitam je. Jangan fikir bukan -bukan.
Aku : memang la kucing hitam, tapi kenapa jalan mengundur? Mata merah dan tengok kita je.
Azlan : Jangan ditegur, tu bukan kucing betul. Buat tak nampak je.
Mendengar kata-kata dari Azlan semakin laju aku berlari. Kalau aku sorang diri dah lama patah balik ke asrama. Kan kucing hitam tu tanya aku nak kemana??? Boleh demam seminggu tu. Tiba di pondok pengawal keselamatan, Pengawal keselamatan pula tiada. Dah lama menunggu, kami buat keputusan membuat satu nota supaya pengawal segera ke asrama sekolah. Semasa perjalanan ke asrama, kami merasakan ada lembaga hitam yang mengikuti kami. Kami terus diam seribu bahasa, hanya kedengaran tapak kaki kami berlari dan bunyi kucing yang memanggil kami dari arah belakang. Aku langsung tidak pandang ke belakang, aku mula berpeluh-peluh, bulu roma dah meremang sampai ke tengkuk, seram sejuk pon ada, terasa teramat jauh pula asrama kali ini.
Sampai di asrama, aku tengok makin ramai pelajar perempuan histeria lebih dari 10 orang.
Aku tengok muka Cikgu Suraya dah ketakutan, panik, pening semua ada di tambah pula dengar
berita pengawal keselamatan tiada. Jeritan pelajar bersambung meyambung, ada yang menangis,
ada yang ketawa, ada yang mengilai, yang menakutkan adalah Farhana memandang tepat kearah
kami sejak pulang dari sekolah. Aku terus membaca ayat Al-quran yang aku ingat untuk
mengurangkan perasaan takut. Walaupun kepala lutut dah terketar-ketar, disebabkan ramai pelajar
tu aku berani sedikit.
Tidak lama kemudian, Pengawal Keselamatan datang dan beliau bergegas ke rumah Ustaz. Setibanya
Ustaz di asrama, Beliau terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Kami antara pelajar lelaki yang
berani untuk melihat bagaimana Ustaz berubat. Terkumat kamit Ustaz membaca ayat suci Al-Quran
dan meniup kearah air. Manakala air tersebut di suruh kami untuk merenjis kepada semua pelajar
yang terkena ganguan makhluk halus. Kebanyakkan pelajar kembali pulih kecuali Farhana. Farhana
hanya tersenyum semasa air direnjiskan. Akhirnya, Ustaz sendiri yang menyapu air tersebut ke muka
Farhana, namun tindakkan itu gagal. Farhana hanya ketawa dan memerhati sahaja gelagat Ustaz.
Aku melihat Ustaz memicit kedua-dua ibu jari kaki dan berbicara dengan makhluk halus itu.
Ustaz : Siapa ko? Kenapa gangu anak keturunan Adam?
Pelajar : HAHAHAHAHA!!!
Ustaz : Siapa ko?
Pelajar : mereka gangu aku dulu!!!!
Ustaz : Bagaimana?
Pelajar : Arrrrrrhhhhhhhh!!!!!!!! PERGILAH, JANGAN GANGU AKU!!!!!!
Selepas selesai Ustaz berbicara Farhana terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Ustaz pun bangun
dan jalan menuju belakang asrama perempuan. Aku melihat Ustaz mengali dan mengambil sebotol
kaca yang tertanam di belakang asrama tersebut. Setelah membaca ayat-ayat suci Al-Quran, Ustaz
merenjis air keatas botol itu. Aku melihat ada kepulan asap yang keluar dari botol tersebut. Akhirnya
semua selesai dan Ustaz mengambil botol untuk diletakkan di tempat yang sesuai.
Kami bertanya kepada Ustaz kenapa kejadian ini boleh berlaku. Ustaz bercerita bahawa asrama ini
Sebenarnya keras, sudah lama kejadian sebegini tidak berlaku. Dahulu tapak sekolah dan asrama
merupakan kem tentera jepun, mereka m*******l kepala tahanan, manakala mayat tahanan di
tanam di kawasan ini. Kalau dulu, selalu orang ternampak tentera jepun beratur tanpa kepala.
mereka berkawad sambil memegang kepala masing-masing. Dengar cerita ini, bulu roma terus
menegak, selama ini kami tinggal di kawasan tanah perkuburan. Mahu sehaja kami minta pulang
dan tidak menetap di asrama selama-lamanya.
Sebenarnya makhlus halus ni marah kerana ada pelajar perempuan yang membuang tuala kotor
sesuka hati. Ustaz menasihati kami supaya jangan tinggal solat dan setiap kali selepas solat fardu
amalkan membaca 3 Qul dengan ini dapat melindungi diri dari ganguan makhluk halus. Manakala,
pelajar perempuan haruslah membersihkan d***h yang ada di tuala kecil mereka sebelum dibuang
untuk mengelakkan daripada digangu makhluk halus.
Ok la, sampai sini sahaja cerita aku. Terima kasih kerana sudi membaca.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Takde cerita cliché lagi ke
Harap dapat add sye untuk dpt cerita baru diemail. Tq.
Pasal hantu jepun ni, dah lama tertanya2. Masa perang dulu askar jepun p*****l kepala org tempatan bukan p*****l kepala askar2 dia. Jadinya, kenapa pulak hantu askar jepun takde kepala? Sapa p*****l kepala hantu2 jepun? Kena game dengan jin syaitan nampaknya. Lari dari fakta sejarah.
kah kah kah..masuk akal juga teori ko ni…
tak best pun
Xsilap aku ni sekolah smk badrul alam shah kemasik xpon skolah mngah teknik dungun… Law x silap aaa haha
Cerita ni mcm kutip dari banyak sumber kumpul jd 1 cerita. Tak ori. Histeria sebab penunggu marah buang tuala wanita. Apa kena mengena dengan botol? Jin penunggu tinggal kat busut, pokok. Ini penunggu duduk dlm botol? Jin Disney ke? Tu jin kena buang. Tak penah aku dengar tahanan Jepun m**i d*******l dlm kem. Kebulur atau sakit ada la. Kemaruk nak tulis cerita seram pun agak2 la.
Xkan cikgu suraya je yg ade mse tu. Solat jemaah kan, imamnye student ke? (tanya sbb xpnh dok asrama sekolah)… Xde lgsung cikgu lelaki @ cikgu ppuan lain?