Kisah Kakcik

Hi! Assalamulaikum. Firstly, aku nak ucap thank youuu dekat kawan-kawan yang tiba-tiba macam support sangat kisah seram sejarah family aku ni. Kisah seram sejarah family ni aku mulanya hanya sekadar aku share melalui status Whatsapp, entah macam mana berpusu-pusu chat masuk nak aku sambung kisah ni. Masing-masing nak sangat aku post kisah ni dekat website Fiksyen Shasha. Cerita ni dipublish atau tak, aku tetap nak share dekat sini. Hehe. So, baru harini aku jejakkan kaki dekat website ni dan rasa menarik hati nak mulakan cerita (hehehe). Ramainya share pengalaman seram masing-masing. Menarik!

Apa yang aku nak sampaikan ni sekadar kisah dan pengalaman-pengalaman aneh yang aku satu keluarga lalui sepanjang bertahun-tahun lamanya. Mungkin apa yang aku nak sampaikan ni bunyi macam tahyul, mengarut dan merepek pada sesetengah orang. Tapi ini adalah satu kebenaran lagi nyata. Ini adalah realiti yang aku kena hadap satu family. Apa yang aku sampaikan ni boleh dijadikan sebagai satu pengajaran buat semua. Ambil yang baik, buang yang buruk.

Aku mulakan cerita ni dengan kalam “Kisah Kakcik”.

Kakcik merupakan kakak aku yang ketiga dan aku ada dua lagi kakak. Dia merupakan anak keempat dari kami 6 beradik dan aku anak bongsu lagi manja dalam family kami. Hehehe. Sekarang dah 2018 dan kejadian ni bermula dari tahun 2001. Dah dekat 17 tahun kakcik jadi yang “teristimewa” dalam keluarga kami, kesan daripada “sentuhan” tangan iblis dan syaitan. Sekali lagi aku ulang. Kisah ini kisah benar dan nyata berlaku. 100% benar tanpa rekaaan dan tokok tambah cerita!

-Tahun 2001-
Kakcik mula “sakit” pada tahun 2001. Masa tu dia darjah 4. Pengalaman aneh ni bermula bila kakcik suka sangat bercakap depan almari cermin. Kalau kakcik sisir rambut, dia akan bercakap-cakap sorang-sorang. Macam bersembang dengan “someone”. Dan setiap kali dia bercakap tulah macam-macam bahasa yang akan keluar dari bibir kakcik. Siam, tamil, arab macam-macam. Kadangkala dia akan menangis pastu gelak berdekah-dekah tanpa sebab depan almari cermin tu. Benda ni berulang setiap kali waktu senja dan selepas subuh. Sejak peristiwa tu mak ambil keputusan tutup cermin tu dengan kain. Takda sapa boleh guna, nak elak kakcik bersikap aneh lagi macam tu. Mak akan marah kakcik. Bagi mak kakcik macam sengaja. Main-main.

Rumah yang kami tinggal waktu tu, sebelum kami pindah, banyak yang cakap rumah bertingkat dua tu “keras”. Tapi abah jenis yang tak suka fikir sangat pasal benda-benda yang macam tu. Malas nak ambil kisah. Bagi abah semuanya tahyul dan mengarut. Sayangnya,kami satu family silap! Apa yang dicakap orang sekeliling tu betul. Sehinggalah tiap-tiap malam mak selalu dengar, bahagian atas rumah macam ada orang lompat-lompat. Kuat sangat…

Dan ada suatu hari tu, mak ada cerita dekat aku. Benda yang takkan aku lupa sampai bila-bila. Time tu aku baru balik dari kelas agama (KAFA). Mak cerita, masa mak tengah tengok (tonton) tv dekat ruang tamu, tengah mak layan ceramah agama pagi-pagi lepas subuh, tiba-tiba telinga mak terdengar ada suara orang bagi salam dari pintu belakang rumah.
“Assalamualaikum…”

Sekali ja “orang” tu bagi salam. Mak yang dekat ruang tamu macam tiba-tiba terus tersentak, terkejut. Terus berlari anak, jawab salam dan buka pintu. Kosong! Takda siapa pun waktu tu. Mak tengok jam. 7:30 pagi. Siapa yang bagi salam awal-awal pagi ni? Mak cakap ucapan salam “orang” tu bunyinya kuat, suara lelaki. Mak malas nak fikir, dia patah balik ke ruang tamu. Masa mak tengah berjalan tu mata mak tertengok almari cermin ditengah-tengah koridor rumah yang memisahkan antara dapur dan ruang tamu. Kakcik! Kakcik ada depan almari cermin tu. Macam biasa dia tengah sikat rambut, sambil tengok cermin. Tapi tengah bercakap, bergelak lepastu menangis tiba-tiba. Mak tegur, “Hang ni dah buang tebiat ka apa? Sembang sorang-sorang.”

