Assalamualaikum pembaca semua.
Ni kali kedua aku tulis cerita tapi x post..Sebab tertekan banyak lagi terus cerita aku hilang. pakai phone kata kan..
Cerita ni dah lama dah berlaku.Tapi masih segar bugar dalam kepala. Sebelom aku cerita, aku intro dulu.
Aku and family tinggal kat negeri sembilan. Area rahsia..Kang ada pulak yang cari aku mintak autograph.. xlawak ok abaikan…
Aku berjiran dengan family orang kelantan. Si nenek tua aku gelar mek. Anak dia baya baya mak aku je. Tapi x ngam lah..X tahu kenapa. Kitorang cuma ngam ngan mek jew. Mek ni ada ilmu perubatan tradisional. Al maklum lah, orang lama kan.. Mesti ada pendamping. Kalau demam ke apa ke memang mek la yang ubatkan..Jarang pergi klinik.
Satu hari tu, ada berlaku kematian di kampung aku. Tak ingat lah pulak lelakinke perempuan yang meninggal tu… Selesai proses mandi, kapan dan kebumikan.. Malam pun menjelma.
Kata orang, orang yang m**i akan pulang ke rumah untuk melihat nak bini kan..
Ye.betulah tu.. si m**i pulang ke rumah.. Tetapi bukan pulang ke rumah anak bini dia..Dirumah orang lain… Ada seorang pakcik tu bercerita, malam tu dia sekeluarga tido awal.. Pada jam 12 malam, dia bangun minum air sebab terlalu dahaga malam tu.
“tuk tuk tuk” pintu rumahnya di ketuk. Pada awalnya dia malas nak bukak sebab dah lewat malam…
Tapi ketukan makin bertalu talu.
“tuk tuk tuk tuk tuk”. Dia pun bangun dan pergi bukak pintu.. Terkejut gamaknya apabila melihat mayat si m**i pagi td berdiri berhadapan nya. Mata merah, masih berbungkus dan kapan yang dikotori tanah.
Sejak hari tu, kecoh satu kampung mengenai si m**i tersebut. Ada yang mengatakan si m**i tidak diterima bumi dan tidak tenteram lalu meminta pertolongan daripada oranh kampung . Ada juga yang mngatakan bahwa si m**i akan datang dari satu rumah ke satu rumah meminta talinya dibuka.
Seperti biasa, anak muda.. Bila bercakap soal makhluk ni ada sebahagian nya yang menolak dan tidak percaya.. Seprti kawan aku ni jugak ni. Dia kata semua tu hanya rekaan semata mata.
Satu malam tu kami lepak berdua di depan rumah dia bawah pokok atas pangkin tepi jalan raya. So bila lepak situ, sepanjang jalan raya tu kita boleh nampak kan.. kitorang menyanyi macam macam lagu. Tiba tiba mata aku tertangkap sesuatu di hujung jalan raya yang tak berlampu di sebelah kiri aku..
Aku dah rasa x sedap hati..Jadi aku ajak kwn aku ni balik. mAsok rumah masing masing.. Tapi dia xnak. Ahh sudah “benda” tu aku dah nampak..Melompat melompat menuju ke salah sebuah rumah.Tapi sempat berdiri memandang ka arah kami.. Sah dan memang sah..Betul apa yang orang kampung cerita. Aku pun paksa lah kawan aku ni balik..Pada awalnya dia xnak.. Tapi lepas dia nampak aku pucat dan mata aku terarah kat hujung rumah tu dia pun bangun pakai selipar dan tarik aku masuk bilik dia.. Kebetulan bilik dia, bilik pertama dekat dengan pintu.
“tuk tuk tuk” pintu diketuk.
Berderau d***h masa tu.. Nak menangis dah tapi kawan aku tahan.. Dia baca-baca.. Tetiba “benda” tu meninjau dalam bilik kami.. Tingkap gelap macam sliding door tu.. So memang 100% nampak susuk tubuh dia.. Sebab lampu luar bukak. Agak lama dia berdiri depan tingkap.Aku hanya mampu pejam mata dan berharap dia pergi dengan cepat.
Esok tu, kawan aku cerita…masa mata aku pandang hujung jalan tu bila dia tertoleh ke arah yang sama. Dia nampak benda tu sedang melompat ke arah kami..Padahal masa tu aku xnampak apa apa pun. Aku bagitahu mak ayah.. Mak pun bagitahu mek..dan Ofcouse aku demam. Mek kata “jangan risau dia tak kan boleh walau selangkah ke rumah ni”.
Ye memang betul. Benda tu tak boleh masok kerumah aku.. Pagi tu masa nak pergi sekolah..Akak aku perasan ada kesan terbakar di bawah lampu dan secebis kain putih yang tertinggal.. Selepas tu, dah x dengar lagi pasal mayat berkeliaran di kampung.
Akhirnya, beberapa tahun kemudian.Mek meninggal dunia. Aku ingatkan semua dah berakhir.Tetapi aku silap. Bila mana mak aku pulak yang manjadi mangsa..
Nak tahu kisah seterusnya???
Nantikan
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
seramnya sampai tunggu dekat luar,kalau aku dah terkuncil… lain kali jgn lepak malam2 baik tidur
Sambungan nya apa tajuk??
apa tajuk sambungan dia?
malam2 lepak luar siap nyanyi bagai…tp kan…npe benda tu kacau org kampung?
Penah npk..dan hanya mampu berhuhu untuk beberapa minit sebelom mampu bergerak..
cerita yang menarik…seram pn ade.
makcik cr part 2 lak.
melompat aku bace sebab suspen giler citer nye terutame babak ketuk-ketuk tu.. giler r gi bukal wat pe.. hahaha kan dah kena sakat..
Ish seram aku. Tingkap macamtu pulak an.Memang nampak. Tak tutup langsir ke ape? Ke tak pasang langsir😂
Ape tajuk sambungan citer ko bang? ade kena mengena ke dgn mek tu? Omg… suspen..
ape sambungan dia. nk tajuk.
Waduh.. Komfom x tdo mlm nie weii..
hambar gilerrr
Maaf nak tegur mengenai kepercayaan roh simati akan pulang kerumah selepas kematiannya adalah khurafat. Begitu juga kepercayaan roh pulang pada malam Jumaat dan waktu bulan Puasa. Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka rohnya telah terpisah dari jasad serta dunia (tidak akan kembali).
اللَّـهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak m**i: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
(Surah al-Zumar: 42)
Jadi seeloknya kita semua perbetulkan semula akidah dan kepercayaan mengenai perkara macam ni..carilah penjelasan dari para agamawan berkaitan hal-hal agama sekiranya tidak pasti akan sesuatu perkara bukan menerima secara membuta-tuli..wallahualam bissawab