Pada tahun 2007, saya dapat tawaran sambung belajar di sebuah IPTA di Seberang Perai (nama
biarlah menjadi rahsia). Pada semester pertama saya dapat duduk di Kamsis (Asrama). Blok yang
saya duduk adalah Blok bersebelahan dengan blok pelajar lelaki. Saya dapat bilik di Tingkat 1, 1 bilik 2 orang yang akan kongsi guna, jadi saya akan dapat roommate, itu yang diberitahu oleh pihak Urus setia semasa saya daftar untuk masuk Kamsis.
Selesai mendaftar, saya ambil kunci dan telah ke bilik (nama blok dan no. bilik tidak ingat kerana kejadian sudah lama l/kurang 13 tahun), selepas selesai bersihkan bilik, saya pun kemaskan barang-barang saya dan letakkan di dalam almari yang disediakan. Di dalam bilik itu ada 2 meja study, 2 almari dan 2 katil single. Saya telah memilih katil di sebelah kanan. Tidak lama kemudian, roommate saya pun sampai bersama keluarga nya, saya dapat roommate 1/P/Cina berasal daripada Perak, nama Kiki (nama samaran).
Pada awalnya tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku, walaupun kami sering dengar daripada senior-senior berkenaan cerita seram di Kamsis tersebut seperti cerita (yang ni contoh erkk) ada senior b***h diri terjun dari bangunan dan meninggal dunia, di tangga ada penunggu jangan lalu ketika malam, di toilet tengah malam ada hantu yang suka ketuk pintu, bila buka pintu nampak muka hodoh dan lain-lain yang seangkatan dengan nya. Namun kami abaikan sebab ia hanya cerita dan tidak tahu kesahihannya.
Sehinggalah kami cuti Semester dan selepas kami naik cuti Semester, perkara pelik satu per satu telah berlaku. Disebabkan saya daripada Negeri Pantai Timur, jadi saya balik ke Kamsis lebih awal, namun bila saya sampai ke bilik, saya dapati bilik saya tiada letrik, saya telah bertanyakan kepada kawan-kawan yang duduk satu aras dengan saya dan mereka juga beritahu saya yang bilik mereka pun sama tiada letrik. Aduan telah dibuat kepada ketua blok dan diberitahu pada keesokkan hari pihak nya akan meminta Juruteknik untuk datang check tengok. Saya pun telah ke Tingkat 4 menumpang bilik kawan, nama Yan Yan (nama samaran).
Keesokkan harinya, Kiki telah balik ke Kamsis. Tapi pada masa itu, bilik kami masih tiada letrik. Pada malam baru pihak Juruteknik membaiki dan bilik sudah ada letrik, namun terdapat 4 bilik, termasuk bilik kami, plug di bilik kami mengalami kerosakkan (tiada dapat untuk charge telefon dan lain-lain). Kami diberitahu yang pihak Juruteknik akan membuat pemeriksaan lanjut untuk mengenai pasti kerosakkan plug tersebut.
Hari demi hari berlalu, namun plug dibilik kamu masih tidak dapat dibaiki kerana mempunyai masalah dan akhirnya Juruteknik tersebut suggest untuk pasang plug yang baru.
Saya dan Kiki merupakan pelajar semester satu, tetapi kami mengambil Jurusan yang tidak sama, saya mengambil jurusan dalam Sijil Pengajian Perniagaan, manakala Kiki mengambil jurusan dalam Dilpoma Pengajian Perniagaan. Jadi waktu kelas kami adalah berbeza. Kadang-kadang saya ada kelas malam dan Kiki akan duduk bersendirian di bilik. Kadang-kadang Kiki pula ada kelas malam dan saya akan duduk bersendirian di bilik.
Ada beberapa kali Kiki ada kelas malam dan saya di bilik seorang diri, masa itu saya tengah meniarap di atas katil sambil menaip di laptop buat assignment, ketika saya tengah khusyuk buat assignment, tiba-tiba saya rasa di katil sebelah kiri saya seperti ada orang duduk, sebab saya dapat rasa tilam itu seperti renyuk, bila saya pandang belakang sebelah kiri saya, saya dapati tiada apa-apa dan saya abaikan. Perkara ini terjadi banyak kali, saya cuba melihat melalui ekor mata tetapi tidak nampak apa-apa. Pada awal nya saya fikir mungkin hanya perasaan saya saja kot, tapi bila lama-lama saya rasa takut kerana setiap kali benda tu duduk di katil saya akan rasa meremang bulu roma dan seram sejuk.