Respon kakcik kaku. Diam.

“Haish, budak ni pi man…” belum sempat mak habiskan ayat nak tegur kakcik suruh mandi. Tiba-tiba, mak terdengar macam ada orang ketuk pintu dari depan. Abah. Abah baru balik dari kerja. Abah kerja shift malam dan baru balik pagi tu. Mak terus cepat-cepat buka pintu. Baru ja mak nak buka mulut cerita dekat abah pasal perangai pelik kakcik, mata mak sekali lagi tertengok almari cermin tadi.

Kakcik takda! Kosong. Kakcik dah takda dekat situ. Mak terkejut, terasa seram sejuk tiba-tiba. Aneh! Mak berlari naik ke bilik kami di tingkat atas. Mata mak melilau cari kakcik dalam bilik. Kakcik ada. Dia tengah tidur! Lena… Jadi yang dekat bawah tadi? Sikat rambut? Gelak? Nangis tadi? Mak terdiam. Terfikir. Takkan secepat tu kakcik naik tangga pastu terus tidur lena dalam bilik!
Kejadian tu jadi persoalan buat kami satu family sampai ke harini.

Tahun demi tahun sakit kakcik makin teruk. Makin pelik makin aneh. Kadang tak tidur 2-3 hari. Tak bercakap untuk beberapa minggu lamanya. Tanya ja apa pun dia takkan bercakap. Bagi minum air yasin air penawar semua tak jalan. Dia diam tak cakap untuk tempoh tertentu. Lepas tu bercakap balik. Benda tu berlaku kerap dan merisaukan mak abah dan kami satu family.
Kakcik sejak terkena sakit aneh tu, dia ada satu tabiat. Suka tengok ibu jari kaki dengan ibu jari tangan dia. Dia akan bengkokkan ibu jari kaki atau tangan sambil perhati kat situ untuk tempoh yang lama. Ada satu hari tu, aku terdetik hati nak tanya, “Kenapa kakcik suka tengok ibu jari? Ada apa2 ka kat situ?”

Jawab kakcik, “Ada kawan. Rambut panjang… perhati dari sini.”

Meremang weh. Seram sejuk kaki tangan bila dia jawab sambil tengok muka aku. Ada satu-satu masa dia akan perhati siling rumah. Mata dia akan melilau merata macam ada “something” bertempek dekat siling rumah aku.

Dan kakcik ada satu tabiat lain,dia suka melukis kartun manusia. Ada yang mata besar,mata kecik, tangan besar dan tangan kecik. Banyak-banyak ! Kalau bagi kertas 4A. Depan belakang kertas tu akan penuh dengan lukisan aneh kakcik.Dia lukis dan takkan hiraukan sesiapa. Aku tak faham dan nak tahu dia terinspirasi dari apa sampai dia boleh lukis banyak-banyak macamtu.

Ada jugak 1 peristiwa lain yang waktu tu kami baru balik dari kampung. Masa tu tengah malam , sampai depan rumah, kakcik muntah-muntah lepas turun dari kereta. Kami satu family pelik. Mak tanya “ Hang dah kenapa kakcik? Muntah teruk sangat ni” Kakcik jawab sambil jari dia tunding dekat garaj kereta jiran berhadapan rumah kami. Dia cakap “ Tu ada d***h. Banyak, busuk. Tak tahan.” Aku terus beriya pi dekat garaj tu dan pegang batu-batu dekat situ. Memang takda d***h !! Serius guys benda ni buat aku meremang gila bila ingat balik… Aku pegang batu-batu kecik dari garaj tu memang takda d***h. Tapi kakcik muntah teruk seolah-olah macam ada d***h!

Part yang tak tahan, bila kakcik kerap kena histeria. Boleh dikatakan setiap hari. Yang aku tak suka bila dia histeria, dia suka buat/pukul/cederakan orang sekeliling. Rumah aku dulu memang mak akan sorokkan pisau. Sampai ke harini pisau yang ada,hujung pisau tu mak akan tumpulkan. Takut kakcik buat yang bukan-bukan tanpa sedar. Rambut aku memang dah jadi makan dia, dia tarik kepala aku then hempas atas lantai. Kepala abah selalu berdarah bila nak tenangkan dia. Cuma abah yang boleh tenangkan dia. Kudrat kakcik bila histeria macam lelaki. Kuat sangat! Mak akan sediakan rotan buluh. Panjang dan tebal. Setiap kali kakcik histeria,pukul orang, mak terpaksa libas dia dengan rotan tu. Selain azan dan bacaan ayat qursi,rotan jalan terakhir. Yang anehnya, kena libas macam mana pun badan kakcik takkan tinggal kesan. Berbirat? Lebam? Merah? Takda kesan lansung! Kadang-kadang abang aku yang libas,tetap tak tinggal kesan pada tubuh dia. Kalau abah kerja mak akan rantai kakcik dengan rantai besi dan kunci dengan pedal ayam(padlock).Dan tunggu sampai abah balik untuk tenangkan dia. Mengalir air mata bila aku taip ni. Kami terpaksa!!

