Kisah Kak Ton

Salam admin dan pembaca semua. Sekali lagi aku Ariff Budiman ingin berkongsi pengalaman yang tidaklah begitu menyeramkan. Kisah makhluk yang diberi nama Kak Ton. Namun wajahnya tidak dapat dipaparkan dalam ni, tapi akan diupload ke ruangan komen. Itupun kalau admin siarkan cerita ini.

Terima kasih semua. Maaf jika cerita ini tidak seram. Ia hanya pengalaman peribadiku saja.
Aku mendapat surat dari pejabat di mana aku telah di tukarkan ke tempat baharu. Aku menerima saja arahan ini memandangkan ia di sebelah pulau. Aku tidak perlu lagi setiap hari melalui Jambatan Pulau Pinang. Itu yang baik dan melegakan aku. Aku telah ditugaskan shift petang iaitu bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam. Bila aku melangkah masuk, seorang rakan telah memberi peringatan kepadaku,

“Ariff. Saya mau kasi tau sikit tentang ini station. Ini station ada haunted sikit. Kadang-kadang kami nampak macam ada orang dan kadang-kadang kami seperti dengar suara seseorang.” Aku menerima berita ini dengan tenang. Bagiku kemana saja aku bertugas makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetap ada di mana-mana saja.

“You tau ka Ariff, di mana selalu kita nampak dan dengar itu suara?” tanya rakanku dan aku hanya menggelengkan kepala.

“Itu di dalam pantry. Tempat kita buat air,” katanya sambil ketawa kecil. “Selamat bertugas tempat baru, Ariff,” sambung rakanku lagi.

Bila malam menjelma, aku ke pantry untuk membuat air. Sewaktu berjalan, telinga aku terngiang-ngiang pesanan rakanku. Bagaimana pula rupanya?

“Ahhh… rupanya biasalah seperti selalu yang aku nampak. Menyeramkan. Ada yang gemuk, pendek, telinga panjang, dagu runcing, mata merah menyala. Muka pecah-pecah dan penuh dengan darah,” itu yang bermain di mindaku. Bila aku masuk kedalam, suasana sunyi dan aku terus buat air. Hari pertama aku bertugas tiada insiden yang tidak baik aku lalui. Begitu juga pada hari kedua. Aku cukup lega bila tiada apa yang berlaku.

Masuk hari ketiga, aku sudah merasai sesuatu. Deria aku dapat menangkap sesuatu. Bulu roma aku dah mula terpacak. Jantung aku dan mula berdebar-debar. Itulah petandanya aku akan bertemu sesuatu. Itu pengalaman aku. Ketika aku berjalan untuk membuat tugasku, aku terdengar suara seorang wanita sedang menyanyi lagu yang tiada irama.

“Lalalala…”

Suara nyanyianya seakan gembira seperti hendak bertemu kekasih. Terus aku berjalan agak perlahan dan pergi ke pantry. Jam di tangan pukul 9 malam. Aku menjenguk perlahan-lahan melalui pintu.

Allahu Akbar! Seorang wanita berkebaya sedang menyanyi sambil bermain rambut ikal mayangnya. Aku memberi namanya Kak Ton. Cantik wajahnya. Serta merta hilang ketakutan bila melihat wajahnya. Tidak seperti yang selalu yang aku lihat. Hodoh dan menyeramkan. Aku memberanikan diri lalu masuk ke dalam pantry. Kak Ton melihat aku dan kemudian kembali menyanyi sambil bermain rambutnya. Sesekali dia menjeling ke arahku bila mendengar sudu bertemu dengan cawan

“Ting… ting…”

Bunyi aku mengacau gula di dalam cawan. Aku minum di situ juga sebab aku ingin melihat apa dia akan buat seterusnya.

Tiba-tiba dia berhenti menyanyi dan tidak bermain rambut lagi. Wajahnya terus di tundukkan.

“Huuuhu… sob… sob…”

Terus dia menangis. Suara tangisannya tidaklah begitu kuat. Suara tangisannya agak perlahan seperti menyembunyi dari orang mendengarnya. Aku mula terfikir, mungkin dia ada sejarahnya tersendiri. Aku ke pejabatku semula untuk membuat kerja. Selesai kerjaku, aku kembali ke pantry tapi Kak Ton sudah tiada. Seminggu aku menanti kedatangan Kak Ton, tapi dia tidak muncul.

Aku bertugas pula shift malam. Dalam pukul 2 pagi aku terdengar esak tangis dari bilik pantry. Aku pasti itu adalah suara Kak Ton. Terus aku bangun lalu masuk ke bilik pantry. Aku jerang air panas sambil mataku melirik kearah Kak Ton. Dia masih menangis. Tiba-tiba dia berhenti dan memandang tepat ke arahku. Terus aku berdebar-debar. Adakah dia tahu aku nampak akan dirinya. Kemudian dia mula ketawa dan ketawanya agak kuat. Dimainkannnya kuku sambil terus menyanyi. Sambil membuat air aku menyanyi lagu ‘Hatimu Milikku’ nyanyian Nera, tiba-tiba Kak Ton berhenti menyanyi. Dia mula menangis tersedu-sedu.

“Huhuhuuuu…”

Adakah lagu itu telah mengingatkan dia kepada sesuatu yang di rinduinya atau adakah suara aku yang sumbang?

Keesokkan harinya sekali lagi aku test Kak Ton. Kali ini aku mainkan bacaan Surah Al-Mulk. Aku melihat Kak Ton tidak terasa takut atau gusar. Dia diam dan terus tunduk wajahnya ke bawah. Sekali sekala dia akan melurus rambutnya yang ikal mayang. Rambutnya tersisir begitu rapi seolah-olahnya dia memeliharanya. Aku memegang hp lalu aku mainkan lagu dan mataku memerhati akan Kak Ton. Akhirnya aku mendapat gambaran wajah Kak Ton lalu aku buat contest kepada rakanku siapa yang dapat melukis wajah Kak Ton berdasarkan gambaran yang diberi. Akhirnya wajah Kak Ton dapat di pertontonkan hasil seorang pelukis yang hebat.

Akhirnya aku mendapat surat di arah bertukar ke unit lain dan ini bermakna aku terpaksa meninggalkan Kak Ton. Entah kenapa hati begitu sedih sebab aku tahu Kak Ton bukan jenis yang suka mengganggu orang lain. Dia dengan dunia dia cuma kadang-kadang tangisan serta ketawanya membuat orang lain merasa seram. Kak Ton, aku tetap merindui senyumanmu tapi sayang kau dan aku berbeza. Dunia kita berlainan.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman
FB Penulis
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

24 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.