Tidak lama selepas itu, kejadian kena tindih semasa tidur berlaku. Semasa saya tidur malam, saya kena tindih, tidak dapat bernafas, badan, tangan, kaki semua tidak dapat bergerak, saya cuba jerit untuk memanggil Kiki tetapi suara tidak keluar. Saya baca ayat-ayat suci mengikut agama saya dan lama juga baru saya dapat gerakkan badan saya. Lepas kejadian kena tindih, asal nak tidur malam saja, saya akan pasang lampu meja study kerana takut kena tindih lagi.
Saya ada ceritakan berkenaan kejadian itu kepada Kiki, Yan Yan dan classmate saya Bee Bee (nama samaran), kemudian Kiki menyatakan yang dia juga ada mengalami perkara yang sama dengan saya. Yan Yan telah menawarkan diri untuk tidur di bilik kami untuk meneman kami, kerana kami duduk di Blok yang sama, manakala Bee Bee pula duduk di Blok yang berlainan dengan kami.
Saya tahu “BENDA” itu yang tindih, kerana saya nampak bayang-bayang hitam di dinding semasa kena tindih dan saya pernah beberapa kali cuba untuk gerakkan tangan untuk sentuh bayangan hitam tersebut, namun semakin sesak nafas dibuatnya, bila baca ayat-ayat suci baru “BENDA” itu lepaskan dan bayangan hitam itu juga beransur-ansur hilang.
Lepas itu, “BENDA” itu main ketuk pintu pula. Semasa saya di bilik, saya dengar ada orang ketuk pintu, saya fikir mungkin Kiki terlupa bawa kunci jadi saya pun terus pergi buka pintu, namun bila saya buka pintu saya tidak nampak sesiapa pun di pintu, kalau orang nak perdajal tidak mungkin sepantas itu dia menghilangkan diri kerana di aras kami adalah koridor memanjang dan tiada ruang sudut untuk sembunyikan diri, sekali tengok sudah nampak sampai ke penghujung koridor. Fikir positif, mungkin salah dengar, namun ada beberapa kali kejadian ketuk pintu, Kiki turut ada di dalam bilik, masa itu kami tengah santai di dalam bilik dan tiba-tiba kedengaran pintu bilik diketuk dan Kiki bingkas bangun untuk buka pintu dan bila pintu di buka, dapati kosong tiada orang. Pintu ditutup semula. Namun apabila banyak kali pintu diketuk dan bila buka pintu tiada orang, kami mengambil keputusan untuk abaikan ketukan tersebut, kecuali jika yang ketuk tersebut bagitahu nama atau bagi salam, baru kami akan buka pintu. Kalau tidak, kami biarkan sahaja, biarkan “BENDA” itu ketuk pintu sampai tangan “DIA” lenguh.
Kemudian ada satu hari Kiki telah ceritakan kepada kami bertiga, iaitu Yan Yan, Bee Bee dan saya, yang bahawa dia ada termimpi berkenaan seorang Perempuan Cina memakai pakaian tradisional warna merah zaman dahulu kala, dan perempuan tersebut telah menangis, perempuan tersebut juga seperti bercakap sesuatu dengan nya dan pegang tangan nya, seperti meminta tolong, namun Kiki menyatakan yang dia tidak pasti apa yang dicakap oleh Perempuan Cina tersebut dalam mimpi. Jadi kami abaikan sahaja berkenaan mimpi Kiki tersebut kerana kami fikir ia mungkin mainan tidur.\
Namun selepas itu, ada sekali pada waktu malam, Kiki beritahu saya dan Yan Yan yang dia mahu ke tandas, namun setelah lama kami dapati Kiki tidak balik ke bilik dan kami bercadang nak ke tandas untuk mencari nya, namun apabila kami keluar daripada bilik, kami nampak Kiki di ground floor tengah sidai baju, sedangkan sebelum ini tidak pernah pun Kiki sidai baju pada waktu sedemikian. Kami telah memanggil Kiki daripada atas dan apabila kami tanya dia, dia seperti mamai dan tidak tahu sedang buat apa. Dia juga macam terkejut macam mana dia boleh turun ke bawah untuk sidai baju dan seperti tidak tahu dia sedang buat apa.