Sesiapa yang cuba tolong nak tenangkan dia, peluk dia, akan rasa kakcik bersaiz besar. Agam dan tinggi.Mak sendiri rasa. Sedangkan kakcik kurus keding, pendek molek je. Bila pi berubat banyak yang cakap kakcik tersampuk dek hantu raya. Dan gambaran yang diberi orang yang mengubat kakcik katanya hantu raya ni fizikal dia tinggi,besar dan berbulu. Betul atau secara kebetulan benda tu aku tak pasti. Tapi kebanyakan cakap macam tu. Hantu raya….

Kadang tu 2-3 pagi dia akan berlari masuk bilik air terjun dalam kolah. Bila ditanya,panas katanya. Seriusly weh,takut sangat bila aku teringat dia berendam dalam kolah tak buka lampu tengah malam buta…. Ya allah meremang rasa bulu tengkuk. Kalau tengok cara dia makan dulu. Pelahap weh. Gelojoh. 2-4 pinggan nasik takkan cukup. Air berbotol-botol dia boleh minum. Macam mana kami hadap perubahan aneh kakcik? Hanya allah yang tahu.

Sebut je weh bomoh mana, pawang mana, ustaz mana yang kami satu family tak hantar berubat kakcik? Semua tak berkesan! Ramai yang cakap, dah teruk baru nak berubat. Silap mak dan abah jugak. Terlalu ikut cakap-cakap orang. Dan anggap kakcik main-main. Ke hospital? Memang takkan. Mak abah takut orang cakap kakcik gila. Yelah,mak ayah mana nak anak sakit aneh macam tu kan ? Cara terakhir kami berubat,kami hantar berubat dekat Selama,Perak. Kata pakcik yang berubat tu, kakcik kena melalui 3 fasa berubat. Kakcik sempat pergi satu fasa je. Bila pi fasa berubat kedua, baru je sampai rumah pakcik tu, anak dia bagitahu ayah dia dah meninggal… Hm.. Cara dia berubat lain macam sikit. Risau aku bila teringatkan balik. Tapi lepas setel satu fasa tu, kakcik dh tak kerap histeria. Dah boleh bercakap. Makin pulih sikit. Sikit je.

Sebenarnya banyak peristiwa antara kakcik dengan kami satu family yang aku nak kongsikan dekat sini. Punca dan kenapa kakcik boleh “terkena” sentuhan iblis dan syaiton ni bagi kesan pada kakcik, sampai ke saat ni. Kalau ada feedback yang terbaik daripada pembaca aku akan sambung lagi macam mana kakcik boleh “terkena”.Dan macam mana kakcik pulih sedikit demi sedikit. Pengajaran yang aku nak bagi dari kisah ni, jangan jadi macam mak dan abah aku. Terlalu dengar cakap-cakap orang dan ambil mudah dengan perubahan aneh kakcik. Dan akhirnya…. Berat ujian buat kami satu family nak kena tanggung.

This 100% true story guys. Berdasarkan pengalaman aku. Ujian kita semua berbeza-beza. Dan ni mungkin bahagian kami satu family nak kena hadapi.

Kekal berjaga-jaga. “Makhluk” itu ada di mana-mana. Sesungguhnya Allah tempat kita berlindung

Ika

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

45 thoughts on “Kisah Kakcik”

  1. Mcm cte akk sy…tp die brubat ngn arwah pkcik lpas die kne tgur ngn benda yg muncul di tngkap wktu pgi..lum abis brubat dgn pkcik,arwah dserang skit jntg dan akk x smpt smbuh spenuhnye..tp alhamdulillah skg dah ok

    Reply
  2. simpati kat kakcik. semoga dipermudahkan urusan berubat.

    yg meninggal mse merawat kakcik mse fasa satu tu, cter la detail mcmne dia rawat. dan cara dia meninggal (sakit tiba2 atau mcne?). Entah2 makhluk tu serang arwah hingga bawak kpd kematian (ajal maut di tangan Tuhan).

