Kisah Biskut Semperit

#SeramRamadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua

Cerita saya ni pendek je. Masuk ramadhan teringat kisah puasa tahun 2015. Minggu terakhir kiteorang concentrate dengan sibuk buat kuih dan biskut raya untuk tetamu raya pulak.

Suasana rumah saya ni, kampung dekat dengan bandar. Rumah pusaka, 2 buah rumah disambungkan bahagian tengah. Jadi dekat tepi rumah depan ada jalan jambatan yang menghubungkan rumah belakang dan mengunjur ke belakang. Kawasan luar rumah yang belakang dah diubahsuai dan ada satu dapur kat luar, luas dan bebas kalau nak masak- masak. Rumah kiteorang ni nombor 2 dari simpang masuk kampung, kawasan yang sejak dari dulu lagi terkenal dengan kisah- kisah mistik dengan kawasan suram, dekat sungai dan gelap. Sekadar nak bagi gambaran ngan korang untuk bayangkan suasana.

Dijadikan cerita, beberapa hari sebelum raya mak saya dengan adik- adik saya plan nak buat semperit. Buat memang banyak sebab memang kegemaran sekeluarga. Dari pagi dorang buat, sampai ke tengah malam. Dapur kat luat ni dia pakai dapur gas yang ada oven sekali tu yang muat 2 dulang besar, jadi masak memang cepat. Dalam 15- 20 minit. Tapi yang peliknya 5 dulang terakhir ni adik saya tunggu masak dari pukul 8 malam sampai 11 malam dia belek- belek biskut tak masak. Tukar dulang lain pun sama. Tak masak. Saya dan kakak saya duduk kat dapur luar sambil bercerita.

Saya tengok jam menghampiri 12 tengah malam. Saya kata, “kemaslah, esok lepas sahur kita sambung bakar biskut”. Saya dah tak sedap hati dah. Macam ade yang mengacau. Tapi sebab dari pagi lagi dia dah duduk situ bakar biskut, jadi dia pun malas nak sambung. Esok lepas sahur katanya dia nak tidur puas- puas. Malas nak tengok biskut tu dah. Sambil bercerita dengan kakak, saya tengok dari ekor mata kak ponti elok je duduk kat atas motor lama kat stor belakang dapur tu. Ni first time saya tengok kak ponti!

Saya bagitau kakak saya, “jom kita masuk lah. Kau tu masuk la jugak (adik saya). Kecuali kalau ko nak yang duduk atas motor tu temankan kau bakar biskut, ko tunggu lah sorang- sorang kat luar”. Adik saya tak tunggu apa pun, tak kemas dia off je oven tu terus masuk dalam rumah dan kunci pintu. Kan dah mendapat. Satu rumah bangun dengar kecoh kami yang kat luar rumah ni.

Barulah terbuka semua cerita- cerita kat belakang tu. Sebelum ni makcik saya pernah masak kenduri kat luar tu pun karinya sebelum kenduri lagi dah basi. Kawan- kawan adik saya pernah nampak cik ponti tu duduk kat tangga rumah, sebab waktu malam memang luar kawasan rumah kiteorang gelap. Saya tak tahu sebab balik kampung pun sekali 2 je setahun sebab tinggal tempat lain ikut suami. Lagipun rumah tu tempat saya membesar dari kecik lagi, orang tengok dari luar mungkin menakutkan sebab gelap dan memanjang ke belakang. Tapi kami dah biasa dah takda rasa apa dah walaupun memang anak buah selalu kata ada “perempuan tua rambut panjang” dorang selalu nampak.

Pernah kawan saya bagi tips, kalau kita masak tapi makanan kita tak masak- masak dalam jangka masa yang lama, ambil satu potong masakan kita tu dan buang ke luar/ke belakang. InsyaAllah tak lama lepas tu masakan tu mesti masak.

¬-Rosfiza-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

  1. huhu..cik ponti tu nak rasa sikit kut kuih semperit. dia pun nk beraya. Dari pagi asyik terbau wangi kuih je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.