Ada sekali semasa cuti hujung minggu, Kiki telah balik ke Rumahnya di Perak, dan semasa perjalanan sekembali daripada cuti, Kiki telah selfie dalam kereta, tetapi bila Kiki tengok balik gambar yang dia selfie tersebut, dia telah ternampak bayangan dua individu di dalam gambar tersebut, iaitu bayangan satu perempuan dan satu lelaki. Kiki telah ceritakan kepada kami serta tunjukkan gambar tersebut kepada kami. Kami telah tengok gambar tersebut dan dapati apa yang Kiki cerita tersebut adalah betul dan nampak dengan jelas bayangan tersebut (bayangan tersebut bukan pantulan cahaya cermin kereta).
Kiki berasa takut dan tertekan berkenaan hal tersebut, pada malam itu Kiki telah lost control dan telah menangis tanpa henti, saya telah bertanyakan nya kenapa dan dia menyatakan dia takut, saya tidak tahu nak buat macam mana, lalu saya telah menelefon Yan Yan dan Bee Bee meminta bantuan mereka, namun Kiki masih juga menangis dan semakin kuat, kami tiada pilihan dan telah pergi mencari Ketua Blok untuk meminta bantuan dan Ketua Blok telah maklumkan kepada Warden Blok kami, Warden pun telah datang dan bertanyakan apa yang berlaku dan setelah mendengar apa yang kami cerita, Warden telah mengambil segelas air dan membaca ayat-ayat suci dan telah menyapu air dimuka Kiki dan menenangkan Kiki.
Namun Kiki masih rasa takut dan Warden telah hubungi Keluarga Kiki untuk mengambilnya balik berubat. Warden juga memberitahu kami yang kejadian ini adalah kejadian pertama melibatkan pelajar non muslim kena kacau. Warden juga minta kami untuk memadam gambar tersebut. Pada malam itu, Keluarga Kiki yang baru sampai daripada Thailand telah pergi ke Kamsis mengambil Kiki dan bawa Kiki balik ke Ayer Tawar, Perak.
Pada malam itu, Yan Yan dan Bee Bee telah meneman saya tidur di bilik saya dan mereka tidur di katil Kiki. Namun Yan Yan tidak dapat melelapkan mata sehingga ke pagi dan giliran Bee Bee pula nampak Perempuan Cina yang berpakaian tradisional warna merah zaman dahulu kala dan menyebabkan Bee Bee pula yang berasa takut dan demam selama beberapa hari.
Selepas beberapa hari, Kiki telah kembali semula ke Kamsis. Kami juga dapat tahu yang Perempuan Cina yang berpakaian tradisional warna merah zaman dahulu kala tersebut dan seorang Lelaki Cina telah lama meninggal dunia dan mereka meninggal dipercayai kena b***h (mungkin kejadian sudah l/kurang 60 atau 70 tahun) dan roh mereka berkeliaran di kawasan itu kerana tidak dapat pergi lahir semula. Tok Guru tempat sembahyang Kiki telah membantu Kiki dan akan bantu untuk adakan upacara sembahyang bagi roh kedua-dua Perempuan Cina dan Lelaki Cina tersebut dan kejadian gangguan juga telah berkurangan.
Semasa cuti semester, saya, En En (sepupu saya, nama samaran) dan Bee Bee telah ke Perak, rumah Kiki selama seminggu untuk urusan upacara Sembahyang bagi roh Perempuan Cina dan Lelaki Cina tersebut di Rumah Ibadat di Ayer Tawar, Perak. Semoga mereka dapat dilahirkan semula di tempat yang baik. Sadhu3.
Ini adalah kali pertama saya menulis kisah seram berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga kawan-kawan saya. Saya minta maaf jika kisah yang diceritakan oleh saya tidak seram dan ayat saya berterabur.
Kalau saya rajin dan ada masa terluang, nanti saya kongsikan cerita berkenaan gangguan semasa Training di Pusat Latihan dan di tempat bertugas. Terima kasih kerana sudi membaca…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Bagus…!
Kipidap don’t cipap
psp..kamsis bestari 2 kn
Tulah klau seberang perai psp ja lah hm mmg pun di mana2 ada benda tu. Saya pun bekas pelajar sana