Kisah Bermula Tahun 2000

Salam untuk semua. Tq admin sebab sudi approve kisah aku. So memandangkan kisah ni tentang family aku n memang selalu ada kejadian aneh mistik, tapi kami bukanlah manusia yang pelik. Kami tetap menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Maaf juga kalau bahasa n cerita panjang berbelit2.

So aku start with year 2000, ni aku gelar zaman kejatuhan family aku. Bak kata perpatah dah jatuh ditimpa tangga pula. Hihi betul x bahasa aku ni?

Aku ada 7 sibling, aku anak ke 4. Masa ni kakak aku dah sambung study kat maktab perguruan di Borneo (x payah bagi tahu nama tempat maktab lah k). Kakak sulung aku ni memang pandai orang nya n nak jadikan cerita sepanjang dia study kat sana dia selalu dapat gangguan sampai2 kena hysteria. Then lecturer dia call family suruh bawa dia balik berubat. Masa tu aku n adik beradik lain masih sekolah rendah n menengah so aku masih x faham. Kecuali abang2 aku sebab dia orang dah besar kot.

Yang pergi jemput kakak masa tu daddy, uncle n his wife (adik perempuan mak). Dalam perjalanan tu aunty ADA bagi tahu yang kakak ni genggam jari dia sendiri macam ADA barang dia pegang n dari jari ke lengan dia memang nampak pucat macam Mayat. Then lepas masuk ferry Sibu baru kakak lepaskan genggaman jari dia (masa datang ambik kakak, dia orang naik flight n bila balik di airport kakak buat hal, so terpaksa sewa teksi balik kuching). Kalau orang asal Borneo n yang jauh pernah g Borneo tahu lah keadaan jalan n jauh nya perjalanan dari hujung Borneo ke Kuching.

Sampai dirumah pakcik teksi bagi tahu daddy yang benda tu dh x dapat ikut kakak lepas lalu tasik or sungai durin/lanang sibu (aku pun dh lupa nama tempat tu). Tapi kakak masih lagi ketakutan.

So after that mula lah daddy cari orang untuk ubatkan kakak, rasa nya kakak cuti 2 minggu je. Dalam masa dia cuti n berubat tu pun ada kisahnya. Pada permulaan benda tu x tunjukan diri. Tapi kakak bagi tahu yang benda tu perempuan rambut panjang pakai baju merah n selalu bagi salam kum kum. Kalau di asrama dia akan datang pukul 3 pm n am je so dalam masa tu kakak akan peluk bible n baju kurung yang sama. Kakak akan lari meraung n menangis tapi tidak ADA orang yang datang tolong macam asrama tu memang xda penghuni. Tapi real life memang ADA orang termasuk roomate dia cuma dia yang x nampak manusia melainkan benda tu.

First time dia kena ganggu tu dia minta lecturer jangan bagi tahu family tapi makin lama makin parah so lecturer n pegawai yang bertanggungjawab terus call family. Bila daddy tanya kenapa rahsiakan kesakitan, kakak just jawab dia nak belajar kalau dia balik nanti family susah. Dulu depan bilik asrama tapi sekarang depan pintu rumah pula benda tu ketuk n bagi salam. Sampai rumah hari tu pun kakak dapat tidur 1 malam je. Then mula balik hysteria dia. Cakap bukan2 dalam bahasa aneh.

Ok lah aku rasa panjang sangat cerita aku dah kalau ADA yang nak tahu sambungan next aku akan cerita kalau x aku out n stop je. Hihi..

3 comments

  1. Aah dik panjang sgt cerita kau ni *tgn di dada mata pandang ke atas* better buat sambungan. lepastu berbulan kiteorang tunggu sambungan kau sampai xtahu cerita kau yg asal mana satu. bukan cite kau sorg dik kteorg baca. banyak lg cerita fs siarkan. mohon klau nk cerita, cerita habis. tolongggggggglah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *