Kisah bonda (perantauan)

Assalammualaikum kepada pemgemar FS. Salam syg buat semua dan salam Lock down. Kisah ni tentang pengalaman Bonda di johor (KEM MA***** KELUANG)

Kisah pertama. (Jiran)

Kakak Bonda ni boleh la digelar anyah, berkawin dengan seorg tentera dan telah mendapat seorang Cahaya mata dalam Umur 2-3 tahun. Suami anyah ni bonda panggil Abg j**. Beliau ni seorg tentera berpangkat pegawai warrant 1 bahagian helicopter. (tentera udara). Diorg laki bini ni tak nak duduk dalam kem, boring katanye.

Jadi duduk lah di kawasan perumahan luar tapi masih kawasan untuk tentera Sewa. Kawasan perumahan ni dikelilingi kilang kilang  (sunyi sepi) & ada stadium di situ. Maf dah lupa nama sebab masa tu Bonda baru 20an. Bayangkan Umur baru 20an dah berdikari dari ipoh pergi ke johor naik bas sorg sorg. 😅. Sebab Abg j dh panggil tuk teman kan anyah taknk biarkan anyah sorg dengan anak sebab Abg j kena pergi kursus dlm 2 – 3minggu….

Masa Bonda sampai, jiran jiran anyah & kawan Abg j dok tanye.. Amoi dok mana? .. 😅😂. Bonda gelak cakap rumah en. A. S… Oooo..  Ni ke adik ipar S. Ingat anak cina sesat? 😅. Rumah ujung tu kan? Diorg cakap. Bonda jawab la “ye”. Berani ye dok situ. Kalau orang sini bila suami tak di rumah, mesti tdo rumah kawan kawan (sebelah rumah anyah) .. Tapi kakak kamu tu tak nak, di panggil adik datang teman je.. Bonda pon diam.. Ape maksud diaorg ye. Bonda buat tak tahu je sebab Bonda ni jenis “hati keras, kental dan degil” tu Sebab Abg j, suka panggil Bonda teman tiap kali dia kursus.. Jgn sangka Ppuan ni lemah ye..

Kisah kedua (misteri Pagar)

Ada 1 malam tu, dalam Abg j tengah kursus, bonda tido sebilik dengan anyah dan anak dia sebab anyah ni kira penakut tahap gaban.. Bayangkan, syiling atas ada berlubang sekeping pon dah terjerit jerit panggil Bonda teman nak masuk bilik tdo dia.. Alasan, nampk gelap t terkeluar benda situ.. Alahai anyah mistik sangat.. Hahaha. Malam tu dalam kul 11 lebih, baru nak lelap mata ni, bonda dengar pintu pagar luar macam digoncang (lebih kurang cm org nak bukak la), jadi Bonda duduk atas katil sebab ingat Abg j balik tiba-tiba, tapi baru 3 hari dia pergi kursus. Bonda pon tunggu la kalau dia bukak pintu rumah. Mmg, pintu rumah dengar macam di bukak (dipusing tombol), lepas tu senyap. Jadi Bonda pikir Abg j dah masuk ni. Kena tukar bilik balik la.. Masa Bonda turun katil tengok anyah tido lena, tapi pelik kenapa dia tak bangun. Tak kan dia tak sedar laki dia balik. Bonda berdiri depan pintu bilik.. Dalam stengah jam menunggu takde sape ketok.. Jadi Bonda dh agak.. Terus Bonda naik katil balik dan tidur.

Kisah ketiga (ketawa kanak kanak)

Kiranya ini dlm mlm ke seminggu, masih tdo bersama anyah, tp masa ni dh pukul 12.00 lbh (mlm) Bonda masih d tingkat bawah tgok TV cerita puteri impian. Anyah dh duduk dlm bilik. Ttba, (penerangan, sofa sebelah tingkap, bonda duduk d situ, sebelah luar tingkap ada rimbunan pokok pisang.) Bonda dgr mcm org dok goyang pokok pisang tu.. Kuat bunyi nye.. Bonda terkejut gak, tp x amik kisah. Bonda cume ckp dok luar je la.. Masa tu anyah dh terjerit jerit panggil Bonda, x habis g ke cerita? Masuk tdo la.. Hahahaha.. Penakut.. Habis cerita tutup TV. Naik atas terus ingat nk tdo.. Tp x bole sb bunyi budak budak main kt rumah belakang.. Bising ye.. Tergelak, terjerit. Mmg mengganggu.

Tgk anyah dia dh berselubung ngn anak dia dlm selimut tebal. X panas ke anyah oiii.. Nmpk tangan dia je bergerak dlm selimut tepuk anak. Esok pagi nye Bonda tanye anyah, anak sape bising mlm mlm bute smlm.. Anyah pelik. Bising? X de! Mana ada bunyi semalam anyah kata. Bonda pon okey je. Tp anyah pulak tnye, bukan semalam bau bilik busuk sgt cm bau nanah, perut busuk pecah? Ha, bonda pelik dh.. X de jwp Bonda. Patut la anyah berselubung Bonda pikir. Jd kes ni hilang bersama bau nasi lemak pg tu. Disuruhnye Bonda tengok tingkap dapur.. Ade ape kat belakang tu se tengok.. Adoii, sederet rumah kosong.. Habis tu anak sape snok main mlm tdi.

Kisah keempat dan terakhir (salam perkenalan)

Masa ni Abg j ada rumah, lg 1 hari nak pindah masuk kem, jd Bonda tdo dibilik depan, ngadap hadapan pintu pagar. Mlm tu dlm 1 lbh, bunyi anjing menyalak kuat dan mendayu, bonda bukak tingkap dan nmpk dlm 5 – 6 ekor anjing dok depan Pagar ngadap ke tingkap Bonda menyalak marah. Bonda tengok je anjing anjing tu Sambil marah anjing betul anjing ni. Hahaha.. Memekak je.. Rupenye itu sbnrnye loceng amaran yg mengata kan ada benda bersama Bonda dlm bilik. Mmg betul. Bonda baru baring nak lelapkan mata (Bonda ni jenis manusia yg suka tdo tutup kepala ngn bantal) tgh dlm mamai tu Bonda nmpk jelas dpan mata Bonda betul sebelah Bonda bahagian kepala benda berdiri tegak berbunjut. Allah. Terkejut, bulat segar bugar mata ni. Bonda terus baca ayat qursi. Dlm sekelip mata, (Bonda terkelip mata) hilang. Tp bau Kapur barus masih ada.. Dan Bonda bangun tenang kan diri. Tepuk bantal dan tdo.. Sb Bonda percaya Allah melindungi kita.

Pg tu masa nak masukkn Barang dlm lori, jiran jiran dtg dan ckp ada hantu bunjut dlm rumah tu, org lama tinggalkan dlm stor. Patut la masa Bonda masuk stor rasa lain, rasa stor tu lembab, suam, sejuk dan hapak. Sdgkn stor tu bersih. Itu lah saja kisah bonda buat masa ni. Nanti kan kisah kisah bonda yg lain untuk keseronokkan dan dapat menghiburkan hati pembaca FS. Sekian.

Salam sayang ❤️BONDA ALIDA❤️

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

❤️Bonda alida❤️

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.1]

2 thoughts on “Kisah bonda (perantauan)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.