Kisah Kerasukan di Asrama Penuh Bandar Machang

kisah ini terjadi semasa aku menetap di sebuah asrama penuh di sebuah sekolah yang terletak di bandar machang…aku adalah pelajar paling senior di asrama tu,tingkatan 6 atas.blok asrama yang aku duduk ada 3tingkat.tingkat 1 dan 2 smuanya ada 4dorm .ting3 kosong masa 2..aku duduk di dorm yang ke2 bsebelahan dgn tandas.

kisah yang xseberapa seram ni bermula pada bulan ke3 aku menetap kat asrama 2..masa tu time solat isyak jadi smua penghuni asrama kena solat berjemaah kat surau.termasuk la yang uzur kena pergi jugak..dijadikan cerita aku uzur dan aku malas nak pegi surau.aku duduk je dalam dorm.bukan aku sorang je tp ada dua orang lagi yang bersama aku.sorang yang nama aini tu dia demam.dia tidur atas katil kawan aku yang nama karimah.bkn ats katil dia.sorang lagi kawan aku nama mariam .dia bff aini ms 2 dia duduk buat apa entah.

kejadian berlaku saat semua orang dah balik dari surau…memang bising masa 2.biasalah perempuan.time ni kawan aku yang bernama kakcik dia tengok aini ni duk tidur mengiring ats katil dia.so,dia kejutkan si aini ni.kejut punya kejut,aini xrespon…dia tanya aini.”kau ok x ni”sambil pegang tangan aini..korang nak tau apa yang si aini ni buat??dia cubit manja tangan si kakcik sebanyak 3x.kakcik da mula meremang bulu roma.kakcik ni memang seorang yang mudah kena rasuk.cepat2 kakcik bangun dari katil.masa 2 aini dah mula celik mata.bukan celik mata biasa tapi celik mata tebuntang ke atas.masa tu aku xtau lagi situasi ni sebab sibuk buat kerja sndiri.aku crita ni pun lepas aku tahu..

kakcik jerit nama aku suruh baca ayat kursi.aku dengan terpinga2 xtau apa2 tanya kenapa? kenapa?!aku pun start baca ayat kursi tapi time tu dorm da kelam kabut tengok keadaan aini..time ni aku terlebih berani pulak..aku baca ayat kursi depan aini ni.boleh plak dia menonong bangun keluar dorm macam orang kena pukau.tanpa pakai selipar dia berjalan keluar.budak2 dalam dorm da start lari keluar lintang pukang ..

kitorang pangil aini ni banyak kali tapi dia xrespon dia jalan tanpa pandang kiri kanan.tak ada sorang pun yang berani kejar aini.aku nekad nak ikut mana aini pergi..walaupun masa 2 lutut aku dah longlai..ada dua tiga orang budak junior ikut blakang aku.aku pangil aini tetap dia xmenyahut.korang nak tahu tak dia pergi mana??dia pergi kat ampaian belakang bangunan..sampai je kat ampaian,dia berhenti,aku bersama2 budak lain turut berhenti blakang dia..budak2 tu 3meter blakang aku.aku duduk 2meter blakang aini.masa tu dia membelakangkan aku.dia xpandang pun muka aku.

tiba-tiba…dia menangis!bukan nangis biasa ,tapi nangis macam pontianak.mendayu dayu.darah aku da start naik atas kepala..dengan kuat aku bertempik dan lari skuat hati..budak2 yang ikut tadi pun lari lintang pukang.tapi masa kitorang lari.warden dan beberapa penghuni aspuri sampai.aku takjadi lari masuk dorm…warden da duduk depan aini..tanya kenapa duduk sini..masa ni aini macam dah sedar ke alam dunia nyata.macam xtau apa apa.warden tanya dia xjawab.dia malu sebab dia xpakai tudung.rambut dia macam afro.huhu.

Dalam masa yang sama ,kakcik yang lemah semangat tu dah histeria kat dorm sebelah.warden dah jampi dia dan dia pun ok.warden kata tempat ni memang keras.kitorang tanyalah betul ke?dia bleh plak jawab macam ni “memanglah keras semua buat dari batu”.huhu.

Berbalik pada kisah si aini 2 tadi.semuanya terbongkar kenapa dia berkelakuan macam 2..dia kata masa dia tengah tidur.,bff dia yang nama mariam tadi ajak temankan dia pergi jemur kain kat ampaian belakang.jadi dia ikut jelah.sampai je kat blakang ampaian 2 tiba2 dia tengok mariam hilang xada pun kat situ.masa 2 lah dia start takut dan menangis…kitaorang tanya aini tak dengar ke kita orang panggil.?dia kata xdengar pun,dia cakap masa 2 dia dengan mariam je duduk dalam dorm.sedangkan masa tu smua ada dalam dorm..sedangkan mariam pun duk pangil nama dia..

kesian aini.bleh plak benda 2 menyamar jadi mariam.mungkin sebab dia lemah benda 2 datang kacau dia…bukan 2 je kisah2 seram yang aku lalui masa duduk kat asrama 2..satu lagi kisah ,masa tu kakcik yang lemah semangat tadi duk syok bergayut dengan pakwe dia di fon.tiba2 dia pangil aku pastu duk tunjuk2 bahu dia.dia kata berat.aku pun start gosok2 bahu dia dan baca ayat kursi.bleh plak dia bertempik.aku pun cakaplah.”kau jangan duk layan sangat benda ni kakcik,cuba kau lawan sikit”bleh plak dia tendang aku.kurang asam..kitorang pangil budak dorm sebelah.dia pandai bca2 sikit smbil gosok bahu kakcik ni.bahu kakcik pun start ringan balik.satu lagi time jam 4pg aku ngan kakcik duk berjaga masa 2.best2 borak dengar orang duk alih2 perabot jam 4pg.rajin plak budak dorm atas duk alih2 perabot pagi2 buta.kta orang start tidur berpelukan.haha.nak berjaga sangat.kan da kena.

jdi itu sajalah pengalaman yang xbrapa nk seram pnah aku lalui.selama aku duduk asrama tu,aku tunggu jugak hantu muncul.tapi xada pun..keadaan ok smpai abis tahun.itu aja dari aku.salam

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *