Kisah di Rumah Sewa berdekatan Pantai

Assalamualaikum.. Saya nak cerita tentang pengalaman saya. Bagi saya ia agak mnyeramkan sebab saya yg mngalami nya. Tapi tak tawu lah korang ..
Kisah 1
Saya belajar di kolej swasta di satu negeri. Spt remaja biasa bila ad kebebasan parents jauh mesti akan balik lambat bila weekend. Nak di jadi kan cerita pada satu ari ni saya dan sorg roomate namanya lisa pergi kerumah kawan kami mira utk bawak dia pergi minum.. Kami akan melalui 1 taman permainan utk sampai ke rumahnya. Oleh kerana saya tidak memandu mata saya akan melihat suasana persekitaran .

Pd mula nya saya hanya nampak seorg budak kecik yang sibok main buaian tanpa pengawasan orang dewasa.. Saya tidak berfikir apa sebab waktu itu baru jam 9mlm. Setelah amik mira, mira tunjuk arah jalan yg berbeza lalu saya bertanya “knapa tak lalu jalan depan taman permainan” mira hanya diam dan senyum.. Apabila kami dah puas lepak makan makan jam menunjukkan jam 11.30pm jadi saya ajak balik dan kami hantar mira pulang, sedang sibuk berbual lisa terlepas simpang jalan yg mira tunjuk kan tadi, lisa terus lalui jalan yang ada taman mainan tu.

Apabila lalu saya dapati buaian itu bergerak tanpa ada org tolak tiada sesiapa pon sisana. Saya hny diam dan lisa hanya pesan “nampak apa2 jgn tegur” mira cuba fokus pemanduannya dengan menekan minyak . Kami berborak didepan umah lisa bergosip tak kan sudah kalau dah gadis2 bertemu, tak sangka sudah jam 2 pg.

Lisa pelawa utk tidor rumahnya oleh kerana da lewat. Tapi mira kata dia ada hal esok pepagi encik boyfried ajak pergi pantai kata nya. Maka dengan itu kami pun pulang. Mira amik keputusan utk lalu jalan yg bertemu taman permainan itu, apa kami lalu di sana saya dapati taman mainan tu sudah rosak .. Tiada lagi papan gelongsor, tempat duduk buaian putus sebelah tidak sesempurna seperti saya dan lisa lihat jam 8pm td. Ketika kami lalui disana tiba2 kami bau hanyir saya hanya mendiamkan diri mira menekan pedal minyak hingga kedinding tapi kereta sangat berat dan bau nya sangat busuk..

Mulut saya hnya keluar laungan azan yang tersekat2 dan hnya didengari oleh mira tetapi sayup2. Tiada apa yang terlintas di otak hanya lah azan. Tiba di kwasan yang selamat kami merasakan kereta yg kami naiki itu ditolak dan kembali spt biasa.. Kami demam seminggu disebabkan kejadian ini. Sejak dari itu, kami langsung tak nak jejak kaki di rumah lisa lagi jika waktu malam ..

Kisah 2
Ayu dan ana belajar sama kelas sama subjek yang diambil. Ana roomate saya yang sangat fokus dengan kerja nya. Ana amat memerlukan ayu dalam tugasan kali ini. Ana sanggup amik dan hantar ayu pulang ke rumah. Mereka abiskan tugasan pada jam 10.30 malam. Ana ingin menghantar ayu pulang.

Saya offer kan diri utk temankan ana sebab sbg roomate secara tidak langsung akan ada perasaan risau lagi lagi perempuan. Masa mahu hantar ayu, ana lalu jalan yg terang. Lps tu kami mahu jalan pulang sempat jugak ayu tanya “korang balik nak lalu jalan mana? Jgn lalu depan la korang patah balik lah ” ana menjawab “kenapa tak boleh lalu depan sana tu” ayu hnya menjawab “jalan xrata” ana fikir dia bukan bawak kereta rendah kalau jalan mana2 yg tak rata abis gesel2 jadinya ana lalu jalan depan.