    Reply
  3. Kalo betul cerita ni.. Subhanallah.. simpati sgt dgn kak cik..sambung la lg apa terjadi seterusnya dgn kak cik dan mcmmn asalnya dia blh terkena?

    Reply
  4. salam dik.cerita best.sambutan cerita kak chik ni baik.adik boleh tulis panjang no part2. teringat cerita Misteri Yurizawa..akak suka cerita tu.mmg pnjang XD part. puas hati baca.sebab xsemua org free. mcm akak dah lama x buka fs sb bz sgt2.rindu nk .skli bc story, tp Masa yg Ada tu xsmpat. bc cerita adik ni jatuh cinta trs.mksh bg cerita 100% benar.teruskn cerita.kami semua mnunggu.

    Reply
  5. haah..sambung la lagi citer kak chik ni..aku pun dah naik serem baca..mujur siang, kalau malam memang idok le kome T_T

    Reply
  6. ye mmg betul..hantu raya mmg mcm bigfoot…gorilla..makhluk hitam tinggi berbulu..klu tu bkn hantu raya pun mmg ada makhluk yg rupa itu.. ini pengalaman dari isteri sy sndiri, satu sekolah kena histeria..dia hampir2 nak kena..tapi mujur tak sempat..lg dia nmpk banyak bayang2 hitam..

    Reply
    • Yg lg besar drpd hantu raya ada..lebh kurang jgk rupanya tp dipanggil” Bajang”
      Satu Family sy penah kena…ia akn kacau smua org yg ada disitu slagi dia xpuas dan ia akn berulang2 smpai ke subuh… Tp masa time nie mmg mnakuktn sbb baca yasin ke..quran ke azan ke ia ikut baca smpai abis..kmi satu kluarga smpai tidur diruang tamu keletihan sambil menangis2 mntk tlg pd Allah kuatkn smangat kmi…bila ingat2 balik rasa sedih sgt

      Reply
      • Hantu tak takut dgn ayat Al-Quran kalau yg baca tu pun tak yakin. Sekadar baca sebab nak halau hantu tapi tak menghayati nilai ayat Al-Quran tu. Al-Quran tu bukan setakat menakutkan hantu tapi sepatutnya menakutkan manusia jugak dengan azab neraka, dan ada juga cerita tentang janji Allah ganjaran yg lumayan@syurga utk orang beriman. Ini yg syaitan takut.

        Reply
  7. Sambung dik! Bosan Aku ngn fiksyen rekaan kt FS Dr penulis amature yg bru blja karang crita seram n syok sndri ni. Cerita ko best. Real! Smbung sambung!

    Reply
  8. Sambung lg pls….best ceritanya masa kecik sy pon mcm kak cik awk tp xseteruk nie syukur alhamdulillah mak sy cepat btindak wlwpon abh sy xpercaya dan x izinkn mak sy bwk p berubat tp bila dibiar jd depan mata sndri baru kelam kabut..haha

    Reply
  9. Salam dik…pliss sambung lg. Besar ujian yg Allah bg utk keluarga adik. Allah xkan uji hambanya jika di rasakan hambanya tidak mampu menjalaninya..Allahuakbar.

    Akak doakan adik dan keluarga cekal dalam hadapi ujian Allah..amin. Bila kite di beri ujian, menunjukkan kasih Allah pada hambanya. 🙂

    Reply
  10. “Kakcik merupakan kakak aku yang ketiga dan aku ada dua lagi kakak. Dia merupakan anak keempat dari kami 6 beradik dan aku anak bongsu lagi manja dalam family kami. Hehehe.”
    Aku pening nak decode ayat ni. Maknanya, yg sulong tu laki, pastu 3 pompuan (termasuk kakcik kau), pastu 1 lg abang@kakak, pastu baru kau. Betul ke?
    Tak boleh ke kau tulis ayat mudah sikit – “adik beradik aku 6 : abang, kakak, kakak, kakcik, abang/kakak, aku”. kan senang sikit nak faham.

    Reply
  11. Saya setuju dgn saranan penulis..jgn acuh tak acuh bila lihat ank yg masih kecil bercakap sorang diri gara2 tak percaya tahyul..setan iblis mmg ujud..dah besar baru nk berubat mmg ambik masa la..sebab dah sebati dgn jiwa

    Reply
  12. Best cerita ni..saya harap kakcik sembuh sepenuhnya..and smbung cerita ni please..btw nk gitau bila sesiapa bagi salam kat rumah kita and suara tu tak dikenali tolong jangan jawab sbb klau kita jwab seolah olah kita dah mengundang dia masuk kedalam rumah kita klau rasa was was ngan suara tu kita jnguk kt luar siapa yg bgi salam tuu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.