Cerita yang Kak Ayu nak share ni, terpaksa ada part 1 and so on.
Sebab dalam 1 malam tu, ramai yang alami kisah berlainan.
Harini Kak Ayu share intro dan kisah pertama yang kitorang semua alami.
Kisah yang akan Kak Ayu ceritakan ni, berlaku sekitar tahun 2003 masa masih menuntut di Matrikulasi.
Waktu itu, setiap kelas ada disediakan peruntukan untuk membuat lawatan sambil belajar. Mula-mula kitorang sekelas tak rasa pun nak pergi melawat kemana-mana.
Tapi memandangkan rugi la pula tak ambil je peluang tu, budget pun dah disediakan, jadi kitorang pun buat plan last minute, permohonan dan persediaan pun last minute.
Kitorang putuskan untuk ke KL & Putrajaya tidur 1 malam je.
Simple.
Masa wakil kelas kitorang berbincang dengan Pengetua berkenaan permohonan tu, beliau mencadangkan penginapan di sebuah asrama di pusat hoki di ibu kota.
Katanya, murah tapi selesa. Cuma RM10 seorang untuk satu malam.
Tanpa fikir panjang dan lagipun untuk tidur sajekan, kitorang pun bersetuju.
Dan disitu lah pelbagai perkara misteri berlaku.
Pada tarikh yang dirancang, kitorang pun sampai di asrama untuk check in.
Kak Ayu dah tak ingat dah susun atur bangunan dekat sekeliling asrama. Yang Kak Ayu ingat, blok yang akan kitorang bermalam ni, bertentang dengan blok pelajar-pelajar sukan. Dan tengah-tengah ada padang berumput yang kecil je.
Kitorang diberikan bilik seorang satu. Toilet saja yang share berdua. Wow!! RM10 je, tapi dapat bilik seorang satu. Best tu..
Jadi, kitorang pun bergerak ke bilik masing-masing untuk letak barang dan berehat sekejap sebelum memulakan aktiviti lawatan sambil belajar kitorang (lebih kepada jalan-jalan je. Hehe)
Kak Ayu dapat bilik di tingkat 2. Bilik paling hujung. Tapi yang paling hujung sebenarnya bilik stor. Baru bilik Kak Ayu. Kerana kesengalan, nyaris Kak Ayu nak masuk yang bilik stor tu. 😆
Ok, sebelum masuk bilik Kak Ayu yang sebenar, Kak Ayu dah baca Ayatul Kursi dan beri salam.
Bila pintu dibuka je, nampak bilik tak besar sangat, tapi ok la untuk tinggal seorang, nak solat pun cukup ruang. Dalam bilik ada satu katil single dihujung kiri, ada singki disebelah kanan.
Bila Kak Ayu melangkah masuk dan tutup pintu, baru nampak almari besar sebelah kiri betul-betul dekat pintu masuk.
Almari besar macam zaman dulu-dulu. Mungkin daripada kayu jati.
Kalau dalam cerita seram, dalam almari besar macam tu la ada macam-macam benda tak best.
Jadi, Kak Ayu buat keputusan untuk tak buka langsung almari tu.
Pintu pula, tutup jenis selak. Selak pun jenis besar, bukan biasa-biasa. Jenis besar gedabak. Kalau kita buka, memang bunyi ‘dang!!’ sebab impak selak besar tu.
Secara keseluruhan, bilik tu macam old skool sikit. Macam buatan dulu-dulu. Berbeza dengan blok depan bangunan Kak Ayu tinggal tu.
Ada pelajar-pelajar asrama tinggal disitu, dari tingkat dua, Kak Ayu nampak bilik-bilik pelajar bangunan depan tu, macam baru, moden sikit. Siap ada mozek lagitu.
Bukan pasal Kak Ayu kesahkan bilik kitorang dapat tu tak cantik, tapi feel dia semacam..
Oh, toilet kena kongsi dengan kawan bilik sebelah. Tapi tak payah keluar bilik.
Lepas almari yang besar tu, ada satu lorong. Situ ada bilik mandi dan toilet. Dan situ juga ada link ke bilik kawan kita.
Bilik sebelah, Madiah. Jadi, Kak Ayu akan berkongsi toilet dan bilik mandi dengan Madiah.
KISAH BILIK DIANA
Selesai solat dan berehat, kitorang teruskan aktiviti lawatan dan pulang ke asrama pada waktu malam.
Kak Ayu dan beberapa orang kawan lain plan nak lepak dulu dalam bilik Diana di tingkat 1.
Sedang kitorang tengah asyik bersembang, bergelak, tiba-tiba pintu ditolak dengan kuat dari luar.
Sampai tumpah air yang digantung dekat tombol pintu.
Haz rupanya. Masuk tak bagi salam. Terus terjah je.
Kitorang marah la juga dengan apa yang dia buat. Tapi kitorang tanya juga kenapa dia macam cemas je. Dia kata, tak ada apa-apa. Saja nak join. So kitorang biarkan je.
(Haz cerita apa yang terjadi dekat dia sebenarnya, lepas kitorang check out.
Kite teruskan cerita dekat bilik Diana dulu.)
Antara perkara wajib mesti dibuat kalau dah berkumpul, berjalan-jalan ramai-ramai, mestilah bergambar.
Nak abadikan kenangan kan..
Zaman tu masih kamera kodak. Semua berkumpul di bahagian katil. Diana ambik ruang kebelakang supaya semua masuk dalam gambar.
Tangkap nak kena perfect.
Tak nak bazir kodak kan..
“1 2 3 ‘klik’. Sorry sorry korang. Aku terlanggar kerusi ni. Mesti gambar blurr” kata Diana.
Diana alihkan kerusi.
“Again. 1 2 3 ‘klik’. Alamak korang.. Aku terlanggar lagi”
Kerusi dialih lagi jauh. Kalau tak jadi, sudah sampai situ je la. Guna kodak ni, gambar tak boleh bazir-bazir.
“1 2 3 ‘klik’. Sorry la korang. Ni mesti gegar jugak ni. Aku tak tau terlanggar apa ni”
Mulanya kitorang tak fikir apa-apa yang pelik.
Sampai la masing-masing keluarkan cerita lepas check out.
Semua diluahkan masa kitorang makan dekat Taman Warisan Putrajaya.
Dah jauh kan..
Baru berani cerita. Hehe
Oh ya.
Balik kolej, baru cuci kodak.
Dan hasil gambar bila dicuci, memang semua gambar gegar, kabur. Langsung tak nampak kami semua.
Cerita yang Kak Ayu dan yang lain alami, Kak Ayu sambung di Part 2 ye.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
cerita hantu apa ni? hantu kodak?
aiyooo.. penulisan dah best dh. tp pendek giler dh bersambung.. apoo
Assalamualaikum Kak Ayu… Rindu nk dgr bunyi kodak da abis…
Almari tu kalau masuk, mesti sampai negara Narnia.
mana part 2 nyaaaa