Bila ana mahu melintas jalan ana terlangar sesuatu yang kami merasakan kereta kami bergoyang kekiri kekanan ana tiba2 diam saya hanya melihat jalan di sebelah kiri saya, saya melihat ada sebuah motor yang kelam kabut mahu uturn dan didepan jalan sikit dari motor uturn ada benda putih berdiri tegak.

Ana dengan secepatnya melintas tanpa tengok kiri kanan dan saya diam tanpa bicara .. Saya sempat tengok cermin belakang melihat apa yang kami langgar itu. Korang tahu apa dia ? BATU NISAN ! korang bayangkan lah mcm mne kami masa tu . Dengan tidak semena nya bau busuk menghantui kami.

Ana sedaya upaya spray perfume kete banyak kali sambil memandu. Saya hanya diamkan diri dan kaku mulut ni mahu baca bismillah pon xlepas .. Asyik bis bis bis.. Tiba di kawasan yg terang bau itu pon hilang. Keesokkan pagi nya kami menanyakan ayu psl kejadian mlam tu rupanya ayu sudah tahu sebab itu ayu tak bagi lalu depan sebab kejadian ini sudah kecoh dikawasan ayu tinggal.

Kisah 3
Kawasan rumah kami berdekatan dengan pantai . Hanya perlu ambil masa 30minit sahaja untuk tiba dikawasan pantai. Oleh kerana masa tu short sem hanya seminggu 3 kali je kelas. Kebetulan pulak saya , ana , mira ada klas isnin sampai rabu sahaja. Kekosongan hari tanpa kelas kami isi dengan korean drama. Memasing tengok korea hingga 3 4 pagi, bila pagi kami tidur sampai ke malam. Pada 1 ari kami bertiga bangun tidur jam 11 malam. Tengah makan di kedai makan ni ana bagi idea ” jom pergi pantai. Asyik korea je yok lah pergi pantai malam2. Kita tidur dalam khemah. Esok ptg kita balik la” aku on .. Mira pon on dan dia bagi idea ” kita lalu jalan lama nak tak” untuk pengetahuan korang jalan lama sangat keras kiri kanan hutan dan banyak kejadian .

Aku hanya diam dan ana pun diam.. Lepas bayar makan kami balik packing2 barang semua . Jam 12.3am kami bergerak. Tiba dipersimpangan jalan lama mira bersuara lagi sekali “so nak lalu atau tidak” ana dengan tiada jawapan langsung dia belok ke jalan lama mira terus berkata “wei aku gurau je kenapa lalu sini wei ” ana hanya menjawab “aku nak ajar orang yang tak ada otak” aku meredakan keadaan yang tegang tersebut.

Mira terus pejamkan mata kerana takut berlaku apa apa. Sedang aku melayan ana memandu aku paling ke kiri sebab nak amik hp dicelah pemegang pintu tiba tiba ada satu lembaga putih dengan pantas menuju ke aku, aku terperanjat tapi aku tak mengeluarkan suara sebab aku tak nak ana panik aku hanya mengengam tgn utk tidak menjerit tiba tiba ana memandu dengan selajunya abis semua lampu isyarat dia hon dan jalan menerus. Tiba dia pantai aku belagak biasa dan kami mendirikan khemah utk kami tidur.

Mira sudah di awangan , aku langsung tak boleh tidur sebAb masih teringat kejadian tadi, ana tidak tidur sibok melayan korea selagi ipad nya ada bAteri. Bila matahari nak terbit ak ajak ana tengok masa itu ana tanya aku oke atau tidak. Rupanya masa benda itu menuju kat aku ana pon nampak sebab dia nak cakap dengan aku tapi dia ternampak benda itu terus dia diam dan fokus memandu.. Sejak dari itu kami tak buat da keje gila ni lagi.. Tobattt..

So, amacam? Tak seram kan? Tapi pgalaman ini cukup ajar aku erti kekuatan..
Tq upload cerita ni.. ?

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]

5 thoughts on “Kisah di Rumah Sewa berdekatan Pantai”

  1. Saya hny diam dan lisa hanya pesan “nampak apa2 jgn tegur” mira cuba fokus pemanduannya dengan menekan minyak .

    Mira bukan dah dihantar balik rumah dia ke? Ape seram sangat lisa jadi mira😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.